Sambungan dari
Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 15 : Chiang Mai - Bangkok
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Masuk hari 17 perjalanan kembara Indochina kami dan hampir tiba ke penghujungnya. Hampir 11 jam perjalanan dengan bas dari Chiang Mai semalam, akhirnya kami tiba di kota keriangan Bangkok. Semalam kami bertolak jam 7.00 malam, hari ini kami tiba jam 6.00 pagi. Bas yang kami naiki menurunkan semua penumpang berhampiran Khao San Road, jalan yang menjadi tumpuan backpackers seluruh dunia. Oleh kerana sebelum ini gua pernah sampai di Khao San Road ini semasa
Cambodia-Thailand Overland Project dulu, jadi gua masih ingat jalan-jalan yang ada di sekitar Khao San Road ini.
Jam 6.00 pagi di Khao San Road memang agak sunyi dan lengang. Kalau sebelah malamnya tempat ini memang riuh rendah dengan pasar malam dan kelab malamnya. Kami berjalan menyusuri Khao San Road melihat keadaan sekitar sambil gua bercerita dengan Maddin pasal Khao San Road ini. Tujuan dan destinasi pertama kami di kota Bangkok selepas turun dari bas adalah mencari masjid yang berdekatan untuk menumpang rehat dan membersihkan badan. Nak cari guesthouse memang tak padan kerana kami tak bercadang untuk bermalam di sini kerana rancangannya untuk terus ke Hatyai pada malam tersebut. Jadi kami ada masa seharian di Bangkok untuk melihat suasana ibukota Thailand ini.
|
Khao San Road di waktu pagi. |
|
Teksi hijau kuning di kotaraya Bangkok. |
|
Khao San Road yang menjadi tumpuan backpackers sunyi sepi di waktu pagi. |
|
Meninjau Khao San Road dan kawasan sekitar dalam perjalanan mencari masjid. |
|
Sempena lawatan Yang Dipertuan Agung ke Bangkok, bendera Malaysia dan potraitnya ada di mana-mana. |
|
Suasana pagi di kota Bangkok. Orang ramai mulai sibuk ke tempat kerja. |
|
Kenderaan yang bersimpang-siur dan keadaan jalan yang mulai sesak di Bangkok. |
|
Tuktuk yang menjadi simbol kota Bangkok. |
|
Kanak-kanak memulakan sesi persekolahan. |
|
Masih lagi melilau mencari masjid di Bangkok. |
Berpandukan peta yang dicetak di rumah sebelum ini dan dengan bantuan Google Maps di telefon, melilau kami di kota Bangkok mencari masjid. Bagi yang tak ada peta nak tengok, boleh beli di mana-mana cawangan 7E di Thailand ini. Kami saja gagah nak bawa peta sendiri dari rumah. Banyak mata-mata yang memerhati dua orang pemuda aneh yang berselipar berjalan kaki sambil mengusung bagpack. Tengok peta dan GPS pun boleh sesat jugak bila ada banyak lorong-lorong kecil yang kami ikut untuk memendekkan jarak perjalanan. Maka GPOS (Guna Pala Otak Sendiri) terpaksa diguna pakai untuk mencari haluan yang betul.
Cari punya cari, kami dengan yakinnya ternampak kubah emas yang kelihatan dari jauh. Masing-masing yang dah penat menapak tadi terus teruja. Berlari-lari anak kami menuju ke masjid yang yang kami nampak tu. Sampai dekat, nah ! Bukan sebuah masjid tapi sebuah gurdwara masyarakat Sikh ! Jangan tak tahu ada komuniti Sikh di Bangkok ni, bukan saja hanya di Malaysia. Sungguh kecewa perasaan ketika itu. Nak tergelak pun ada bila pikir balik.
Berhampiran gurdwara tersebut ada deretan kedai-kedai menjual kain dan sari. Kebanyakkan pekerja kedai pula adalah warga India dan Bangladesh. Ya, masih lagi di Bangkok bukan di Brickfield. Kami tanya salah seorang pekerja di situ mana kami boleh cari masjid terdekat. Nasib baik beliau boleh faham bahasa Inggeris sikit-sikit. Cakap 'masjid' atau 'mosque' beliau dah paham. Dia tunjuk arah menghala ke jambatan. "You go, bridge ! Bridge !". Gua agak masjid tu mesti dekat-dekat jambatan. Bila rujuk peta balik, ada sebuah masjid kecil di seberang jambatan yang merentasi Sungai Chao Phraya. Kami pun menapak lagi ke jambatan yang dimaksudkan iaitu Phra Pok Klao Bridge.
