Pages

12 April 2015

Bajet Keseluruhan | Indochina 'Long Way Back' Overland Project





السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Mungkin sesetengah orang pikir tak berbaloi dan sedikit terkejar-kejar bila ber-backpaking merentasi negara Indochina tak sampai tiga minggu. Ramai juga yang bertanya kenapa kalut sangat ?

" Paling kurang sebulan baru puas bro! " 

Betul, tak dinafikan memang sedikit terkejar-kejar trip gua dan Maddin buat ni. Kalau nak ikutkan, 5-6 bulan pun boleh kalau nak buat. Melepak satu-satu tempat macam Mui ne ke Sapa ke, paling kurang seminggu ke kan. Baru puas hati. Tapi dengan komitmen, ruang masa dan bajet yang terhad, trip macam ni jelah yang kami dapat buat. Itu sudah cukup memuaskan hati kami.

" Bro, trip backpacking kau ni kiranya banyak masa habis naik bas je lah eh ? "
" Kenapa susah-susah bro, flight kan ada ? "

Payah nak menjawab soalan-soalan sebegini. Sebenarnya bagi gua ia bergantung apa yang kita cari dalam setiap trip. Bagi mereka yang faham akan faham. Setiap orang berbeza misinya. Ada yang mencari keseronokan, ada yang mencari cabaran, pengalaman dan bermacam lagilah. Gua tak kaya dan gua seronok bersusah payah naik keretapi, bas, feri & motor kerana bermacam pengalaman dan ikhtiar hidup gua boleh jumpa sepanjang perjalanan. Cuba anda rasai sendiri bagaimana orang susah, yang seumur hidup mereka hanya mampu mendongak ke langit melihat kapal terbang melintas lalu di atas rumah mereka.


Disertakan bajet sepanjang 19 hari sepanjang pengembaraan kami merentasi negara Indochina.

*Kos tidak termasuk makan/minum.


Rujukan :

USD = US Dollar
VND = Vietnam Dong
LAK = Laos Kip
THB = Thailand Baht


Hari Pertama | Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City (Saigon)

  • Tambang Bas dari Airport HCM ke Pham Ngu Lao Street  : 10,000 VND
  • Check-in Mr Thu Guesthouse : $ 6 USD seorang / semalam
  • Tiket bas Open Tour HCM - Hanoi  : $ 40 USD
  • Souvenior T-shirt @ Benh Tanh Market : 70,000 VND
Total :  $ 46 USD + 80,000 VND


Hari Kedua |  Ho Chi Minh City - Mui Ne

  • Check-in Duy Vu Guesthouse : $ 12 USD seorang / (2 malam )
  • Souvenior Fridge Magnet @ Muine : 20,000 VND
Total :  $ 12 USD + 20,000 VND


Hari Ketiga | Mui Ne

  • Sewa motorsikal  : $ 2.5 USD seorang
  • Tiket masuk White Sand Dunes  : 10,000 VND
  • Parking motor White Sand Dunes : 5,000 VND
Total :  $ 2.5 USD + 15,000 VND


Hari Keempat |  Mui Ne - Hoi An

  • Minyak motorsikal : 10,000 VND
Total :  20,000 VND


Hari Kelima |  Hoi An

  • Check-in Thien Trung Hotel : $ 6 USD seorang / semalam
  • Sewa basikal : 20,000 VND
  • Bot tour (Pelabuhan Hoi An) : 60,000 VND
Total :  $ 6 USD + 80,000 VND


Hari Keenam |  Hoi An - Hanoi

  • - Tiada perbelanjaan hari tersebut
Total : -


Hari Ketujuh |  Hanoi

  • Check-in Kangaroo Guesthouse : $ 6 USD seorang / semalam
Total :  $ 6 USD


Hari Kelapan |  Hanoi - Sapa

  • Tiket keretapi Hanoi - Lao Cai (Sapa) : 215,000 VND
Total :  215,000 VND


Hari Kesembilan |  Sapa

  • Tambang minivan Stesen Keretapi Lao Cai - Sapa : 50,000 VND
  • Check-in Ngoc Anh Hotel (Sapa Backpacker Hostel) : $ 9 USD seorang / (2 malam )
Total :  $ 9 USD + 50,000 VND


Hari Ke-10 |  Sapa

  • Bayaran masuk Cat Cat Village : 40,000 VND
  • Tambang bas Sapa - Dien Bien Phu : 290,000 VND seorang 
Total :  330,000 VND


