Iklan

Memaparkan catatan dengan label Jelajah Air Terjun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jelajah Air Terjun. Papar semua catatan

23 Oktober 2015

Menjejak Air Terjun Tujuh Puteri, Seri Gombak

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Siapa sangka di belakang kawasan perumahan terdapat kawasan air terjun yang cukup menarik ?

Kisahnya bermula apabila abang bersarapan pagi di sebuah kedai kopi sehari sebelum hari kejadian. Ada seorang pakcik dalam lingkungan 50-an bertanyakan abang berkenaan basikal tayar besar (fatbike) yang abang selalu bawak untuk urusan seharian.

Hasil sembang kedai kopi yang rancak membawa kami ke cerita air terjun. Menurut cerita pakcik tersebut yang baru berjinak-jinak dalam dunia basikal, ada sebuah air terjun yang baru dijumpai di Taman Bukit Permata, Sri Gombak berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Cerita air terjun di Taman Bukit Permata oleh pakcik tersebut membuatkan abang sedikit teruja dan dengan itu abang membuat sedikit kajian. Tak pernah dengar lagi ada air terjun yang baru dijumpai di kawasan tersebut. Setahu abang di Gombak ini, antara air terjun yang popular bagi kaki outdoor adalah seperti Air Terjun Sungai Pisang yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak.


Air Terjun Tujuh Puteri diberi nama. Nama lain adalah Air Terjun Kampung Tauhid.

Tidak banyak maklumat yang dapat dikorek melalui Google berkaitan air terjun di Taman Bukit Permata ini. Kiranya ianya masih belum diketahui umum. Boleh dikatakan hanya penduduk kawasan sekitar sahaja yang mengetahui kehadiran air terjun tersebut yang terletak di dalam hutan.

Antara blog yang menjadi tempat rujukan abang bila mana nak mencari air terjun ini adalah seperti dalam catatan Si Merah Silu. Di sini terdapat panduan kasar bagaimana untuk sampai ke kawasan air terjun ni yang diberi nama Air Terjun Kampung Tauhid atau juga dikenali sebagai Air Terjun Tujuh Puteri.

Jangan salah faham. Ada banyak air terjun yang namanya lebih kurang Air Terjun Tujuh Puteri ni. Contohnya seperti ;

  • Air Terjun Puteri Mandi - Yan, Kedah
  • Air Terjun Puteri - Gunung Ledang
  • Air Terjun Telaga Tujuh - Pulau Langkawi

Hari berikutnya yang jatuh pada Awal Muharram, abang ambik keputusan nekad nak cari air terjun tersebut. Perancangan minit akhir macam ni selalunya abang tak ajak sapa-sapa dah, bergerak secara solo atau bersendirian sahaja. Tak perlu tungu orang tu dan orang ni. Aktiviti bebas. Senang.


Teh tarik dan roti canai antara menu wajib sebelum memulakan kayuhan.

Terpikir jugak nak naik apa jelajah Air Terjun Tujuh Puteri ni. Nak naik motor takut tak lepas, kena hiking pulak sat lagi. Bawa basikal la senang cerita, boleh kayuh off-road sampai ke kawasan air terjun.

Sebelum kayuh, isi perut dulu di kedai mamak. Teh tarik dan sekeping roti canai dah cukup mengenyangkan. Jarak dari rumah abang ke Taman Bukit Pertama di Sri Gombak tidaklah begitu jauh, sekitar 10KM sahaja.

Bersiap-siap untuk melintas di Bulatan Jalan Kuching.

Kelengkapan apa yang nak dibawa ke air terjun? Abang tak bawa apa sangat pun. Baju spare pun tak ada. Kayuh basikal pun dengan kasut crocs. Senang sikit nak main di tepian air.

Abang takda la nak bergaya sangat bila kayuh basikal ni. Tak ada helmet basikal mahal-mahal bagai. Cukup sekadar sarung topi uptown RM10 pun dah jadi.

Pukul 8.30 pagi baru abang bergerak dari kedai mamak melalui Jalan Kuching ke Sri Gombak. Kayuh-kayuh santai pun mengahlah jugak. Alhamdulillah la cuaca tak berapa panas lagi waktu tu.

Setengah jam berkayuh, sampai di Taman Seri Gombak.

