Iklan

11 Januari 2016

Trip Mengantuk ke Gunung Datuk

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Selamat Tahun Baru 2016 !

Catatan sulung 2016.

Masuk cerita panjat gunung pulak. Trip mengantuk ke Gunung Datuk apabila kecewa pasukan Kedah dikalahkan Selangor masa final Piala Malaysia yang lepas. Tak lena tiduq malam tu. Cuba kalau Kedah menang tengok, segar bugar tak mengantuk haih !

Jarang sekali abang nak panjat gunung atau bukit. Kalau dekat Kuala Lumpur tu Bukit Tabur ja lah yang abang pernah pi pun. Kalau hangpa ajak abang hiking air terjun ke kayuh basikal ke semangat la jugak. Kalau abang ikut panjat bukit ka gunung ka tu memang bertuah sungguh la.

Saja la abang ambik hati adik-adik angkat abang yang dok ajak panjat Gunung Datuk. Ya adik-adik angkat. 

Sebelum tu abang nak tanya hangpa pernah dengar tak nama Gunung Datuk ni?

Hangpa tau tak Gunung Datuk ni dekat mana?





Gunung Datuk terletak di daerah Rembau ini merupakan salah satu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan. Dengan ketinggian lebih kurang 885 meter dari paras laut, terdapat banyak kisah-kisah mitos yang berselindung di sebalik gunung ini.

Macam mana cara nak sampai kat Gunung Datuk ni?

Seeloknya dimulakan dengan bismillah. Mula-mula sekali hangpa kena naik kereta. Kalau tak, boleh jugak naik motor atau basikal. Tapi lambatlah sikit nak sampai. Ikut suka hati hangpa nak naik apa pun.

Kalau hangpa dari Kuala Lumpur, ikut saja Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan dan keluar nanti di susur keluar Pedas/Linggi. Cari ja jalan ke Rembau dan nanti hangpa akan jumpa papan tanda arah ke Hutan Lipur Gunung Datuk.

Yang tak syoknya bila naik kereta, susah nak jumpa tempat parking bila cuti hujung minggu. Tempat parking adalah terhad. Maka anda kenalah datang seawal pagi, atau boleh jugak parking di bawah bersama deretan bas-bas yang bawak budak universiti panjat Gunung Datuk. Tapi kena menapaklah sikit nanti naik bukit.

Mujur kami jumpa parking dekat-dekat dewan terbuka Hutan Lipur Gunung Datuk ni. Selit-selit la sikit ruang yang ada. Selain dewan, berhampiran tempat parking ni jugak ada kedai makan, surau dan juga tandas. 

Sebelum panjat gunung biasalah tabiat manusia, masa tu jugaklah dia sakit perut dan nak membuang. Macam mana tak membuang kalau pagi tadi saiz hidangan sarapan tak nak kalah?

Ni soalan ke cadangan ni?




Parking kereta berhampiran dewan terbuka Hutan Lipur Gunung Datuk.

Sesi persiapan sebelum mendaki Gunung Datuk.

Taklimat ringkas oleh abang Nasir yang menjadi jurupandu abang serta adik-adik ke Gunung Datuk.
Mata jangan ke lain ! Mohon beri perhatian semasa taklimat !

Dimulakan dengan bismillah. Merentasi sungai di awal pendakian ke Gunung Datuk.

Di pondok kecil, di pantai ombak, berbuih putih, beralun-alun. Maaf. Itu lirik lagu di Pondok Kecil.

Sebelum mendaki, kena dapatkan permit dulu. Setiap pendaki yang nak naik ke Gunung Datuk dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00 seorang.

Setiap pengunjung dikenedaki mengisi butiran diri seperti nama sebelum boleh meneruskan pendakian ke Gunung Datuk.

Suasana di awal pendakian Gunung Datuk. Ada pendaki yang dah nak turun dan ada yang baru nak naik.

Trek pendakian masih lagi landai di awal pendakian Gunung Datuk.

Kata-kata semangat sangat penting dan membantu sepanjang pendakian Gunung Datuk. Kalau tak balik awal.

