Iklan

16 Januari 2014

Kota Kinabalu Short Escape | Pulau Manukan


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Pagi-pagi lagi kami dah siap duduk tercongok di lobi guesthouse menunggu drebar yang dijanjikan tiba untuk membawa kami ke Jesselton Point. Kalau nak ikutkan, jarak dari guesthouse kami di depan Pasar Filipina ke Jesselton Point tidaklah jauh mana. Boleh sahaja kalau nak berjalan kaki sahaja ke sana.

Tapi oleh kerana kami dah booking semalam, maka terpaksalah kami tunggu di guesthouse. Sewaktu urusan booking semalam, tiada apa-apa caj atau tiada bayaran dikenakan. Pengunjung hanya cuma perlu ke kaunter syarikat tour di Jesselton Point saja nanti dan menyelesaikan urusan pembayaran di kaunter semasa membeli tiket ke Pulau Manukan.

Tup tap tup tap. Abang drebar sampai tak lama kemudian, lewat hampir setengah jam. Janji pukul 9.00 pagi, jam 9.30 baru sampai. Kami dibawa ke Jesselton Point dengan sebuah kereta Kancil. Sampai di Jesselton Point, terus kami dibawa ke kaunter Aparu Holidays Tour.

Di sini, kita boleh memilih pulau yang ingin dilawati pada hari tersebut. Ada 5 buah pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu ini. Antaranya adalah Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Gugusan pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan dan menjadi tumpuan pelancong.

Pengunjung boleh memilih trip beberapa pulau pada satu masa. Pihak syarikat tour akan menyusun jadual perjalanan bot bagi pengunjung. Kami hanya memilih Pulau Manukan sahaja untuk aktiviti snorkeling pada hari ini. Pengunjung juga boleh memilih waktu balik yang diingini dari pulau-pulau tersebut. Kami memilih jam 3.00 petang untuk pulang semula ke Jesselton Point.

Untuk aktiviti snorkeling, alatan seperti google goggles dan jaket keselamatan boleh disewa di sini. Pengunjung juga akan dikenakan cukai jeti untuk kemudahan di Jesselton Point.

Kos tambang bot + snorkeling di Pulau Manukan 

  • Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
  • Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
  • Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
  • Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Total : RM 50.00

Masa yang diambil untuk ke Pulau Manukan dengan bot laju adalah lebih kurang 20-30 minit. Bot yang dinaiki kami hanya boleh memuatkan kurang dari 10 orang penumpang pada satu-satu masa. Destinasi pertama yang dituju adalah Pulau Manukan. Kami turun di jeti Pulau Manukan sebelum bot menyambung perjalanan membawa pelancong lain ke pulau-pulau seterusnya.

Setelah tiba di Pulau Manukan, pengunjung akan dikenakan bayaran untuk yuran Taman Negara Tunku Abdul Rahman iaitu sebanyak RM 3.00 seorang. Yuran ini hanya dikenakan sekali sahaja walaupun pengunjung melawati pulau-pulau lain pada hari yang sama.

Di Pulau Manukan terdapat pelbagai kemudahan seperti chalet, kedai makan dan tandas awam. Tiada kemudahan seperti ini di pulau lain mengikut kata receptionist guesthouse tempat kami menginap. Hanya di Pulau Manukan sahaja yang mempunyai kemudahan sebegini berbanding pulau-pulau lain yang yang berada di sekitarnya.

Cerita banyak pun tak guna. Pasti ramai yang terbayang-bayang laut yang membiru. Nah gua belanja panduan bergambar ke Pulau Manukan !


Pasar Kraftangan atau dikenali sebagai Pasar Filipino di Kota Kinabalu ini.

Jalan yang lengang pada waktu pagi.

Beranda A&J Guesthouse.

Guesthouse kami menginap di Kota Kinabalu, A&J Budget Hotel.

Bawah guesthouse ada banyak kedai menjual hasil laut yang telah dikeringkan seperti ikan masin.

Lobi A&J Budget Hotel.


Bot-bot kecil di Jesselton Point.

Ruang menunggu di jeti Jesselton Point. Syarikat tour akan panggil bila tiba waktunya naik bot.

Jaket keselamatan akan diberikan oleh syarikat tour sebelum menaiki bot.

Bot menuju ke Pulau Manukan.

Satu bot tak lebih dari 10 orang.

Kebanyakan pelancong luar.

Kota Kinabalu di kejauhan.

Tekong bot.

Bot belakang lagi laju. Sat ja dia pintas kami.

