Iklan

13 Oktober 2015

Ada apa di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda ?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Ada apa di Pulau Sayak?

Kalau hangpa perasan, hangpa akan jumpa perkataan 'Pulau Sayak' ni bila mana menjelang bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa ketika mana orang nak teropong tengok anak bulan. Di kaca televisyen, akan terpampang lokasi-lokasi untuk melihat anak bulan dan Pulau Sayak adalah salah satu lokasi tempat melihat anak bulan bagi negeri Kedah Darulaman.

Selain itu, tak sah Pulau Sayak jika tidak dikaitkan dengan mee udang-nya. Kalau di Perak kita ada Kuala Sepetang, di Kedah pulak kita ada Pulau Sayak. Abang pernah pekena sekali mee udang di Pulau Sayak ni dulu. Tak ingat pulak nama kedainya. Sepinggan biasa mahu RM8.00 jugak. Kalau special boleh pergi sampai Rm12.00 Kalau ikut selera abang ok la biasa-biasa ja. Nak kata sedap dan nak ulang lagi makan tak dah kot. Citarasa kita berbeda.




Pulau Sayak terletak lebih kurang 30 KM dari Sungai Petani. Kalau nak ke Pulau Sayak ni, cari saja jalan ke Pantai Merdeka. Nanti akan ada simpang ke Pulau Sayak. Pantai Merdeka waktu cuti hujung minggu memang padat dengan orang ramai, bolehlah lari ke Pulau Sayak ni. Lagipun jarak dari Pantai Merdeka ke Pulau Sayak lebih kurang 5KM sahaja. Dapat usya awek pantai jugak.

Kalau hangpa taknak ikut jalan ke Pantai Merdeka, hangpa boleh jugak ikut lain ke Pulau Sayak. Dari Kota Kuala Muda, cari jalan ke Kampung Kepala Jalan. Yang menariknya bila hangpa lalu kawasan kampung ni, hangpa boleh lihat tugu sampan yang dibina bagi memperingati tragedi tsunami yang melanda dan meragut nyawa di Kuala Muda lewat tahun 2004. Kalau ada masa boleh singgah tengok kesan kemusnahan rumah-rumah di sekitar kawasan tugu. Kalau mai awal lagi, boleh pi melawat Pasar Berbisik Kuala Muda yang tak jauh dah dari sini.

Abang sebenarnya dah banyak kali sampai ke Pulau Sayak ni. Buka puasa sorang-sorang tepi pantai Pulau Sayak pun pernah tahun lepas (baca sini). Kebetulan pula kali ni abang mai ke Kota Kuala Muda menghadiri jemputan walimatulurus waktu cuti Raya Haji lepas. Balik petang tu abang singgah la dulu di Pulau Sayak. Bagi yang rasa nak bermalam di sini, jangan risau ada beberapa buah chalet di kawasan sekitar sini. Berapa bayaran untuk semalam jangan tanya abang, abang pun tak pasti.

Hangpa jangan ingat Pulau Sayak ni sebuah pulau nun jauh di tengah laut. Tak perlu naik feri mahupun bot nak ke sini seperti mana Pulau Ketam mahupun Pulau Manukan. Di tepi pantai tempat hangpa pekena mee udang tu pun dah kira Pulau Sayak. Lagi satu, ayaq laut di Pulau Sayak ni tak berapa sesuai untuk dibuat mandi. Kalau rasa gigih nak mandi sambil berjemur acah-acah mat saleh tu amatlah dialu-alukan.

Sekadar itu sahaja cerita abang. Sebelum gambar-gambar pemandangan Pulau Sayak hilang ditelan Facebook dan hard disk, ada eloknya abang kongsikan di sini.


 "Pergi siang itu mengundang malam. 
Hayatinya selagi ianya masih ada"





Bot-bot berlabuh di jeti Pulau Sayak.

Air surut di waktu petang.

Pulau Sayak. Boleh jalan kaki ke pulau di sebelah sana bila air surut.

Bot-bot tengah parking cantik di Pulau Sayak.

Jeti tempat menaikkan hasil tangkapan laut di Pulau Sayak.

Kalau ikut pesisir pantai Pulau Sayak boleh jumpa Pantai Merdeka.

Jeti Pulau Sayak dari pandangan udara.

Udang-udang segar Pulau Sayak dinaikkan di sini.

Pemandangan Pulau Sayak tidak sesekali mengecewakan.

Terdapat lebih 50 buah bot berlabuh di jeti Pulau Sayak ni.

Tanjung di Pulau Sayak. 

Pantai Pulau Sayak yang tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Nama Pulau Sayak diambil dari nama pulau kecil tersebut.

