Sambungan dari
Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 10 : Sapa - Dien Bien Phu
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Masuk hari ke-13 kembara
backpacking kami di bumi Indochina. Hampir tiga belas hari kami berada di bumi Vietnam. Hari ini kami akan meninggalkan bumi Vietnam melintasi sempadan untuk ke bumi Laos. Kami akan meninggalkan kota sejarah Dien Bien Phu untuk ke satu lagi kota sejarah iaitu kota Luang Prabang.
Pagi-pagi lagi kami segera bersiap untuk check-out dari Nha Ghi Guesthouse. Kalau ikut tiket, bas akan bergerak dari Dien Bien Phu jam 8.30 pagi waktu tempatan. Oleh kerana tak sempat nak sarapan pagi, Maddin dah beli roti siap siap di kedai runcit berhampiran stesen bas sebagai bekalan di dalam bas. Suasana pagi di stesen bas Dien Bien Phu agak sibuk. Ada bas jurusan lain dari sekitar Vietnam yang baru tiba. Bas yang sampai di sini pastinya kelihatan kotor dengan selut dan lumpur, sama seperti bas yang kami naiki semalam dari Sapa ke Dien Bien Phu. Dari kondisi bas pun kita dah dapat agak keadaan jalan yang dilalui.
Masuk ke dalam kawasan stesen bas Dien Bin Phu, ramai yang menyapa bertanyakan mahu ke mana. Kami tunjukkan sahaja tiket bas ke Luang Prabang yang telah dibeli semalam. Ada seorang brader ni menunjukkan kami bas yang akan bergerak ke Luang Prabang. Rupanya dialah konduktor bas. Kami terus naik ke dalam bas mencari tempat duduk. Di dalam bas, kelihatan dah ada orang putih 3 orang, dan seorang wanita berbangsa Korea. Mereka duduk berdua-dua di bahagian depan bas sedang rancak bersembang. Rupanya di bahagian belakang bas memang dah tak ada ruang nak duduk. Ada berguni-guni barangan dilonggokkan di kerusi belakang. Kami mencari posisi tempat duduk di belakang mat-mat saleh tersebut. Banyak ni je ke penumpang? Baru ada 6 orang termasuk kami.
Tunggu sehingga jam 9.00 pagi bas masih belum bergerak. Konduktor dan drebar bas sibuk menyusun kotal-kotak barang di dalam bas. Di laluan tengah bas ada guni-guni yang sarat semacam beras. Nak melangkah keluar terpaksa la pijak guni-guni ni. Gua ingat bas ni akan bergerak terus ke sempadan, rupanya berhenti di beberapa buah kedai lain. Ada penduduk tempatan yang lain turut mengirimkan barang melalui bas ni. Selain penumpang, bas Dien Bien Phu ke Luang Prabang ni turut mengangkut barangan. Dua dalam satu.
|
Bas yang dijanjikan dari Dien Bien Phu ke Luang Prabang. |
|
Drebar bas. |
|
Pagi yang nyaman di Dien Bien Phu selepas hujan. |
|
Sebelah sana semua orang tempatan. |
|
Suasana sekitar stesen bas Dien Bien Phu. |
Dekat pukul 10.00 pagi baru bas betul-betul jalan. Awal perjalanan, kami melalui kawasan sawah padi di kiri kanan jalan. Jalan di sini pun agak sempit dan tak berapa elok, nak selisih dua buah kenderaan pun payah. Dari dalam bas boleh nampak kehidupan rakyat Vietnam yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan pesawah. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan basikal ataupun motorsikal sahaja. Kalau diperhatikan rumah-rumah penduduk Vietnam ni kecik-kecik je malahan tempat letak kereta pun tak ada.
Tak lama lepas melalui kawasan sawah, jalan mulai menanjak melalui tebing sungai untuk ke lintasan sempadan Tay Trang (Vietnam) - Sop Hun (Laos). Jalan yang bertanah merah semakin menanjak melalui lereng-lereng bukit. Tak nampak langsung kenderaan lain yang berselisih dengan kami semasa menuju ke sempadan Vietnam-Laos ni.