|
Nampak kesian bukan ? Nak cari masjid terjumpa gurdwara. Berehat dulu. |
|
Kotaraya Bangkok yang sibuk dengan kenderaannya. |
|
Jambatan Phra Pok Klao. |
|
Geografi dulu selalu dengar Sungai Chao Phraya? Sinilah tempatnya. |
|
Sunagi Chao Phraya yang mengalir melalui kota Bangkok. |
|
Bot kuning ni kerja dia kutip kiambang yang tumbuh di Sungai Chao Phraya. |
Kami main redah jalan yang ada sampai di Phra Pok Klao Bridge ni. Jambatan ini dibina untuk mengurangkan kesesakan Memorial Bridge yang bersebelahan dengannya. Dari atas jambatan ni kita boleh lihat Sungai Chao Phraya yang sibuk dengan bot dan kapal-kapal besar yang berulang-alik. Sungai Chao Phraya menjadi nadi pengangkutan utama penduduk Bangkok. Ada perkhidmatan water taxi atau teksi air yang menghubungkan beberapa buah stesen di tebing Sungai Chao Phraya. Dulu gua pernah cuba naik teksi air ni masa Cambodia Thailand Overland Project. Layan jugak lebih-lebih lagi waktu puncak, dengan orang ramai yang nak ke tempat kerja. Terpaksa berhimpit-himpit macam naik bas mini.
Dari atas jambatan Phra Pok Klao Bridge ni, boleh nampak bangunan-bangunan tinggi yang ada di tebing Sungai Chao Phraya. Kami berjalan merentasi jambatan ini hingga ke hujung satu lagi. Dari situ kami ternampak masjid berwarna hijau yang betul-betul di tebing Sungai Chao Phraya. Sempat jugak kami tanya orang-orang tempatan di sini lokasi masjid tersebut. Masuk lorong sana sini sampailah ke Masjid Guwatil Islam. Ada papan tanda arah dari jalan besar. Masjid ni terletak berhampiran Princess Mother Memorial Park. Kalau tengok dalam Google Maps memang tak jumpa.
|
Phra Pok Klao Bridge, Bangkok. |
|
Teksi air yang membawa penumpang melalui Sungai Chao Phraya. |
|
Ada jugak bangunan dengan senibina kolonial di Bangkok ni. |
|
Phra Pok Klao Bridge yang merentangi Sungai Chao Phraya. |
|
Bangunan pencakar langit di kota Bangkok. |
|
Pemandangan indah kota Bangkok di atas Phra Pok Klao Bridge. |
|
Sungai Chao Phraya yang menjadi nadi pengangkutan utama masyarakat Bangkok. |
|
Papan tanda menuju Masjid Guwatil Islam. |
|
Tengok lambang bulan bintang dan tulisan jawi, pasti tuju ke masjidlah tu. |
|
Batu tanda Masjid Guwatil Islam, Bangkok. |
Syiar Islam mekar di bumi Bangkok. Sampai di Masjid Guwatil Islam ini, kami disambut oleh seorang pakcik yang rumahnya memang terletak di dalam kawasan masjid tersebut. Mula-mula kami ingatkan tak ada orang di masjid ni. Pakcik tersebut duduk sorang-sorang dia, masak minum semua di sini. Nak sembang tanya banyak pun tak boleh atas faktor bahasa. Pakcik ni boleh faham sikit-sikit ja bahasa Inggeris dan Melayu.
Kami minta izin untuk tumpang mandi dan berehat di Masjid Guwatil Islam ni. Pakcik tu ok ja. Angin sepoi-sepoi bahasa di tepi Sungai Chao Phraya ni layan jugak. Maddin siap boleh bantai tidur lagi oleh kerana dia tak berapa nak lena semalam naik bas dari Chiang Mai ke Bangkok. Gua pulak dok melilau kawasan sekitar masjid dan melepak tengok bot-bot dan feri di Sungai Chao Phraya.
Tak lama kemudian, datang rombongan sekolah ke masjid tersebut. Kalau tak salah gua semuanya budak-budak tadika, tak pun budak sekolah rendah. Ada cikgu pengiring 5-6 orang yang turut serta. Gua dok tengok gelagat budak-budak ni sementara Maddin terus bantai tidor tak sedarkan diri. Cikgu-cikgu tadika ni yang bagusnya bawa budak-budak tadika ke rumah-rumah ibadat untuk memberi pendedahan kepada mereka agama yang ada di Thailand ini. Walaupun gua tak faham bahasa Siam, tapi gua boleh agak cikgu-cikgu tadika tu sembang apa kat budak-budak tu. Yang gua dengar ada la dia sebut 'muslim', 'masjid' dan tunjuk bulan bintang yang ada dekat kubah masjid.
