Pages

11 Mac 2015

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 14 : Chiang Mai

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part  13 : Luang Prabang - Chiang Mai

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Kami berhenti rehat sekali semasa perjalanan menggunakan minivan dari Chiang Kong ke Chiang Mai. Tempat rehat pun ekslusif, bukan RnR biasa yang kita selalu berhenti. Ada kedai makan dan tandas disediakan di sini. Drebar minivan mesti ada komisyen tu bila bawa penumpang ke RnR ni. Abam mat-mat saleh tadi makan aiskrim. Gua dengan Maddin tak makan apa-apa. Beli Coke sorang sebotol untuk diminum di dalam van nanti.

Hentian rehat kami dari Chiang Kong ke Chiang Mai. Tak sempat ambil gambar kedai.

Coke Thailand berharga 150 Baht sebotol. Di Malaysia mau RM 2.00 ni.


Selepas mengharungi 4 jam perjalanan dari Chiang Kong, kami tiba ke destinasi iaitu bandar Chiang Mai. Drebar minivan ada tanya kami nak turun hotel di mana, kami jawab kami tak tempah apa-apa hotel pun lagi. Drebar van menurunkan kami di tepi jalan besar berhadapan dengan Lanna Guesthouse. Ianya terletak di bahagian dalam Chiang Mai Old City. Tengok dari luar ada bilik berharga serendah 150 Baht Baht semalam. Pucuk dicita ulam mendatang. Ini sudah cantik. Memang kami tengah cari guesthouse bajet di sekitar bandar Chiang Mai ni.

Kami terus tanya abang receptionist Lanna Guesthouse yang ada depan tu. Sebenarnya ada bermacam jenis bilik di Lanna Guesthouse ni. Triple room, double room, single room. Dorm pun ada. Harga pun boleh tahan murah bagi gua. Kami ambik double room yang berharga 300 Baht semalam. Ada katil berkembar, kipas angin dan tandas di bahagian dalam bilik ! Besar pun besar bilik dia. Tapi jangan ingat macam hotel. Nama pun guesthouse atau  rumah tumpangan. Bersuka ria kami masak-memasak dalam tu !

Minivan menurunkan kami di Lanna Guesthouse di dalam kawasan Chiang Mai Old City.

Ruang laluan masuk ke dalam Lanna Guesthouse, Chiang Mai.

Penginapan bajet 300 Baht kami di Lanna Guesthouse, Chiang Mai.

Sesudah check-in di Lanna Guesthouse, kami tak terus keluar meronda bandar Chiang Mai. Masuk bilik dan keluarkan alatan dari beg. Aktiviti pertama mestilah masak nasi ! Masing-masing tekak Melayu, mesti mau telan nasi jugak. Maddin la tukang masaknya. Kalau bilik guesthouse sebelum-sebelum ni di Laos dan Vietnam sempit-sembit dan takut terbakar cadar, tidak di Lanna Guesthouse ni. Boleh memasak di satu bahagian lain lagi. Oleh kerana masing-masing dah kenyang kami sambung aktiviti kedua pulak. Tidur sebentar. Jadual tidur semasa bermusafir di bumi asing ni dah bercelaru. Masih terasa lenggok-lenggok bas dari Luang Prabang ke Chiang Khong semalam.

Bangkit tiduq lepas Asar baru kami meronda berjalan kaki di sekitar kota lama atau Chiang Mai Old City. Sebelum tu kami tukar duit di bank tempatan berhadapan Lanna Guest tempat kami menginap. Ada perkhidmatan tukaran wang asing di mana-mana bank di Chiang Mai ni dan kadar tukarannya bebeza diantara satu sama lain. Kalut sangat nak tukar duit awal-awal, rupanya ada pengurup wang lain yang menawarkan kadar tukaran wang yang lebih tinggi. Pengajarannya, jangan tukar duit di bank. Tukarlah di premis pengurup wang yang ada di sepanjang jalan di Chiang Mai ini.

Aktiviti rondaan berjalan kaki sekitar bandar Chiang Mai di waktu petang.

Songthaew merah yang banyak terdapat di Chiang Mai. Macam bas mini, nak kemana-mana pun senang naik ni.

Tukar duit di bank tempatan Thai di Chiang Mai.

Pelajar-pelajar sekolah tempatan di Chiang Mai baru tamat sesi persekolahan. Sibuk jugak mereka di bank.

