Iklan

14 Julai 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 2: Siem Reap (Cambodia)


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Sibuk semenjak-dua menjak ni. Nak menaip pun takda masa. Meh sini gua sambung cerita Cambodia-Thailand Overland Project, sebuah kisah bajet backpacking merentasi negara Indochina iaitu negara Cambodia dan juga Thailand. 

Untuk bahagian ni, kisahnya pada hari kedua perjalanan kami di bumi Cambodia. Awal-awal pagi lagi kami dah bersiap untuk check-out dari Capitol Guesthouse. Hari ini kami akan menuju ke kota Siem-Reap kira-kira 6 jam perjalanan dari kota Phnom Penh. 

Tiket dah dibeli semalam semasa mula check-in guesthouse. Tiket boleh didapati di tingkat bawah guesthouse di mana terletaknya kaunter membeli tiket bas Capitol dan juga restoran Capitol. Dekat kaunter ni jugak menjual pelbagai tiket bas yang menuju ke pelbagai destinasi antaranya Battambang dan Ho Chi Minh, Vietnam. 

Tiket bas ke Siem Reap dari Phnom Penh berharga $7.50 USD lebih kurang bersamaan dengan RM 23. Bas bergerak pada pukul 9 pagi waktu tempatan. Tempat untuk tunggu bas betul-betul bawah Capitol Guesthouse tempat kami menginap. Jadi takyah la susah-susah cari tuk-tuk nak ke stesen bas.

Suasana bandar Phnom Penh di waktu pagi. Sentiasa sibuk dengan orang ramai.

Bas Phnom Penh-Saigon (Ho Chi Minh) yang berulang alik setiap hari.

Nak cari sarapan halal memang payah jumpa di Cambodia ni. Ada jual mangga kat kaki lima kedai. Tibai!

Gua musykil awat Nescafe Ekspreso Roast tak pernak nampak kat Malaysia. Nikmat kot !

Tiket bas Phnom Penh ke Siem Reap yang dibeli sehari awal dari Capitol Guesthose tempat kami menginap.

Konduktor bas Phnom Penh ke Siem Reap periksa tiket dulu sebelum boleh naik.

Laluan siar kaki tempat menunggu bas di bandar Phnom Penh banyak la peniaga yang menjual sarapan pagi. Macam-macam ada. Cuma kami ja tak beli apa-apa.

Keadaan bas Phnom Penh - Siem Reap. Kami ja pelacong asing. Yang lain semua penduduk tempatan. 

Orang meniaga pagi-pagi depan Capitol Guesthouse, Phnom Penh.

Semua pun tunggu bas jurusan masing-masing. Nak balik kampung.


Bas berangkat dari Phnom Penh lebih kurang jam 9 pagi. Awal perjalanan bas tersangkut dalam kesesakan jalan raya di kota Phnom Penh. Maklumlah semua pun nak pergi kerja macam dekat Kuala Lumpur. Masa ni lah nak tengok suasana Phnom Penh pun. Yang buat sesak mungkin jugak dari Tuk-Tuk yang banyak beroperasi kat bandar ni. Walaupun ditarik oleh motor EX5, makan ruang sama macam kereta. Untuk pengetahuan, Tuk-Tuk di Cambodia adalah berbeza dengan Tuk-Tuk di Thailand. Di Cambodia, Tuk-Tuk ditarik oleh motorsikal manakala di Thailand, Tuk-Tuk adalah satu jenis kenderaan lengkap dengan 3 roda. Tapi Tuk-Tuk di Cambodia boleh naik sampai 5 orang satu masa! Macam kami buat hari pertama!

Bas ada berhenti di satu dua kawasan untuk mengambil penumpang. Yang gua perasan satu tempat ada masjid. Tak dapat dipastikan apa nama kawasan tersebut. Masih lagi dalam kawasan Phnom Penh. Bas memang penuh dengan penumpang. Dalam bas kami disajikan dengan lagu-lagu karaoke traditional Cambodia. Etnik kreatif gitu. Tak berapa nak layan. Tidur.

Mak dan anak.



Kesesakan jalan raya pagi hari di Phnom Penh.

Tuk-tuk Cambodia. Macam raja dok kat belakang kalau naik sorang-sorang.

Tasik Tonle Sap.