Biar semua duduk depan. Gua lepak belakang dengan tekong bot.



Tiba-tiba si Adib meloncat ke atas dek.

Gugusan pulau-pulau kecil di sekitar Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Depan tu Pulau Manukan. Dah nak sampai dah.

Selamat tiba di jeti Pulau Manukan. 

Ada yang baru sampai, ada yang dah nak balik.


Ikan-ikan kecil di bawah jeti Pulau Manukan.

Kalau nak snorkeling, elok bawah jeti ni. Banyak ikan.

Air laut yang menghijau sekitar Pulau Manukan.

Maaf kerana banyak sangat gambaq ikan.

Dekat pelantar tu pun ada orang snorkeling.

Adib bergambar kenang-kenangan.

Hijau jernih air laut Pulau Manukan ni.

Penulis pun bergambar kenang-kenangan.

Angin sepoi-sepoi bahasa ditambah dengan panorama indah Pulau Manukan.


Dilarang memijak batu karang.

Masuk pintu ni, huluq la RM 3.00 bayar yuran Taman Negara.

Selamat Datang !

Kadar yuran yang dikenakan ke atas pengunjung Taman Negara.

Menarik. bentuk Pulau Manukan ni.

Aksi menggiurkan di Pulau Manukan. Yang pasti bukan gua.

Biru langit dan laut.

Snorkeling tepi-tepi kalau takut.

Pasir yang memutih dan langit yang membiru.

Papan arah di Pulau Manukan. Surau pun ada.

Budak-budak kecik snorkeling tepi-tepi.

Air laut dua warna.

Snorkeling lambat sikit. Layan pemandangan indah Pulau Manukan dulu.

Kawasan hujung ni tak ada orang nak snorkeling. Ikan takda la kot.

Cristal clear water of  Manukan Island.

Rasa nak terjun dalam ayaq laut tuh !

Bot berulang-alik bawa pengunjung ke Pulau Manukan.

Scooba-Doo. Mahal jugak ni.

Ada bajet lebih boleh la cuba. Depa ni dah nak berkemas balik.

Sesi snorkeling bermula. Layan snorkeling belah kanan jeti Pulau Manukan.

Kawasan di sekitar jeti Pulau Manukan ni banyak ikan. Di dasar laut sampah pun banyak jugak.

Semakin ke tengah semakin dalam. Kaki tak cecah dasar laut dah.

Feeling-feeling adegan Baywatch di pantai Pulau Manukan. Waktu panas terik mandi laut memang gelap la balik sat lagi.

Air laut yang sejuk lagi jernih di Pulau Manukan.

Penampakan dugong di Pulau Manukan. Berkocak air.

Sekali-sekala snorkeling bawah jeti Pulau Manukan, ada banyak ikan dengan warna-warna pelangi.

Air laut masuk hidung. Abang berehat sebentar melihat pemandangan Pulau Manukan.

Geng-geng aksi menggiurkan tadi. Ada bangku untuk melepak di bawah pepohon rhu di Pulau Manukan ni.

Awas. Obor-obor.

Chalet dan kaunter pendaftaran masuk pengunjung di Pulau Manukan.

Laluan siar kaki di Pulau Manukan.

Penyelamat pantai a.k.a Baywatch Pulau Manukan.

Panas terik Pulau Manukan membakar tubuh. Tak jadi abang nak berjemur 

Nampak tak pelampung-pelampung kecil tu ? Itulah jaring di bawah laut Pulau Manukan untuk menghalang obor-obor mungkin.

Tak perlu risau lemas, ada penyelamat pantai di Pulau Manukan.

Snorkeling tepi-tepi Pulau Manukan tak perlulah pakai jaket keselamatan.

Tak puas lagi tengok keindahan ciptaan tuhan di Pulau Manukan. Lepak berhari-hari pun boleh kalau pemandangan macam ni.

Bot laju membelah ombak lautan yang membiru.

Ada bot yang siap parking tengah-tengah laut.

Jam dah hampir 3.00 petang. Waktu untuk pulang ke Kota Kinabalu dari Pulau Manukan.

Pulau Manukan yang tenang. Biru laut dan biru langit bersatu.

Geng-geng mat saleh berjemur di Pulau Manukan.

Semakin petang semakin ramai pengunjung tiba di Pulau Manukan. Kami dah nak balik.

Naik bot kembali ke Jesselton Point.

Salah satu pulau dalam senarai gugusan pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Tak pasti pulau apa.

Balik rasa cepat.

