Iklan

08 Jun 2014

Pulau Ketam : Pulau Mesra Basikal



السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Entah apa kena tiba-tiba abang rajin nak update blog berkisahkan cerita seharian berjalan ke Pulau Ketam. Ramai jugak yang bertanya bila nak siapkan travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project yang tertunggak sekian lama.

Sabaq sat ya kawan-kawan. Nak cari gambar yang telah terpadam di dalam komputer bukan tugas mudah. Hangpa jangan risau, cukup gambar nanti gua akan terus update sambungan Indochina 'Long Way Back' Overland Project. 

Sebelum tu, mari tengok gambar - gambar menarik di pulau mesra basikal iaitu Pulau Ketam. Pulau Ketam merupakan salah satu pulau kecil yang terletak di berhampiran daerah Pelabuhan Klang yang majoriti penduduknya dihuni oleh kaum Cina.

Di Pulau Ketam ini terdapat sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan pelbagai kemudahan asas lain untuk kegunaan masyarakat tempatan. Dianggarkan terdapat lebih 8000 orang menetap di Pulau Ketam ini.

Apa yang menarik di Pulau Ketam ini selain daripada rumah kayu yang dibina di atas air, pulau ini juga bebas daripada segala kenderaan bermotor. Ini bermaksud segala jenis kenderaan lain yang berenjin dilarang sama sekali digunakan di sini kecuali basikal. Tak ada kereta dan motorsikal di Pulau ketam ini.

Oleh sebab itulah, bila anda berkunjung atau melawat ke Pulau Ketam ini anda akan hanya dapat melihat penduduk-penduduk tempatan di sini menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan utama mereka untuk bergerak ke sana sini.

Panduan trip balik hari untuk ke Pulau Ketam ini mudah sahaja.

Cara paling senang dan mudah untuk ke Pulau Ketam adalah dengan menaiki KTM Komuter hingga ke stesen hentian terakhir iaitu di Pelabuhan Klang. Kos tambang komuter pergi dan balik dari KL Sentral adalah lebih kurang RM10 sahaja untuk seorang.

Dari Stesen KTM Pelabuhan Klang, cari Terminal Penumpang Antarabangsa ASA Pelabuhan Klang yang terletak betul-betul di depan stesen tren. Jalan kaki masuk ke dalam sana dan akan kelihatan penunjuk arah untuk menuju ke Terminal Feri ke Pulau Ketam.

Gua tanya abang kedai runcit sebelah Stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang, katanya terminal feri yang sedia ada untuk ke Pulau Ketam sudah dipindahkan ke tempat baru yang mana terminal asalnya telah uzur. Kalau hangpa tak tau cari, boleh ja tanya orang-orang tempatan atau pakcik guard yang ada di situ.

Untuk menaiki feri ke Pulau Ketam, setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak RM 7.00 seorang untuk perjalanan sehala. Tiket boleh didapati dan dibeli di dalam feri semasa bot sedang bergerak. Akan ada konduktor yang bertugas di dalam feri mengutip duit dari setiap penumpang untuk urusan pembelian tiket nanti.

Jarak masa perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang hampir 45 minit. Feri berhenti dua kali sepanjang perjalanan. Feri mula-mula akan berhenti kali pertama di Sungai Lima, manakala bagi mereka yang ingin ke Pulau Ketam boleh turun di hentian terakhir yang seterusnya iaitu di Pulau Ketam.

Sampai di Pulau Ketam, jangan dok ingat nak naik bas atau teksi ronda pekan. Anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menyewa basikal. Ada banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat sewaan basikal.

Untuk menyewa basikal, modal sebanyak RM 5.00 dikenakan untuk sebuah basikal tanpa had masa. Kayuhlah puas -puas sampai ke petang atau pun malam. Maksudnya di sini seharian anda boleh berkayuh dalam Pulau Ketam kalau anda betul-betul kuat.

Seharian di Pulau Ketam sebenarnya tak berapa cukup dan memang tak akan habis untuk teroka jalan-jalan yang ada dalamnya. Kalau anda datang awal pagi, mungkin hangpa ada banyak masa untuk menerokai Pulau Ketam ini.

