Iklan

09 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 6: Kampung Kinahrejo (Jogjakarta)

Sambungan dari Trans Java Solo Escape: Jalan Malioboro

Hari baru, pagi baru. Kalau semalam gua ke Magelang melawat Candi Borobodur, hari ini merupakan hari terakhir gua berada di kota Jogjakarta sebelum meneruskan perjalanan Trans Java Solo Escape gua ke Bandung. Rancangan hari ini menejelajah ke Kampung Kinahrejo yang musnah akibat letusan Merapi 2010. Sebelum tu, gua kena cari tiket keretapi ke Bandung dulu untuk perjalanan malam ini.

Bangun pagi dan bersiap-siap untuk keluar check-out dari Delta Homestay. Memang tak sempat kalau nak patah balik tengahari untuk check-out. Bagpack ditinggalkan di kaunter Delta Homestay sementara waktu. Sebelum keluar bantai sarapan percuma yang diberikan Delta Homestay dulu. Dah kenyang baru bergerak keluar dengan skuter yang disewa semalam.

Destinasi pertama yang dituju adalah Stesen Keretapi Tugu berhampiran Jalan Malioboro. Semalam dah cuba cari tiket ke Bandung tapi hampa tak dapat beli kerana tiket harus dibeli pada hari kita bertolak. Pergi menjengah sekali lagi pulak hari ini. Alhamdulillah ada tiket ke Bandung yang dicari jam 9.30 malam. Sempat la nak melilau lagi hari ini di sekitar kota Jogjakarta.

Bensin Malioboro


Ruang makan Delta Homestay. Ada ukiran kayu dan gambar-gambar yang memaparkan sejarah Jogjakarta. Sangat menarik.

Delta Homestay Jogjakarta di pagi hari. 

Keluar dari Delta Homestay mencari tiket ke Bandung.

Keadaan persekitaran Jalan Prawirotaman, Jogjakarta.

Rel keretapi Stesen Tugu, Jogjakarta.

Inilah dia Stesen Keretapi Tugu, Jogjakarta. 

Tiket keretapi Jogjakarta-Bandung. Keretapi  diberi nama Lodaya Malam. Kelas bisnes woo !

Jam 10.00 pagi, gua dah tercegat di pintu Stesen Keretapi Tugu. Motor gua parking di tempat semalam di Jalan Malioboro. Jalan kaki sikit sampailah di Stesen Tugu. Terus gua tuju ke kaunter tiket menanyakan tiket ke Bandung pada sebelah malam. Yup ada. Gua ambik kelas Bisnes untuk penjimatan kos. Rp 140,000 dan berangkat dari Jogjakarta jam 9.30 malam. Selain dari kelas Bisnes, keretapi di Indonesia juga mempunyai kelas Eksekutif dan juga Ekonomi. Kelas Bisnes di tengah-tengah.

Selesai urusan tiket, gua kembali ke parking motorsikal di Jalan Malioboro. Hidupkan enjin skuter dan terus menuju ke wilayah Cangkringan untuk ke Kampung Kinahrejo. Macam biasa, konsep redah sampai ke sudah. Berhenti tengok peta, tanya orang tepi jalan dan macam-macam cara lagi untuk menuju ke destinasi. 


Kereta kuda di Jalan Malioboro.

Jalan Malioboro di siang hari.

Pakcik beca menunggu penumpang di panas terik.

Jalan Malioboro

Jalan Malioboro yang sesak.

Deretan kereta kuda di bahu Jalan Malioboro.

Jogjakarta. Kota bersih, budaya menarik.

Kereta kuda yang buat sesak.

Arca.

Rio Ferdinand jadi duta Gudang Garam.

Sedikit info berkaitan Kampung Kinahrejo ;

Kampung Kinahrejo adalah sebuah desa yang terletak sekitar 30km dari pusat Kota Yogyakarta. Kampung Kinahrejo merupakan desa tempat tinggal Almarhum Mbah Maridjan penjaga kunci Gunung Merapi sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2010 akibat terkena awan panas atau sering disebut wedhus gembel pada letusan terakhir Gunung Merapi.



Dahulunya, Kinahrejo adalah desa pelancongan yang nyaman dan sering digunakan oleh para pengunjung baik yang berasal dari dalam negeri atau luar negeri untuk menikmati keindahan dan pemandangan Gunung Merapi dari lokasi yang paling dekat. Selain untuk menikmati pemandangan, pelancong juga datang untuk menonton pertunjukan upacara tradisional Labuhan Merapi. Labuhan Merapi merupakan upacara adat yang diadakan setiap 30 Rajab. Adat Labuhan Gunung Merapi merupakan rangkaian upacara yang dilaksanakan Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat dalam rangka peringatan naik tahta Sri Sultan Hamengkubuwono.


