Iklan

29 Mac 2017

Backpacking Bajet Kuching | Part 2: Taman Negara Bako & Pantai Damai Santubong

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you
Hari baru dan pagi baru kami di Kuching. Bangun subuh pun dah terlajak ikut masa Semenanjung. Waktu di Kuching awal setengah jam nak banding dengan kita di Kuala Lumpur. Pukul 7.30 dah cerah dah.

Rancangan kami hari ni adalah untuk menjejak Taman Negara Bako yang terletak lebih kurang 30 KM dari bandar Kuching. Sebelum tu kena rancang nak pi naik apa. Rancangan abang senang. Kita naik motor kalau ada perkhidmatan sewaan motor di Kuching ni.

Pagi tu lepas siap-siap minum pagi di Quiik Cat Guesthouse, abang dan Ijam keluaq cari kedai sewa motor. Sebelum abang terlupa, Quiik Cat Guesthouse ni jugak ada free flow sarapan pagi. Hangpa layan diri la nak makan & minum apa pun. Takat roti dengan air panas tu ada la. Jangan expect nak sarapan macam hotel pulak.

Kami tanya akak tudung labuh yang jaga kaunter tu dekat mana boleh sewa motor di Kuching ni. Rupanya senang ja nak cari, dari jauh dah boleh nampak. Betul-betul bertentangan dengan Quiik Cat Guesthouse ni.



Pandangan dari tingkat atas Quiik Cat Guesthouse. Sebelah rumah kedai warna merah jambu tu lah kedai sewa motor Ah Hui.

Sarapan pagi di Quiik Cat Guesthouse jenis layan diri.

Ada tetamu yang dah check-out tapi tinggal beg dulu.


Kedai sewa motor ni nama dia Ah Hui Motor. Sebenarnya bukan kedai khusus untuk sewa motor pun. Kedai ni kedai baiki motorsikal sebenarnya. Tapi pada masa yang sama dia jugak menyediakan perkhidmatan sewaan motor. Tapi kalau hangpa Google cari kat internet pun, susah nak jumpa kedai sewa motor di Kuching ni. Selalunya sewa kereta yang banyak pun.

Nasib kami baiklah hari tu, kedai sewa motor pun dekat-dekat guesthouse. Abang dan Ijam pi lah kedai Ah Hui ni nak tanya tengok pasal motor sewa. Kedai ni dalam pukul 8.30 baru dia bukak.

Ada dua jenis motor ja yang dia ada untuk disewa. Jenis pertama skuter Modenas Karisma dan yang kedua kapcai Suzuki RG Sport 2 lejang. Untuk skuter Karisma sewa dia sehari RM40, manakala untuk RG Sport pulak sehari RM30.

Ada mat saleh yang dah datang lagi awal daripada abang dah siap-siap naik skuter Karisma. Yang abang perasan kedai Ah Hui Motor ni pun motor sewa dia ada dalam 4-5 biji ja. 

Setelah bercakaran sesama sendiri, kami buat keputusan untuk sewa motor kapcai RG Sport untuk dua hari. Oleh kerana kami nak sewa dua hari tapi tak penuh, jadi keseluruhannya dia caj RM50 sahaja. Tapi sebelum tu kena letak deposit RM100 dan dia akan minta kad pengenalan untuk difotostat.

Prosedur biasa sebelum sewa motor di Kuching. Deposit RM100 dan salinan kad pengenalan.

Inilah dia kedai motor Ah Hui yang terletak di Jalan Tabuan bersebelahan dengan Supermarket Ting-Ting.

Ni dia kapcai 2 lejang Suzuki RG Sport yang menjadi pengangkutan kami di Kuching.





Lepas tokey kedai siap-siapkan motor kami ni, abang buka Google Maps cari jalan ke Jeti Taman Negara Bako. Tengok peta dalam 40 minit dah boleh sampai.

Rapat motor RG Sport ni abang dan Ijam naik. Dah la dua-dua orang dalam kategori heavyweight. Terpacak macam bot pancung Krabi abang rasa.

Rasa macam abang tanjung pun ada naik motor 2 lejang ni. Bunyi weng weng dia naik segan abang. Kalau dalam bandar Kuching tu abang rasa motor kami tu ja yang lagak samseng. Mai dua batu dari jauh dah boleh dengaq.


Jumpa stesen minyak Petronas. Isi minyak RM10 dulu.

Minyak motor masa kami ambik dekat kedai Ah Hui tadi masih ada lagi separuh. Jadi abang ingat masa dalam perjalanan ke Jeti Taman Negara Bako nanti ada la stesen minyak. 

Motor RG Sport yang abang naik ni 2 lejang. Jadi dia pakai minyak 2T. Kedai motor dah bubuh siap-siap dah minyak 2T di kedai dia. Hangpa cuma kena isi minyak motor ja.