|
Pandangan dari Masjid Guwatil Islam. Phra Pok Klao Bridge yang kami lalui tadi dikejauhan. |
|
Masjid Guwatil Islam yang terletak betul-betul di tebing Sungai Chao Phraya. |
|
Menara Masjid Guwatil Islam yang dapat dilihat dari jauh. |
|
Kiambang bunting yang banyak terdapat di sungai Chai Phraya. Betulkan gua kalau salah. |
|
Angin sepoi-sepoi bahasa. Sesuai nak merehatkan diri di pondok Masjid Guwatil Islam ni. |
|
Teksi air yang menjadi ikon kota Bangkok sarat membawa penumpang melalui Sungai Chao Phraya. |
|
Maddin dah bantai tiduq tak ingat apa dah di Masjid Guwatil Islam. |
|
Masjid Guwatil Islam yang bersih, terletak betul-betul tepi Sungai Chao Phraya. |
|
Jambatan dibina tinggi merentasi Sungai Chao Pharaya bagi membolehkan bot dan feri lalu di bawahnya. |
|
Lagi teksi air Bangkok yang sarat dengan pemumpang. |
|
Akak ni tunggu anak dia balik sekolah. Nanti ada bot yang berhenti di jeti ni turunkan penumpang. |
|
Jelajah masjid di kota Bangkok. |
|
Masjid Guwatil Islam, Bangkok. |
|
Maddin tiduq lena. |
|
Kawasan perkarangan Masjid Guwatil Islam, Bangkok. |
Bila budak-budak sekolah tu dah beredar baru gua kejutkan Maddin. Maddin tercengang dok tanya apa yang berlaku. Hang kalau dah tiduq Maddin, tak sedar apa dah. Kami keluarkan bekalan makanan masing-masing yang ada di dalam bagpack untuk dimasak. Kami makan Maggi sahaja untuk alas perut pagi ni. Di Thailand, kami dah tak masak nasi seperti yang selalu dilakukan di Vietnam dan Laos sebelum ni. Bekalan beras dan sardin masih ada, tapi kami saja nak rasa masakan Siam pulak. Makan Maggi sambil menghadap Sungai Chao Phraya, nikmat Allah yang mana kamu dustakan.
Kami tumpang mandi semua di Masjid Guwatil Islam ni. Elok masuk waktu Zuhur, pakcik tadi yang azan. Gua ingat ramai la jemaah dekat dekat kawasan masjid ni. Rupanya kami bertiga ja berjemaah waktu Zuhur tu. Pakcik tu jadi imam dan kami berdua makmum. Sebelum balik, pakcik tadi bagi kalendar waktu solat Siam punya. Kami terima je lah. Sampai sekarang ada dok tergantung di rumah gua, tak tahu nak baca bahasa Siam.
|
Sesi masak-memasak sarapan pagi di Masjid Guwatil Islam, Bangkok buat alas perut. |
|
Makan Maggi sambil melihat pemandangan Sungai Chao Phraya yang sibuk. |
|
Maddin masih tidur, sementara akak tadi masih menunggu anaknya. |
|
Giliran Maddin pulak masak bila bangkit tiduq. |
Kami tanya pakcik tadi kot kot ada kedai makan muslim di kawasan Masjid Guwatil Islam ni, katanya tak ada. Kalau ada pun jauh sikit. Kena pi masjid lain pulak. Gua dengan Maddin memang bercadang nak cari kedai makan halal muslim yang ada di Bangkok ni. Pakcik tu cerita la, kena naik bas itu ini. Kalau nak jalan kaki jauh. Katanya ada masjid dekat-dekat King Thaksin Monument. Di sana banyak kedai makan muslim berhampiran masjid.
Oleh kerana tak berapa paham dan jelas bas mana yang nak kena naik, gua dan Maddin ambil keputusan untuk berjalan kaki. Google Maps kan ada. Jarak dari Masjid Guwatil Islam ke King Taksin Monumen tak begitu jauh. Bila rasa agak penat berhenti sat di 7E, masuk dalam pekena angin aircond dulu, tak beli apa-pun. Yang syoknya, ada pulak wifi percuma di 7E ni. Boleh la online sat, buat laporan apa yang patut dekat keluarga nun jauh di Kuala Lumpur sana. Cuaca boleh tahan panas terang tang tang di Bangkok ni. Peluh ni toksah cerita, sepanjang masa baju basah dengan peluh. Tu yang kami ber-tshirt dan berseluar tracksuit bak guru pendidikan jasmani sepanjang masa. Tak pikir nak bergaya bagai dah.
