Iklan

20 April 2015

Review Basikal Tayar Besar | Fatbike XDS Warlord 1

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Ada yang melopong kali pertama melihatnya. Ada juga yang tersengih sendirian di dalam kereta. Bukan hanya budak-budak, mak ayah budak juga cukup seronok dan teruja. Abang-abang macha tidak melepaskan peluang untuk bergambar tiap kali melepak di kedai mamak. Di setiap persimpangan lampu isyarat pasti ada yang menegur. Ramai yang jatuh cinta pandang pertama apabila melihatnya.

" Fuh ! Besarnya tayar ! "

" Pakai tayar apa ni bang ? Besar gila ! "

" Huyoo ! Tayar motor ke ni ? Lagi besar dari tayar motor ! "

Itu antara reaksi-reaksi biasa yang anda akan jumpa ketika mana menggunakan basikal ini di jalanraya tidak kira di kotaraya mahupun di kawasan perumahan anada. Basikal tayar besar atau juga dikenali dengan nama 'fatbike' ini merupakan salah satu jenis basikal semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Apa yang menarik mengenai 'fatbike' ini adalah saiz tayarnya yang lebih besar daripada basikal bukit biasa (MTB). Selain nampak lebih lebih besar dan padat, basikal ini juga mampu untuk meredah laluan yang tidak dapat dimasuki oleh basikal biasa.

Sebagai contoh, tanah lembut yang berair seperti sawah padi atau bendang. Cuba bawa basikal biasa masuk tengok, boleh tenggelam tayar. Dengan saiz tayar besar dan lebar, ia mampu mengharungi permukaan jalan yang ekstrem.

Oleh kerana itu 'fatbike' ini juga dikenali sebagai basikal 4 musim atau '4 seasons bike' di luar negara kerana kemampuannya untuk meredah pelbagai rintangan sepanjang tahun lebih-lebih lagi ketika musim salji.

Kali pertama gua teruja tengok basikal tayar besar ni adalah dari model Surly Moonlander dua tahun lepas ketika membelek-belek Facebook. Tak sangka pulak ada basikal dengan saiz tayar begini. Terpikir jugak tak berat ke tengok mereka-mereka ni kayuh.

Tanya-tanya, rupanya basikal Surly Moonlander ni kena tempah dulu dan harganya boleh tahan jugak harganya. Terkubur niat abang ketika itu nak memiliki 'fatbike' ni.

Baru-baru ni baru abang tengok fatbike ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.


Fatbike XDS Warlord 1

Baru-baru ni jenama basikal XDS telah mengeluarkan model basikal 'fatbike' mereka sendiri. Antara deretan model 'fatbike' keluaran mereka antaranya adalah XDS Warlord. Ada bermacam jenis XDS Warlord antaranya Warlord 1 & Warlord 2. Bagi yang baru berjinak-jinak nak cuba berkecimpung main 'fatbike' ni, XDS Warlord 1 adalah antara calon yang sesuai yang boleh dipertimbangkan.

Kendaliannya sangat mudah dan cukup stabil bagi mereka yang pertama kali menunggangnya. Harganya pula tidaklah terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan jenama basikal terkemuka lain (dalam kategori mampu milik) dan basikal 'fatbike' ini dilengkapi dengan 21 kelajuan. Mengikut pengalaman sendiri yang telah menggunakan basikal ini, walaupun dengan hanya 21 speed tiada masalah untuk mendaki bukit dengan kecerunan tinggi. Bagi abang kalau Fraser Hill ke Genting boleh senang-senang tapaw.

Mesti ramai yang bertanya, berat tak 'fatbike' XDS Warlord 1 ni ? Kalau nak ikutkan spesifikasi, beratnya adalah lebih kurang 18 KG. Ya, ianya lebih berat berbanding mountainbike (MTB) biasa yang kita guna dalam lebih kurang 10-12 KG. Walaupun beratnya lebih sedikit, tiada masalah sewaktu mengayuh bila dah lajak. Mungkin masa nak mula kayuh tu rasa berat sikit, tapi bila dah bergerak perasaan menaiki basikal ini lebih kurang sama seperti mengayuh basikal bukit biasa.

Disertakan sedikit spesifikasi 'fatbike' XDS Warlord 1 :

+ XDS Premium X6 Geometry Frame

+ XDS Aluminium Fork

+ XDS 26″ x 4.0″ Fat Tires

+ XDS 26″ x 14G x 32H Alloy Rims

+ Alloy 14G x 32H Hubs

+ Prowheel 22/32/42 Alloy Crankset

+ Shimano Alivio FD-M410 Front Derailleur 

+ Shimano RD-TX55 Rear Derailleur 

+ Shimano ST-EF51 (21 Speed Shifters)

+ XDS Mechanical Disk Brake

+ XDS Rubber 130MM Grips

+ XDS Black Saddle 

+ 17.80KG (Without Paddle)

+ Colour available : Red / Blue / Orange



Kegunaan 'fatbike' dalam urusan seharian. Beli roti ke beras pun boleh.

Basikal Fatbike XDS Warlord 1 dengan 21 kelajuan. Jangan tanya abang dia gear auto ke manual. Abang siku jap lagi.

Menjadi tumpuan orang ramai ketika berkayuh di jalanraya. Berhenti di lampu isyarat pun orang ramai tegur.

Fatbike XDS Warlord 1 yang mudah dan menarik untuk dikendalikan di atas pelbagai permukaan jalan.

Aktiviti kayuhan mingguan bersama keluarg di Taman Layang-Layang, Kepong.

Mesti akan ada yang bertanya berkenaan tayar besar 'fatbike' ini di taman-taman rekreasi.

Mudah meredah halangan ketika berkayuh di Tasik Metropolitan Batu.