Gua dan adik gua sampai di sini pun dah masuk waktu tengahari ketika mana matahari tegak di atas kepala. Tinggal tak berapa jam sahaja untuk mengayuh basikal kerana feri terakhir untuk balik dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang akan bertolak lewat petang.

Bagi yang nak berkunjung ke Pulau Ketam dinasihatkan datang seawal pagi untuk merasai sendiri suasana di pekan kecil Pulau Ketam. Ada kopitiam dan pakcik-pakcik tua melepak sambil baca naskah suratkhabar.

Bagi pengunjung muslim pula yang ingin mencari makanan halal di Pulau Ketam ini tak perlu risau. Ada beberapa kedai makanan halal di Pulau Ketam ni.

Dalam kawasan pekan Pulau Ketam, cari kedai hujung yang ada kakak bertudung dan suaminya orang Kedah yang menyediakan masakan halal. Nak makan apa roti canai ka mee goreng semua pun boleh.

Kalau tak tau atau sesat jalan di Pulau Ketam ni, jangan malu-malu tanya penduduk setempat. Mereka boleh tolong tunjukkan arah yang betul.

Menunggu keretapi tiba Stesen KTM Segambut untuk ke Pelabuhan Klang.

Tukar tren Komuter di Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk ke Pelabuhan Klang.

Sampai di Stesen KTM Pelabuhan Klang, kelaur dari stesen akan nampak papan tanda ni. Jalan kaki masuk ke dalam.

Sebelum tu, ada pak guard yang tanya nak ke mana. Katakan hendak ke Pulau Ketam. Anda akan melalui lorong ini.

Siap ada boarding pass lagi yang diberikan oleh pak guard untuk penumpang yang ingin ke Pulau Ketam.

Teruskan perjalanan hingga ke hujung. Ada khemah kecil di hujung sana.


Ada khemah kecil tempat menunggu feri ke Pulau Ketam.

Penduduk Pulau Ketam membeli barangan keperluan harian di bandar besar Klang sebelum pulang ke Pulau Ketam.

Suasana di dalam feri menuju Pulau Ketam. Sama macam naik feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Feri selamat berlabuh dan selamat tiba di Pulau Ketam.

Hutan paya bakau di pesisir Pulau Ketam dan di seberang sana.

Turun di jeti Pulau Ketam, dah nampak pelbagai jenis basikal untuk disewa dipamerkan di sini.

Iklan basikal untuk disewa di Pulau Ketam. Pilih yang mana berkenan di hati.

Jadual perjalanan feri di antara Pulau Ketam - Pelabuhan Klang dengan kekerapan waktu selang 30-45 minit sekali.

Pakcik jual roti dan pau di jeti Pulau Ketam.

Ada pengunjung luar yang dah mula berkayuh dari kawasan jeti Pulau Ketam lagi.

Jika ingin bermalam di Pulau Ketam, terdapat beberapa buah hotel di sini. Contohnya macam Hotel Sea Lion ni.

Dah nama pun Pulau Ketam. Mesti la ada ketam. Ketam halus-halus.

Air surut masa ni di Pulau Ketam. Boleh la nampak ketam.

Papan tunjuk arahke  Balai Islam Pulau Ketam. Di sinilah tempat kalau hangpa nak solat.

Kenderaan bermotor dilarang di Pulau Ketam.

Jalan Merdeka, Pulau Ketam.

Banyak jugak basikal elektrik di Pulau Ketam ni.

Nama jalan dan lorong jelas dipaparkan di sekitar Pulau Ketam.

Hasil laut Pulau Ketam. Makcik jual udang kering.

Kopitiam dan hotel bajet di Pulau Ketam.

Tempat solat di dalam Balai Islam Pulau Ketam.

Laluan pejalan kaki di Pulau Ketam.

Bomba sukarela pun ada di Pulau Ketam ni.

Lagi basikal eletrik yang popular di Pulau Ketam yang menjadi pengangkutan utama penduduk di sini.

Pintu gerbang Selamat Menyambut Jubli Perak Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Pulau Ketam.

Balai Polis Pulau Ketam. Ni orang panggil "Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar".

Rumah-rumah di Pulau Ketam ni dibina atas pasak-pasak kayu di atas tanah paya bakau.