Menjelang senja di Pulau Sayak.

Nak tunggu hasil laut segar naik, tunggulah di jeti Pulau Sayak ni.

Dah 2-3 kali jugak abang mai Pulau Sayak ni, jeti ni jugak jadi pilihan.

Maaf. Gambaq semua lebih kurang.

Caj la lama mana pun, bateri drone hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja di udara.

Makcik anak beranak ronda ikut pesisir pantai Pulau Sayak.

Tukar bateri. Berlepas semula.

Gambar diambil menggunakan SJCAM SJ4000 secara random dengan tetapan masa 3 saat.

Drone murah macam abang tak ada live view pada transmitter. Semuanya guna manual sahaja nak anggar jarak.

Pakcik-pakcik geng lepak Kampung Pulau Sayak atas jeti.

Aktiviti riadah penduduk tempatan Pulau Sayak di waktu petang.

Geng pakcik-pakcik dok sahut dari jauh, "Mai terbang kot ni !"

Depa dok ingat abang rakam video, sebenarnya abang ambik gambaq ja. Macam-macam gaya depa dok posing.

Sesi selfie dan wefie berjemaah di atas jeti Pulau Sayak menggunakan drone.

" Gambaq kita masuk Youtube, gambaq kita masuk Youtube !"

Pukul 6.30 baru depa start lepak.

Tak tau nak terbang kot mana lagi, dok melilau sekitar bot-bot ni ja.

Geng mesyuarat tingkap kelihatan dari jauh.

Orang selalu lepak di pantai depan kedai mee udang Pulau Sayak. Dekat jeti ni tak ada orang pun.

Di celahan rimbunan pohon yang menghijau tu ada chalet bagi sesiapa yang ingin menginap di Pulau Sayak ni.

Bot ditambat kemas di jeti Pulau Sayak.

Kaki pancing mesti tau jeti Pulau Sayak ni.

Dah nak dekat senja baru sampai Pulau Sayak.

Bagi penggemar mee udang, di Pulau Sayak inilah tempat dia.

Kedai atau gerai mee udang Pulau Sayak di sebalik tanjung.

Jeti Pulau Sayak sayup-sayup di bawah.


Bukan di Pulau Tioman atau Pulau Pangkor, tapi di Pulau Sayak.

Bumbung-bumbung warna biru tu chalet.

Air tengah surut ni boleh jalan kaki ke pulau di belah sana tu. Kalau air pasang balik, bermalamlah dulu dekat pulau tu.

Pulau Sayak diberi nama.


Patah balik ke lokasi asal.

Bila dah jauh ni, drone sendiri pun nampak sayup-sayup ja. Menggagau cari jalan balik.

Geng makcik-makcik ni pulak tengah cari kepah di pantai Pulau Sayak kalau tak salah.

Segerombolan makcik dengan bakul masing-masing ligat memerhatikan keadaan sekeliling pantai.

"Dok ingat tebuan ka apa tadi !" Rengus seorang makcik.

Aktiviti masyarakat sekitar Kampung Pulau Sayak di waktu petang.

Respect geng makcik-makcik ni. Sambil menyembang dapat jugak sumber makanan dan pendapatan.

Pi ronda tengok balik geng pakcik-pakcik atas jeti Pulau Sayak. Masih tidak berganjak.

Semakin nak senja, semakin bertambah pulak ahli yang turut serta.

Matahari semakin melabuhkan tirainya di Pulau Sayak.

Di mana lagi anda akan jumpa pemandangan seperti ini ?

Pengunjung yang baru sampai memerhatikan tingkahlaku drone dari atas jeti.

Pulau Sayak. Moga ketemu lagi.

Walaupun tanpa kejernihan air laut, suasana di sini tetap mendamaikan.

Geng menyembang pakcik-pakcik berkira-kira untuk pulang.

Ombak tak begitu kuat atau boleh kata tak ada langsung.

Bot-bot yang menjadi ikon Pulau Sayak.









Bateri dah nak habis. Kembali mendarat semula.

Itulah serba sedikit gambar pemandangan Pulau Sayak yang sempat abang rakamkan menggunakan drone tempoh hari. Ini bukan kira sedikit sebanyak, tapi memang banyak sungguh !

Bagi yang tertanya-tanya abang guna drone dan kamera apa, meh abang kongsikan sikit :

Drone/Quadcopter/Multirotor : Blade 350 QX3
Kamera : SJCAM SJ4000 Wifi

2 ulasan:

  1. drone ? terbang ? menariknyaaa ehehe..
    Mee Udang kat situ CT pun rasa biasa2 saja eheh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...