Iklan

Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan

26 Jun 2015

Iftar@KL 2015 | Berbuka Puasa di Dataran Merdeka

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



" Done iftar ! Pasni nak gi terawih pulak ! "
  
*Acah-acah geng-geng hipster kemaskini status di media sosial.

Alhamdulillah. Gua masih terpelihara dari terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Tak tau la kot-kot lepas ni gua buat jugak.

Sebelum mulakan cerita tu gua nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1436 H dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat abang-abang dan kakak-kakak sekalian. 

Amacam puasa ?  Dah seminggu berpuasa ni kalian beriftar di mana ? Masak sendiri ke tunjuk-tunjuk je lauk di Bazar Ramadhan ?

Gua tak sempat lagi nak jejak Bazar Ramadhan. Minggu pertama puasa ni bukan main meriah depa kata. Bukannya apa gua tak nak pergi, yang menggugat iman bukan makanan yang dijual tapi sekumpulan manusia ber-legging buat 'reunion' di tengah laluan orang ramai.

Jem woi !

Kalau di rumah gua, takda la nak panggil istilah 'iftar' ni. Senang sebut 'bukak posa' ja. Kalau Sabah, Sarawak nu depa panggil ber-sungkai. Betulkan gua kalau salah.

Ok. Berbalik kepada tajuk.

Kalau hangpa rasa malas nak keluar duit ke Bazar Ramadhan atau pun malas nak memasak sendiri di rumah untuk berbuka puasa pada hujung minggu, gua boleh syorkan satu tempat di ibukota Kuala Lumpur untuk anda ber-iftar !

Di mana tu ?


Program berbuka puasa ini dianjurkan oleh Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tak perlu tempah-tempah tempat duduk ke apa. Datang dan duduk sahaja dengan selamba. Semestinya ianya percuma !

Majlis berbuka puasa ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di bulan Ramadhan 1436 H ni. Meh tengok takwim.

Minggu Pertama : 20 & 21 Jun 2015
Minggu Kedua : 27 & 28 Jun 2015
Minggu Ketiga : 4 & 5 Julai 2015
Minggu Keempat : 11 & 12 Julai 2015

Majlis Iftar@KL minggu pertama Ramadhan tu dah berlangsung minggu lepas. Gua sempat pi terjah sorang-sorang minggu lepas hari Ahad. Bersama rakyat meraikan iftar di jalanan !

Gua tak nak sembang kemaih. Meh layan gambar sekitar program Iftar@KL 2015 !


Gua sampai Dataran Merdeka pukul 6.00 petang. Ramai dah pasang 'port' !

Majlis berbuka puasa Iftar@KL ni dia buat atas jalanraya depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Boleh bawa keluarga, abang kakak tok nenek semua beriftar di program Iftar@KL di Jalan Raja ni.

Duduk je mana-mana ruang kosong yang ada di sini. Tanya dulu kot-kot ada orang dah parking sbelum tu.

Jenis yang cop-cop tempat pun ada. Melilau gua cari tempat kosong.

Senang gua duduk dengan pakcik-makcik ni. Depa orang susah. Tak ada protokol apa pun nak kena ikut.

Hamparan tikar panjang di majlis Iftar@KL. Setiap orang dapat pek makanan sendiri.

Pukul 6.30 petang, gua dah duduk bersila dah. Sambil duduk tu ada orang mengaji Al-Quran.

Pek makanan berbuka puasa Iftar@KL yang disediakan pihak penganjur. Air sirap tu kena beratur ambik sendiri.

Geng-geng pakcik yang duduk sebelah gua. Selain pelancong luar, golongan gelandangan pun turut berbuka puasa sekali.

Mat saleh, cina, india pun semua ada menunggu waktu berbuka puasa sekali.

Ruang kosong masih ada.

Pelbagai golongan dan lapisan masyarakat bergaul mesra sekali di program Iftar@KL.

Gua lebih senang bergerak sendirian ke mana-mana tempat lebih-lebih lagi acara awam.

Majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka ni dah dimulakan beberapa tahun lepas lagi.

Dalam set kotak makanan ni lengkap ada nasi, lauk paprik ayam, kurma dan juga air minuman

Orang ramai berpusu-pusu ambik air sirap sebelum berbuka puasa.

Kalau tak ada tempat duduk di tikar, ambik set makanan dalam kotak tu dan duduk la di padang rumput Dataran Merdeka pun boleh.



Lepas selesai iftar, anda tak perlu terkejar-kejar balik rumah atau cari masjid untuk solat Maghrib. Sepanjang berlangsungnya program Iftar@KL ni pengunjung boleh kalau nak solat Maghrib berjemaah di sini. Ada surau sementara yang disediakan. Makan banyak masa buka puasa kemudian sakit perut pulak ? Tandas pun ada. Usah gusar.

Program Iftar@KL 2015 ni berlangsung sehingga tengah malam. Lepas solat Maghrib berjemaah, ada tazkirah oleh ustaz-ustaz jemputan sebelum disambung pula dengan solat Isyak dan juga solat Tarawih di Dataran merdeka ni. Lepas sembahyang Tarawih, ada program Malam Kesenian Islam pulak.

Yang datang bukan calang-calang orang. Ustaz Don ada, M Nasir pun ada. Siap ada moreh lagi disediakan lepas tu untuk para pengunjung.

Nah ketik pautan tu untuk info segala macam Jadual Aktiviti Iftar@KL 2015



Gua sambung solat tarawih di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Beratur ambik moreh. Kembara jauh-jauh boleh, tarawih sampai 8 rakaat ja.