|
Kota Bangkok dengan teksi bermacam warna. |
|
Definisi jalanraya yang sebenar di Thailand. |
|
Waktu budak-budak sekolah balik sekolah. |
Kebetulan dah nak masuk waktu Asar ni budak-budak baru balik sekolah menengah di Bangkok. Di bahu-bahu jalan berlonggok budak-budak sekolah sedang menunggu bas dan ada yang naik tuktuk untuk pulang rumah masing-masing. Kalau ikut kata-kata pakcik Masjid Guwatil Islam tadi, ada masjid dekat dekat King Taksin Monument ni. Gua syak masjid ni mesti terletak di lorong-lorong belakang, dan mustahil nak ada masjid betul-betul tepi jalan besar.
Dalam banyak-banyak budak sekolah yang balik tu ada yang bertudung dan sudah pasti ianya seorang muslim. Gua dan Maddin pun cuba test market tanya kat mana masjid terdekat. Ada yang paham dan ada yang tak. Bahasa Inggeris mereka memang out terus. Nasib baik ada yang paham, tunjuk kami jalan untuk ke masjid tersebut. Tulang rusuk ni entah kenapa asyik bergetar tiap kali tengok awek-awek Siam muslim ni. Eh.
Rupanya di belakang lorong menuju ke masjid ni ada perkampungan masyarakat muslim. Ada kedai-kedai makan kecil berhampiran masjid. Budak-budak sekolah yang bertudung tadi semua menetap di kawasan ni. Di kawasan perkampungan muslim ni ada sebuah masjid besar bernama Masjid Nurulmubin. Kami disambut oleh jemaah yang ada di sini. Depa pelik la tengok ada orang asing dok galas bagpack besaq-besaq datang masjid mereka. Ada yang di antara pakcik-pakcik di masjid ni boleh bercakap Bahasa Melayu. Ada yang tanya dari mana, dah makan ke belum. Layanan mereka amat ramah sekali.
Di tepi kawasan Masjid Nurulmubin ini ada kawasan tanah perkuburan masyarakat muslim tempatan. Kawasan tanah perkuburan mereka walaupun tak berapa besar tapi dijaga rapi dan kemas. Kami masuk ke dalam ruang solat Masjid Nurulmubin untuk meninjau keadaan di dalamnya. Ternyata ruang solat Masjid Nurulmubin ini agak luas dan sudah tentu menjadi tumpuan penduduk muslim Bangkok pada hari Jumaat. Bersebelahan masjid, ada bangunan kecil yang menjadi pusat pengajian agama untuk kanak-kanak.
|
Lorong-lorong perumahan belakang menuju ke Masjid Nurulmubin. |
|
Masjid Nurulmubin yang tersergam indah. |
|
Tanah perkuburan islam Masjid Nurulmubin. |
|
Kawana tanah perkuburan dijaga rapi. |
|
Tanah perkuburan Masjid Nurulmubin dengan ruang yang terhad. |
|
Sesi bergambar kenang-kenangan di Masjid Nurulmubin. |
|
Ruang solat Masjid Nurulmubin. |
|
Senibina Masjid Nurulmubin yang kemas. |
|
Bangunan bersebelahan Masjid Nurulmubin ynag menjadi pusat pengajian ilmu. |
|
Bendera Malaysia berkibar megah di Masjid Nurulmubin. |
|
Kehadiran kami ke Masjid Nurulmubin disambut oleh pakcik berkopiah. Beliau boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. |
|
Para jemaah menunggu masuk waktu Asar di Masjid Nurulmubin, Bangkok. |
|
Pintu masuk ke ruang solat Masjid Nurulmubin. |
Bila dah sudah ronda-ronda kawasan Masjid Nurulmubin, misi kami seterusnya mencari kedai makan muslim yang ada di sekitar masjid ni. Kami terjumpa seorang brader ni, orang Satun dan beliau boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Kami tanya di mana kedai makan yang ada di kawasan sekitar. Beliau bawa kami ke suatu warung tak jauh dari masjid. Oleh kerana penduduk di sini majoritinya muslim, tak menjadi masalah nak cari kedai makan halal. Yang menjadi masalah utama adalah komunikasi semasa nak pesan makanan tu. Cakap dengan tokey kedai tak paham, cakap dengan anak tokey pun tak faham. Bahasa isyarat jugak menjadi pilihan.