Sesi bergambar semasa pendakian ke Gunung Datuk. Hidung agak kembang kempis ambik nafas.

Trek 'pacak' yang berbatu-batu antara halangan terbesar semasa mendaki Gunung Datuk.

Tahukah anda, walaupun di dalam hutan Gunung Datuk terdapat liputan 3G yang menyeluruh?

Bukan gambaq hipster akan tetapi tengah berehat akibat keletihan mendaki Gunung Datuk.

Tahukah anda abang semput-semput nak kejar budak SPM panjat Gunung Datuk?

Segerombolan geng abang akhirnya tiba setelah beberapa minit menunggu.

Hidung yang asalnya tirus mancung boleh menjadi kembang ketika mana mendaki Gunung Datuk.

Satu-satunya checkpoint Gunung Datuk. Orang panggil checkpoint 'R&R Setapak Kaki'

Sesi melepaskan lelah di checkpoint 'R&R Setapak Kaki' Gunung Datuk. Lepas ni takda checkpoint lain dah.

Biar kalah mendaki, jangan kalah bergambar !

Nak panjat Gunung Datuk pastikan gunakan pakaian yang bersesuaian.

Trek yang terpacak membuatkan pendaki banyak berhenti rehat.

Menunggu adik-adik lain tiba.

Suasana hutan tebal yang redup di sepanjang trek Gunung Datuk.

Pendaki Gunung Datuk dimotivasikan dengan kehadiran warung cendol di puncak.

Asal sempat.

Untuk sampai ke puncak Gunung Datuk mengambil masa 2 jam setengah hingga 3 jam bergantung kepada stamina individu.

Papan tanda arah dan jarak sebelum sampai ke puncak Gunung Datuk.

Aktiviti kipas mengipas berlangsung akibat suhu badan yang panas melampau.

Geng pantang jumpa batu.

Sebahagian dari geng-geng abang yang panjat Gunung Datuk. Ada sebahagian lagi belum sampai.

Bawaklah bekalan air yang secukupnya masa nak panjat Gunung Datuk ni kerana tak ada punca air atau kedai runcit di sepanjang trek ke puncak.

"Jauh lagi ke?"
"Sikit lagi dah nak sampai!"

Ayat penyedap hati.

Nampak batu besar ni? Kira dah nak sampai puncak Gunung Datuk dah ni.

Melepak atas batu besar tadi. Suasana dekat sini sibuk sikit dengan orang turun naik puncak Gunung Datuk.

Tunggu geng-geng lain tiba sebelum menuju ke puncak Gunung Datuk.

Semua dah ada. Bersiap nak bergerak naik ke puncak Gunung Datuk.

Suasana di tanah lapang puncak Gunung Datuk. Tu dia orang bukan main ramai hujung minggu.

Aktiviti bergambar menjadi sesi wajib bila sampai di Gunung Datuk ni.
Papan tanda berwarna kuning diarak ke hulu ke hilir.

Menunggu giliran mendaki tangga ke puncak Gunung Datuk.

Hari minggu beratur la hangpa nak sampai puncak Gunung Datuk.

Antara port-port baik di mana orang ambik gambaq kenang-kenangan di Gunung Datuk.

Akhirnya tiba puncak Gunung Datuk.

Kenduri rakyat di puncak Gunung Datuk sempena kemenangan Selangor menjulang Piala Malaysia.

Ada dua lorong sehala. Satu untuk turun dan satu untuk naik.
Lain macam hang jeling abang dik !

Cuaca di puncak Gunung Datuk agak cerah dan berkabus. Kalau tak boleh nampak Selat Melaka.

Bukan main ramai kat puncak Gunung Datuk. Padat habis !

Yang hanya kau mampu adalah duduk setempat perhati gelagat jodoh orang di puncak Gunung Datuk.

Kena lebih berhati-hati di puncak Gunung Datuk yang berbatu ni. Tersilap langkah masuk gaung jawabnya.

Ada yang mengambil kesempatan melelapkan mata di puncak Gunung Datuk. 