Yang sedihnya, motor RG Sport yang abang naik ni absorber belakang dia dah rosak ! Dah la naik dua orang dengan si Ijam, langgaq lubang sikit melompat-lompat orang belakang dibuatnya !

Tak boleh naik lama-lama motor ni. Tiap 20-25 minit kena berhenti sekali meregangkan punggung yang dah kebas. Elok berhenti tu dah ada stesen minyak Petronas, kami bubuh minyak RM10 sampai penuh tangki.

Berpandukan penunjuk arah Google Maps, kami tersesat ke satu perkampungan yang sebenarnya dah tak jauh dah dari Jeti Taman Negara Bako. Ada kawasan pembalakan dekat-dekat situ. Dah alang-alang sesat ni saja la bergambar tepi jalan.

Ada sorang pakcik ni yang jaga pintu masuk lori-lori balak ni tak berapa nak senang duduk. Dia mai kat kami bersembang.

"Minyak motor habis ka?"

"Tak pakcik, saja la berhenti bergambar. Jalan mana nak pi Jeti Taman Negara Bako pakcik?"

"Jalan terus ja, nanti jumpa la kawasan pintu masuk jeti. Dari mana ni?

" Kami dari Semenanjung, saja jalan-jalan Kuching ni"

"Oh pakcik ingat orang Bukit Aman tadi"


Pakcik baju putih ni la yang mai tanya kami kot-kot minyak motor habis ka.

Sebenarnya tak sesat jalan pun, cuma ada banyak jalan yang boleh pi ke Jeti Taman Negara Bako ni.

Penulis nampak sedikit hipster dengan helmet separuh dan visor pun tak ada. Habis muka dan mata masuk habuk.



Untuk pengetahuan, Taman Negara Bako merupakan salah satu taman negara terkecil yang terdapat di Sarawak & di Asia Tenggara. Walaupun tak besar mana, semua jenis hutan dan flora fauna yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Taman Negara Bako ni. Hangpa boleh tengok pantai, bukit, air terjun dan paya bakau dalam satu taman negara.

Satu-satunya jalan untuk sampai ke Taman Negara Bako adalah menggunakan jalan air. Untuk sampai ke Taman Negara Bako, mula-mula hangpa kena cari dulu jeti bot di Kampung Bako. Di sinilah tempat permulaan nak masuk taman negara. Ada beberapa bayaran yang hangpa kena buat kat sini,

Bayaran pertama : Yuran masuk Taman Negara Bako = RM 10

Mula-mula hangpa kena bayaq yuran taman negara dulu. Setiap sorang dikenakan bayaran sebanyak RM10. Selalunya dia akan suruh tanya bahagian bot dulu 'available' tak untuk pi waktu tu. Oleh kerana ada waktu air pasang dan surut, maka kena tengok waktu jugak.

Masa kami pi sampai dah dekat pukul 10 pagi, bot tak dapat bertolak kerana air surut. Kata orang bot pukul 12.00 atau 12.30 tengahari baru boleh bot boleh jalan. Sesetengah orang dia tak nak tunggu, nak balik terus. Jadi oleh kerana itulah, akak kaunter taman negara suruh tanya dulu bahagian bot.

Bayaran kedua : Bot pergi/balik Taman Negara Bako = RM 30

Kalau hangpa setuju nak tunggu walaupun lambat, langkah seterusnya adalah booking dulu bot untuk ke Taman Negara Bako. Ada satu kaunter lain pulak untuk tempah bot. Sorang RM30. Satu bot ni akan dikongsi seramai 8 orang lebih kurang. Katakan hangpa pi 2 orang, dia akan cari orang-orang lain lagi bagi cukup satu bot. Bahagian cari orang tu hangpa tok sah risau sebab dia yang akan carikan.

Jumlah keseluruhan : RM40 untuk pergi & balik ke Taman Negara Bako dari Jeti Kampung Bako.


Jadi dah selesaikan kedua-dua bayaran, hangpa dah boleh dah bersiap sedia untuk naik bot. Tapi dah bot lambat! Maka bolehlah pi meronda dulu mana-mana.

Abang dan Ijam ambik balik motor dan meronda kawasan sekitar Kampung Bako. Sebenarnya tak ada apa pun yang boleh dilihat di kawasan sekitar ni. Ada kampung dan kawasan perumahan sikit-sikit. Itu sahaja.

Kami patah balik semula ke kawasan pintu masuk Jeti kampung Bako. Ada kedai makan dekat-dekat situ. Berhenti makan nasi dulu dah alang-alang ni. Sat lagi masuk Taman Negara Bako ni dah tak jumpa dah nasi campur ni.