Terdapat enam buah lintasan sempadan di antara Vietam dan juga Laos. Salah satunya adalah Tay Trang-Sop Hun Border ni yang terletak di utara Vietnam dan juga Laos. Dari Dien Bien Phu nak ke Laos mesti melalui sempadan Tay Trang-Sop Hun ini. Tak macam Bukit Kayu Hitam, lintasan sempadan di tanah pergunungan Vietnam-Laos ni jarang dilalui kenderaan dan keadaannya sunyi sepi !
|
Sawah padi yang menghijau. Tak nampak hijau dah sebab tinted cermin bas. |
|
Meninggalkan bumi Vietnam menju ke Laos. |
|
Sawah-sawah padi di pinggir bukit. |
|
Melintasi sungai. Jalan semakin menanjak menuju ke sempadan. |
|
Keadaan jalan yang berbukit dari Dien Bien Phu ke sempadan Vietnam-Laos. |
|
Kabus. |
|
Sungai yang dilintasi tadi jauh di bawah. |
Kira-kira hampir 2 jam jugak perjalanan dari kota Dien Bien Phu ke Kompleks Imigresen Tay Trang yang terletak di sebelah Vietnam ni. Walaupun tak berapa jaug, yang makan masa tu disebabkan faktor geografi dan muka buminya yang bergunung-ganang. Drebar bas mengarahkan semua penumpang bas untuk turun cop passport. Penumpang bas pun hanya ada 10 orang, 6 pelancong asing dan 4 orang tempatan. Urusan cop passport di sini Tay Trang Border ni sangat cepat dan lancar bagi pelancong asing. Hanya kami sahaja yang ada pada waktu tu. Tak perlu beratur panjang-panjang untuk cop passport. 5 minit sahaja dah siap.
Bagi yang masih mempunyai baki duit Dong Vietnam boleh jugak tukarkan ke watawang Kip Laos di Tay Trang Border ni. Ada seorang pegawai imigresen yang akan tanya siapa nak tukar duit Dong Vietnam kepada duit Kip Laos. Kadar tukaran mungkin sedikit mahal berbanding bandar besar, tetapi dah nak masuk Laos baik tukar siap-siap. Mat saleh dari Australia yang satu bas dengan kami pun tukaq duit Kip jugak kat sini. Dekat kompleks imigresen Vietnam ni, dia seorang sahaja pegawai yang pandai berbahasa Inggeris. Dia jugaklah yang bersembang ramah, cerita macam-macam berkaitan perjalanan yang akan kami lalui nanti menuju ke Luang Prabang.
|
Selamat tiba di tay Trang Border, Vietnam. |
|
Masuk cop passport keluar dari Vietnam di Tay Trang Border untuk ke Laos. |
|
Penumpang bas rakyat tempatan. |
|
Geng warganegara asing. |
|
Angsa bermain riang di sekitar Tay Trang Border, Vietnam. |
|
Honda EX5 pun ada di sempadan Vietnam-Laos ni ! |
|
Sesi ramah mesra dengan pegawai imigresen Vietnam yang fasih berbahasa Inggeris di Tay Trang Border. |
|
Tay Trang Border di kawasan pergunungan Vietnam yang sunyi sepi walaupun pada siang hari. |
|
Tay Trang International Border Gate, Vietnam. |
|
Bas Dien Bieen Phu ke Luang Prabang yang besar tapi penumpang hanya ada 10 orang. |
|
Jarak perjalanan dari Tay Trang Border di Vietnam ke Sop Hun Border di Laos yang masih jauh. |
|
Bas yang mulanya bersih bertukar kotor bila tiba di Tay Trang Border, Vietnam. |
|
Kawasan pergunungan sempadan Vietnam-Laos. |
Dah lepas cop passport di Tay Trang Border di sebelah Vietnam, kami menaiki bas meneruskan perjalanan ke Sop Hun border di sebelah Laos. Betul kata pegawai imigresen Vietnam tadi, jaraknya agak jauh melalui jalan yang keadaannya lebih kurang sama semasa kami datang dari Dien Bien Phu tadi. Kalau biasa yang kita pernah lalu kompleks imigresen di antara dua buah negara terletak berdekatan di antara satu sama lain. Tapi yang ni tak, rasa lama jugak naik bas baru sampai di Sop Hun Border di sebelah Laos. Border Laos ni betul-betul terletak di tanah tinggi. Boleh rasa kesejukan hutan di sini.
