Iklan

20 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 9 : Cihampelas & Paris Van Java

Sarapan pagi percuma di Unique Guesthouse, Bandung.


Masih lagi bersiaran dari Bandung, dan hari ini adalah hari kedua di Tanah Jawa. Dah seminggu dah pun cerita Trans Java bermula di Surabaya dan berakhir di Bandung ni. Esok nak balik Kuala Lumpur dah. Jadi gua ada sehari penuh di Bandung hari ni. Berapa banyak gua ulang hari-hari ni. ;-)

Terdengar ketukan pintu bilik selepas solat Subuh. Rupanya pakcik receptionist yang datang dengan sedulang sarapan. Dah bilik dengan katil berkembar, maka dapat la dua set sarapan percuma. Di Unique Guesthouse ni memang akan disediakan sarapan pagi-pagi. Maka tak perlulah keluar mencari sarapan di tempat lain. Makan bagi kenyang dulu baru dapat jalan jauh !

Siap sarapan, gua bersiap untuk meninjau kota Bandung. Tujuan hari ini adalah ke Cihampelas yang terkenal dengan deretan kedai pakaiannya. Dengar cerita orang yang pernah sampai ke Bandung ni katanya murah-murah pakaian di sini. Gua ingin menyiasat kesahihan berita-berita ini.

Jarak dari Unique Guesthouse ke Cihampelas agak jauh, lebih kurang 3KM. Gua pun tak tahu bagaimana nak ke sana dengan 'angkut'. Maka gua buat keputusan berjalan kaki sahaja ke sana. Jam menunjukkan jam 9 pagi. Matahari semakin meninggi. Nasib baik jalan menuju ke Cihampelas dilitupi oleh pohon-pohon yang redup di kiri kanan jalan. Berpeluh jugaklah sampai di Cihampelas.


Rimbunan pohon menuju Cihampelas.


Terserempak dengan insan yang kurang bernasib baik di pertengahan jalan menuju Cihampelas.
Oleh kerana Bandung dikenali sebagai kota membeli-belah, maka banyaklah terdapat deretan kedai-kedai yang ada di sini. Bukan setakat pakaian, kasut, eksesori perhiasan pun semua ada. Gua ada la usya satu dua kedai tapi tak beli apa pun. Harga bagi gua boleh tahan lah. Bajet pun takda, nak belanja apa. Window shopping sahaja lah di sini. Gua syak kalau bawa kaum hawa mesti depa suka tak ingat nak balik.

Gua selamat tiba di kawasan Cihampelas di tengah panas tengahari. Sejam jugak berjalan slow-slow dari guesthouse. Meriah kawasan ni rupanya. Ada juga kawasan diberi nama Cihampelas Walk yang ala-ala 'Bukit Bintang' di Kuala Lumpur. Kawasannya agak bersih dan moden. Restoran KFC pun nampak unik sekali.

Cihampelas.

Deretan kedai di Cihampelas Walk.

Kedai-kedai pakain dan kasut di Cihampelas Walk.

Jalan Cihampelas.
Keseluruhan kawasan Cihampelas Walk ni agak luas secara keseluruhannya. Pelbagai jenis restoran tempatan dan barat ada di sini. Ada kompleks membeli-belah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Suasana kawasan sekitar pun menarik dengan lanskap pokok-pokok renek.

Boleh nampak beza kawasan Cihampelas Walk ni dengan kawasan sekitar Bandung yang lain. Kalau kawasan lain agak kotor dan berserabut, namun di sini berbeza sungguh sama sekali. Kawasan Cihampelas Walk dihaga dengan baik sekali. Tandas pun bersih. 

Kopleks membeli-belah di Cihampelas Walk.

Sembahyang Jumaat diadakan di ruang parking kereta kompleks Cihampelas Walk.

Cihampelas Walk atau dikenali sebagai Ciwalk.

Kawasan ni memang selalu keluar televisyen Malaysia. Kedai yang ada Spiderman tu.

T-shirt kenang-kenangan Bandung
Gua melilau sekitar Cihampelas Walk tak tau nak pi mana. Pusing ambik gambar kawasan sekitar. Perut pulak lapar. Cari la makan dekat-dekat kedai dalam shopping kompleks Cihampelas Walk ni. {ekenan Ayam penyet dan Es Teller namanaya. Boleh tahan la rasa, mungkin sebab gua tak berapa gemar ayam penyet. 

