Iklan

04 Februari 2016

Trip Hujung Minggu : Pendakian Gunung Baling

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Sejak mula menjadi viral ni ramai kaki-kaki hiking dan outdoor yang dah mula mengenali Gunung Baling. Kalau dulu takda sapa pun yang nak naik gunung ni. Yang ada pun pakcik-pakcik orang tempatan yang naik cari pokok 'jurassic' paku aji. La ni Gunung Baling dah menjadi lokasi tumpuan ramai bila mana gambar-gambar dari puncaknya tersebar di laman-laman sosial.

Abang bukanlah seorang kaki gunung, namun hasil dari pengaruh rakan sebaya abang ikutlah depa pi panjat Gunung Baling ni. Trip bermula seawal pagi. Janji jam 5.00 pagi berjumpa di pekan Kuala Ketil namun janji Melayu itu pasti. Pukul 6.00 pagi baru bergerak dari sana.

Kami berhenti solat Subuh dalam perjalanan ke pekan Baling. Ada gerai-gerai sarapan pagi di situ. Kami siap-siap isi perut apa dulu sebelum meneruskan perjalanan. Bila kenyang, hati pun senang.

Bagi yang nak tahu lokasi spesifik trek permulaan pendakian Gunung Baling ni, boleh rujuk dalam peta Google Maps yang abang sediakan di bawah. Taip ja GPS koordinat yang abang bagi tu dalam Google Maps telefon atau komputer, nanti jumpa la.

Kalau secara lisannya kalau jumpa pekan Baling, nanti anda akan jumpa pusat latihan JPAM di belah kiri jalan betul-betul di bawah gunung. Pastikan gunung berada di belah kiri anda. Jalan depan sikit ada kuil cina jugak yang terletak di bawah gunung. 

Jalan depan sikit lagi. Tengok ada banyak kereta parking tepi jalan tu kira tempat dia dah tu. Kalau hangpa dah jumpa Masjid Kampung Bawah Gunung tu kira dah terlajak dah. Lokasi permulaan pendakian di kawasan belakang rumah orang sebelum masjid..


GPS koordinat tempat permulaan pendakian Gunung Baling.

Latitude : 5°41'12.98"N
Longitude : 100°54'55.10"E

Rujukan dari blog JoniSalleh








Tips pendakian Gunung Baling :

  • Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai. Nak pakai selipar pun boleh tapi tak berapa digalakkan sebab trek yang agak licin di awal pendakian dan berbatu kemudiannya.
  • Bawa bekalan makanan dan air yang mencukupi. Jangan jadi macam kami bawa sebotol kongsi 3 orang. Nak turun 'mental' teruk dahaga tak ada ayaq.
  • Kalau ada sarung tangan atau glove lagi elok. Ada sesi panjat-panjat batu. Baru tangan tak tercalar.
  • Naiklah seawal pagi kalau boleh. Ramai yang naik pukul
  • Kalau boleh bawa la plastik sampah lebih. Kutip sampah mana yang ada kat atas tu bawak turun walaupun orang lain yang buang.


Sarapan pagi seusai solat Subuh sebelum bergerak ke Gunung Baling.

Parking kereta di bahu jalan. Gunung Baling terletak di kiri jalan.

Hujung minggu memang berderet kereta parking tepi jalan nak naik Gunung Baling.

Trek permulaan pendakian Gunung Baling. Jalan minitar belakang rumah orang.

Jumpa kebun persendirian. Motor-motor parking sampai ke dalam.

Laluan semakin mengecil. 

Trek tanah yang licin di awal pendakian Gunung Baling. 

Tak kena gaya boleh menggelongsor turun balik.

Pastikan pakai kasut yang sesuai. Kawan abang selamba ja pakai selipar.

Pokok buluh yang menghadangi trek tanah Gunung Baling.

Tanah licin serta cerun yang agak curam menyukarkan pendakian naik ke  Gunung Baling.

Nampak macam biasa ja. Seksa jugak nak jalan dengan tanah licin macam ni lebih-lebih lagi naik bukit.

Kesesakan trafik dijangka berlaku di  Gunung Baling hujung minggu macam ni.

Checkpoint Gua Kambing yang akan ditemui.

Berhenti rehat di Gua Kambing sebelum melangkah naik ke  Gunung Baling.

Dinamakan Gua Kambing kerana bentuk batuan kapur yang terdapat di dalam gua menyerupai kepala seekor kambing.

Bentuk muka bumi trek  Gunung Baling berubah. Dari tanah yang licin kepada batu kapur.

Bagi laluan geng-geng lain yang nak naik dulu.

Ada sesetengah kumpulan pendaki menggunakan khidmat guide untuk mendaki Gunung Baling.