Cuaca di puncak Gunung Datuk agak sejuki dan dingin ala-ala Cameron Highland.

Boleh naik tangga lagi ke batuan puncak yang lebih tinggi di Gunung Datuk.

Abang bersama geng-geng jemah melepak di bawa ni ja. Tak naik sampai atas pun.

Menjadi jurugambar tidak rasmi geng-geng jemah di puncak Gunung Datuk.

Jurupandu kami, Abang Nasir tak senang duduk saja. Membantu pendaki yang nak turun tangga.

Lepak tepi batu ni pun dah rasa gayat bagi abang.

Hujan rintik-rintik membasahi puncak Gunung Datuk ketika ini.

Kabus sekejap ada sekejap menghilang. Port lepak kami di Gunung Datuk.

Mata tadi abang dah pesan kan tengok mana?

Memandangkan dah nak masuk waktu Zohor ketika itu, ramai pendaki yang mulai turun dari puncak Gunung Datuk.

Abang takda 'can' nak bergambar sekali. Abang ni pemalu orangnya.

Masih ramai lagi di puncak Gunung Datuk menunggu giliran nak turun tangga.

Siap-siap nak turun.

Nak naik pun kena beratur, nak turun pun kena la beratur.

Sesi bergambar bersama papan tanda keramat Gunung Datuk.

Waktu menuruni semula ke bawah dari puncak Gunung Datuk.

Hujan yang turun semasa kami di puncak Gunung Datuk tadi membuatkan trek sedikit licin waktu turun.

Hutan berkabus selepas hujan.

Kemalangan yang berlaku ketika mana turun dari puncak Gunung Datuk. Salah seorang ahli tergelincir. Selamat dibawa keluar dengan bantuan JPAM.

Untuk mendaki Gunung Datuk, pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian. Contohnya seluar tracksuit dan t-shirt untuk memudahkan pergerakan. Kasut pulak pilihlah kasut yang boleh dipercayai supaya adegan tapak kasut tertinggal di puncak tidak berlaku.

Tak perlu bawa banyak barang semasa mendaki, cukuplah sekadar air minuman dan sedikit makanan untuk membekalkan tenaga. Sebolehnya semasa mendaki bawaklah bekalan minuman isotonik untuk mengelakkan dehidrasi dan kekejangan otot. Tak ada punca air atau cendol di puncak Gunung Datuk ni.

Lagi ringan beg lagi bagus. Baju, kain pelikat ke apa simpan dulu dalam bonet kereta. Turun nanti baru la tukaq. Buat apa nak angkut sekali naik  atas bukan?

Bawaklah beg yang kalis air untuk menyimpan barang-barang peribadi anda seperti telefon pintar dan dompet supaya tidak dimasuki air kalau berlaku hujan. Tak pun bungkus saja dalam beg plastik  dan masukkan dalam beg biasa.

Waktu abang turun dari puncak Gunung Datuk ni hujan turun selebat-lebatnya. Kami gagahkan jugak trekking turun dalam waktu hujan tu. Kena lebih berhati-hati bila hujan oleh kerana permukaaan tanah dan batu yang agak licin. 

Tak kena gaya boleh tergelincir jatuh atas batu macam apa yang terjadi dekat salah seorang geng abang waktu turun tu. Kaki mangsa terseliuh teruk tak boleh jalan.

Pastikan jugak anda menyimpan nombor telefon renjer hutan yang bertugas di Gunung Datuk. Nombor telefon boleh didapati di kaunter tempat anda membayar permit masuk tu. Apa-apa kemalangan yang berlaku terus telefon dan laporkan kepada renjer terbabit.

Alhamdulillah, dengan bantuan JPAM mangsa kemalangan dapat dibawa keluar dari Hutan Lipur Gunung Datuk dengan selamat. Depa siap bawa strecther untuk usung mangsa keluar.

Lagi satu pesan abang, nak naik gunung ni jangan seronok sangat takut nanti ada yang 'menangis'.

*Gambar & Video dirakam sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...