Sungai Mekong yang lebar.

Padang jarak padang tekukur.

Muka bumi di Cambodia rata dan tiada bukit bukau.

Kawasan sawah

Hentian rehat dan rawat Cambodia style.

Depan pintu bas dekat kawasan RnR ada pengemis mengharapkan simpati. Kesian jugak.
Perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap mengambil masa hampir 6-7 jam. Bas berhenti rehat 2 kali untuk makan atau qada hajat. Untuk kami tiada apa yang boleh dimakan di perhentian rehat ini. Tandas pun gua tak pergi. Sepanjang perjalanan boleh dilihat muka bumi negara Cambodia di mana tiada bukit bukau yang kelihatan. Hanya tanah rata dan kebanyakan rakyatnya merupakan petani dan pengembala di perkampungan kecil.

Cambodia bagi gua mirip suasana perkampungan di Malaysia sekitar tahun 90-an. Dengan rumah kayu dua tingkat, halaman rumah yang lapang untuk anak-anak kecil bermain, dan tali air berhampiran bendang. Dari dalam bas jugak gua dapat tengok bagaimana kehidupan sebenar rakyat Cambodia di kampung-kampung, yang paling banyak gua perasan kencing tepi jalan bagi lelaki. Asal celik tengok ke tingkap mesti je ada mamat tengah tala ke pokok buang air.

Sayup-sayup je sampai ke hujung.
Inilah rupa tandas atau toilet di hentian rehat dan rawat Cambodia. Beratur tunggu giliran.

Parking bas RnR Cambodia style.


Bas Capitol dari Phnom Penh menuju Siem Reap yang dinaiki kami.

Rumah kampung di Cambodia


Sampai di Siem Reap dah petang. Bas berhenti di stesen bas yang tak berapa nampak macam stesen bas. Baru je turun bas berkerumun pemandu tuk-tuk tanya tempat mana nak pergi, tempat menginap bagai. Kami tolak semua tu. Malam sebelum tu gua dah berbalas email dengan Popular Guesthouse, maklumkan kehadiran kami ke Siem Reap hari tu. Dia akan tanya naik bas apa dan pukul berapa bertolak dari Phnom Penh untuk memudahkan urusan mengambil kami di stesen bas Siem Reap. Ada free pick-up dari stesen bas ke guesthouse.

Turun bas melilau tunggu sapa yang akan ambik kami dari stesen bas Siem Reap ni. Ada la 2-3 orang pemandu tuk-tuk yang masih tak putus asa tanya kami nak ke mana. Ada la sorang pemandu ni yang pakaiannya agak smart kami menginap di mana dan kami menjawab di Popular Guesthouse. Katanya dia adalah pemandu tuk-tuk untuk Popular Guesthouse dan dia boleh hantarkan ke Popular Guesthouse. Gua masih musykil sama ada dia nak scam kami ke apa. Dia tunjukkan kad ID menunjukkan dia kerja di Popular Guesthouse. Gua cakap semalam dah hubungi Popular Guesthouse dan akan ada pemandu yang akan ambik. Dia kata dia akan hantarkan ke Popular Guesthouse tanpa caj. Ya. Ini yang gua nak. Percuma. Naik la kami 5 orang dengan tuk-tuk ke Popular Guesthouse.

Drebar tuk-tuk Popular Guesthouse.

Depan Popular Guesthouse adalah Mandalay Inn.

Pemandangan dari balkoni Popular Guesthouse.


Memandangkan kami mempunyai 5 orang ahli, maka bilik dipecahkan kepada satu triple dan satu double. Memandangkan bajet terhad, kami memilih bilik yang hanya mempunyai kipas angin dan bilik air di dalam. kos untuk seorang adalah dalam $9 USD untuk 2 malam. Nak tidur je pun. Tapi TV pun ada dalam ni. Semua channel dapat termasuk la TV 1 dari Malaysia. Ni pakai parabola la ni rasanya. Dah lepak-lepak mandi, keluar cari basikal untuk disewa keesokan harinya. Kedai sewa basikal tak jauh dari Popular Guesthouse ni. Hanya beberapa langkah saja. Kedai runcit pun ada depan ni.

Channel lain semua karaoke ja kat Cambodia ni. TV1 la yang boleh paham pun. Kebetulan musim berkempen pilihanraya waktu tu. Memang kena la.