Lepak sat minum ayaq, bukit lanjut menanti di hadapan.

Bahagian yang paling sakit adalah bila nak mendaki bukit lanjut Seri Gombak ni dengan basikal. Naik motor pun abang syak pakai gear dua. Kalau naik kereta memang tak terasa.

Oh lupa pulak abang nak cerita panduan ke Air Terjun Tujuh Puteri ni. Yang pertama sekali cari Taman Bukit Permata di Seri Gombak. Kalau dari jalan besar Seri Gombak ni pu boleh nampak ada banyak papan tanda berwarna kuning yang tertulis 'air terjun'. Ikut saja anak panah tersebut.

Penting untuk anda jumpa dulu Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak sebagai pintu utama utama untuk masuk ke kawasan air terjun. Ya, tanah perkuburan. Ikut papan tanda kuning 'air terjun' akan membawa anda ke sini.

Kalau cari di Google Maps, anda tak akan jumpa tanah perkuburan ni. Kalau guna Waze tak pasti pulak boleh jumpa tak sebab abang tak pernah guna. Yang anda akan jumpa adalah Masjid Khairiyah, Taman Seri Gombak. Tapi dah tak berapa jauh dah tu. 

Meh abang tunjuk dekat mana lokasi Tanah Perkuburan Islam Masjid Khairiyah ni.




Selesai seksa bukit Taman Seri Gombak, akan ada papan tanda arah berwarna kuning yang tertulis 'air terjun'.

Ikut sahaja anak panah tersebut. Anda akan jumpa papan tanda Taman Bukit Permata ni.

Di hadapan  Tanah Perkuburan Islam Masjid Khairiyah, terpampang besar papan tanda berwarna kuning tertulis 'Air Terjun Tujuh Puteri'.

Checkpoint utama yang anda akan jumpa sebelum jumpa air terjun.

Inisiatif pihak tertentu yang mempromosi Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Dari pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Masjid Khairiyah tadi, masuk saja terus mengikut jalan bertar yang ada. Kemudian baru anda akan jumpa tanah perkuburan yang sebenar di sebelah kanan jalan. Jalan akan semakin mengecil hingga anda jumpa kebun sayur.

Bila dah jumpa kebun sayur, nak terus memang tak boleh jadi anda kena ke kanan mengikut jalan tanah merah berpasir yang ada. Jalan sekarang ni dah berlekuk-lekuk, dah masuk off-road. Masa abang pi hari tu ada pekebun-pekebun sedang membaja dan mengemaskini kebun mereka.


Dari pintu pagar Tanah Perkuburan Masjid Khairiyah, anda akan jumpa jalan bertar dengan lalang di bahu jalan.

Baru jumpa tanah perkuburan islam di sebelah kanan jalan.

Basikal masih suci bersih tanpa anasir-anasir jahat.

Jalan bertar semakin mengecil. Ada kebun sayur depan tu.

Jumpa papan tanda arah lagi ke Air Terjun Tujuh Puteri. Tertulis 2 KM lagi.

Jalan tanah merah berpasir lepas jumpa kebun sayur.

Lepas mengharungi jalan tanah merah berpasir tadi, anda akan jumpa lagi papan tanda kuning 'air terjun'. Toksah risau, anda tak akan sesat di sini kerana banyak penunjuk arah ke air terjun. Lagipun bukan ada banyak simpang pun, itu ja jalan yang ada di sini.

Dari sini untuk ke air terjun lebih kurang 2 KM, tak jauh mana dah. Jalan dah tak berturap dan muat-muat sebuah kereta sahaja.  Kalau anda perasaan ada grid voltan tinggi atas kepala di sepanjang jalan tersebut. Kalau jumpa grid sepanjang jalan ke air terjun kira betullah tu. Mengikut maklumat, jalan ini digunakan TNB untuk kerja-kerja penyelenggaraan grid tenaga mereka.

Mengah abang awal-awal lagi kena naik bukit. Kayuh pun pancit, menolaklah kita sambil menyaksikan keindahan alam. Masa menolak basikal tu, berselisih dengan sebuah 4x4 yang nak turun. Ada seorang pakcik dan seorang budak di dalam. Dari mana depa mai abang pun tak pasti.

Takkan balik dah pakcik?