Hari Ke-11 |  Sapa - Dien Bien Phu

  • - Tiada perbelanjaan hari tersebut
Total :  -


Hari Ke-12 |  Dien Bien Phu

  • Check-in Nha Nghi Guesthouse : 75,000 VND seorang / semalam
  • Tambang bas Dien Bien Phu - Luang Prabang : 490,000 VND
Total : 565,000 VND


Hari Ke-13 |  Dien Bien Phu - Luang Prabang

  • Servis caj border Laos : 10,000 LAK
  • Check-in Sokbounhieng : 50,000 LAK seorang / semalam
Total :  60,000 LAK


Hari Ke-14 |  Luang Prabang - Huay Xai

  • Tambang tiket bas Luang Prabang - Huay Xai : 145,000 LAK
  • Tambang tuk-tuk Sokbounhieng GH - Stesen Bas Luang Prabang : 10,000 LAK
Total :  155,000 LAK


Hari Ke-15 |  Huay Xai - Chiang Khong - Chiang Mai

  • Tambang tuk-tuk Stesen Bas Huay Xai - Border : 10,000 LAK
  • Tambang bot Huay Xai (Laos) - Chiang Khong(Thailand) : 10,000 LAK
  • Tambang minivan Chiang Khong - Chiang Mai : 250 THB
Total :  20,000 LAK + 250 THB


Hari Ke-16 |  Chiang Mai - Bangkok

  • Check-in Lanna Guesthouse : 150 THB seorang / semalam
  • Tambang tiket bas Chiang Mai - Bangkok : 500 THB
Total :  650 THB


Hari Ke-17 | Bangkok - Hat Yai

  • Tambang bas mini ke Sai Tai Mai (Southern Bus Station) : 8 THB
  • Tambang bas ekspress  Bangkok - Hat Yai : 750 THB
Total :  758 THB


Hari Ke-18 | Hat Yai - Kuala Lumpur

  • Tambang tuk-tuk Stesen Bas Hat Yai - Lee Garden Plaza : 20 THB
  • Tambang tuk-tuk Lee Garden Plaza - Masjid Pakistan : 20 THB
  • Tambang bas Konsortium Ekspress Hat Yai - Kuala Lumpur : 400 THB
Total :  440 THB



Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk trip backpacking ke Indochina ni tak sampai RM 1000 pun sebenarnya (Bulan Ogos 2013). Waktu tu nilai Ringgit Malaysia masih tinggi berbanding sekarang. Tukar RM 10 dapat THB 100. Sekarang cuba tukar tengok camna. Kurang nilai dia.


Saja gua tak masukkan duit makan/minum sekali kerana kebanyakan masa kami memasak sendiri di guesthouse berbekalkan bekalan makanan seperti sardin dan beras yang dibawa dari Malaysia. Ada juga kami makan di luar, lebih-lebih lagi masa di Thailand. Tapi perbelanjaan untuk makan tak banyak pun. Kalau campur sekali pun kurang dari RM 1000. Antara sebab yang dapat kami jimatkan belanja adalah dengan menaiki bas malam dan berkongsi kos penginapan di guesthouse. Katakan sebuah bilik guesthouse berharga $ 9 USD semalam, kongsi dua orang baru $ 4.5 USD seorang. Kalau pi backpacking solo, kos mesti lebih dekat bahagian penginapan ni.


Adalah bagus dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk keluar mengembara.

Sesetengah daripadanya takut. Takut tak cukup makan, takut tak jumpa tempat tidur, dan takut sesat.

' Adventure without risk is Disneyland '





// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih abang Khairuddin Lim.
      Tidak semegah projek kembara yang lain.

      Padam
  2. Well done bro...thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure geng !
      We travel, we discover, we share

      Padam
  3. Memang menarik dgn rm 1k bole travel for 19 days....next klau nak travel cam ni info sya..nk join la...

    BalasPadam
  4. Salam. Kalau pergi indochina nak pergi tempat tempat tu kena pakai maps ke redah tanya org? And duit selalunya tukar kat mana? Sebelum nak masuk border ke? If woman alone ok tak? Tak bahaya kat sana? Haha sorry banyak tanya. Would be appreciated kalau u reply. Thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Em tempat mana yang cik maksudkan tu ? Indochina ni luas. Sesetengah guna peta Google Maps, kalau salah baru tanya orang. Haha

      Sesetengah tempat duit boleh tukar di border, ada pegawai imigresen yang menyediakan perkhidmatan tukaran wang.

