Tunggangan Solo Modenas Elegan 250i ke Perkampungan Orang Asli POS Kuala Mu, Sungai Siput Perak.
Apa yang anda tahu tentang Sungai Siput? Samy Vellu? Ya. Bila sebut Sungai Siput mesti ingat Samy Vellu. Tapi abang bukan nak cerita pasal Samy Vellu sebenarnya.
Tahukah anda di Sungai Siput banyak perkampungan orang asli?
Salah satunya adalah Perkampungan Orang Asli POS Kuala Mu
Abang nak cerita pasal POS Kuala Mu. Sebut betul-betul POS Kuala Mu (bunyi 'moooo')
POS Kuala Mu merupakan sebuah perkampungan orang asli Senoi suku Temiar yang mana jarak perjalanan dari jalan besar masuk ke sini lebih kurang 70KM dari pekan Sungai Siput, Perak.
POS Kuala Mu terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa berada pada ketinggian lebih kurang 650 meter dari paras laut. Suatu kawasan lembah yang tenang yang ditengahnya mengalir Sungai Mu (salah satu sungai yang membentuk Sungai Perak).
Abang sempat menjejakkan kaki ke POS Kuala Mu lepas raya puasa baru-baru ni. Entah macam mana boleh terpikir pulak nak singgah POS Kuala Mu ni. Tak bermalam di sana pun, cuma balik hari.
Masa tu abang naik Modenas Elegan 250i dalam perjalanan balik menghala ke Kuala Lumpur. Singgah raya di Taiping sat, kemudian terus lajak ke Sungai Siput melalui Kuala Kangsar. Abang ingat lagi, pukul 4.30 petang, abang ada di Sungai Siput.
Dua tiga kali jugak abang pikir nak masuk ke tak POS Kuala Mu ni sebab dah lewat petang. Dari jalan besar pekan Sungai Siput nak masuk ke sana lebih kurang 70KM jugak. Kurang-kurang sejam setengah baru boleh sampai. Nak keluar lagi sejam setengah.
Simpang mana nak masuk kat Sungai Siput ni?
Hangpa Google Maps ja senang. Banyak simpang boleh ikut kalau nak ke POS Kuala Mu ni. Macam abang hari tu ikut simpang dari Hospital Sungai Siput. Cari ja jalan ke Lasah/Lintang/Bawong.
Abang nasihatkan kalau nak masuk ke POS Kuala Mu ni pi lah awal-awal pagi. Jangan masuk petang sorang-sorang macam abang. Jalan hutan kena pulak lepas hujan ni seram seram sejuk sikit. Hehe.
Masa dulu nak masuk POS Kuala Mu ni memang cukup susah dan jauh. Ditambah pulak dengan tanah merah. Hanya kenderaan pacuan 4 roda yang yang masuk. Kereta biasa tak lepas.
Sekarang ni dah mudah. Awal tahun 2018 jalan raya bertar telah dibina menghubungkan POS Kuala Mu dan perkampungan orang asli di sekitarnya. Maka dengan itu, POS Kuala Mu dapat diakses oleh orang ramai sekarang ni.
Abang nasihatkan awal-awal kalau naik kereta tu kalau boleh jangan la naik ramai-ramai kalau nak masuk ke POS Kuala Mu ni. Takut kesian kat kereta.
Lagi lagi kalau kereta kecik macam Axia ke Kancil ke. Jalan bukit-bukit dia jangan buat main. Nak naik boleh hangit clutch jugak. Bila turun pulak hangit brake.
Abang naik skuter Modenas Elegan 250i ni pun merangkak nak naik bukit. Tapi kalau nak konvoi naik motor ramai-ramai memang layan sebab jalan baru lagi. Cukup syok untuk layan kona.
Nak masuk ke POS Kuala Mu ni isi la minyak kereta ke motor siap-siap. Tak jumpa dah stesen minyak dalam ni. Motor tangki kecik tu agak-agak kalau minyak tak lepas tu bawak la minyak spare simpan dalam botol.
Abang dari Taiping keluar ikut susur keluar Kuala Kangsar untuk ke Sungai Siput.
Ambil jalan lama ke Sungai Siput dari Kuala Kangsar.
Abang masuk ikut Hospital Sungai Siput. Awal-awal perjalanan tadi tak sempat ambik gambar. Ni dah tengah-tengah dah ni baru turun motor Modenas Elegan 250i ambik gambar signboard ke POS Kuala Mu.
Paling hujung POS Kuala Mu. Sebelum tu jumpa la simpang nak ke POS Perwor, RPS Legap, POS Yum.
Abang ride sorang-sorang ja ni nak masuk sampai ke POS Kuala Mu. Nampak macam nak hujan depan tu. Pikir dua-tiga kali jugak nak masuk ke tak nak. Dah separuh jalan dah ni.