Permulaan pendakian ke Air Terjun Tujuh Puteri.

Lepas kebun sayur tadi, ada satu simpang. Ikut papan tanda arah.

Tak larat kayuh, tolak. Berselisih dengan sebuah 4x4 dekat sini. Lepas tu langsung tak jumpa orang mahupun kenderaan dah.

Walaupun berhampiran dengan kawasan perumahan, hutan di belakang Taman Bukit Permata ni agak sunyi.

Terus ikut sahaja jalan yang ada. Jangan pusing merata.

Grid voltan tinggi atas kepala.

Berhenti lepak minum ayaq sat. Tak nampak lagi tanda-tanda air terjun.

Grid talian penghantar elektrik atas kepala.

Naik bukit turun bukit, di tengah perjalanan kita akan jumpa sebuah penempatan khas di tengah hutan yang baru dibuka. Untuk ke Air Terjun Tujuh Puteri, kita mesti melalui penempatan ini.

Penempatan yang sedang dibina di atas tanah milik persendirian ini memiliki kolam renang dan bilik-bilik rehat. Macam kem motivasi. Abang pernah terbaca yang kawasan ini dibuka oleh sekumpulan penduduk yang digelar 'Zero Team'. Tanah di sini adalah milik salah seorang ahlinya dan mereka menamakan penempatan ini sebagai Kampung Tauhid.

Tanah ini telah dimiliki sejak 20 tahun lalu tapi mereka baru membukanya setahun yang lepas. Mereka jugaklah yang menemukan air terjun tersebut sedang dalam proses pembinaan Kampung Tauhid. Jadi mereka telah membuka jalan untuk memudahkan pengunjung berkunjung ke sini.

Untuk masuk dari jalan besar ke penempatan Kampung Tauhid ni, kereta biasa abang rasa boleh lepas. Tapi lebih elok kalau ada 4x4 sesuai dengan keadaan jalan. Kena parking dekat sini baru boleh hiking berjalan kaki ke Air Terjun Tujuh Puteri.


Penempatan yang baru dibuka dinamakan sebagai Kampung Tauhid.

Papan tanda Kampung Tauhid dan Air Terjun Tujuh Puteri.

Untuk ke Air Terjun Tujuh Puteri, kita perlu melalui Kampung Tauhid ni.

Penempatan Kampung Tauhid dalam pembinaan.

Nampak rumah-rumah setinggan pekerja Indonesia.

Kolam renang kanak-kanak dalam proses pembinaan.

Kelibat pekerja Indonesia. Teruja dan kagum mereka kali pertama tengok 'fatbike'.

Kena lintas kolam renang tadi untuk meneruskan perjalanan ke air terjun.

Sampai di kawasan penempatan Kampung Tauhid, bukan bermakna kita dah sampai ke kawasan air terjun. Baru separuh perjalanan. Masih lagi ada separuh lagi perjalanan yang perlu dilalui.

Abang sempat menyapa pekerja-pekerja yang ada di situ. Tanya pada seorang pakcik ni, jauh lagi ke nak sampai ke air terjun. Katanya kalau jalan kaki ada la dalam 20 minit lagi. Tak jauh mana dah.

Dari penempatan Kampung Tauhid, anda akan jumpa bukit pertama yang agak tinggi kemudian baru disusuli dengan jalan landai yang sedikit menanjak. Jalan hutan ni agak berselut oleh kerana hujan pada hari sebelumnya. 

Naik basikal ada apa hal, redah ja !


Sesi menenung bukit pertama yang agak tinggi. Tak boleh kayuh, tolak !

Penempatan Kampung Tauhid yang dilalui sebelum ini.

Kenapa gigih sangat bergambaq setiap tempat? Ingatan abang tak kuat dan abang malas mencatit. Jadi dengan gambarlah abang dapat ingat balik apa yang dilalui.

Menolak basikal melepasi bukit. 

Laluan denai hutan untuk ke Air Terjun Tujuh Puteri.

Basikal tayar besar digunakan untuk menjejak air terjun. Baru kena tempat dia.

Bunyi-bunyi burung berkicauan. Berseorangan ditemani basikal di dalam hutan.

Laluan hutan ke Air Terjun Tujuh Puteri yang sedikit mendaki.