Kami naik Gunung Baling sendiri tanpa khidmat guide.

Kami jenis panjat rilek santai. Agak penat rehat dulu. Tak terkejar-kejar sangat.

Banyak geng budak-budak sekolah yang panjat Gunung Baling.

Kalau tak nampak trek Gunung Baling, ikut sahaja tanda label merah yang diikat pada pohon-pohon kayu.

Trek batu kapur yang agak mencanak jugak.

Setiap hentian rehat diselangi dengan aktiviti menyembang disusuli hilai tawa.

Port kawasan pepohon buluh.

Ikut je trek yang ada. Tak payah mana pun nak naik Gunung Baling.

Kena melalui celahan batu yang sempit sebelum sampai puncak Gunung Baling. Ni celahan batu yang pertama. Ada lagi lepas ni.

Bagi laluan bagi mereka yang dah nak turun. Depa naik pukul 3-4 pagi lagi.

Nak panjat batu ni kena guna tali yang ada. Yang jadi jem bila ada yang turun, dan ada yang nak naik. Kena tunggu giliran.

Lepak tunggu geng-geng atas lepas dulu.

Menyusuri celahan batu kedua untuk ke puncak Gunung Baling.

Macam redah masuk gua bila melalui celahan batu ni. Muat-muat badan ja.

Ingatkan dah nak sampai, rupanya jauh lagi puncak Gunung Baling.

Nampak pokok serai banyak tu kira dah nak sampai la tu puncak Gunung Baling.

Bau serai semerbak mewangi atas Gunung Baling ni.

Barulah boleh nampak pemandangan macam ni.

Gigih panjat tebing-tebing batu Gunung Baling nak duduk atas ni. Gayat kalau tengok bawah.

Pemandangan dari Gunung Baling. Yang di depan ni Gunung Pulai.

Macam lembah Jurassc Park di bawah bila tengok pemandangan dari atas Gunung Baling ni.

Gunung Baling ni macam Bukit Tabur di Kuala Lumpur. Batuan batu kapur.

Seriau jugak duduk tepi tebing ni.

Pucuk-pucuk pokok di bawah.

Matahari semakin meninggi.

Hero sebenar panajat Gunung Baling pakai selipar.

Nama budak-budak halus atas batu.

Budak-budak sekolah menawan Gunung Baling. 

Lagi geng-geng budak sekolah menawan Gunung Baling.

Pemandangan dari Gunung Baling yang menampakkan Gunung Pulai.

Sampah sarap yang ditinggalkan di Gunung Baling.

Tak naik habis puncak lagi. Naik sikit bergambar, naik sikit bergambar.

Hariz dengan gaya nasyidnya di puncak Gunung Baling.

Baru rasa erti panas bilamana di puncak Gunung Baling.

Maddin dengan motto "Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar".

Ada banyak port ambik gambar atas Gunung Baling ni. Tapi ada masa sesetengah tempat tu penuh kena tunggu giliran.

Acah-acah hipster di Gunung Baling.

Maddin pun tak nak kalah. Nak jugak.

Awek-awek dari Keroh, Pengkalan Hulu.

Boleh nampak jelas pekan Baling yang berada di bawah dari puncak Gunung Baling.

Cuaca panas sungguh di Gunung Baling. Berteduh di pepohon serai.

Langit yang membiru.

Cinta si Wedding Planner. Eh.

Maddin mengutip batuan kuartza yang terdapat di Gunung Baling.

Bagi peluang abang-abang lain yang nak turun.

Bukan puncak Kinabalu, tapi inilah dia puncak Gunung Baling.

Papan tanda puncak Guung Baling di rimbunan buluh oleh Komplot Hikers.

Semua pakat berkelah berteduh bawah pokok buluh.

Ahli-ahli mesyuarat tingkap Gunung Baling.

Pepohon buluh yang merimbun.

Boleh la nak main masak-masak sikit atas puncak Gunung Baling ni.

Struktur abjad 'I" yang terdapat di puncak Gunung Baling.

Huruf 'I" ja yang ada. Yang lain takda oleh kerana kesukaran membawa naik peralatan ke puncak Gunung Baling ni.

Pekan Baling di bawah gunung.

Struktur abjad 'I' yang agak terbiar. Tanya pendaki lain baru jumpa tempat ni.

Lepak sat tengok pemandangan pekan Baling dari atas Gunung.

Sesi bergambaran dengan payung berwarna-warni di puncak Gunung Baling itu benar.

Masa nak turun sempat lagi berhenti ambik gambar Gunung Pulai.

Pukul 12.00 tengahari di puncak  Gunung Baling. Panas lit lat lit lat.

Hariz tengah gebang dengan Maddin.

Antara pemandangan paling lawa yang sempat dirakamkan di Gunung Baling.