Si Ijam kata menu power kalau mai Kuching ni kena rasa 'Teh 3 Lapis' dia. Orang sini ada nama khusus 'teh 3 lapis' ni tapi abang tak ingat pulak dia panggil apa. Tapi bunyi dia macam special sikit.
Dah dekat pukul 12.00 tengahari, kami parking motor di luar dan masuk semula ke dalam jeti.

Penumpang yang ramai-ramai tadi dah tak ada dah. Tinggal sikit-sikit ja lagi. Maksudnya depa dah jalan dulu la daripada kami. Elok kami nak tunggu, akak kaunter suruh kami turun ke bahagian bawah jeti.

Dekat bahagian jeti ni, dah ada bot yang dok tunggu nak bawa kami ke Taman Negara Bako. Mula-mula kena pakai dulu jaket keselamatan yang disediakan. Lagi satu abang nak cakap, kat sini ada buaya. Dah memang terang-terang ada papan tanda suruh berhati-hati dengan kehadiran buaya di sini.

Ada satu ketika tu masa abang dok sibuk pakai jaket keselamatan dengan Ijam, ada beg sorang penumpang lain ni beg dia terjatuh dalam sungai. Orang bot pakat kejar nak ambik beg dia. Risau jugak abang kot-kot mai buaya dari bawah dok terkam sat lagi.

Bot yang kami naik ada la dalam 8 orang. Semuanya orang luar. Ada mat saleh dan orang Jepun. Kami 2 orang ja orang Malaysia.

Kami disajikan dengan pemandangan indah hutan paya bakau di permulaan perjalanan. Ayaq muara sungai ni nampak keruh sikit dan sedikit berombak. Ada pancang-pancang kayu yang boleh dilihat memberi isyarat kepada pemandu bot tahap pasang surut air.

Memang layan betul naik bot sementara nak sampai Taman Negara Bako ni. Dia punya ombak kat tengah laut boleh tahan kuat. Boleh guguq jantung bila abang bot lawan ombak. Terhempas-hempas bot. Ayaq yang masuk dalam bot ni toksah cerita la banyak. Elok la hangpa bawak beg kalis air.


Inilah dia pintu masuk ke Jeti Terminal Bako. Nampak motor RG Sport tepi tu? Kalau boleh sampai ke dalam dia nak parking.

Kaunter tempat nak booking bot ke Taman Negara Bako. Ni semua penumpang yang tersadai sebab bot pukul 12.00 tengahari baru boleh bergerak.

Sebelah ni pulak kaunter tiket masuk Taman Negara Bako. Kena daftar dan bayar yuran Taman Negara Bako sebanyak RM10 seorang.

Kalau sanggup tunggu lama-lama boleh je lepak di ruang menunggu ni. Kami lepak makan di luar pintu masuk Jeti Kampung Bako.



Jeti tempat menunggu bot ke Taman Negara Bako. Kalau jenis yang tak sabar memang dia dah dok tercongok kat jeti tu.

Abang ni orang tempatan yang bekerja sebagai pemandu bot.

Kalau nak sewa bot buat 'tour' satu keluarga ke boleh cari pakcik-pakcik bot yang ada di Jeti Kampung Bako ni.

Oleh kerana air surut, bot tak boleh lalu. Kena tunggu air pasang baru bot boleh bergerak. Nampak papan tanda buaya tu?

Pekena nasi campuq depan pintu masuk Jeti Kampung Bako.

Teh 3 Lapis yang depa kata popular di Kuching ni. Mana-mana tempat pun ada dijual teh ni.

Tiket bot ke Taman Negara Bako. Harga tambang bot RM 30 pergi balik.

Kena turun ke bawah untuk menaiki bot ke Taman Negara Bako. Waktu ni air surut lagi. Hangpa tunggu waktu air pasang sat lagi.

Yang ni ada pelancong yang dah balik dari Taman Negara Bako. Abang yang pakai baju hijau semua ni pekerja bot.

Tengah setting enjin dulu. Enjin semput.

Dah masuk dalam bot dah. Dapat duduk bahagian paling depan.

Ok dah nak mulakan perjalanan dah ke Taman Negara Bako. 

Ahli-ahli lain yang terlibat naik satu bot dengan abang dan Ijam. Semua orang luaq. Kami sembang kutuk-kutuk depa pun mana depa paham. Huhu.

Di depan tu Gunung Santubong. Bot ni akan melalui muara sungai sebelum masuk ke perairan lepas.

Tengah elok-elok rancak lawan ombak, enjin bot pulak mati tengah laut! Lepak jap tunggu pakcik bot baiki enjin dia. Malas nak toleh belakang tengok dia dok buat apa.

Suka untuk abang nasihatkan pakai pakaian yang sesuai untuk ke Taman Negara Bako ni. Kalau nak hiking pakailah kasut yang sesuai. Si Ijam dia belasah je pakai kasut crocs Asadi abang.