XDS Warlord abang digasak sepenuhnya. Padahal jalan tak teruk mana.

Bau hutan yang sentiasa dirindui.

Boleh dengar bunyi sungai yang mengalir di sebelah kiri.

Langsung tak jumpa orang dah dalam hutan ni.

Jumpa lagi papan tanda arah ke Air Terjun Tujuh Puteri. Air Terjun Kampung Tauhid dan Air Terjun Tujuh Puteri adalah air terjun yang sama.

Sebelum jumpa air terjun, jumpa lagi bukit bercerun yang kita kena tolak basikal.

Ada tali dan tempat pemegang takut tergelincir.

Setelah berhempas pulas tolak kayuh basikal naik bukit turun bukit semua, maka jumpalah air terjun yang dicari iaitu Air Terjun Tujuh Puteri !

Kenapa dinamakan dengan nama tersebut abang pun tak pasti. Tak perasan pulak kalau ada tuan puteri berkemban yang mandi di sini. Bukan kata tujuh, kalau ada sorang pun mau tak jadi balik abang !

Yang pasti, Air Terjun Tujuh Puteri ni ada banyak tingkat. Sampai tujuh tingkat depa kata. Tu yang nama 'Tujuh Puteri' tu.

Abang tak pi teroka pun air terjun tingkat-tingkat atas yang lain walaupun ada jalan menuju ke sana. Payah sikit bawa basikal ni nak usung ke sana ke mari, dah la sorang-sorang pulak. Abang mandi di tingkat bawah ja.

Ada teratak buluh yang dibina di sini. Tong sampah pun ada. Masa abang sampai tak ada orang pun. Deruan air terjun saja yang kedengaran. Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi orang menembak. Tak tau la apa yang ditembaknya.

Mai tak ada orang, nak balik pun tak ada orang !  Dua jam abang duduk melayan perasaan sorang-sorang dekat sini. Dok perhati jugak kot kot ada orang mai tapi tak ada, memang abang sorang ja hari tu yang mandi Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Air terjun dia tak lah deras macam Air Terjun Sungai Chilling, tapi layan jugaklah. Kawasan dia pun tak besar, kalau mai 30-40 orang mau sesak kawasan ni. Sesuai bagi mereka yang nak lari sekejap dari kesibukan kota, bukan jauh pun di Seri Gombak sahaja !



Selamat tiba di Air Terjun Tujuh Puteri bersama basikal abang.

Papan tanda besar Air Terjun Tujuh Puteri.

Bagus betul sapa yang buat papan tanda ni, dari jalan besar sampai dalam ni dia ada.

Air Terjun Tujuh Puteri atau juga dikenali sebagai Air Terjun Kampung Tauhid.

Teratak buluh yang dibina berhampiran kawasan Air Terjun Tujuh Puteri.

Air Terjun Tujuh Puteri di tingkat bawah.

Deruan air di Air Terjun Tujuh Puteri. Nampak tak kuat, bila duduk bawah tu boleh bergegar kepala otak.

Ayaq tak berapa jernih.

Air terjun mengalir ke bawah.

Batu-batu sungai.

Boleh la sorang dua mandi di air terjun ni pada satu-satu masa. Tingkat atas abang tak tahu.

Ada bekas unggun api di sebelah tong sampah.

Baju yang tidak dituntut.

Siap ada tong sampah lagi di Air Terjun Tujuh Puteri ni. Takda alasan la hangpa nak buang sampah merata.

Siapa sangka di sebalik celahan hutan di belakang kawasan perumahan tersimpan Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Sesi bergambiran bersama basikal tayar besar abang di Air Terjun Tujuh Puteri.

Eksyen ja lebih tu konon-konon bawa mandi sekali.

Kalau agak basikal kotoq tu, boleh basuh sekali bawah air terjun.

Abang bawa SJCAM SJ4000 ja buat ambik gambar. Tak reti guna monopod bagai. Letak atas batu ja.

Set timer (pemasa) 3 saat sekali. Jadi berlonggok la gambar.

Penampakan penunggu di Air Terjun Tujuh Puteri. 

Ayaq terjun dari tingkat atas yang mengalir deras ke bawah.

Sedar-sedar ada pacat kat celah jari kaki. Gemuk !