Jalan menuju ke Kampung Kinahrejo adalah sedikit mendaki dan setiap pengunjung dikenakan bayaran di kaki bukit. Kalau tak silap gua murah je pun, lebih kurang Rp 5,000 seorang. Ada geng makcik-makcik pakai baju kaler-kaler siap tunggu di pintu gerbang masuk ke Kampung Kinahrejo.

Masa gua melawat setahun yang lepas iaitu tahun 2012 maka dah dua tahun maknanya peristiwa letusan Merapi 2010 berlaku. Boleh lihat pokok-pokok dan rumput mulai tumbuh semula setelah dilitupi debu hitam tebal hasil letusan Merapi. Tetapi boleh lihat suasana yang sedikit berbeza, dengan rumah-rumah yang musnah dan ditinggalkan penghuninya, batu-batu besar bawaan Merapi dan ibarat seperti zon perang di sekitar Kampung Kinahrejo ini.


Pintu gerbang memasuki kawasan letusan Merapi 2010.


Papan tanda amaran bahaya awan panas.

Jalan menuju ke Kampung Kinahrejo. Kelihatan Merapi ditutup awan.

Tiba di Kampung Kinahrejo akan kelihatan papan arah ke rumah Mbah Maridjan.

Kedai-kedai di persekitaran Kampung Kinahrejo.

Tempat parking motosikal. Tidak dibenarkan membawa motorsikal melebihi kawasan ini. Harus menyewa scrambler.

Selain scrambler, pengunjung juga boleh menyewa Jeep untuk melawat perkampungan Kinahrejo.
Setetelah melalui jalan kampung yang sedikit mendaki, akhirnya gua tiba jugak di Kampung Kinahrejo. Kenderaan tidak boleh melepasi had yang ditetapkan. Untuk melawat kawasan kampung, anda boleh menyewa jeep atau scrambler yang ditawarkan. Ini kerana jalan di KMpung Kinahrejo agak teruk dan tidak sesuai untuk kenderaan biasa. Oleh kerana gua seoarang diri, gua ambik scrambler KLX150 untuk menjelajah.

Kadar bayaran sewa motorsikal scrambler bergantung kepada berapa lama yang diambil untuk menjelajah kawasan Kampung Kinahrejo. Ada seorang abang bagi gua brosur berkaitan tempat wisata menarik di sekitar sini. Katanya dia boleh bawakan dengan scrambler. Gua tanya berapa sewa scrambler? Jawapnya Rp 50,000 dengan dia tour guidenya. Harga dah tak boleh nego. Kalau nak gerak sorang-sorang pun boleh tapi harga sama jugak. Gua pikir lebih baik ada brader ni, boleh jugak dia cerita dan bawa gua ronda kawasan kampung.

Gua pun setuju. Terus berangkat dan pergi ke checkpoint pertama. Brader ni pun orang kawasan ni jugak rupanya, tapi dia terselamat masa hari kejadian letusan Merapi. Ada jiran-jiran lain yang meninggal katanya. Kawasan kampung ni memang meriah dan ramai pada masa dulu. Tapi semenjak kejadian tu, kampung ini berubah wajah sama sekali. Dan sehingga ke hari ini kesan letusan Merapi masih boleh kelihatan.

Kesan letusan Merapi yang masih kelihatan. Rumput mulai tumbuh semula.

Merapi diselubungi awan.

Batu tanda memperingati tragedi letusan Merapi 2010 yang memusnahkan Kampung Kinahrejo.

Hero di Kampung Kinahrejo.

Kelihatan pokok-pokok mulai tumbuh.

Kawasan ini merupakan kawasan perkampungan suatu ketika dulu.

Persekitaran Kampung Kinahrejo yang musnah sama sekali.


Melawat kawasan Kampung Kinahrejo yang musnah dengan scrambler KLX150.

Kwasan laluan lahar panas dari Merapi

Batuan dari gunung berapi Merapi.
Kawasan laluan lahar yang luas.

Antara batu yang dibawa dari Merapi.

Kawasan kampung yang menjadi padang jarak padang tekukur.

Pelawat-pelawat lain menaiki scrambler menejelajah sekitar perkampungan Kinahrejo.

Warna-warna meriah gitu.

Laluan lahar Merapi 2010

Bayangan gambaran letusan Merapi 2010.