Kedai sewa basikal. Satu dolar sehari untuk basikal makcik ni.

Sewa mountainbike mahal sikit berbanding basikal makcik gi pasar. Maklum la ada gear.

Pilih! Pilih! Basikal mana nak kayuh esok.

Popular Guesthouse

Suasana petang di Siem Reap

Popular Guesthouse
Survey basikal petang tu tak jadi sewa petang tu. Besok pagi lah sewa sebab kedai sewa basikal ni dibuka seawal jam 5 pagi. Jadi siapa yang nak berkayuh pagi esok ke Angkor Wat datang lah awal-awal pagi. Macam kami cadang nak kayuh awal pagi tapi tidor terlajak sampai pukul 8. Malam tu semua pun pakat nak cari makanan ruji yang halal memandangkan semua pun dah tak makan nasi 2 hari. Ada la buat survey sikit-sikit sebelum ni dan berpandukan peta kedai makan halal berhampiran masjid tak jauh dari Popular Guesthouse ni. Tanya staff Popular Guesthouse yang mesra pelanggan dia pun tak berapa tahu. Jadi kami buat keputusan untuk berjalan kaki ke Night Market untuk meninjau apa yang ada di sana.

Bartender yang ramah mesra di Popular Guesthouse.

Kedai-kedai tepi jalan yang jual SimCard. Pakai wifi guesthouse selama di Cambodia.

Siem Reap Night Market. Seberang sungai. Kena lintas titi.

Siem Reap Night Market.

Kain baju dan buah tangan ada dijual.

Macam-macam jenis kain ada. Peniaga pun ada yang muslim boleh kecek sikit.


"Tak kuasa mak". 
Dah penat mencuci mata meninjau  Night Market di pekan Siem Reap untuk mencari menu halal tapi masih tak jumpa. Ada la jumpa restoran makanan India yang katanya halal tapi ada pulak botol-botol minuman keras di atas meja, maka terpaksalah pusing mencari tempat lain. Sambil-sambil tinjau sambil-sambil tanya pemandu tuk-tuk yang berlegar sekitar Night Market di mana kami boleh cari makanan halal. Katanya makanan halal ada berdekatan masjid. Ya itulah tempat yang dicari sebelum ni. Tapi katanya tak pasti buka atau tidak. Dia boleh bawa kami naik tuk-tuk ke sana dengan caj $3 USD. Tanpa berfikir panjang dan kerana kessemuanya pun lapar, kami pun bersetuju. Naiklah kami tuk-tuk tersebut 5 orang himpit-himpit ke restoran yang dikatakan tu.

Jalan untuk ke restoran muslim ini di Siem Reap ni agak gelap di malam hari dan berhampiran longkang besar. Bagi orang yang tak biasa boleh sesat kalau ikut jalan belakang kampung orang ni rasanya. Jam pun menunjukkan hampir pukul 10 malam. Sangkaan kami kedai makan tersebut mesti dah ditutup waktu-waktu begini namun sangkaan kami meleset. Nama restoran yang dibawa namanya Muslim Restaurant Family betul-betul dekat dengan Masjid Anneak Mah dan katanya di Kampung Stuang Thmey tempat ni. Ada signboard kat atas restoran berbunyi "Daging Lembu Naik Bukit". Tapi kami tak cuba pun menu tu.

Dalam restoran takda orang pun. Mungkin dah nak tutup. Di luar perkaranagn restoran boleh dilihat minoriti muslim di Siem Reap ni melepak. Ada la dalam 5-6 orang lelaki berkopiah bersembang. Kami terus menuju ke dalam restoran muslim ni dan ada penghawa dingin. Canggih! Pelayan yang layan kami boleh bertutur bahasa melayu dan katanya dari keturunan Melayu Champa. Kami pun order la makanan nasi berhidang dengan tomyam, ayam masak merah dan bagai-bagai lagi. Haraga keseluruhan makanan adalah $30 USD dan dibahagikan dengan 5 orang. Jadi seorang lebih kurang $6 USD. Boleh la dengan harga sebab makanan muslim memang susah cari di Siem Reap ni. Tanya pelayan restoran ni katanya ayam memang disembelih sendiri dan harga daging halal di Cambodia 2 kali ganda dari Malaysia.