Antara deretan guesthouse yang terdapat di bandar Chiang Mai.

Mungkin salah musim. Panas terik sampai ke petang di Chiang Mai.

Hasil seni yang dipamerkan di tepi jalan dan untuk dijual kepada pelancong di Chiang Mai.

Seserabut kepala gua, serabut lagi wayar-wayar di Thailand.
Nampak macam Alamanda Putrajaya, tapi bukan. Pintu masuk ke salah sebuah hotel di Chiang Mai.

Kuil-kuil Buddha yang merata-rata terdapat di Chiang Mai ni.

Suasana petang di Chiang Mai's Old City yang sibuk dengan kenderaan.

Basikal yang disewa pelancong untuk bersiar-siar di Chiang Mai ini. Kenapa keluar ayat skima ni?

Bilik pameran motorsikal Honda di Chiang Mai.

Boleh nampak Thapae Gate dikejauhan.

Premis-premis perniagaan dan bank di kota Chiang Mai yang bersih.

Tidak syak lagi kalau tengok peta di tengah-tengah jalan ni adalah pelancong asing.

Di Chiang Mai ni tuk-tuk pun ada. Bukan sahaja tuan, dia punya bunyi pun garang habis !

Nama- nama jalan seperti Rachadamnoen Road dan Moonmuang Road.

Mengikut pembacaan dan kata orang, kota Chiang Mai ni cuaca dia sejuk dan nyaman. Masa kami pi awat panas membahang tak tau ! Mungkin bukan musim dia kot sebab bulan Ogos waktu tu. Kalau nak rasa sejuk pi la melawat di antara bulan Disember dan Februari, boleh cecah 13 darjah Celcius pada waktu malam. 

Kota Chiang Mai merupakan kota kedua yang sering dikunjungi pelancong di bumi Thailand selepas kota Bangkok. Jika wat dan kuil Buddha menjadi tujuan anda untuk ke Chiang Mai ini, memang tak salah lagi sinilah tempatnya. Mana-mana ceruk pun mesti ada wat-wat Buddha yang dibina dan diukir menarik. Terdapat lebih 300 buah wat Buddha di kota Chiang Mai sementara di dalam bahagian Old City-nya sahaja terdapat tidak kurang dari 30 buah wat.

Dahulunya Chiang Mai adalah sebuah ibukota baru dari Kerajaan Lanna yang pada asalnya berpusat di Chiang Rai. Untuk melindungi kota dari serangan tentara Burma, maka tembok tinggi didirikan dan parit digali mengelilingi kota. Kawasan di dalam tembok itulah yang dikenali sebagai kota lama atau Old City Chiang Mai.Sehingga ke hari ini, kita dapat melihat sisa-sisa runtuhan tembok dan paritnya.

Thapae Gate adalah pintu masuk utama ke Chiang Mai Old City. Pada masa dulu ianya menjadi laluan utama dan tempat pertemuan pedagang, diplomat dan sami-sami untuk masuk ke kota Chiang Mai. Sekarang ini kota Chiang Mai telah berubah sama sekali. Thapae Gate yang menjadi ikon Chiang Mai ini masih lagi terpelihara hingga ke hari ini. Di sini juga berlangsungnya acara-acara besar dan festival sepanjang tahun antaranya seperti Flower Festival, Sambutan Tahun Baru dan juga Sogkran Festival.


Thapae Gate yang menjadi mercu tanda dan ikon kota Chiang Mai.


Thapae Gate yang menjadi pintu utama untuk masuk ke Old City suatu ketika dulu.

Biar kalah gaya, jangan kalah bergambar. Maddin di hadapan Thapae Gate.

Aktiviti petang di sekitar Thapae Gate. 

Aktiviti seni di sekitar perkarangan Thapae Gate. 

Jualan hasil seni di persekitaran Thapae Gate.

Sejarah Thapae Gate yang dapat dilihat di tembok batu ini.

Hasil tangan yang dijual.

Dekat-dekat Thapae Gate ada sungai yang menjadi tempat melepak burung-burung dan manusia.

Tembok-tembok kota lama Old City Chiang Mai yang dikekalkan.

Tha Pae Gate. Pintu Tha Pae.

Budak-budak sekolah balik petang memeriahkan lagi suasana di Thapae Gate.

Aktiviti riadah petang di sekitar Thapae Gate.