Selesai makan gua melilau lagi. kalai ni nak cari masjid untuk solat Jumaat atau bahasa di sana dipanggil Jumaatan. Tanya orang katanya masjid agak jauh dari sini. Jumpa pulak seorang pakcik guard yang katanya pekerja di sini Jumaatan di parking tingkat bawah, khas untuk pekerja di sini. Gua pun turun la ke basement parking dan kelihatan depa tengah bentang karpet masjid untuk jemaah.

Khutbah dan sembahyang jumaat selesai jam 2 petang. Memang ramai yang solat di bawah ni, kebanyakkan adalah pekerja di Cihampelas Walk sendiri. Gua masih melilau di kawasan sikitar Cihampelas Walk tanpa hala tuju. Teringat ada Paris Van Java di Bandung yang selalu disebut-sebut itu. Berpandukan Google Maps di telefon, gua berjalan kaki terus ke sana.

Es Teller ataupun Ais Kacang campuran buah-buahan.

Padang Jawa pun banyak makanan ni. Ayam penyet.

Orang susah memang ramai di Bandung. Jalan mana-mana pun boleh nampak.


Ini di luar Jalan Bandung. Kedai beg tangan.

Gua tak pasti ini real atau tidak, tapi yang pasti untuk dijual

Miniatur

Kedai pakaian. Nampak macam kedai barang letrik je dari luar.

Jualan hebat merata-merata,

KFC Cihempelas Walk.

Kedai baju. Brand-brand pakaian ni gua tak berapa tahu sangat.

Senibina menarik Cihampelas Walk.

Pokok-pokok redup.

Jejantas.

Tempat makan.

Ruang antara bangunan.

Al-Ikhsan Cihampelas.

Tak ramai sangat dalam kompleks Cihampelas Walk ni.

Kompleks Ciwalk.

Kompleks membeli belah Paris Van Java yang terkenal dengan konsep 'open air'nya adalah salah satu wisata menarik yang terdapat di Kota Bandung. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada orang luar yang ingin menikmati suasan taman yang menjadi konsep kompleks membeli-bleh ini.

Nama Paris Van Java diambil bersempena nama kota Bandung ini sendiri yang turut dikenali sebagai 'Paris di Tanah Jawa' suatu ketika dahulu. Senibina Eropah mendominasi keseluruhan rekabentuk bangunan Paris Van Java ini. Dah tentu-tentu barangan dalam ni juga high-end dan boleh tahan harganya. Barang berjenama semuanya. Gua sekadar meronda dan melihat dalaman dan luaran Paris Van Java ini.


Paris Van Java

Kedai baju lagi dalam Paris Van Java ni.

Paris Van Java

Kedai serbanika di berhampiran Paris Van Java di Bandung.  Boleh caj handphone dengan ada wifi sekali.


Dalaman Paris Van Java. 

Kedai-kedai berjenama.

Ada autoshow di Paris Van Java waktu tu.


Paris Van Java.

Bahagian luaran Paris Van Java.


Salah satu pintu masuk Paris Van Java.



Seharian berjalan kaki sekitar Bandung.

Wall Climbing.

Melintasi jejantas keretapi.

Dah puas meronda Paris Van Java dan Cihampelas Walk, gua kembali ke Unique Guesthouse di Jaln Ence Azis. Kali ini jarak perjalanan memang terasa begitu jauh dengan berjalan kaki. Gua agak kalau dah pergi ke Cihampelas Walk tadi ikut Google Maps dah 3 Km, menapak lagi ke Paris Van Java dan patah balik ke Unique Guesthouse berhampiran Pasar Baru mahu dekat 10 Km dah gua cover hari ni. Jalan pergi dan balik adalah jalan yang berbeza. Dapat la tengok keadaan dan suasana Bandung dari sudut perspektif yang lain.

Gua tak balik terus ke Unique Guesthouse tapi gua meronda lagi ke Pasar Baru yang gua dah pergi petang semalam. Saja je ronda lagi hari ni walaupun tak beli apa-apa. Petang terakhir di Tanah Jawa, esok petang dah kembali ke ibukota Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...