Bot ni tak ada dek macam masa pergi tadi. Kena duduk di kerusi masing-masing.

Pakcik topi biru kehilangan topinya ditiup angin. Masuk laut.

Sampai sudah ke Jesselton Point.

Pulangkan balik jaket keselamatan dan alatan snorkeling di kaunter.

Jesselton Point.

Selamat tinggal Jesselton point.

Kami tiba di Jesselton Point lebih kurang pukul 3.30 petang. Masing-masing perut pun dah lapar bila balik semula ke bandar Kota Kinabalu. Masa balik tiada perkhidmatan penghantaran semula ke guesthouse. Kena menapak berjalan kaki balik sendiri dengan cuaca yang agak panas terik.

Dari Jesselton Point, terus kami berjalan perlahan-lahan menuju ke Pasar Malam Filipino tempat kami melepak makan semalam tapi warung-warung makan tersebut masih belum dibuka. Masih awal lagi barangkali.

Maka terus kami pulang ke guesthouse membersihkan diri dan berehat dulu sementara menunggu waktu petang. Masing-masing boleh bantai tidur akibat keletihan bersnorkeling tadi. Sedar-sedar dah hampir masuk waktu Maghrib. Selesai solat, kami keluar semula ke pasar malam Filipino untuk mencari makanan setelah hampir seharian tidak menjamah nasi.

Nampak ? Bajet tak banyak pun kalau nak bersnorkeling di Pulau Manukan. Dengan bajet RM50.00 seorang pun dah cukup. Bajet tu untuk Pulau Manukan sahajalah. Kalau buat lajak ke pulau-pulau lain bertambahlah bajet dia. Aktiviti seharian penuh di Pulau Manukan dari pagi sampai ke petang. Tapi sebenarnya kalau nak buat aktiviti snorkeling dan island hopping, ikut pengalaman gua rasanya aktiviti snorkeling di Krabi lagi berbaloi dan murah !

21 ulasan:

  1. hello Budak Letrik. awak pegi pulau ni bulan berapa eh..cuaca bagus & laut cun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Nana Tron.
      Masa saya pergi pulau Manukan ni bulan 11 tahun lepas kalau tak silap. 3 hari lepas Raya Haji.

      Padam
  2. Cantik gile gambar..macam tak ramai orang je..pegi weekdays eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Tak berapa ingat hari apa. Haha.

      Padam
  3. nk msuk ke pulau ketam ni byrn nye brape yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak masuk Pulau Ketam ke Pulau Manukan?
      Kalau Pulau Ketam tidak dikenakan sebarang bayaran masuk.
      Kalau Pulau Manukan pulak dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 sebagai yuran masuk Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

      Padam
  4. Eeee..best nya..lma xsnokling..brape kos utk snokling n hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk di dalam catatan ini kos untuk snorkeling di Pulau Manukan dan penginapan bajet di Kota Kinabalu.

      Padam
  5. Memang dorg xstay ke kt pulau ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat Pulau Manukan ni ada je resort. Tapi orang tak duduk mungkin sebab mahal kot. Lagi pun lebih baik duduk di KK, happening sikit.

      Padam
  6. Bulan depan nk jalan2 ke sabah dgn member.xnk fikir pnjg n just booked tiket.btw tq ntk info ke pulau manukan,salah satu tmpt yg bakal d tuju.insha allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure.

      Just pack your bag and just go !
      Selamat berjimba-jimba di Pulau Manukan !

      Padam
  7. Useful log. InsyaAllah akan cuba sampai pulau ni minggu depan haha. Great photos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Selamat menikmati keindahan Pulau Manukan.

      Keep discover !

      Padam
  8. Last minute backpacking trip to KK in few days ni, and thank you for the very detail tips! Cuma nak tanya, jikalau ingat, ada facilities locker tak di Pulau Manukan?

    And yes, cool shots on Manukan! Keep up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ! My pleasure !

      Em tak pasti ada tak locker facilities di Pulau Manukan. Rasa saya tak ada. Mungkin boleh tanya kaunter informasi di sana.

      Thanks !

      Padam
  9. Good blog bro letrik n nice pic too...

    BalasPadam
  10. Btw, guesthouse dgn jeti jesselton tue jauh x jaraknya klu untuk jln kaki? Boleh tahu nama guesthouse tue?

    BalasPadam
  11. Tak jauh sangat. Jalan kaki pun boleh. Boleh rujuk di catatan sebelumnya.

    BalasPadam
  12. klu ambik pakej 3 pulau bpa ya?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...