Iklan

02 November 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 7: Keretapi Aranyaprathet - Bangkok

Sambungan Part 6: Cambodia-Thailand Overland Project : Border Crossing (Poipet-Aranyaprathet)

Sambungan dari kisah backpacking kami di negara Cambodia. Setelah berjalan kaki melepasi sempadan Poipet di sebelah Cambodia, kami memasuki daerah Aranyaprathet di sebelah Thailand. Kami tiba setengah jam awal di Stesen Keretapi Aranyaprathet dengan menaiki tuk-tuk dari simpang jalan besar selepas border. Sampai-sampai terus cari tiket di kaunter. Harga tiket tren ke Bangkok hanya 48 Baht seorang. Tak sampai RM5 pun dah boleh sampai Bangkok dari sempadan Cambodia. Gua rasa ni lah antara tambang tren/keretapi termurah gua pernah naik setakat ni. kat malaysia tak jumpa woo!

Jarak perjalanan dari Aranyaprathet ke Bangkok lebih kurang 400KM dan mengambil masa hampir 7 jam. Jadual tren boleh didapati melalui laman sesawang Seat61. Dekat situ boleh tengok jadual tren dan tambang kalau masih tak percaya. Sehari hanya akan ada 2 kali perjalanan iaitu di sebelah pagi dan sebelah tengahari macam apa kami naik ni. Tren Aranyaprathet-Bangkok ni akan melalui kawasan-kawasan kampung dan berhenti-henti menurun/mengambil penumpang di sesuatu kawasan yang dilaluinya.

Kebanyakan penumpang yang menaiki tren ini adalah penduduk tempatan. Masa kami naik tak jumpa pun traveller asing atau mat saleh. Geng-geng kami saja yang pikul bagpack besar-besar dalam tren ni. Mungkin kebanyakkan traveller akan ambil bas terus dari Siem Reap ke Bangkok kerana untuk menaiki tren Aranyaprathet-Bangkok mungkin agak leceh dan memerlukan ketepatan masa kalau tak mahu tren terlepas.

Apa yang gua suka pasal keretapi ulang-alik Aranyaprathet-Bangkok ni adalah selain murah, ianya juga cukup bersih dan selesa. Tak macam gaya keretapi di Indonesia yang agak sedikit kotor dan sesak. Walaupun tak ada penyaman udara, tapi udara segar yang masuk ketika keretapi sedang bergerak memang layan. Mata disajikan dengan pemandangan kawasan tanah pamah , kawasan sawah padi dan kampung-kampung Thailand. Antara pemandangan yang memukau bagi gua bila mana melihat matahari terbenam melalui tingkap keretapi di waktu senja, memang syahdu woo!

Di hadapan Aranyaprathet Railway Station 
Keretapi gerak pukul 1.55 pm dari stesen Aranyaprathet menuju Bangkok, jadi kiranya sempat bergambar dulu.

Keretapi Aranyaprathet-Bangkok yang klasik. Tiada penyaman udara, hanya tingkap sahaja.
Ambil giliran masing-masing untuk bergambar dengan signboard Stesen Keretapi Aranyaprathet.
Penulis juga tidak ketinggalan bergambar kenang-kenangan di Stesen Keretapi Aranyaprathet.
Susanana di dalam keretapi kelas ketiga Aranyaprathet-Bangkok.
Tiket tren Aranyaprathet-Bangkok. 48 Baht sahaja. Murah !

Seat ala-ala Recaro dalam tren.


Tingkap untuk membolehkan udara luar menerjah masuk.

Pemandangan dari dalam tren Aranyaprathet-Bangkok.
Tren akan bergerak tepat pada waktu.

Selamat tinggal Aranyaprathet.

Masih menunggu. 

Dalam tren Aranyaprathet-Bangkok hanya kami sahaja orang asing. Yang lain semua penduduk tempatan.