Antara tarikan di Kampung Kinahrejo ini adalah tempat di mana terkorbannya Mbah Maridjan, penjaga kunci Merapi semasa letusan 2010. Kita dapat lihat tinggalan rumahnnya dan kisah sedihnya yang ditugaskan menjaga amanah sebagai penjaga kunci Merapi. Segala informasi tentang beliau boleh didapati disini.

Petikan dari Mstar Online, Rabu Oktober 27, 2010
Akhirnya Penjaga Gunung Merapi, Mbah Maridjan Tewas Dimamah Lahar

YOGYAKARTA: Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo akhirnya tumpas kepada debu panas merapi yang memuntahkan laharnya lewat petang Selasa. Mbah Maridjan ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di rumahnya dekat Gunung Merapi di Kampung Kinahrejo selepas dia enggan berpindah atas alasan menjaga amanah menjaga gunung tersebut selepas dilantik oleh Sultan Jogja. Kematiannya disahkan oleh Raja Kraton Yogyakarta, Sri Sultan HamengkuBuwono X yang menghantar adiknya untuk membuat pengecaman ke atas jenazah Mbah Maridjan. Pelantikan Mbah Maridjan sebagai 'penjaga' Gunung Merapi merupakan sebahagian daripada adat turun temurun Kesultanan Jawa sejak dahulu kala lagi. Mbah Maridjan dilahirkan di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927. Penglibatannya sebagai penjaga Gunung Merapi bermula pada tahun 1970 apabila ayahanda kepada Sultan Kraton sekarang melantiknya sebagai pembantu kepada pemegang kunci gunung. Beliau dilantik sebagai pemegang kunci Gunung Merapi pada tahun 1982. Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak, yakni Mbah Ajungan, Raden Ayu Surjuna, dan Raden Ayu Murjana


Tapak Rumah Mbah Maridjan, penjaga kuci Merapi.


Info berkaitan Mbah Maridjan di persekitaran rumah beliau.

Sedih jugak bila baca cerita Mbah Maridjan ni.

Lukisan menggambarkan Mbah Maridjan, penjaga kunci Merapi yang terkorban dalam peristiwa 2010.

Surau berhampiran rumah Mbah Maridjan.

Keadaan sekitar kampung Kinahrejo.

Surau.

Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan.

Kedai menjual cenderamata berkaitan Mt Merapi. Gua sempat beli buku bergambar menceritakan kisah kejadian Mt Merapi 2010.

Motor dan kereta yang hangus terkena awan panas.



Kedai cenderamata.

Banner selamat datang ke rumah Mbah Maridjan.
Selepas melawat tapak rumah Mbah Maridjan, gua bersama brader guide bergerak menuju Musium Sisa Hartaku. Di sini dipamerkan segala barangan penduduk tempatan yang ditinggalkan semasa letusan berlaku. Banyak barang-barang lebur sama sekali akibat awan panas. Kelihatan jam dinding yang menunjukkan tepat jam 12.05 cair bila mana terkena awan panas. Antara barang-barang adalah seperti dompet, motorsikal, barangan dapur, televisyen dan tulang sapi yang rosak akibat letusan Merapi.

Agak sadis jugak melihat barangan yang dipamerkan. Terkesan melihat gambar mangsa di dalam dompet yang terbakar. Mungkin tidak sempat untuk meneyelamatkan barangan penting dan hanya mampu menyelamatkan diri ketika letusan berlaku. Sebelum balik gua sempat beli sebuah buku memaparkan gambar-gambar sekitar kejadian letusan Merapi di kedai cenderamata berhampiran. Memang dasyat gambaran pada waktu kejadian itu.

Bukti letusan Merapi 2010. Jam cair terkena awan panas yang mencatatkan waktu kejadian.

Insaf  sat.

Barang peninggalan penduduk kampung selepas peristiwa letusan Merapi 2010.

"Harta benda cuma bersama hidup.  Setiap saat bisa diminta kembali oleh Yang Maha Kuasa".

Musium Sisa Hartaku, Kampung Kinahrejo.

Motorsikal.

Bangkai Sapi.

Buku lama, dompet dan kain baju.


Television

Guli pun berubah bentuk. Boleh bayang berapa panas kawasan ni.

Bekas minuman.

Dompet mangsa. Ada gambar lagi.


Pintu gerbang Musium Sisa Hartaku di Kampung Kinahrejo di wilayah Cangkringan.

Masuk percuma sahaja bila melawat musium ini.