Meredah laluan sukar dengan 'fatbike' XDS Warlord 1. Jangan salah sangka boleh redah tasik pulak.

Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung setiap dua kali sebulan pada minggu pertama dan ketiga.

Basikal tayar besar XDS Warlord menjadi tumpuan kanak-kanak ketika pulang ke kampung halaman.

'Fatbike' yang sangat sesuai digunakan pada permukaan tanah lembut seperti di sawah bendang.

Aktiviti kayuhan mingguan bersama keluarga di Tasik Perdana Kuala Lumpur. Turut serta basikal lipat dan 'fatbike'.

Geometri rangka basikal XDS Warlord 1 yang menarik.

Tayar basikal dengan saiz 26 x 4.0. Tu yang buat besar dan lebar. Kalau basikal biasa 26 x 2.2 camtu.

Lengkuk frame XDS Warlord 1.

XDS Warlord 1 yang lengkap dengan XDS saddle.

Gear Shimano dengan ratio 7 kelajuan pada rear derailleur.

Shimano Alivio dengan 3 kelajuan pada front derailleur.

XDS Warlord 1 yang hadir dengan 3 warna pilihan. Merah biru atau jingga. Yang macam ni warna merah.

Sesuai untuk melompat-lompat dan menuruni anak tangga. Tiada masalah bagi 'fatbike'.

Kayuhan dengan XDS Warlord meronda-ronda sekitar ibukota Kuala Lumpur.

Kayuh basikal lagi di Tasik Titiwangsa.

Ramai yang teruja melihat 'fatbike'. Ada di antara mereka yang kali pertama melihatnya.

Berhenti rehat di bawah kanopi buatan manusia di Tasik Perdana.

Banyak kelebihan bila mana mengayuh 'fatbike' ni. Bila duduk sebelah superbike di persimpangan lampu isyarat, orang ramai akan lebih pandang basikal 'fatbike' abang. Tak perlu bergaya sakan naik basikal ni, cukup sekadar pakai track-suit dan t-shirt. Selain menjadi lebih macho dan hensem di jalanraya, basikal ini jugak menggamit jodoh-jodoh kita datang dengan lebih dekat dan rapat. Eh.

Bagi yang tercari-cari 'fatbike' XDS Warlord 1 ni, boleh hubungi abang di Budak Letrik Facebook Page untuk maklumat lanjut. Nak cuba testing naik pun boleh hujung minggu. Tiap-tiap minggu abang pasti ada je berkayuh di sekitar taman-taman rekreasi di sekitar ibukota Kuala Lumpur. Kalau jumpa abang hon-hon la dan tegur-tegur la ok. Jangan label abang sombong pulak. Abang tak kenal awak-awak semua hokay !

Siapa kata basikal tayar besar kena kayuh dalam taman ja, tak boleh kayuh jauh-jauh? Abang dah pernah henjut kayuh basikal ni pergi balik ride dari Segambut ke Genting Sempah ikut Jalan Gombak Lama. Nak lajak pi pekena lempeng Janda Baik dah tak sempat, dekat Maghrib baru sampai di Gombak semula.

Bacaan lanjut boleh rujuk Kayuhan Fatbike Edisi Genting Sempah via Jalan Gombak Lama.

Bawa basikal tayar besar mandi air terjun di Seri Gombak.

Menjejak air terjun sangat sesuai bersama 'fatbike'.

Sesi mandi manda di air terjun ditemani XDS Warlord 1.

Penampakan penunggu di Air Terjun Tujuh Puteri.

Basikal tayar besar bukan sekadar untuk di show-off di jalanraya atau di kawasan taman perumahan rumah kita, tapi fungsinya lebih dari itu.

Bukan juga untuk membezakan basikal aku lebih mahal dari kau dan standard aku lebih tinggi dari kau.

Kita pengayuh tiada beza.

Bukan jenis basikal yang jadi ukuran, tapi jiwa.

18 ulasan:

  1. huyo.dpt komisen x ni bang? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil sambil main, sambil sambil jual. Nak boleh order dekat abang. Hahaha

      Padam
  2. ne berat maximum brapa boleh naik ne bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau basikal biasa pun orang yang berat 100KG boleh naik, kalau fatbike ni berat 200KG pun takda masalah kot sebab tayar dia besaq.

      Padam
  3. Da beli htg... Disc depan lak sangkut2.. Da le x geti repair.. Kalau gelong kat btg tetengah rim tu acaner bang?

    BalasPadam
  4. Da beli htg... Disc depan lak sangkut2.. Da le x geti repair.. Kalau gelong kat btg tetengah rim tu acaner bang?

    BalasPadam
  5. Da beli htg... Disc depan lak sangkut2.. Da le x geti repair.. Kalau gelong kat btg tetengah rim tu acaner bang?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Bagi saya berbadan besar dan tinggi 186cm sesuai x fatbike 16' nie dan Mne nk carik xds fatbike nie dan bape arga die

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sangat sesuai bagi yang berbadan besar. Boleh cari online di Mudah.my, ada banyak di sana.

      Padam
  9. harga berapa nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh semak di Muday.my.

      Harganya berbeza-beza.

      Padam
  10. Saya beli yg letrik punya fatbike, RM3500!! Laju 25kmj! Dah eksiden langga paga jambatan! MasUK wad kecemasan! Fog senget!! Harga 800 rm!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pam tayar jangan lebih angin nanti bocor!! Saya dah terkena!!

      Padam
    2. Tayar gemuk tak semestinya kena ISI lebih angin!!

      Padam
  11. salam, saya nk tnya.. saya ada basikal proton siap ada gear... klau masuk tayar ni boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Tak boleh dik, tak muat

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...