Bawa basikal main air di Air Terjun Tujuh Puteri hari ni. Balik nanti satu kerja pulak nak kena cuci.

Kalau hangpa perasan apa-apa yang pelik dalam gambaq abang ni mohon bagitahu.

Bukan tuan puteri tapi abang. Seram sejuk jugak lepak sorang-sorang mandi di Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Tak sangka Air Terjun Tujuh Puteri ni orang baru jumpa. Takkan tak ada sapa-sapa perasan sebelum ni.

Pakai selipar crocs mudah nak redah dan main air.

Kesejukan Air Terjun Tujuh Puteri.

Tak dalam mana pun. Paras betis ja.

Bersiap-sedia nak balik.

Turun balik dalam keadaan basah lencun dari Air Terjun Tujuh Puteri.

Insyaallah nanti abang mai lagi teroka tingkat atas Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Abang tak bawa jajan ke apa untuk berkelah. Ada la sebotol air Extrajoss yang dibawa dari rumah. Tu pun tinggal botol ja ayaq dah habis waktu nak naik ke sini. Bila dah dahaga sangat, air terjun pun jadi buat minum.

Dekat pukul 12.30 tengahari baru abang turun keluar dari Air Terjun Tujuh Puteri. Cuaca dah mendung tanda-tanda hari nak hujan. Kalau lambat takut terperangkap dalam hutan ni pulak bila hujan.

Elok sampai di Taman Seri Gombak, hujan turun selebat-lebatnya. Abang berteduh dulu di salah sebuah kedai makan menanti hujan reda.


Waktu balik syok la turun bukit !

Jumpa balik penempatan Kampung Tauhid.

Surau pun ada dekat sini.

Kerja-kerja pembinaan penempatan Kampung Tauhid.

Tayar berselut waktu balik dari Air Terjun Tujuh Puteri.

Lopak-lopak air hasil hujan lebat hari sebelumnya.

Cuaca dah mendung. Kayuh cepat-cepat sebelum hujan turun.

Sampai semula di pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Masjid Khairiyah.

Keadaan basikal turun dari Air Terjun Tujuh Puteri.

Hujan lebat di Batu Caves dalam perjalanan balik dari Air Terjun Tujuh Puteri.

Alhamdulillah. Abang selamat sampai di rumah balik pukul 3.00 lebih. Hujan renyai-renyai pun redahlah jugak balik Segambut. Alang-alang dah basah.

Tak sangka diberi kesempatan menjejak Air Terjun Tujuh Puteri ni. Pakcik tu baru cerita semalam, hari ni dah pi cari. Selalunya plan yang tak dirancang dan dijangka itu yang selalunya menarik.

Bagi mereka yang nak pi Air Terjun Tujuh Puteri ni kalau boleh pergilah berteman. Berdua pun tak apa. Lebih-lebih lagi kalau perempuan.

Geng basikal pulak, hangpa kena pi air terjun ni. Tak rugi haih. Ada sesi turun bukit (downhill) dan sesi mandi air terjun. Inzal berganda.

Sebelum mengakhiri majlis, abang sempat rakamkan video sepanjang perjalanan ke Air Terjun Tujuh Puteri ni.

Kalau jenis yang malas membaca, nah boleh tengok video ni.




Kunjungan semula ke Air Terjun Tujuh Puteri


Abang berkunjung semula ke Air Terjun Tujuh Puteri tak lama lepas tu. Abang disertai dengan dua rakan abang meninjau air terjun ni lewat petang selepas Asar. Kali ni abang dah tak naik basikal, kami pi naik motor pulak masuk ke dalam.

Kami parking motorsikal di rumah penempatan Kampung Tauhid yang berwarna kuning sekarang. Kolam renang pun dah siap. Jalan agak berlecak oleh kerana hujan lebat yang turun sebelumnya.

Diingatkan pacat dan lintah sentiasa menyerang. Rajin-rajin la hangpa periksa betis dan peha untuk kepastian. Abang sampai 3 tempat kena hari tu. Yang awal dapat tepis, balik waktu nak sembahyang Maghrib di Masjid Khairiyah Gombak tengok-tengok ada sekor lagi terlekat dekat paha. Gemuk dah. 

Dekat pukul 6.30 petang baru kami keluar dari hutan Air Terjun Tujuh Puteri. 




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...