Layan je lah dah petang-petang ni nak masuk jugak sampai ke POS Kuala Mu. Bila dah terpikir nak ride masuk ni kena tamatkan. Tamatkan atau jangan mulakan langsung.
Betul sangkaan abang. Hujan turun lepas tu. Masa ni dah lencun harung hujan sampai RPS Legap.
RPS membawa maksud 'Rancangan Penempatan Semula'. Kalau kat sekolah rendah dulu tu RMT, (Rancangan Makanan Tambahan). Abang dapat la yang tu. Huhu.
Abang saja berhenti ambik gambar. Ada orang asli kot-kot sini dok usya abang tak lepas-lepas.
Mengapa penduduk orang asli POS Kuala Mu berani buat penginapan chalet untuk pengunjung, walhal jarak dari pekan Sungai Siput ke POS Kuala Mu lebih kurang 70KM atau 1 jam lebih perjalanan?
"Kami buat chalet sebab kami tak nak kawasan kami diceroboh pembalak. Kalau sudah masuk, nanti sungai kami rosak. Nanti hutan kami habis. Itu sebab kami buat chalet ni. Kalau kami nak buat bantahan, senang kerja. Kami tunjuk semua rekod keluar masuk orang datang tidur chalet"
Di Pos Kuala Mu, ada tiga tempat yang boleh pilih untuk berehat.
1. Chalet Kampung Bersah.
2. Chalet Dusun Kampung Kuala Mu.
3. Tapak Perkhemahan Kampung Gapeh.
Ketiga-tiga tempat ini pada peringkat permulaannya adalah hasil idea dan kerahan tenaga dari masyarakat orang asli temapatan sendiri.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut harga chalet yang terdapat di sini, boleh hubungi nombor yang abang sertakan di sini:
En. Saidin: 019-4117281
(Chalet Kg Bersah)
En. Wali: 013-5873847
(Chalet Dusun Kg Kuala Mu)
En. Dah Nan: 011-35807057
(Tapak Perkhemahan Kg Gapeh)
Sejam setengah layan kona naik bukit turun bukit, sampai lah kita ke Kampung Bersah, POS Kuala Mu.
Alhamdulillah. Sampai jugak kita ke POS Kuala Mu. Abang dah seriau dah tadi tak sampai-sampai lagi ni. Hari dah la nak gelap dah.
Kawasan pertama yang akan kita jumpa bila sampai di POS Kuala Mu ni adalah chalet Kampung Bersah. Boleh teruskan lagi untuk ke Chalet Kampung Gapeh & Chalet Kampung Dusun.
Suasana segar menyambut kedatangan pengunjung ke POS Kuala Mu. Menang rasa nyaman & sejuk ala-ala Cameron kat sini. Kawasan tanah tinggi ni.
Petang-petang macam ni tak nampak orang sangat pun. Tu nampak chalet-chalet tu, untuk disewa tu.
Chalet gaya rumah orang asli di Kampung Bersah POS Kuala Mu, Sungai Siput Perak.
Dah ada orang booking dah chalet ni. Lain kali sebelum mai telefon tanya dulu. Takut-takut penuh dah orang booking.
Ayaq Sungai Mu nampak sedikit keruh lepas hujan.
Ada banyak chalet untuk disewa di sepanjang
Chalet belah hujung tu dah ada orang duduk. Nak bawak makanan ke apa beli siap-siap. Kat POS Kuala Mu ni tak jumpa pun kedai runcit dan kedai makan.
Chalet Kampung Bersah POS Kuala Mu ni depa kata dalam RM50-60 semalam.
Jangan tanya abang bilik air ada di dalam ke ada di luar kalau chalet macam ni.
Ni sebahagian chalet di Kampung Bersah POS Kuala MU. Ada chalet lain lagi di Kampung Gapeh. Abang tak sempat tinjau sebab dah petang.
Chalet yang diperbuat daripada buluh dan atap rumbia di Kampung Bersah, POS Kuala Mu.
Elok sampai di POS Kuala Mu pukul 6.00 petang, cepat-cepat tengok jam pukul berapa dah. Takut tak sempat keluar semula bila hari dah gelap. Dengan keadaan jalan lepas hujan pulak tu.
Sampai jugak Modenas Elegan 250i ke POS Kuala Mu. Sorang-sorang pun layan ja.
Suasana sedikit berkabus selepas hujan di POS Kuala Mu.
Chalet Kampung Bersah POS Kuala Mu.
Ayaq sungai dia nampak sejuk. Memang la sejuk dah lepas hujan. Kalau bawak baju ni abang dah terjun dah ni.
Ayuh cari surau di POS Kuala Mu. Tak dan nak jamak siap-siap tadi.