Basikal merupakan pengangkutan utama di Pulau Ketam. Motorsikal pun tak dibenarkan di sini.

Cuaca panas terik masa kami pi Pulau Ketam hari tu. Pekena ayaq tebu dulu !

Gambaq hipster basikal lipat di Pulau Ketam.

Bot-bot nelayan Pulau Ketam tersadai bila air laut surut.

Tokong pun ada di Pulau Ketam.

Kedai membaiki enjin bot.

Kawasan perumahan penduduk Pulau Ketam yang rapat-rapat di antara satu sama lain.

Titi-titi kayu menghubungkan rumah penduduk Pulau Ketam dengan laluan utama.

Mana ada pencemaran di Pulau Ketam bila semua orang naik basikal.

Suasana hujung minggu agak sibuk di Pulau Ketam dengan kehadiran pelancong luar.

Basikal yang kami sewa di Pulau Ketam.

Habislah kalau geng-geng hipster nampak basikal dengan titi kayu macam ni.

Berhenti lepak sat tengok pemandangan sekitar Pulau Ketam.

Segak bergaya mengayuh basikal merah di Pulau Ketam.

Nampak? Kalau boleh semua sudut nak ambik gamabr. Tapi sayang takda bakat fotografi.

Yang abang faham cuma Jalan Tiga Pekan.











































































































































Kembali semula ke jeti Pulau Ketam untuk balik ke Pelabuhan Klang.

Selamat tinggal Pulau Ketam !


Jika nak balik semula ke Pelabuhan Klang dari Pulau Ketam, rajin-rajinkan diri tengok jadual feri. Setahu gua, kalau hari biasa feri terakhir adalah pada pukul 5.30 petang manakala kalau hari cuti hujung minggu seperti hari Sabtu & Ahad feri terakhir pada pukul 6.00 petang. Pandai-pandailah hangpa rancang masa. Kalau tak sewa hotel la dulu kemudian esoknya baru balik !


03 Jun 2014

Bajet Keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project

Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian. 

Baru gua teringat gua tak catit pun bajet keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project yang telah berlangsung hampir setahun yang lepas. 

Perjalanan yang memakan masa hampir seminggu ini bermula dari Phnom Penh dan berakhir di Kuala Lumpur melalui jalan darat. Mod pengangkutan seperti bas dan keretapi digunakan untuk merentasi negara-negara terbabit. 

Antara tempat persinggahan kami adalah di kota Siem Reap dan kota Bangkok sebelum hentian terakhir kami di ibukota Kuala Lumpur. 

Pada asalnya kembara ini hendak dibuat secara solo, oleh kerana ramai sahabat dan rakan taulan yang ingin turut serta, maka jadilah trip berkumpulan seramai lima orang. 

Bajet masing- masing tak banyak, hanya RM 500 sahaja ada di dalam poket. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami berjaya menamatkan pengembaraan backpacking bajet ini.

Kisah permulaan berkaitan Cambodia-Thailand Overland Project, April 2013 boleh dilihat disini.


Royal Palace, Phnom Penh

Ayaq tebu Phnom Penh di malam hari



Sempena PRU yang lepas.

Bayon Temple.



Bajet Keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project

*Kos perbelanjaan selama seminggu semasa mengharungi perjalanan merentasi bumi Cambodia dan Thailand. Tidak termasuk makan dan minum.


Hari Pertama | Kuala Lumpur - Phnom Penh, Cambodia

  • Sewa Tuk-Tuk sehari : $ 20 USD (Bahagi 5 orang = $ 4 USD seorang)
  • Bayaran masuk Cheung Ek Killing Field : $ 5 USD
  • Bayaran masuk Tuol Sleng Genoside Museum : $ 2 USD
  • Check-In Capitol Guesthouse, Phnom Penh : $ 3 USD seorang (1 malam)
  • Tiket bas ke Siem Reap : $ 7.50 USD

Total :  $ 21.5 USD

Hari Kedua | Phnom Penh - Siem Reap

  • Check- In Popular Guesthouse, Siem Reap : $ 9 USD seorang (2 malam)
  • Tambang Tuk-Tuk Siem Reap Night Market - Muslim Family Restaurant : $ 1 USD seorang

