Iklan

17 Februari 2013

Ladang Anggur Tasik Beris

Salam. Alkisah cuti Raya Cina baru-baru ni. Gua berkesempatan meninjau ke Ladang Anggur Tasik Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah lebih kurang 77Km dari Sungai Petani, Kedah. Tasik Beris ni adalah tasik buatan manusia yang tujuan utamanya untuk membekalkan air dan mengairi tanaman padi di sekitar kasana Kedah, Perlis dan juga Penang. 

Asal kawasan Tasik Beris ini merupakan sebuah kampung yang dinamakan Kampung Sungai Batang dan di dalamnya terdapat banyak kampung-kampung kecil. Terdapat sekolah dan rumah-rumah penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah. Pembinaan Empangan Beris yang mewujudkan Tasik Beris ini telah memaksa penduduk di kawasan sekitar kampung Sungai Batang ini dipindahkan. ke Bandar Baru beris Jaya yang terletak 10Km dari Pekan Sik.

Kini Tasik Beris telah menjadi kawasan pelancongan air dan wujud kegiatan penanaman anggur yang dikatakann terbesar di Asia Tenggara. Ladang Anggur Tasik Beris ni betul-betul terletak di tepi tasik dan berhampiran jambatan Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kewasan ini dan bayaran hanya dikenakan ke atas pengunjung yang masuk ke dalam ladang anggur dan boleh cuba memetik anggur.


Tasik Beris

Dek Ladang Anggur Tasik Beris

Jambatan Tasik Beris.

Pohon-pohon kayu yang masih kelihatan 

Layered Hill.


Beris Lake Vineyard




Tempat lepak-lepak

Waktu senja di Tasik Beris.





Caj dikenakan untuk pengunjung yang igin ke dalam ladang anggur



6 ulasan:

  1. Bro.. Tasik tu boleh memancing x? Ingat nk p.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je nak pancing, tasik ni luas

      Padam
  2. diaristira.blogspot.com

    i singgah i follow and making friends ^^

    BalasPadam
  3. apesal tak masuk dalam ladang anggur????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca dah agak petang dan masa singkat, macam tak berbaloi nak masuk dalam ladang anggur Tasik Beris ni. ;-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...