      Kalau bagi saya, keadaan selamat di sana. Tak menjadi masalah kalau perempuan nak jalan sorang. Sepanjang perjalanan pun banyak kami jumpa perempuan yang bergerak solo.

      Cik boleh baca dulu cerita Indochina ni dari mula untuk dapatkan gambaran sebenar keadaan tempat-tempat di sana.

      Padam
  5. Salam...
    Terkejut jugak, 19 hari tu singkat rupanya. Saya baru plan nak travel IndoChina hanya 10-14 hari saja, tapi nak skip bahagian utara Vietnam laa. Possible tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Yup, kalau 19 hari tu boleh dikatakan agak 'rushing' jugak. Kalau seeloknya banyak modal boleh buat lebih 3 minggu.

      Possible. Tapi nak bermula dari mana dan nak ke mana?

      Boleh PM saya dekat FB Page Budak Letrik untuk pertanyaan lanjut.

      Padam
  6. Tq diatas pembentangan bajet nih..plan nk wat roadtrip cmni jgk teringin..tp solo selamat tak haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama !

      Boleh ja kalau nak buat solo trip hatta sekalipun orang pempuan.

      Memang selamat. Ada ja orang malaysia yang selalu buat trip backpacking ke Indochina macam ni !

      Padam
  7. Terima kasih kerana berkongsi cerita bro.
    Satu trip yang menarik dan boleh dijadikan panduan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama !

      Terima kasih sudi membaca cerita Budak Letrik !

      Padam
  8. Salam..
    Saya suka cara penceritaan saudara dalam semua post dalam bloq Budak Letrik. Saya ada banyak baca bloq kembara begini , tapi selalunya dalam kembaraan dengan bermotosikal sebab saya suka cara kembara begini kerana kita bebas hendak kemana mana tanpa terikat dengan jadual.. dan lagi langkah kita boleh lagi lebih jauh.
    Tapi kebanyakan blog yang saya baca kurang mereka terperinci dalam bil penginapan, makanan dan perjalanan. Kebanyakan cuma tulis dalam cara kasar secara keseluruhan.
    Contoh..
    Bila motorsikal rosak mereka cuma cerota tentang kerosakan tetapi tidak pernah atau jarang menyebut harga baik pulih yang dikenakan oleh pomen dinegara tersebut.
    Tentang makan pun mereka jarang bercerita tentang harga makanan cuma sekadar menyebut apa yang mereka makan.
    Tentang penginapan mereka cuma menyebut nama tempat penginapan tetapi tidak menyatakan harga penginapan.
    Sedangkan bukan semua pengembara berstatus seperti pelancong yang ada bajet tinggi. Mereka kebanyakan kembara suka pada rujukan.. rujuk semua harga dan tempat supaya senang mereka buat pilihan.
    Apa yang saya suka tentang bloq saudara.. saudara tidak lokek dan malu menyebut harga setiap apa yang saudara bayar semasa pengembaraan..
    Terimakaseh sebab saudara banyak membantu pada mereka yang baru cuba berjinak jinak dengan kembaraan backpacking begini.
    Salam Sejhtera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perhatian saudara. Tidak tersangka ada jugak orang yang baca blog abang ni. Segala puji bagi tuhan semesta alam.

      Padam
  9. salam. saya baru terjebak baca blog budak letrik. gaya penulisan menarik untuk dibaca. kipidap bro

    BalasPadam
  10. Tq so much for the amazing share!
    Insyaallah akan buat indochina januari 2019..info2 yang diberi akan digunakan sebaik mungkin... Satu soalan, untuk barang masak mcm kicap,sardin,telur, gas untuk stove,bawa dari malaysia atau beli masa kat hcm? Kalau bawa dari malaysia,masuk cabin lepas ya?atau beg masuk cargo? Tq in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang-barang nak main masak-masak ni kami beli kat Malaysia siap-siap. Gas stove pun bawak dari Malaysia. Tapi beg kena check-in la letak kat cargo, tak boleh bawak naik kabin. Hehe

      Padam
  11. Ya Allah
    Alhamdulilah

    Terima kasih brada atas perkongsian pengalaman ini..

    BalasPadam