Sampai di Sop Hun Border ni semua penumpang dikehendaki turun bas sekali lagi untuk urusan cop passport . Di sini kita kena isi la arrival card untuk masuk ke negara Laos. Baru la terhegeh-hegeh nak cari pen bagai. Mujur ada geng-geng mat saleh yang sudi pinjamkan pen. Di sini ada caj yang dikenakan untuk masuk ke negara Laos. Bagi warganegara Malaysia tak perlukan visa untuk masuk ke negara Laos, cukup tunjukkan passport dan bayar service charge sebanyak 10,000 Kip setiap seorang. Di situ jugak siap tertulis overtime charge (tak ingat berapa) kalau pada hari Ahad. Tak sangka pulak nak masuk Laos ada macam-macam caj. Kadang-kadang tu depa saja scam pelancong luar. Duit yang depa masuk poket sendiri.
|
Kena bayar sejumlah caj untuk masuk ke Laos di Sop Hun Border dari sempadan Tay Trang, Vietnam. |
|
Cop passport untuk masuk ke Laos. |
|
Isi arrival card untuk masuk ke Laos di Sop Hun Border. |
|
Menunggu panggilan pegawai imigresen Laos untuk pengembalian passport masing-masing. |
|
Border Sop Hun di sebelah Laos. |
Welcome to Lao PDR ( Lao People's Democratic Republic) ! Itu ungkapan yang tertulis bila kami melepasan sempadan untuk masuk ke negara Laos. Kalau ikut bahasa sebenarnarnya panggil Lao sahaja, penjajah Perancis dulu yang tambah abjad 's' menjadi Laos. First impression atau pun impresi pertama bila masuk Laos ni ibarat macam kita berada di zaman 90-an gitu pada pandangan gua. Rumah-rumah mereka di kawasan perkampungan nampak begitu uzur sekali. Begitu jugak dengan orang-orangnya yang dapat dilihat.
Jalan utama mereka ibarat jalan kampung di kawasan ceruk pedalaman Malaysia. Sempit dan kadangkala hanya bpleh dilalui sesebuah kenderaan pada sesuatu masa. Ada sebahagian bertar dan ada sebahagiannya tidak. Melalui kawasan bertanah merah itu sudah pasti di sini. Jarang nak selisih dengan kereta kerana sangat kurang kenderaan yang ada di kawasan utara Laos ini. Paling mewah pun ada motor setiap keluarga. Di kiri kanan jalan terdapat rumah penduduk tempatan Laos. Rumah-rumah mereka masih berasaskan kayu dan mempunyai tiang -tiang tinggi. Maddin kata macam rumah orang asli pun ada. Tapi yang paling syok tiap-tiap rumah mesti ada antena parabola. Dari tingkap bas kami dapat melihat kehidupan rakyat Laos dengan lebih jelas. Ada yang buat tak kisah berkemban sambil mandi di belakang rumah.
Bas berhenti rehat untuk makan tengahari selepas beberapa jam mengharungi perjalanan dari border Laos tadi. Pening jugak naik bukit turun bukit layan corner. Selain bas kami, ada bas lain jugak yang baru tiba di sini. Tak tahu pulak dari mana. Tapi penumpang dalamnya agak ramai. Di hentian rehat ini ada kedai makan dan tandas untuk penumpang bas. Menu apa yang special dekat Laos ni jangan tanya gua. Gua tak pergi pun jenguk dekat dapur tu. Drebar dengan konduktor bas gua tengok sedap melayan bakso ke apa entah. Geng mat saleh dan awek Korea yang naik bas dengan kami pun lepak sama minum. Gua dengan Maddin je la yang terkial-kial tak tahu nak buat apa.
Ulang 2-3 kali pergi tandas nak buang air asyik ada orang lain pulak. Bila dah dapat peluang masuk tu Ya Allah teruknya tandas ! Tandas kayu dengan lubang sana-sini dan air pun bajet-bajet je. Kalau ada pun meleleh je airnya. Bau tu toksah cakap lah. Kebetulan dah masuk waktu Zuhur waktu tu, kami tadah la air yang meleleh di tandas tu simpan dalam botol air mineral buat bekalan untuk ambik air sembahyang. Kami solat di dalam bas kemudiannya.