Jeep yang membawa pelancong mat saleh ke musium ini.

Kawasan Kampung Kinahrejo yang agak sejuk dan berkabus. 

Barangan cenderamata yang dijual di persekitaran pintu masuk Kampung Kinahrejo.

Dah gelap macam nak hujan. Lepak surau dulu sebelum kembali ke kota Jogjakarta.


Jalan mendaki menuju Kampung Kinahrejo.

Papan tanda 'Jalur Evakuasi' untuk penduduk setempat jika berlaku letusan Merapi lagi selepas ini.

Titik berkumpul.

Rumah-rumah penduduk yang ditinggalkan.

Rumah tinggalan penduduk kampung.
Selama hampir sejam gua melawat Kampung Kinahrejo bersama seorang guide tempatan. Banyak pengetahuan gua dapat berkaitan Gunung Merapi yang aktif ini. Masa gua jejak dulu Gunung Merapi diselubungi kabus. Pohon mulai tumbuh kembali. Penduduk tempatan ada yang sudah kembali membangunkan kawasan ini. Sedih melihat tinggalan rumah-rumah yang musnah akibat bencana alam ini.

Kelihatan papan tanda amaran jika berlakunya letusan lagi. Terdapat jalur evakuasi dan titik berkumpul untuk penduduk. Sebelum kembali ke kota Jogjakarta, gua singgah solat jama' di surau berhampiran pintu masuk Kampung Kinahrejo. Kelihatan banayk pelancong di kalangan rakyat tempatan sendiri contohnya dari Jakarta yang melawat kawasan ini. Mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut kisah Gunung Merapi yang telah meragut banyak nyawa di sekitar kawasan Cangkringan ini. 

Lebih kurang jam 3 petang, gua turun semula ke bawah kaki bukit. Hanya mampu memandang Gunung Merapi dari jauh. Sesungguhnya ini adalah salah satu tempat yang menginsafkan dan menarik untuk dilawati.

02 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 5: Jalan Malioboro (Jogjakarta)

Tengah-tengah makan ada pengamen datang lepak sebelah main seruling. Tak sedap mana pun bunyinya. Selagi tak sedekah selagi tu dia main. 

Balik dari Magelang melihat Candi Borobudur, tiba di kota Jogjakarta dah pun 8.00 malam. Mandi dan bersiap di Delta Homestay sebelum keluar mencari makan di Jalan Malioboro. Rancangan malam ni nak cuba merasai sendiri penaglaman makan di 'lesehan' ataupun duduk bersila di kaki lima Jalan Malioboro. Banyak review blog-blog lain yang mengatakan makan di lesehan adalah keunikan di Jogjakarta. Jadi gua pun teringin la nak mencuba.

Dari Jalan Prawiatoman dimana terletaknya Delta Homestay tempat gua menginap ke Jalan Malioboro tidaklah begitu jauh. Kalau naik skuter cilok-cilok dalam 10 minit sahaja. Sampai di Jalan Malioboro gua ingat boleh parking je sesuka hati tapi rupanya tidak. Kena bayar Rp 1,000 untuk upah penjaga parking yang menjaga lot parking. Parking motor pun betul-betul depan lesehan. 

Jalan Malioboro ni agak panjang dan lurus. Di sepanjang bahu jalan ada kedai-kedai menjual barangan cenderamata dan batik. Boleh shopping jugak di sini kerana terdapat kompleks-kompleks besar di sepanjang jalan. Di seberang jalan yang lain terdapat tempat makan lesehan. Setiap peniaga mempunyai lot masing-masing. Gua terjah masuk salah satu kedai dan duduk bersila dengan selamba. Ada menu. Tengok menu bahasa yang agak asing. Yang gua paham hanya Nasi Goreng Ayam. Maka orderlah gua Nasi Goreng Ayam dan Teh'O.

Depan gua ada makcik-makcik lain yang jugak baru tiba. Depa order apa gua pun tak berapa paham. Tapi tengok hidangan depa macam ayam penyet pun ada. Sedang tunggu hidangan disiapkan, datang pengamen tiba-tiba duduk sebelah gua. Mula-mula gua buat tak heran. Dia pun main la seruling. Takda la nak kata sedap dan syahdu pun. Lama jugak la dia main. Gua hulur Rp 1,000 dan dia terus beredar. Kesian jugak tengok pakcik-pakcik pengamen ni cari rezeki dengan cara macam ni.