Kami melepak lama jugak di Thapae Gate melihat suasana petang.

Di sekitar Thapae Gate ni jugak terdapat banyak hotel dan guesthouse.

Perkarangan Thapae Gate yang luas.

Kami merayau-rayau di sekitar Thapae Gate sampai la nak masuk waktu Maghrib. Maddin sibuk cari ubat gatal dekat farmasi berhampiran. Kami tak ada arah tuju pun sebenarnya petang tu. Keluar masuk 7E beli air minuman dekat-dekat situ. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib berkumandang. Gua dengan Maddin bercadang nak cari masjid berhampiran di kota Chiang Mai ni untuk solat. Walaupun jarang nak nampak masyarakat muslim di sini, tapi masih boleh dengar laungan azan. Dengan peta yang ada di tangan, memang ada masjid kecil yang tak jauh dari situ.

Masjidnya di celah lorong-lorong perumahan. Kalau sekilas pandang memang tak perasan pun masjid di tepi jalan besar dekat-dekat Thapae Gate ni. Habis solat kami disapa oleh salah seorang jemaah. Dia boleh cakap Melau sikit-sikit tapi berterabur. Kami tanya dekat mana nak cari makanan halal di Chiang Mai ni, kot kot la ada sekitar masjid tu. Katanya dah tutup kalau di sekitar masjid tu. Dia mencadangkan kami berjalan kaki ke Masjid Hidayatul Islam atau nama lainnya Baan Haw Mosque berhampiran Chiang Mai Night Market. Di sana katanya ada banyak kedai makan muslim. Menurutnya lagi di Chiang Mai ini sahaja terdapat lebih kurang 7 buah masjid China kerana kebanyakannya diasaskan oleh masyarakat muslim yang berasal dari wilayah Yunnan.

Gua dan Maddin pun berpandukan peta yang telah ditanda oleh abang tadi jalan la ke Masjid Baan Haw. Aktiviti malam di Chiang Mai masih lagi sibuk walaupun banyak kedai sudah ditutup. Apa yang gua suka di Chiang Mai ni adalah bandarnya yang bersih. Penduduknya pula nampak sedikit berbeza berbanding dengan orang Thai di Bangkok. Orang-orang di Chiang Mai ini kalau kita perasan matanya sepet sikit, oleh kerana sempadan geografinya yang dekat dengan negara China. Apa yang gua tahu, banyak yang dah kacuk dan dialek bahasa Thai mereka di utara Thailand ni juga berbeza dengan wilayah lain di Thailand.


Suasana malam di Chiang Mai. Senang nak nampak pelancong orang putih.

Thapae Gate di waktu malam. Masih meriah dan semakin banyak peniaga.

Padang tiruan di Chiang Mai. Kaki tiba-tiba gatal.

Menarik susunan gelanggang futsal terbuka di Chiang Mai ni. 

Masjid kecil berhampiran Thapae Gate. Nama apa gua tak ingat.

Kanak-kanak masyarakat muslim Chiang Mai mendengar tazkirah selepas Isyak.


Ruang solat Masjid Baan Haw, Chiang Mai.

Kanak-kanak muslim Chiang Mai kusyuk mendengar penerangan ustaz dalam bahasa Thai.

Masjid Hidayatul Islam atau Masjid Baan Haw Chiang Mai yang menjadi pusat pertemuan masyarakat muslim Chiang Mai.

Elok kami sampai di Masjid Baan Haw, azan Isyak berkumandang. Eloklah tu, lepas solat baru cari makan. Masjid Baan Haw ni merupakan masjid yang terbesar di wilayah Chiang Mai ini. Kebanyakan tulisan di masjid ini berbahasa cina dan siam. Jemaah pun agak ramai. Masjid ni menjadi pusat kegiatan ilmu dan pusat pertemuaan masyarakat muslim tempatan. Selesai solat, ada tazkirah untuk kanak-kanak di perkarangan masjid. Geng-geng pakcik-pakcik pulak duduk lepak menyembang di suatu penjuru tangga. Di kawasan minoriti muslim baru la hangpa rasa perasaan nikmat iman dan islam tu sendiri.