Selepas adrenalin mengalir laju bila mana bot menghempas ombak, kami sampai akhirnya di Taman Negara Bako !

Pelancong Jepun yang sibuk ambik gambaq seusai turun dari bot.

Bot tak dapat turunkan kami di Jeti Taman Negara Bako, jadi kami diturunkan di tepi pantai. Kena buka kasut sebab nak terjun dalam ayaq laut tu.
Si penulis sibuk bergambar dengan kaki beliau.



Apa yang menarik berkenaan Taman Negara Bako ini adalah kesan hakisan angin dan air yang boleh dilihat pada bongkah batunya. Yang paling popular adalah 'sea stack'. Tapi dari sini tak boleh nampak.

Turun di pantai ni kena menapak sikit la nak masuk ke kawasan Taman Negara Bako.

Nampak tak kesan luluhawa pada batu tersebut?

Ucapan selamat datang mengiringi pelawat ke Taman Negara Bako. Sebelah tu ada paip air. Boleh cuci kaki dulu kat situ sebelum pakai kasut semula.

Sampai je Taman Negara Bako, kena daftar dulu dekat kaunter yang disediakan. Nanti akan ada pegawai yang akan bagi penerangan serba sedikit tentang trek atau denai yang ada di sini.

Lepas daftar di kaunter Taman Negara, boleh daftar di kaunter bot pulak untuk balik.

Kawasan persekitaran Taman Negara Bako. Boleh nampak babi hutan lalu lalang dengan selesa di sini.

Chalet-chalet kecil yang terdapat di Taman Negara Bako


Perjalanan dari Jeti Kampung Bako mengambil masa lebih kurang 20 minit kalau tak salah abang. Kata akak kaunter bot setengah jam, tapi 20 minit dah sampai. Bot yang bawak kami ni jenis bot laju. Jadi sat ja la nak sampai ke pintu masuk Taman Negara Bako ni.

Dia punya pengalaman naik bot laju membelah ombak tu yang buat abang teringat-ingat sampai sekarang. Suasana pulak berkabus misteri macam Jurassic Park pun ada. 

Bot akan menurunkan penumpang di tepi pantai berhampiran dengan pintu masuk taman negara. Pada mereka yang pakai kasut tu kena buka la kasut tu kalau tak nak basah.

Dari situ hangpa kena jalan la sikit masuk ke dalam kawasan pintu masuk Taman Negara Bako. Boleh cuci-cuci kaki kat sini sebelum pakai kasut balik.

Apa perlu kita buat bila dah sampai di Taman Negara Bako?

Mula-mula kita kena pi daftar dulu kat kaunter yang disediakan. Ada petugas di kaunter tu yang ramah tamah yang akan menerangkan serba sedikit berkenaan Taman Negara Bako ni. Dia akan nasihatkan kita berkenaan trek atau trail yang ada dan berapa lama masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu-satu trail tu.

Keseluruhannya terdapat sebanyak 16 laluan yang boleh diikuti oleh penggemar aktiviti hiking. Abang dan Ijam sampai di Taman Negara Bako ni pun dah dekat pukul 1.00 tengahari. Bot terakhir pulak dari Taman Negara Bako balik ke terminal jeti dijadualkan pada pukul 4.00 petang. Jadi kami hanya ada 3 jam sahaja di sini.

Sebelum tu petugas kaunter akan tanya pukul berapa kita akan balik. Kami bagitau yang kami nak balik naik bot terakhir sekali pada pukul 4.00 petang.

Dah sudah daftar di kaunter Taman Negara, kita boleh pi tanya kaunter bot pulak. Cadangan kami hari tu nak hiking ke Teluk Pandan Kecil yang jaraknya lebih kurang 2.5 KM dari pintu masuk Taman Negara Bako. Abang kaunter kata dalam sejam setengah jugak kalau nak hiking. Kalau pergi balik mau 3 jam ni. Masa tu cun-cun je. Itu pun kalau tak rehat.

Di kaunter bot Taman Negara Bako, hangpa boleh tanya kot-kot ada bot yang akan ke Teluk Pandan Kecil. Selalunya bagi siapa yang malas hiking, depa akan naik bot ja pergi balik. Mahal jugak abang rasa sorang dekat RM35 kalau sehala. Cadangan kami nak hiking waktu pi dan balik naik bot di Teluk Pandan Kecil.

Malangnya di hari kejadian tak ada bot yang akan ke Teluk Pandan Kecil memandangkan ombak kuat pada hari tersebut. Nak tak nak kena hiking kalau nak ke Teluk Pandan Kecil.

Kami nekad nak hiking jugak sampai Teluk Pandan Kecil. Lambat pun lambat lah. Pandai-pandailah kami cari bot nanti masa balik kalau lebih dari pukul 4.00 pun sat lagi.