Ni makcik ni jual jajan kalau sapa-sapa nak beli. Ada jugak mini cafe kat tengah gerabak.

Antara panorama menarik.
Tangan tu jaga sikit, kadang-kadang akan melalui jambatan yang palang besinya sipi-sipi dengan tingkap.

Hentian tren Aranyaprathet-Bangkok yang entah kali ke berapa.
Tiap stesen keretapi akan ada pegawai yang bertugas walaupun di kawasan ceruk pedalaman sekalipun.

Raja Bhumibol Adulyadej yang dihormati. Mana-mana pun mesti ada potrait raja.
Lepak sebelah makcik penduduk tempatan. Ajak bersembang tak paham. Tanya tandas kat mana pun tak paham. Last-last tunjuk bahasa isyarat campur lenggok badan baru paham. Terkekeh-kekeh gelak.
Kematu bontot duduk lama-lama boleh jalan-jalan dari gerabak ke gerabak.
Keretapi Aranyaprathet-Bangkok yang gua boleh bagi empat bintang dengan tahap kebersihannya.

Seronok gua meronda dari satu gerabak ke gerabak lain.

Nak duduk tepi pintu pun boleh.
Kalu bosan lagi? Boleh main tepi pintu masa tren bergerak laju. Nak bergayut ke apa dipersilakan. Risiko tanggung sendiri.
Nak buat aksi apa pun kat pintu keretapi Aranyaprathet-Bangkok tengok kiri kanan dulu, kadang-kadang ada jambatan sempit yang lalu sipi-sipi je ngan pintu.

Lalu kampung-kampung ceruk ambil penumpang menuju Bangkok.

Tiap-tiap stesen dijaga rapi. Memang lawa.

Pemandangan dari dalam keretapi. Gua ni sekejap tren sekejap keretapi. Sama ja tren ka keretapi.
Anak beranak naik keretapi pi Bangkok.

Stesen lain pulak.

Khokmakok. Nama stesen la kot.

Ye la tu. Stesen keretapi Khok Makok. Bukan main sedap nama.



Merenung dari tingkap.

Solat lah kamu di mana sahaja. Ada tandas dalam tren ni, boleh ambil wuduk untuk solat.

Bunyi keretapi agak bising ditambah dengan bunyi deruan angin masuk ke tingkap. Nak tidor pun tak berapa nak lena.

Dah nak senja dah pun.

Antara panorama paling menarik masa naik tren Aranyaprathet-Bangkok.


Antara gambar-gambar tambahan yang diambil dari sumber pihak ketiga ;






















Hualampong Station, Bangkok.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Hualampong Station, Bangkok lebih kurang jam 8.00 malam. Sebelum tiba di sini, keretapi akan melalui bandar Bangkok, di celah-celah kawasan perumahan setinggan, di mana kita boleh lihat kehidupan rakyat Thailand dari pelbagai sudut yang tidak pernah terbayang oleh kita. Untuk makluman, jikalau musim banjir, keretapi Aranyaprathet-Bangkok ini tidak akan dapat meneruskan perjalanan hingga stesen terakhir di Hualampong Station sebaliknya akan berhenti di stesen sebelumnya lebih kurang 20 KM dari Hualampong Station. Maka anda terpaksa mencari pengangkutan alternatif lain untuk ke sini. 

Di stesen ini ada pelbagai kemudahan termasuklah surau untuk muslim. Agenda kami seterusnya adalah menuju Khao San Road, kawasan backpacker terkenal di Bangkok. Kami menanyakan di kaunter pertanyaan bagaimana untuk ke Khao San Road dengan bas mini. Petugas kaunter menunjukkan jalan besar di hadapan stesen keretapi dan menyuruh kami menunggu bas di sana. Kami bergegas keluar sambil melepak menunggu bas yang dimaksudkan tiba. Bersambung di entry berikutnya. Adios.

Bersambung ke Part 8: Cambodia-Thailand Overland Project : Bangkok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...