Bukan setinggi mana gunung itu untuk didaki, tetapi bagaimana ia dihargai.

Gunung Pulai di kejauhan. Macam kena kerat sebelah.

Tengahari di Gunung Baling. Orang semua dah turun. Tinggal kami ja.

Aksi-aksi yang jarang kita dapat lihat ketika mana menuruni Gunung Baling.

Penat teruk nak sampai Gua Kambing dari puncak Gunung Baling. Air habis.

Lepak minum air tebu kedai Aseng di pekan Baling. Tak cukup air tebu, teh bunga pulak.

Kedai tradisi dari zaman berzaman. Tanya orang Baling tau kot kat mana kedai Aseng.

Pekena buah pelam dulu. Masing-masing muka dah rentung.

Kedai Aseng di pinggir pekan Baling.

Nampak huruf 'I' yang kami sampai sebelum tu  sayup-sayup di puncak Gunung Baling tu?

Medan Selera Baling menjamu selera.

Singgah mandi di Air Terjun Lata Mengkuang di Sik.

Panas-panas ni la ubat dia.

Mandi sungai lama-lama mengeluh pulak sejuk. Jenis manusia yang tak tahu bersyukur.

Kesejukan air terjun Lata Mengkuang. Nikmat Allah yang mana kamu dustakan.

Seminggu selepas catatan ini ditulis, puncak Gunung Baling dah terbakar oleh kerana sikap sesetengah pihak yang tidak menghormati alam sekitar. Kan dah tak boleh naik dah. Semua kerosakan berpunca dari tangan-tangan manusia tu sendiri. Moga Gunung Baling kembali pulih seperti sediakala.

* Segala gambar dan video dirakam sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi.

30 ulasan:

  1. View cantik giler; ada mirip view di Phu Tab Berk..berapa lama pendakian untuk ke puncak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam 2 jam setengah kalau santai-santai.

      Padam
  2. cantiknya view di atas... lama x mendaki...

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Geng kaki gunung wajib naik ni. Haha

      Padam
  4. salam bro..naik bila ya?
    rasa mcm selisih dkat tgh jalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik 30 hb Januari hari tu. Oh ada selisih tengah jalan ke ? Tak perasaan pulak.

      Padam
  5. ar ah betulah tu ada perasan kawan bro yg pkai selipar dgn bju kuning..
    tapi bro sya x perasan..ada la sembang sat dgn kawan bro masa ontway nak trun..masa tu rasanya bro baru nak naik dah lpas gua kambing..klau prasan boleh selfie skali dgn blogger top ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yaka? Allah tak perasan pulak. Ish malu haih nak bergambar dengan tuan blog SobriYaacob. Kita baru nak up. Haha

      Padam
    2. Oh yaka? Allah tak perasan pulak. Ish malu haih nak bergambar dengan tuan blog SobriYaacob. Kita baru nak up. Haha

      Padam
  6. Lokasi menarik . Akak nak save.

    BalasPadam
  7. Pemandangan yang sangat cantik. Nak naik hari tu tapi terbakarlah pula. Huhu~

    BalasPadam
  8. bang, nak ambil permit ke?
    thanks for sharing info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu. Terus naik je.

      My pleasure.

      Padam
  9. Salam... saudara skrg dah bukak blik fk nak naik kesana? Igt nk p blan 11

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Gunung Baling sedia untuk dinaiki bila-bila masa.

      Padam
  10. haha.. nice threads tuan... siap boleh gelak lagi baca thread ni...
    plan nk pg. tp stakat ni bru sy sorg yg semangat. yg lain x wujud lg. bru nk cari sapa nk p skali. nnt sy share dgn drg blog ni, kut ada yg bsemangat lepas baca thread ni...

    btw, good job sir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan.

      Saya tak tahu tang mana yang buat puan gelak tu.

      Btw, keep explore !

      Padam
  11. kena pakai permit x kalau hujung minggu ramai orang x payah pakai guide ke tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Sewaktu kami naik Gunung Baling dulu tak perlu permit mahupun guide. Panjat sendiri je.

      Padam
  12. salam boleh bagi lokasi dan nama tempat untuk park kereta n untuk permulaan pendakian tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Tak ada tempat khas untuk parking kereta melainkan di tepi jalan besar sahaja berhampiram dengan JPAM Baling kalau tak salah saya.

      Padam
  13. Can i know it is available for hike now?! I cant wait to hike after watching ur photos! so nice!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh saja nak hiking Gunung Baling sekarang ni.

      Terima kasih !

      Padam
  14. Lepas daki dahtu nak ke air terjun lata tu brp jauh ?

    BalasPadam
  15. jom naik minggu ni. saya dari putrajaya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...