Satu lagi masalah menu makanan yang ada dan dijual di kedai ni. Semuanya ditulis dalam bahasa Siam, mana kami nak paham. Nak cakap bahasa Inggeris pun depa tak faham. Yang gua paham dan reti sebut hanya Cha Yen (Teh Ais). Pastu teringat kat Siam ni antara menu popular adalah Pad Thai (macam kueyteow goreng). Gua pesanlah Pad Thai. Maddin pulak lebih Itali sikit, makaroni goreng. Rezeki Allah itu ada di mana-mana dan kadangkala hadir tanpa disangka-sangka lebih-lebih lagi ketika bermusafir. Tengah kami baru berkira nak makan, brader orang Satun tadi datang semula ke warung kami lepak dengan bawa ayaq Ribena lagi ! Baik sungguh brader ni belanja kami ayaq lagi. Terharu sungguh !
|
Kedai makan berhampiran Masjid Nurulmubin. Tak tahu nak pesan makanan apa. |
|
Warung-warung kecil di sekitar Masjid Nurulmubin. |
|
Maddin dan muka inzal bergandanya dapat makan berhampiran Masjid Nurulmubin. |
|
Pad Thai, Cha Yen dan Air Ribena. Layan ! |
|
Kembali semula ke jalan besar untuk cari bas ke sai Tai Mai selepas kekenyangan. |
|
Setiap bas mini di Bangkok ada warna dan nombor masing-masing. Setiapnya mempunyai jurusan berbeza. |
|
Budak-budak sekolah yang sedang menunggu bas dan tuktuk. |
|
Kesesakan waktu petang di Bangkok bila orang balik kerja. |
|
Dari King Taksin Monument nak ke Wong Wian Yai dah tak jauh. |
Dah kenyang petang-petang ni, kami melangkah kaki ke destinasi seterusnya iaitu ke Sai Tai Mai atau Southern Bus Station. Kami akan cari bas dari Bangkok untuk ke Hatyai malam ini di Sai Tai Mai. Ada beberapa buah stesen bas di Bangkok ini antaranya adalah Northern Bus Station dan Ekkamai Bus Station. Masing-masing mempunyai jurusan yang berbeza. Bagi yang nak ke belah selatan Thailand seperti bandar Hat Yai, boleh cari dan naik bas di Sai Tai Mai atau Southern Bus Station ni.
Yang syoknya 3 kali kami salah naik bas mini untuk ke Sai Tai Mai dari King Taksin Monument. Gualah puncanya. Dengan yakin naik bas dengan nombor sekian-sekian, padahal salah. Entah mana-mana stesen yang kami berhenti bila tahu salah naik bas bila tanya pada drebar bas. Akhir sekali, ada makcik yang meniaga tepi jalan bagitahu kami nombor bas mini yang betul untuk ke Sai Tai Mai. Dia siap catit nombor bas dalam kertas beri pada kami.
|
Tunggu bas mini untuk ke Sai Tai Mai. 3 kali salah naik bas. |
|
Warung jalanan. |
|
Bas penuh. Berdiri sebelah drebar untuk ke Sai Tai Mai. Kali ni bas yang betul. |
|
Selamat tiba di Southern Bus Station, Bangkok. |
|
Deretan bas di Southern Bas Station, Bangkok. |
|
Southern Bas Station atau juga dikenali dengan nama Sai Tai Mai. |
Pada pandangan gua layanan orang Thai terhadap orang luar bagus sekali. Walaupun tak sama bahasa, bersungguh-sungguh mereka mahu membantu. Hampir setengah jam jugak perjalanan mengharungi kesesakan ibukota Bangkok di waktu puncak untuk tiba di Southern Bus Station atau juga dikenali sebagai Sai Tai Mai ni. Kenapa susah-susah naik bas ? Teksi kan ada ? Selain menjimatkan, kami seronok bersusah payah mengusung bagpack melihat realiti kehidupan sebenar masyarakat setempat di kota yang kami singgahi. Sambung cerita beli tiket bas Bangkok - Hatyai di bahagian berikutnya !
// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //
menarik perjalanan tuan berdua... banyak info
BalasPadamTerima kasih tuan !
PadamWe travel, we discover, we share !
Best juga kembara cara redah macam ni...
BalasPadamKembara jenis redah sampai ke sudah ! Haha.
PadamTu diaaaa..baru update....anyway memang best.for info southern terminal ni sesapa nk ke kanchanaburi...boleh naik bus kat sini....
BalasPadamTeringin nak ke Kanchanaburi !
Padamkalau saya pi bangkok mmg nk tgk sg chao phraya ni..maklom la slalu bace kat buku teks geografy.
BalasPadamada satu hostel yg just nice ngadap sg ni :)
btw pad thai tu pnjg2 dia taruk daun bwg. haha..buat ulam ke deme tu...
Haha. Banyak yang bertanya pasal daun bawang pad thai tu. Macam ulam la kot, makan macam tu ja
Padam