Antara trail atau trek hiking yang terdapat di Taman Negara Bako. Impian kami : Nak sampai Teluk Pandan Kecil. Tapi masa cun-cun ada 3 jam.

Semua ada 16 jenis laluan hiking di Taman Negara Bako ni dengan pelbagai jarak. Sampai dah pun waktu tengahari. Takut tak sempat nak cover trek jauh.


Di awal laluan perjalanan ke Teluk Pandan Kecil. Di sini asalnya jeti bot yang patut bot berhentikan kami.

Bot tak boleh berhentikan kami di kawasan jeti Taman Negara Bako kerana air tengah surut waktu ni.

Tangga tu lah tempat kami naik bot waktu balik.

Ada laluan pejalan kaki melintasi kawasan hutan paya bakau.

Laluan dia elok, cantik lagi selamat.

Ada pelancong mat saleh yang dah habis hiking dah pun. Kami baru berkira-kira nak mula.

Haa yang ni bukan pelancong asing walaupun nampak seperti itu.

Lepas lalu hutan paya bakau, kita masuk pulak kawasan hutan hujan tropika.

Dah mula masuk kawasan hutan. Tapi ada sesetengah laluan berkayu masih disediakan.

Penampakan makhluk mengambil nafas panjang. Semput tatkala naik turun bukit menuju Teluk Pandan Kecil.


Perjalanan hiking bermula dengan trek santai di sekitar kawasan pintu masuk Taman Negara Bako. Ada chalet-chalet dan kawasan persekitaran yang menarik. Jangan terkejut kalau terlihat babi hutan bermain manja di sini. Dah menjadi kebiasaan babi-babi hutan berliaran di kawasan ini.

Hangpa akan lalu kawasan hutan paya bakau selepas  tu. Ada jeti tempat naik bot di situ. Masa balik nanti di sinilah tempatnya hangpa akan naik bot.

Perjalanan semakin sukar bila masuk ke kawasan hutan sebenar. Naik bukit, turun bukit. Ada tangga jugak disediakan tapi agak mencanak. Elok kalau nak hiking ni pakai kasut. Tapi si Ijam masih selamba bedal pakai selipar ja. Bagi abang trek hiking di Taman Negara Bako ni taklah sesusah mana. Pakai seluaq jeans pun boleh hiking. Banyak laluan berkayu yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, kami tersalah masuk trek masa hiking ni. Asalnya nak ke Teluk Pandan Kecil, tapi tersalah simpang hingga ke Teluk Paku. Dah sampai baru sedar kami dah tersalah trek. Kalau ikutkan trek ke Teluk Pandan Kecil mengambil masa sejam setengah perjalanan, tapi ni dalam 45 minit dah sampai. Kami syak dah salah trek dah ni.

Kami patah balik semula sampai ke simpang yang kami salah tadi tu. Memang benar kiranya kami dah salah simpang. Patut ambik arah ke kanan. Ada papan tanda arah besaq-besaq yang kami sendiri tak perasan. Di simpang ni lah hangpa boleh pi Teluk Pandan Kecil, Teluk Pandan Besar dan trek-trek lain yang sewaktu dengannya.

Pikir-pikir balik kalau dah salah trek ni takkan nak gigih jugak pi Teluk Pandan Kecil. Jauh lagi ni. Dah tadi pi Teluk paku pun dah 45 minit. Siap patah balik lagi. Masa tak berapa nak mencukupi. Dah dekat pukul 3.00 petang waktu tu.

Kecewa sesungguhnya kecewa. Salah trek punya pasal tak boleh la nak pi Teluk Pandan Kecil. Baru berimpian nak bergambaq atas tu. Dok Google tengok lama dah pasal Teluk Pandan Kecil ni. Tak tercapai jugak hajat ni. Takpalah, mungkin takda rezeki.

Kami balik semula ke kawasan hutan paya bakau tadi. Ada macam suatu pondok di kawasan ni. Tapi tak ada orang pun. Kawasan jeti tempat naik bot tak jauh dari situ. Angin pulak sedap-sedap bahasa. Abang dan Ijam lepak sini dulu sambil menikmati pemandangan.

Air semakin pasang yang abang nampak. Pondok yang abang duduk ni dia ceracak atas tanah lumpur hutan paya bakau ni. Jadi boleh perasan la ayaq laut dah naik.

Sambil-sambil tu abang perasan jugak 'proboscis monkey' atau pun yang dikenali dengan nama 'monyet belanda' (betulkan abang kalau salah) yang dok main-main dekat tepi hutan paya bakau ni. Monyet ni jarang hangpa nak jumpa kat mana-mana. Tempat-tempat ekslusif tertentu ja hangpa boleh tengok monyet walaupun kat Borneo ni sekalipun.