Gua dengan Maddin lari dulu cari makan malam. Masing-masing dah kecuq ayaq liur dok bau tomyam Chiang Mai awal-awal tadi lagi. Di sekitar Masjid Baan Haw ni, terdapat banyak kedai-kedai makan muslim yang sudah tentu halal. Hangpa nak makan apa semua ada. Gua dan Maddin cuba la makan tomyam siam di salah sebuah restoran. Nasib baik tokey boleh cakap Inggeris sikit-sikit. Dah masuk Siam haruslah cuba pekena tomyam dia. Kali pertama rasa tomyam dia terangkat beb ! Peluh bersimbah sampai ke sudah.


Selain menu nasi, ada macam-macam menu lain yang ada di kedai makan muslim sekitar Masjid Baan Haw ni.

Kedai-kedai makan muslim sekitar Masjid Baan Haw, Chiang Mai. Yang gua paham hanya "Thank You".

Menu bajet kami di Chiang Mai. Tomyam dan telur dadar.

Tomyam udang Chiang Mai. Harga lebih kurang di Kuala Lumpur, tetapi puas hati. Betul-betul pior !

Antara tarikan menarik yang ada di di Chiang Mai ini sudah tentu la pasar malam atau night market-nya. Kalau dari Masjid Baan Haw nak ke Chiang Mai Night Market ni memang dekat sangat dah. Dari lorong masjid tadi, cari jalan keluar ke jalan Chang Khlan dan terbentang luas dari hujung ke hujung pasar malamnya. Kami pun tak sangka yang Masjid Baan Haw ni rupanya dekat dengan night market ni. Macam-macam barangan yang ada dijual di sini, antaranya baju, kasut dan hasil seni. Agak meriah jugak dengan pelancong asing.

Tak banyak hasil tangkapan kami malam itu di Chiang Mai Night Market ni oleh kerana masing-masing bajet ciput. Maddin berjaya merembat sepasang selipar manakala gua pulak rembat 'badge' atau 'patches' negara-negara yang pernah dilawati untuk dilekatkan di bagpack. Alah lencana kain gambaq bendera negara tu. Dah alang-alang terjumpa gua beli la dengan harga 6 keping 100 Baht. Kalau bawa geng-geng hawa datang sini seronok la depa beli-belah.

Chiang Mai Night Market di Chang Khlan Road.

Deretan khemah pasar malam Chiang Mai. Mcdonald's pun ada.

Chiang Mai Night Market yang meriah dengan orang ramai.

Pilihan selipar di Chiang Mai Night Market.

Hasil tangkapan Maddin di pasar malam Chiang Mai.

Nak baju Thailand sebagai souvenior ? Berlonggok !

Hasil seni di Chiang Mai Night Market.

Boleh tawar menawar lagi.

Jenuh jugak nak berjalan kaki dari hujung ke hujung di Chiang Mai Night Market ni.

Balik dari pasar malam Chiang Mai, sempat melepak lagi di tengah bulatan jalanraya.

Lama jugak kami merayau di Chiang Mai Night Market tu. Tengok itu ini. Perlahan-lahan kami cari jalan balik ke Lanna Guesthouse. Letih jugak menapak ke sana ke sini. Agak-agak letih berhenti lepak ambik angin dulu. Dekat pukul 1.00 pagi jugaklah baru selamat sampai. Nak rasa suasana malam di Chiang Mai pun hanya malam ni je ada peluang. Keesokan hari kami akan meneruskan perjalanan yang masih belum selesai. Kami akan berangkat pula ke kota keriangan Bangkok. 

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part  15 : Chiang Mai - Bangkok


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //




4 ulasan:

  1. Kat dalam Anusarn market pun ada beberapa buah kedai makan Islam...

    Tak pekena jus buah kat sana.... sangat ohsem sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus pekena jus buah smoothies ke apa nama kat Pasa Malam Chiang Mai tu ! Layan !

      Padam
  2. Assalammualaikum

    Maaf ganggu.

    Sy bercadang hendak ke sana bulan Aug atau Sept insyaAllah.

    Nak tanya :

    1. Ada itinerary boleh dikongsi?
    2. Untuk aktiviti dan lawatan di Chiang Mai, perlu book awal dari sini atau lebih murah di sana?

    Kalau sudi, boleh emailkan ke nadiarahmat@yahoo.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Maaf. Saya tak ada itinerary untuk dikongsikan. Memang tak pernah pun buat itinerary. Haha

      Kalau nak buat aktivitidan lawatan, lebih elok cari di sana je. Boleh tengok pakeh mana yang murah dah terbaik. Tak perlu booking awal kot.

      Padam