Tak sampai seminit datang lagi sorang main gitar. Makin ramai la pulak. Gua buat tak tau ja mula-mula. Bajet pun ciput je ni. Mau datang lagi 10 orang kalau camni. Gua angkat tangan tanda tak nak. Budak main gitar mula-mula buat tak tau, tapi lepas lama dia sedar gua buat tak tau dia pun blah jugak dari situ.

Nasi Goreng Ayam pun tiba tak lama lepas tu. Datang dengan ulam bagai. Haish ni Nasi Ayam ka Nasi Ulam. Tapi gua perhati memang semua hidangan pun macam tu. Selamba ja lah cuba. Kali pertama suap ok. Kali kedua dan ketiga baru rasa. Pedas wooo! Menangis gua. Habiskan jugaklah walau macam mana sekali pun.

Kereta kuda memang jadi trademark dekat Jalan Malioboro ni. Mana-mana pun ada je kereta kuda ni.

Tempat makan' lesehan' atau  dipanggil duduk bersila yang memang popular di Jalan Malioboro.

Beca juga merupakan nadi pengangkutan utama di Jogjakarta.

Malam minggu. Memang ramai lepak sekitar Jalan Malioboro.

Jogja di malam hari.

Sepanjang Jalan Malioboro di kaki lima akan ada tempat makan 'lesehan' ni. 

Selesai makan, gua melepak atas kerusi bawah pokok berhampiran parking motor. Saja nak perhati suasan malam di Jalan Malioboro ni. Jalan Malioboro ni bagi gua agak unik dengan lambakan kereta kuda dan beca. Macam pekan koboi lama. Pengamen cari makan pun ramai jugak. Asal ada pelanggan makan di lesehan mesti ada ja si pengamen ni. Ada yang tua, ada yang muda dan ada jugak budak-budak. Kerja depa main lagu dan musik sampai la pelanggan sedekah duit. Kesian jugak tengok. Kalau bagi Rp 1,000 apa sangat la depa boleh beli. Mungkin macam ni lah kehidupan depa.

Dah puas perhati orang, gua berjalan kaki menuju stesen keretapi di hujung jalan Malioboro. Di sinilah letaknya Stesen Keretapi Tugu yang merupakan stesen keretapi utama di Jogjakarta. Dari sini kita boleh ke bandar-bandar besar lain seperti Bandung dan Surabaya. Tujuan utama gua ke sini nak cari tiket ke Bandung malam esoknya. Dalam stesen ni ada jadual perjalanan yang boleh dilihat di skrin monitor. Senang nak bagitahu di kaunter pukul berapa kita nak bertolak.

Gua pun terjah la ke kaunter tanya tiket keretapi ke Bandung. Malangnya, petugas kaunter kata kalau nak ke Bandung esok maka kena beli esok jugak. Tak boleh beli awal. Maka keluarlah gua dengan perasaan hampa. Takpa. Esok pagi boleh beli. Melilaulah gua lagi di Jalan Malioboro malam tu hingga lewat malam. Syok dok tengok orang.

Parking motor depan-depan tempat makan lesehan. Kena bayar Rp 1,000 sebab ada orang yang ditugaskan untuk menjaga parking.

Hentian bas.

Setiap lesehan ada lot masing-masing.

Meriah suasana di Jalan Malioboro dengan lampu-lampu.

Nak beli kain batik pun ada.

Lesehan memang banyak, tapi yang makan agak kurang.

Parking Motor.

Geng mesyuarat tingkap depan meja gua .

Makcik ni special. Ada kerusi. Tapi makan atas meja rendah tu jugak. Menunduk !



Gua pekena Nasi Goreng Ayam style Jogja. Pedas woo !

Pengamen berkumpulan cari makan.

Cari tiket keretapi ke Bandung di Stesen Keretapi Tugu, Jogjakarta lepas makan. Tapi tak dapat. Kena beli hari yang sama dengan waktu bertolak.

Kereta kuda.


Pengamen memang ramai menghiburkan pelanggan yang sedang makan di lesehan.

Motor pun banyak.

Mat Saleh pun lepak di lesehan.

Beca menunggu penumpang.




Syok jugak lepak malam-malam di kota Jogja ni. 


Lebih kurang jam 11.30, gua kembali ke Delta Homestay di Jalan Prawiatoman. Singgah mini market macam 7-Eleven dulu beli air miuman isotonik Mizone. Botol warna biru. Sedap sungguh airnya. Ada macam-macam perisa. Tiap hari pun mesti nak kena minum sebotol. Ketagih woo! Awat la kat Malaysia takda siapa jual. Tiba di bilik, terus terlelap tak sedar apa dah. Zzz.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...