Tiba-tiba dah sampai pantai lebih kurang 45 minit hiking. Rupanya ni Teluk Paku! Bukan Teluk Pandan Kecil!

Dah terlajak simpang punya pasal, sampai Teluk Paku. Nak patah balik pi Teluk Pandan Kecil memang tak sempat dah. Bot balik pukul 4.00 petang !

Corak unik batuan yang terdapat di Teluk Paku, Taman Negara Bako.

Ni orang panggil kerana air, batu pun boleh binasa.


Yang ramai-ramai kat Teluk Paku ni takkan tersesat macam kami jugak kot?

Peta Taman Negara Bako. Boleh tengok teluk apa yang ada kat sini.

Simpang yang menjadi punca masalah. Masa lalu tak perasan langsung simpang ni. Kira nak laju je sampai tak perasan.


Si penulis berehat lagi setelah beberapa ketika melangkah. Banyak berehat waktu nak balik semula ke jeti. Gambar yang nampak cun ni dirakamkan melalui IPhone 7 Plus si Ijam. Nampak tak kesan bokeh dia?

Punca mata air.

Jumpa balik pelancong Jepun yang naik bot sama kami tadi. Tak tau pulak depa pi hiking mana tadi.

Air makin pasang. Di sinilah hangpa boleh tengok monyet belanda dok atas pokok-pokok bakau kalau ada rezeki.

Laluan pejalan kaki yang menghubungkan jeti Taman Negara Bako dan kawasan sekitar hutan paya bakau.

Siapa tahu kerana kek lapis Sarawak kita boleh bersanding di jinjang pelamin?

Ada kumpulan lain yang dok usya monyet belanda jugak.

Tahukah anda kayu bakau digunakan untuk membuat laluan pejalan kaki seperti ini?

Bot membawa penumpang balik dari Taman Negara Bako telah tersedia.

Ucapan selamat datang ke Taman Negara Bako Sarawak.


Penumbang bot diwajibkan memakai jaket keselamatan. Tak berani woo tak pakai! Ombak kuat !

Bot memang dah siap sedia tunggu. Bila bot penuh, bot lain pulak akan mai.

Waktu balik ombak tak berapa kuat.

Cuaca lebih tenang waktu balik. Tak macam waktu kami pi pagi tadi.

Masa balik, bot yang abang naik ada 5 orang ja. Kali ni dok di belakang pulak.

Selamat sampai di Jeti Terminal Kampung Bako. Nampak tak perbezaan paras air sewaktu abang mula-mula nak pi tadi dengan waktu balik?

Waktu petang dah tak ada bot dah yang ke Taman Negara Bako. Semua dah bersiap-siap berkemas nak balik.




Dah dekat pukul 4.00 petang, kami pun jalan la kaki pi jeti bot. Bot ni akan sentiasa ada dok tunggu orang. Depa dah beratuq tunggu siap penumpang yang nak balik semula ke Jeti Kampung Bako.

Masa balik pun sama, satu bot 5-6 orang ja. Waktu balik 20 minit ja dah sampai semula di Jeti Kampung Bako. Dah tak ada dah bot nak ke TamanNegara Bako petang-petang ni. Depa dah siap-siap kemas semua nak tutup.

Masih awal lagi nak balik bandar Kuching. Destinasi kami seterusnya ada Gunung Santubong! Tapi bukan nak pi panjat gunung tu lah, cuma nak pi melepak ja dekat Damai Beach Resort. Hari masih muda!

Jarak perjalanan mengikut Google Maps lebih kurang 45KM. Dekat sejam jugak kalau naik motor ni. Walaupun kebas montot, layankan aja pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke sana.

Di pertengahan perjalanan, kami berhenti sat di Jambatan Sungai Santubong. Saja la buat aktiviti bergambar sat. Pemandangan kat sini cun dengan ayaq sungai berlatarbelakangkan Gunung Santubong.

Misi mencari Puteri Santubong Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri Sarawak diteruskan. Haa jangan sampai abang mula nyanyi lagu rakyat ni. Tak berhenti sat lagi.

Berhenti rehat sat atas Jambatan Sungai Santubong.

Inilah dia Sungai Santubong. Luas betul.

Gunung yang dilitupi awan itulah Gunung Santubong.
Angkat motor naik tepi jambatan. Kalau bawa kereta memang tak berhenti dah. Tak ada ruang nak parking pun atas Jambatan Sungai Santubong ni.



Tak ada sesiapa pun yang berhenti atas Jambatan Sungai Santubong ni. Kami ja yang gigih berhenti ambik gambaq.

Misi menjejak Puteri Santubong Puteri Sejinjang, penjaga gunung negeri Sarawak.

Puncak Gunung Santubong yang boleh dilihat dalam perjalanan ke Pantai Damai.