Muslim Restaurant Family Siem Reap. Perniagaan keluarga rasanya ni.

Lepak sementara makanan sampai.

Gambar tak mengikut urutan. Pancake di  Siem Reap Night Market.

Urutan ikan. Ye ke nama dia ni. Macam bahan pameran pulak duduk atas akuarium. Orang lalu lalang boleh tengok.

Ni kawasan sebelah Night Market sana. Pub Street Siem Reap.

Berwarna warni. Orang perempuan seronok la kot shopping sini.

Roaming sana sini. Jalan sederet.


Pakcik-pakcik polis Cambodia di Siem Reap.

Ukiran kayu pun ada.

Nak lukis potrait? Pun ada.












Satu-satunya baju yang dibeli buat buah tangan dari Siem Reap.










Lepas makan kami balik semula ke Popular Guesthouse. Pemandu tuk-tuk tadi setia menunggu. Dia pun dapat komisyen makan free kat situ malam tu. Balik dengan perut yang penuh. Guesthouse kami memang tak berapa jauh dari restoram muslim ni, cuma tak tahu jalan je. Malam tu semua buat aktiviti sendiri lepas balik makan. Cadangan keesokkannya adalah menjelajah Angkor Wat dengan basikal. Kan dah riki-riki basikal petang tadi. Ok bersambung ;-)


Kos Hari Kedua : Siem Reap

  • Tiket bas dari Phnom Penh ke Siem Reap (Capitol Tour Bus) : $7.50 USD / seorang
  • Penginapan di Popular Guesthouse (2 Malam) : $9 USD / seorang
  • Tuk-Tuk dari Siem Reap Night Market ke Muslim Restaurant Family:  $1 USD / seorang
  • Total: $17.50 USD
Bersambung ke Part 3: Cambodia-Thailand Overland Project : Angkor Wat










11 ulasan:

  1. Tengok gambar mangga tu bulan2 puasa ni amatlah nikmatnya. best.

    BalasPadam
  2. salam, saya dan kawan sorang rancang nak ke siam reap bulan depan. banyak info menarik kat blog. thanks. saya tengok gambar, harga semua dalam dolar. memang sana kena pakai US dolar ke? Kalau bayar pakai Kip Laos diorang terima tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Osaka -Yuni. Boleh juga guna matawang Kip melibatkan urusniaga kecil. Contohnya macam beli air tebu dan air mineral memang akan guna Kip kerana tiada wang lain yang lebih kecil dari $1 USD.

      Padam
  3. Assalam. lepas baca blog bro makin berkobar2 nk wat solo projek backpacker ke siem reap n bangkok. InsyaAllah kalau smua spt dirancang mngkin february 2014 ni. ni 1st time sy nk try backpacker ke negara org. slama ni dlm msia je. buat research dr blog2 n google je. niat terdetik lepas baca blog fatt (backpackerbusuk.blogspo.com) tp info dh lama. so bro pnya info agak latest n sy menjangkakan taun depan mesti ada juga perubahan dr segi harga etc. nway. sy enjoy bro pnya blog. nk share website mencari restoran halal seluruh dunia. rupa2nya byk restoran halal di siem reap n bankok. www.zabihah.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Good idea. Just pack your back & go !!

      Padam
  4. Salam saya Lin, Feb depan nak pegi Siem Reap. Nak tanya, bilik dkt Popular Guesthouse tu booked online ke? Sbb saya tgk dlm tripadvisor dan trivago, harga bilik mahal la jgk. ingat nk cari yg USD2 mcm saudara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lin ! Bilik dekat Popular Guesthouse tu saya booking via e-mail je. Cuma inform nak datang hari apa dan dia akan reservekan bilik.

      Padam
    2. Ye ke? Sbb saya email semalam dpt USD 30/night utk 1 triple room. Rasanya agak mahal.

      Padam
  5. Salam. Nak tanya, Popular GuesT House tu book by email, ada email dia tak? Sebab saya try search, tp tak jumpe pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Boleh je Google cari di Internet.

      Boleh cuba tengok dekat sini : http://www.siemreap.net/hotels/p/popular-guesthouse/

      Ni email dia pulak.
      vunchum@gmail.com

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...