Iklan

15 September 2015

Ada apa di Kampung Morten, Melaka?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sekarang ini ada eloknya kita berjalan di dalam negara sahaja. 

Kampung Morten di negeri Melaka.

Bukan moktan (kami di Kedah panggil rambutan sebagai 'moktan') tapi yang ni Morten, nama orang putih.

Ada apa di Kampung Morten?

Abang pernah terlihat baru-baru ni suatu drama Melayu di televisyen yang mana lokasi penggambarannya berlatarkan suatu perkampungan tradisional yang terletak di tepi Sungai Melaka. Kampungnya begitu tersusun dengan rumah kayu tradisional Melaka. Kelihatan kanak-kanak mengayuh basikal keliling kampung.

Baru abang tahu rupa-rupanya kampung tersebut adalah Kampung Morten yang terletak di negeri Melaka. Untuk pengetahuan, Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung Melayu yang masih kekal di tengah bandaraya Melaka.

Namun begitu, yang menariknya Kampung Morten ini walaupun dihimpit bangunan-bangunan tinggi di sekelilingnya seperti di Kampung Baru Kuala Lumpur, kampung ini masih lagi memiliki identiti Melayu yang telah melewati beberapa zaman.

Nama Kampung Morten diambil bersempena dengan nama Pesuruhjaya Inggeris ketika itu, Frederick Joseph Morten yang memainkan peranan penting bagi membina kampung ini pada tahun 1920. Terharu dengan pengorbanan pegawai Inggeris tersebut, penduduk kampung sepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Morten.

Dari pandangan sudut tinggi, Kampung Morten ini seolah-olah terletak di sebuah pulau. Suasana kampung yang menarik dan bersih serta persiaran kaki lima yang tidak pernah sunyi dengan deruan bot 'River Cruise' yang membelah Sungai Melaka menggamit perhatian pelancong untuk datang ke sini.

Begitu jugak dengan abang. Secara tidak sengaja jumpa Kampung Morten ni di Melaka. Bila buat sedikit kajian, baru tahu kampung ni popular !

Sempat buat terjahan di Kampung Morten ni bila hari dah malam. Lampu-lampu hiasan dipasang menerangi setiap rumah di Kampung Morten. Lampu semua warna standard. Meriah macam malam raya !


Sesi bergambaran mak ayah di rumah tradisional Melaka di Kampung Morten.

Tangga rumah tradisional Melayu di Kampung Morten.

Halaman rumah yang bersih dan ceria.

Nampak tuan rumah tengah makan nasi di bahagian belakang dapur, kami dengan selamba teruskan bergambar di halaman rumah Kampung Morten.

Pokok mangga berbuah lebat. Ditambah pulak ada bangku tempat berehat. Suasana malam di halaman salah sebuah rumah di Kampung Morten.

Masih lagi tak boleh 'move on' dengan pokok mangga !

Kalau nak lagi lawa, abang sarankankan datang melawat Kampung Morten pada waktu siang. Pasti lebih menyerlah.

Laluan siarkaki di Kampung Morten di tebing Sungai Melaka. Selang beberapa minit akan ada River Cruise lalu kot sini.

Jikalau anda menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka ni, pasti anda akan melalui Kampung Morten.

Ada banyak bangku-bangku kecil di laluan siarkaki Kampung Morten di pinggir Sungai Melaka. Kerepek pisang tak tinggai.

Tak ada peralatan profesional. Ambik gambaq guna SJCAM SJ4000 ja.

Kampung Morten yang tenang pada waktu malam. Tak sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.

Kampung Morten yang tersusun dan diterangi cahaya lampu pada waktu malam. Bersih bukan?


Salah sebuah rumah di Kampung Morten. Ada yang sesetengahnya telah diubahsuai dan penambahbaikan.

Sambil-sambil melawat Kampung Morten, sambil jeling-jeling kot-kot jumpa jodoh di sini.

Mana penduduk Kampung Morten ni? Takkan pukul 9.00 dah tiduq?

Sekiranya kamu terlihat seorang jejaka yang sentiasa dengan permainannya melawat kampung kamu, maka kahwinilah dia.

Boleh bersiar-siar berjalan kaki di Kampung Morten. Kalau tak larat jalan, naik kereta. Tapi tak syok naik kereta.

Kesan lampu buat gambaq jadi kuning. Rumah dah cun, kamera pulak tak cun.

Salah sebuah rumah tradisional Melaka di Kampung Morten yang menarik perhatian. 

Rumah ini dijadikan homestay oleh pemilik asal. Nak sewa boleh berhubung dengan tuan rumah.

Kalau malam raya mesti meriah Kampung Morten ni. Feeling-feeling balik kampung.

Yang ni rumah sebelah dia pulak.


Setiap rumah di Kampung Morten mempunyai keistimewaan dan kecantikannya yang tersendiri.

Ada kereta berderet depan ni. Kot ada orang sewa homestay Kampung Morten ni malam tu.

Comel sangat kain langsir tu.

Di Kampung Morten inilah selalu dijadikan lokasi penggambaran drama Melayu.

Kampung Morten yang juga dikenali sebagai 'muzium hidup'.

Lagi rumah di Kampung Morten. Ada satu rumah dikenali sebagai Villa Sentosa. Tapi malam dah tutup.

Warung Mee Rebus Kampung Morten.

Jika anda yang melawat di Kampung Morten tu, sebelum balik boleh cuba Mee Rebus dan Nasi Lemak Kampung Morten. Abang tak ingat pulak nama kedai tu apa tapi kalau anda ronda satu kampung anda pasti jumpa kedai makan atau warung ni.

Boleh lihat dengan jelas signboard 'mee rebus' di tepi jalan. Orang sentiasa penuh tapi tidak sesak. Kedai ni tak jauh dah dari jejantas yang menyeberangi Sungai Melaka. Secara tidak kebetulan jugak abang jumpa kedai ni.

Nak kata kedai, bukan kedai jugak. Warung pun bukan. Lebih kepada rumah kampung yang mana halamannya diubahsuai menjadi kedai. Suasana di sini berlatarbelakangkan rumah kampung. Yang meniaga pulak orang-orang muda sebaya abang.

Tomyam ka nasi goreng ka semua tak ada dalam menu. Kepakaran dia dalam mee rebus, nasi lemak dan roti bakar sahaja. Walaupun terletak di kawasan tumpuan pelancong, harga pun berpatutan. Standard warung biasa di Kuala Lumpur.

Nah, belanja pemandangan Kampung Morten pada pandangan 'drone'.
Tak boleh terbang lama, bateri pulak nak habis. Kacau.




1 ulasan:

  1. BOLEH SAYA TAHU NO TEL TUAN RUMAH HOMESTAY?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...