Tenang lagi santai bermotosikal dari Kuching ke Taman Negara Bako seterusnya ke Pantai Damai. Naik pula berdua, kebas punggung hoi !

Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Pantai Damai yang terletak di pinggir kaki Gunung Santubong. Apa yang menarik ada dekat sini? Tak ada apa pun sebenarnya. Tapi pemandangan dia syok menghadap laut.

Dekat-dekat Pantai Damai ni ada Kampung Budaya Sarawak yang selalu orang dok cerita bila mai Sarawak ni. Tapi masa kami sampai dah dekat pukul 6.00 petang, jadi Kampung Budaya Sarawak ni dah tutup. 

Yang abang nampak ada la pengunjung satu dua keluarga yang duduk ada lagi bergambar di depan pintu masuk. Tapi kalau bukak pun abang rasa abang tak masuk kot. Depa kata harga tiket masuk ke Kampung Budaya Sarawak sampai RM60 seorang! Bajet!

Di Pantai Damai ini jugak ada sebuah resort yang diberi nama Damai Beach Resort. Di sebelahnya pula ada Damai Central. Bagi sesiapa yang dah sampai Pantai Damai ni mesti singgah di Damai Central ni dulu. Orang luar boleh ja masuk jalan-jalan dalam kawasan ni. Kawasan dia betul-betul di tepi pantai. Kalau hangpa nampak tugu burung kenyalang berwarna putih tu kira betullah tu.

Ada surau dan tandas yang disediakan berhampiran Damai Central ni. Medan selera pun ada jugak. Selesai solat Asar, abang dan Ijam lepak sat di medan selera Damai Central ni pekena roti teloq beserta 'teh 3 lapis'. 

Dok ulang minum 'teh 3 lapis' ja kat Sarawak ni, boleh dikatakan hampir semua tempat ada dijual teh ni! Bagi abang rasa 'teh 3 lapis' kat medan selera Damai Central ni lagi 'kaw' jika nak dibandingkan dengan kedai makan depan Jeti Kampung Bako tadi tu.

Betullah depa kata kalau mai Sarawak kena lebih berhati-hati. Hati-hati kerana boleh jadi hati hangpa boleh tertinggal dekat sini. Bukan pemandangan ja cantik, orangnya pun segak-segak jugak! Allahu!

Ikut kata kawan abang yang pernah menetap lama kat Sarawak ni, orang Sarawak yang lawa-lawa ni rata-ratanya adalah orang Bidayuh. Betul ke tidak abang pun tak pasti. 

Kalau salah tolong betulkan. Kalau ada orang Bidayuh yang terbaca penulisan abang ni mohon PM tepi. Huhu.

Melalut pulak pi cerita pasal orang Sawarak pulak dah. Haa nampak merenyam sangat haih !


Ada sesi bergambar anak-beranak depan Kampung Budaya Sarawak.

Kampung Budaya Sarawak. Kami sampai pukul 6.00 dah tutup. Tapi kalau bukak, bukan kami nak masuk pun. Huhu.

Di kawasan sekitar Damai Central, ada orang dok main skuter elektrik ni. Nama apa abang tak ingat benda ni.

Nampak dah dari jauh tugu burung kenyalang.

Suasana petang di kawasan persekitaran Damai Central. Lepak ambik angin sambil mengumpat orang syok jugak nih.

Abang dok perhati geng muda yang pakai baju melayu ramai jugak. Ada marhaban ke apa abang tak pasti pulak.

Matahari terbenam di ufuk barat. Pemandangan dekat Pantai Damai ni memang lawa.

Kalau di Langkawi ada tugu burung helang, di Pantai Damai ni pulak ada tugu burung kenyalang.

Tahukah anda apakah perbezaan burung kenyalang dan burung enggang? Tak ada beza pun sebenarnya. Cuma orang Sabah/Sarawak panggil burung 'kenyalang', kita pulak panggil burung enggang.

Port melepak yang paling sesuai di Damai Central

Nampak? Nak tunjuk syok punya pasal bukan main banyak sudut abang ambik gambaq dekat Damai Central ni.

Kamera telefon Lenovo tak berapa nak cun ambik gambaq sunset di Pantai Damai.

Ada funfair taman permainan kanak-kanak. Boleh la bagi anak-anak main sini sambil mak ayah nak berdating tu. Belakang tu Gunng Santubong.

Nak berkelah pun boleh kat Damai Central ni.

Teh 3 lapis yang 'kaw' di medan selera Damai Central. Tak ingat pulak abang berapa Ringgit.

Abang-abang motor di bandar Kuching. Sopan-sopan je semua lepak sambil kunyah chewing gum.

Hatiku tertinggal di Kuching. Gambaq makan malam tak sempat nak ambik.