|
Bas Dien Bien Phu-Luang Prabang. |
|
Bas ulang alik Vietnam-Laos. Lebih kepada lori sebenarnya dengan muatan barangn mentah di dalam bas. |
|
Hentian rehat pertama bas Dien Bien Phu ke Luang Prabang. |
|
Maddin sibuk memunggah barang untuk dibawa turun dari bas di pekan kecil Laos. |
Hujan turun mengiringi perjalanan kami ke Luang Prabang. Bas masih lagi melalui kawasan lereng-lereng bukit. Gua seriau jugak sebenarnya dengan cara drebar bas ni layan corner waktu hujan macam ni. Selamba hadap je dia layan. Di Laos, kami memang tak tahu langsung kawasan mana yang dilalui kerana kurangnya papan tanda dan bahasa yang boleh difahami. Kami melalui pekan-pekan kecil berhampiran sungai. Bas akan berhenti menurunkan barangan di sesetengah kedai di pekan kecil ni. Yang jadi mangsa punggah barang ni penumpang dalam bas la. Kena tolong tolak guni lah, angkat kotak tu lah, kotak ni lah. Maddin yang selalu kena dan dia lah yang paling rajin pun tolong. Antara barangan yang dibawa turun dan diagihkan di pekan-pekan kecil ni adalah seperti beras, mee segera dan makanan ruji yang lain.
Puas tidur bangkit tidur bangkit masih belum tiba di Luang Prabang lagi. Pada tu dah pukul 4.00 petang. Geng mat saleh dah kalut tanya drebar bila nak sampai ni. Jauh lagi kata drebar. Semua pun dah cemuih duduk lama-lama dalam bas. Gua dah boleh agak bukan senang nak sampai cepat ke Luang Prabang kalau keadaan jalan yang tak berapa elok ditambah berhenti sana-sini turunkan barang. Paling awal pun malam nanti la. Kalau rasa nak buang air ke apa jangan harap ada RnR ke apa kat sini. Drebar bas akan berhenti ke di semak-semak tepi jalan dan tala lah apa yang boleh ditala hangpa dekat situ. Gua dengan Maddin sampai ke sudah tahan tak buang air. Selalunya geng-geng mat saleh ni je yang tak tahan, sat-sat suruh berhenti nak buang air.
|
Rumah-rumah penduduk masyarakat pedalaman Laos. |
|
Namnoy Bridge. |
|
Hentian rehat cara Laos. Ikut cara Laos. |
|
Sungai Mekong di kiri jalan menuju ke Luang Prabang dari Dien Bien Phu. |
|
Hutan tebal di pinggir sungai. |
|
Jalan utama Laos mengikut tebing Sungai Mekong. |
|
Lagu-lagu rakyat Laos yang diulang berkali-kali di dalam bas. |
|
Tak tahu nak buat apa sepanjang perjalanan ke Luang Prabang. Dah jemu tengok pemandangan? Tidur ! |
Dalam pukul 5.30 macam tu kami tiba di pekan Udomxay. Gua ternampak signboard yang tertulis di stesen bas berhampiran. Bas berhenti lagi untuk turunkan barang, tapi kali ni lama sikit kena tunggu orang lain pulak datang ambik barang tu. Sementara tu penumpang semua dapat la kami berehat di luar bas. Gua melilau dengan Maddin di stesen bas Udomxay tengok apa yang ada dekat sini. Stesen bas dia kecik je, dan tak sesibuk mana. Jarang-jarang bas yang sampai atau bertolak. Dekat kaunter tiket bas ada tertulis Muang Khua, Phong Saly, Vientiane dan pelbagai lagi laluan di Laos ini. Nak cari tiket bas ke Dien Bien Phu pun ada dekat sini.
Geng mat saleh boleh bantai mee segera cawan dekat-dekat kedai runcit berhampiran. Bau dia betul-betul menyelerakan. Gua dengan Maddin terliur je lah tengok. Mujur Maddin beli roti dekat Dien Bien Phu pagi tadi. Itu je lah santapan kami sepanjang hari ni di dalam bas. Bukan tak nak makan ke apa, tapi was-was sikit di Laos ni. Makanan halal memang payah la nak jumpa oleh kerana bukan negara muslim. Kalau ada peluang ni nak je buka bag ambik dapur camping, buka mestin masak nasi dengan sardin dekat sini. Tak tahan woo tengok depa makan !