Menu moreh Ramadhan ke-4 di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Tahun 2014 lepas pun gua ada datang meraikan Majlis Berbuka Puasa di Dataran Merdeka ni. Tapi masa tu dia tak panggil lagi program 'Iftar@KL'. Masa tu program ni dinamakan 'Jom Buka Puasa'. Baru tahun ni dia tukar nama jadi Iftar@KL kalau tak salah. 

Kalau sebelum-sebelum ni dia buat di depan Panggung Bandaraya DBKL, baru tahun 2015 ni dia tukar lokasi dan tempat di pulak. Tikar dibentang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Masa tu tak ada lagi stail makan nasi dalam kotak macam tahun ni. Makan nasi dalam pinggan polisterin dengan gulai kawah tu tahun lepas !

Meh mengimbau sikit program 'Jom Buka Puasa' di Dataran Merdeka tahun 2014 lepas !


Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 2014 diadakan di hadapan Panggung Bandaraya.

Meriah dengan orang ramai.

Ini dia Panggung Bandaraya DBKL kalau hangpa tak tau.

Majlis berbuka puasa tahun 2014 tak seramai macam tahun 2015. Pukul 6.00 pakat rilek ja lagi.

Makanan kena beratur ambik sendiri tahun lepas.

Atmosfera petang Ramadhan 1435 H sebelum buka puasa.

Bagi peluang dulu depa ambik makanan. Kita buat pecutan saat akhir.

Menu ringkas berbuka puasa di dataran Merdeka. Bubur lambuk wajib ada.

Syok duduk sorang-sorang tengok gelagat orang ramai.

Berkhatib sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Meraikan warga miskin kota.

Bacaan alunan ayat-ayat Al-Quran dari pentas utama.

Cari parking dulu, kemudian baru beratur ambik makanan buka puasa.

Masing-masing dah sedia dengan nasi lauk gulai kawah. Tunggu azan Maghrib ja.

Keadilan untuk Gaza. Bulan puasa lepas, Gaza dibedil teruk oleh rejim.

Ok. Tak lama dah. Tak lama dah. 

Anda patut cuba merasakan susana berbuka puasa di jalanan ini.

Itulah kisahnya bila berbuka puasa di Dataran Merdeka ni. Macam-macam ragam orang kita boleh tengok.

Selain di Dataran Merdeka, hangpa boleh juga cuba berbuka puasa di Dataran Perbadanan Putrajaya. Tapi dekat sini tak ada juadah atau makanan percuma. Kena beli atau bawa makanan sendiri. Bentang tikar pun sendiri-sendiri jugak. Layan jugak.

21 Disember 2014

Kuala Lumpur Bike Week 2014

Kuala Lumpur Bike Week 2014
Lanai MATIC, Kuala Lumpur.
21 Disember 2014

Entah macam mana gua boleh terlajak hingga ke KL Bike Week 2014 ni. Itupun bila ternampak poster yang berlegar-legar di Facebook. Tak pernah lagi gua pergi bike week bagai ni. Teringin pulak nak tengok suasana gathering atau berkumpulnya kumpulan-kumpulan motorsikal berkuasa besar ni. Kesemuanya yang hadir pakat naik chopper dan superbike. Gua? Macam biasalah. Naik Nouvo cabuk sorang-sorang parking jauh-jauh dekat bus stop. Mau kena gelak kalau bawa masuk join diorang sekali kot. Haha.


* Gambar dirakam sepenuhnya dengan Lenovo A880 + VSCOCam

Motorsikal untuk dijual. Ada diskaun lagi !

Antara booth-booth yang ada di KL Bike Week 2014.

Hitam berkilat.

X-Dot Helmet.

Variasi X-dot Helmet.

Spa motor pun ada di KL Bike Week 2014 ni.

Booth keahlian kumpulan-kumpulan motorsikal.

Antik.

Laman Lanai MATIC yang dipenuhi motorsikal.

Booth yang menarik perhatian pengunjung ke KL Bike Week 2014.

Eksesori motorsikal juga boleh didapati di sini.

Booth SJ4000 Malaysia di KL Bike Week 2014.

Diskaun ! Diskaun ! Tak mau beli lagi ?

Baju rider-rider yang turut dijual.

Ketibaaan masuk kumpulan chopper ke KL Bike Week 2014

Pusing satu round baru parking di bawah.

Para penaja dan kumpulan motorsikal di KL Bike Week 2014.


Official Booth KL Bike Week 2014.

Baru gua tahu Cleveland ni jenama motor rupanya !

Deretan model Cleveland.

Di booth Cleveland ni jugak ada sesi test ride bagi yang berminat.

Tertarik jugak tengok model-model motorsikal jenama Cleveland ni.

Meleleh tengok design dia.

Cari kapcai tak jumpa.

Bawa chopper mesti sado-sado. Bincangkan.

Ada tayangan Bikers Kental sambil-sambil tu.

Abang-abang sado naik Harley Davidson. 

Ada rider yang dah nak balik.










Custom !



Booth Harley Davidson di KL Bike Week  2014 yang menjadi tumpuan ramai.

Jualan motorsikal di KL Bike Week 2014.

Gua bukan tahu sangat model-model chopper ni, tapi semuanya memang terbaik !


Ada sesi fotografi sedang berlansung.

Official Booth KL Bike Week 2014.

Penuh dengan tandatangan. Save Palestin !

Pintu masuk utama KL Bike Week 2014.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...