Lepas makan roti teloq & pekena 'teh 3 lapis' di medan selera Damai Central tadi, abang dan Ijam lepak ambik sangat sat depan tugu kenyalang sambil bincang masa depan. Dah nak dekat masuk waktu Maghrib baru kami berangkat pulang ke Kuching.

Yang menjadi masalah sewaktu nak balik ni hari dah semakin gelap, minyak motor pulak nak habis. Kuat mengketedarah minyak motor RG Sport yang abang sewa ni. Maklumlah motor 2 lejang. Lain kali kalau hangpa nak sewa motor kat Kuching ni, elok ambik skuter atau kapcai 4 lejang. 

Payah nak jumpa stesen minyak Petronas ke apa dekat belah-belah kawasan Santubong ni. Masa nak menghala balik baru kami jumpa stesen minyak. Kami isi lagi minyak RM10. Ni kali kedua kami isi minyak. Pagi tadi dah isi dah RM10 jugak. Jalan tak sampai 100KM lagi tapi minyak dah RM20 dah. Ni baru naik RG Sport dengan absorber kebas punggung. Naik kereta pun abang rasa minyak lebih kurang ja.

Malam tu kami sampai di Kuching dekat pukul 9.00 malam. Kebetulan ada kawan abang sorang tu yang mai dari KL pun ada di Kuching. Dia ajak lepak makan di RJ Ayam Bakar. Abang pun teruih la pi sana balik dari Pantai Damai tu.

Sampai-sampai RJ Ayam Bakar, tu dia ramainya orang sampai melimpah ke luaq. Sedap sangat ka RJ Ayam Bakar ni? Tapi ramai jugak yang mencadangkan tempat ni sebagai salah satu tempat makan yang wajib dicuba bila berkunjung ke Kuching. Tapi abang tengok kedai dia gaya hipster sikit, dengan lampu romantiknya ditambah pulak dengan ramai orang, terus abang tak lepak situ. Abang roger kawan abang bagitau abang lepak tempat lain.

Kami pusing-pusing bandar Kuching sehinggalah diberikan hidayah untuk berhenti makan di kedai nasi ayam bersebelahan Masjid Bandaraya Kuching di Jalan Datuk Ajibah Abol. Bagi sesiapa yang nak cari makan di Kuching ni tapi tak tahu nak makan apa dan di mana, boleh cuba cari kedai-kedai makan yang ada di Jalan Datuk Ajibah Abol. 

Dia tak jauh pun dari Kuching Waterfront tu pun sebenarnya. Yang jadi jauh bila hangpa salah jalan macam abang dan Ijam selalu kena.

Dan di sinilah sejarah tercipta. Pertama kali abang rasa mee kolok. Abang dok ingat mee kolok ni macam mee rebus ke apa rupanya jenis kering ! Layan sekali dua kali tak dapat diterima tekak orang putih abang. Nasib baik abang rasa mee kolok Ijam punya ja, tak pesan sepinggan teruih.

Malam tu aktiviti kami selepas makan melepak menyembang sambil tengok geng busking di Kuching Waterfront. Meriah malam-malam kat sini. Yang abang perasan tak ada mat rempit pun kat bandar Kuching ni walaupun malam minggu. Kalau nampak yang geng-geng muda dok lepak pun baik-baik ja semuanya.

Cuma satu ja benda yang abang rasa buat memekak kat bandar Kuching malam tu. Penampakan sepasangan lelaki menaiki motorsikal Suzuki RG Sport 'lowered' ala-ala bot pancung. Punca pencemaran bunyi & udara bandaraya Kuching. Huhu.

19 ulasan:

  1. Teh 3 layer tu namanya "Teh C".

    BalasPadam
  2. teringin nak hiking dekat gunung santubong tu. sebab dari kecik2 dengar dongeng puteri santubong tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa tak jauh dah dari pantai Damai kalau nak hiking Gunung Santubong tu.

      Kawan abang cerita pagi naik petang baru turun. Huhu

      Padam
  3. Thanks sudah bagi cerita abang.
    menarik !!

    BalasPadam
  4. salam dari sarawak, terima kasih sebab sudi melancong di sarawak =)

    BalasPadam
  5. Sempoi je cerita abg..Sarawak mu tunggu ku datang..hehehe

    BalasPadam
  6. tq.. aku akan pi solo backpackers kuching deepavali ni..teruih lajak pi pontianak. br blk kl.
    hang punya cerita boleh jd panduan aku. tq

    BalasPadam
  7. Byk gila info.mudah kn kmi yg br nk jejak kai ka srwak ni.. Nk tnya bro la.. Tamn negara bako tu sesuai x bawa bdk kcik umur 4y..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ja saya abang rasa kalau nak bawak. Cuma kena hati-hati sikit waktu nak naik bot ke sana tu. Ombak agak kuat. Kena pegang elok-elok anak tu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...