|
Berhenti lagi. Kali ini di stesen bas Udomxay. |
|
Kaunter tiket bas di stesen Udomxay, Laos |
|
Sesi menolak bas dan pikap yang tersangkut di dalam selut lumpur di pedalaman Laos. |
Sepanjang perjalanan dari Udomxay petang tadi hingga ke lewat malam ini, jalan agak kotor dan berselut. Ada nampak lori-lori rosak yang tersangkut di selut yang ditinggalkan sahaja di bahu jalan. Hujan lepat petang tadi dan jalan yang bertanah merah memaksa pemandu bas menggunakan pengalamannya mengawal bas. Peristiwa yang gua tak boleh lupa sekali di Laos ni bila mana kena menolak bas beramai-ramai yang tersangkut di dalam selut lumpur. Dah la masa tu tengah malam entah di jalan mana entah. Hutan tebal dikiri kanan jalan. Tak ada pekampungan orang langsung. Ada sebuah pikap lain di depan kami yang tengah struggle nak keluar dari selut. Ada kawan-kawan dia yang lain tolong tolak sekali masa tu. Dah cuba banyak kali masih tak berjaya. Lama juga tengok depa cuba akhirnya berjaya jugak lepas dari kawasan selut tu.
Giliran bas kami pulak nak lalu. Drebar bas suruh semua penumpang turun dari bas. Geng-geng pikap tadi datang sembang dengan drebar bas, bagitahu tips dan teknik la kot. Sambil sambil tu depa tolong tolak sekali dengan kami. Masing-masing pakat tolak bas dari belakang. Kali pertama tak berjaya. Dua-tiga kali cuba baru berjaya. Dah biasa dah bagi drebar Laos melayan cabaran macam ni. Tenang je dia mengawal keadaan. Kami yang menolak ni berselut kaki dengan baju. Syok kata mat-mat saleh !
Setelah menempuh perjalanan yang mencabar dan memenatkan, kami sampai di Laos dah dekat pukul 2.00 pagi. Bas berhenti menurunkan kami di stesen bas Luang Prabang (Southern Bus Station). Dah lewat malam keadaan agak sunyi sepi dan gelap. Turun dari pintu bas, terkejut ada drebar tuk-tuk yang menawarkan perkhidmatan ke pekan Luang Prabang. Tapi harga memang mahal la nak ke pekan Luang Prabang yang lebih kurang 4-5 KM di tengah pagi buta ni. Kami pun sebenarnya tak tahu lagi nak tidur di mana malam ni. Berhampiran dengan stesen bas, ada macam sebuah villa yang menyediakan bilik tumpangan. Kami ikut mat-mat saleh tadi ni pergi ke sana. Keluar la seorang lelaki, rasanya pekerja villa tersebut pakai seluar dalam je buka pintu pagar.
Tanya-tanya harga ada la sebuah bilik dengan dua katil bujang beserta penghawa dingin dan bilik air di dalam dengan harga 50,000 Kip semalam. Yang gua tak berapa gemar villa ni dia ada bela anjing ! Anjing kecik-kecik comel tu. Maddin siap kena jilat dengan anjing tu lagi ! Dah satu hal nak cari tanah nak samak malam tu !. Masing-masing dah penat, nak tak nak kami setuju je lah bila dah lewat malam gini. Kalu nak cari lain pun tak pasti pulak dekat mana guesthouse sekitar stesen bas Luang Prabang ni.
Setelah mandi dan menunaikan kewajipan, perkara pertama yang menjadi rutin bila check-in guesthouse mestilah memasak ! Seharian tak makan nasi hari ni !
Kehidupan dalam bas jer dah makan 16jam.. tak tahan kena tolong tolak bas sekali tu. memang pengalaman yang unik betul:)
BalasPadamBetul. Salah satu highlight kembara Indochina ni kena tolak bas dalam selut tu lah. Haha
PadamWow cukup adventure ....pls tlg masukkan harga tambang bole buat panduan...rasa mcm nk try route ni
BalasPadamTambang tiket bas dari Dien Bien Phu ke Luang Prabang dalam 490,000 Dong. Saya ada catitkan dalam bahagian terdahulu kembara Indochina ni.
PadamBro. Bile nk settle kan blog.. sorry la..sbb aku sendiri pon ngah prepare sbb aku pon bakal mengadap mende yg sama bulan 2 ni..aku x pasti 3 bulan cukup ke tak..
BalasPadamInsyaallah, ada kelapangan masa akan cuba habiskan travelog Indochina ni. 3 bulan ? Lebih dari cukup tu ! Saya buat ni pun 3 minggu je.
Padamnak tanya.
BalasPadamberapa tin sardin bawak ke sana?
selama masak kt sana tuan guesthouse xtau ke korg masak?
telur tu sumbat dlm beg x pecah ke?
Banyak jugak, bukan sardin je, kari ayam, kari kambing, semua jenis lauk yang bertin kami bawak. Makan mesti mau sedap bila backpacking Indochina ni ! Haha
Padam