Total :  $ 10 USD

Hari Ketiga | Angkor Wat, Siem Reap

  • Sewa basikal sehari : $ 1 USD 
  • Bayaran masuk Angkor Wat : $ 20 USD
  • Tiket bas Siem Reap - Poipet (Sempadan) : $ 5 USD

Total :  $ 26 USD

Hari Keempat | Cambodia- Thailand Border Crossing

  • Tambang Tuk-Tuk sempadan Aranyaprathet (Thailand) - Stesen Keretapi Aranyaprathet : 100 Baht (Bahagi 5 orang = 20 Baht seorang)
  • Tiket Keretapi Aranyaphrathet - Bangkok : 48 Baht
  • Bas mini Bangkok (Hualampong Station - Khao San Road) : 7 Baht
  • Check-In V-Merry Guesthouse, Bangkok : 110 Baht seorang (1 malam)
  • Internet Simkad @ 7-Eleven : 100 Baht

Total :  285 Baht

Hari Kelima | Bangkok (Pasar Keretapi Maeklong)

  • Tambang Bot Teksi Phra Athit Pier - Saphhan Taksin : 15 Baht
  • BTS Station - Wong Wian Yai  : 15 Baht
  • Tambang keretapi Wong Wian Yai Station - Mahachai Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang feri Mahachai - Ban Laem : 6 Baht 
  • Tambang keretapi Ban Laem Station - Maeklong Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang bas mini Thaksin Monumen - Sai Tai Mai (Southern Bas Station) : 14 Baht
  • Tambang Bas Ekspress Bangkok - Surat Thani : 413 Baht

Total :  503 Baht

Hari Keenam | Surat Thani - Hatyai - Kuala Lumpur

  • Tambang Minivan Surat Thani - Hat Yai : 230 Baht
  • Tambang Tuk-tuk Stesen Bas Hat Yai - Lee Garden Plaza  : 10 Baht seorang
  • Tiket bas ekspress Konsortium Hat Yai - Kuala Lumpur : 430 Baht
  • Cenderahati Fridge magnet 2 ketul : 70 Baht

Total : 740 Baht


Kos Keseluruhan : ~ RM 400 (tidak termasuk makan minum dan tiket penerbangan pergi sehala)


01 Jun 2014

The Highlanders : Tunggangan Malam Jalan Lama Gombak - Bentong

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Kisah kali ini berkisarkan pengalaman melalui Jalan Lama Gombak-Bentong pada lewat tengah malam . Idea tercetus selepas sesi Lepaking Teh Tarik (LTT) oleh ahli-ahli The Highlanders Motorsport sebelum itu. Sebanyak 5 buah motorsikal turut terlibat dalam aktititi larut malam ini. Tujuan, untuk melihat dan merasai sendiri suasana malam Jalan Lama Gombak Bentong yang selalu diceritakan sebelum ini.

Aktiviti berlangsung lebih kurang jam 3.00 pagi. Sebelum itu, kami berkumpul di Restoran Bistari Plaza Damas bagi menunggu ahli-ahli The Highlanders lain. Ada yang dari Putrajaya, dan ada yang datang dari Shah Alam. Cukup ahli, kami terus bergerak ke stesen minyak BHP sebelum Tol Lebuhraya Karak. Ada yang nak tukar lampu, ada yang nak pasang kamera lah sebelum itu untuk merakamkan perjalanan malam tu.

Jalan lama Gombak-Bentong memang gelap pada malam hari. Tak banyak kenderaan yang melalui jalan ini siang mahupun malam hari. Kalau ada kenderaan yang lalu pun kebanyakannya adalah lori. Perlukan lampu yang terang untuk melalui jalan ini pada waktu malam. Ada pokok-pokok dan dahan tumbang yang berselerak di atas jalan. Kelihatan juga kereta yang di parking di bahu jalan berhampiran jalan masuk ke Balai Polis lama yang menjadi tempat kajian paranormal.

Apa yang terjadi malam tu? Semuanya baik-baik sahaja. Boleh tonton video untuk kepastian lanjut. Ada sesuatu yang dibincangkan di kedai makan selesai aktiviti :)



Setting lampu.


Diskusi selesai aktiviti.




Video


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...