Pemandangan POS Kuala Mu lawa la pulak. Berhenti lagi ambik gambar.
Nak buat BBQ sesuai sangat la kat chalet Kampung Bersah POS Kuala Mu ni. Dah ada tempat dia siap tu.
Abang rasa pagi-pagi pun mesti view macam ni kat POS Kuala Mu.
Rasa macam iklan motor pulak abang rasa. Nak ambik gambar pemandangan mesti ada motor Modenas Elegan 250i ni sekali. Mohon Modenas kongsi sikit saham buat promosi tidak rasmi ni.
Papan tanda Selamat Datang ke POS Kuala Mu & Madrasah Darul Salam.
Kereta-kereta luar yang banyak. Depa ada buat program kat surau POS Kuala Mu ni.
Rumah orang-orang asli yang moden sikit di POS Kuala Mu.
Ni pun rumah orang asli yang ada di POS Kuala Mu.
Madrasah Darul Salam POS Kuala Mu. Banyak tajjan untuk buat madrasah ni.
Ni takde kerja la ni dok testing ambik gambar celah-celah lubang bata surau.
Parking motor di luar Madrasah Darul Salam POS Kuala Mu. Madrasah dia cantik. Abang terlupa nak ambik gambar bahagian dalam surau ni.
Ada rumah orang asli POS Kuala Mu yang guna tenaga elektik dari panel suria (sel solar).
Mana sunyi habis ni orang-orang kampung POS Kuala Mu petang-petang ni.
Ada ni haa gambar Madrasah Darul Salam POS Kuala Mu. Ringkas ja. Tapi ruangan solat dia baik dan selesa.
Orang asli pun pakai Proton Saga BLM. Ke orang luar punya kereta ni?
Ada yang tengah dok baiki jala. Jala mai mana pulak. Bukannya nelayan tepi laut.
Abang perhati ja sambil ambik gambaq. Pakcik ni pun perhati abang balik. Masing-masing lawan perhatian.
Hari dah nak Maghrib. Ayuh kita pulang semula.
Anak-anak orang asli dok main bola. Jangan sampai abang turun motor tunjukkan skil gelek abang kat budak-budak!
Nak masuk POS Kuala Mu sejam setengah. Lepak kat sini setengah jam ja. Ni sejam setengah lagi pulak ni nak balik. Sayang tak dapat jelajah habis lagi POS Kuala Mu. Nak kena repeat balik lepas ni abang ingat.
Nampak ada motor Honda EX5 tu? Haa kat belah kiri tu ada sebuah pondok orang asli jaga untuk urusan booking chalet Kmapung Bersah POS Kuala Mu
Tak ada sapa nak ambik gambar abang kat POS Kuala Mu ni. Jadi abang ambik la gambar skuter Modenas Elegan 250i abang ni sebagai pengganti diri.
Dah nak balik dah ni. Bergambar buat kali terakhir. Tak tau bila nak sampai lagi POS Kuala Mu ni. Kalau dekat-dekat dah selalu mai dah sini.
POS Kuala Mu ni dah tak jauh dah dari sempadan negeri Kelantan. Boleh bukak Google Maps kalau tak percaya.
Tak bawak makanan pulak. Lapaq pun ada ni sebenarnya. Dalam POS Kuala Mu ni abang tak nampak kedai runcit amhupun kedai makan. Masing-masing bawak makanan sendiri masak dan berkelah di cahlet masing-masing.
Sedikit gambaran laluan perjalanan masuk dan keluar POS Kuala Mu. Cuaca cantik memang sedap kalau ride. Ni tak jumpa bukit dia lagi ni.
Keseorangan di tengah-tengah hutan nak masuk waktu Maghrib. Macam-macam bunyi ada waktu ni. Abang berdoa supaya motor tak pancit ja.
Lalu sebuah jambatan merentasi sebatang sungai. Berhenti jap tengok sungai kat bawah. Menarik!
Kalau tak hujan ni abang rasa air sungai ni jernih.
Ni tengah berhenti atas jambatan ni baru balik dari POS Kuala Mu.
Abang keluar semula dari POS Kuala Mu kembali ke Sungai Siput dalam pukul 6.30 petang. Seram jugak lah lalu jalan hutan ni nak Maghrib sorang-sorang.
Alhamdulillah, abang selamat sampai semula ke jalan besar Sungai Siput dalam pukul 7.45 malam. Balik rasa cepat pulak. Mungkin pulas lebih sikit kot.
Abang terus lalu jalan lama dari Sungai Siput ke Chemor kemudian masuk ke Lebuhraya Utara Selatan PLUS di Ipoh.
Jadi jugak trip ke perkampungan orang asli POS Kuala Mu.
*Gambar-gambar dirakam sepenuhnya menggunakan telefon Xiaomi Mi A1