Hari Ahad. Hari kedua kami di pulau Bali, Nusa Tenggara Barat.
Semalam balik dari pusing-pusing Kuta naik motor sewa tak lena nak tiduq. Dok pusing kiri kanan tak boleh nak lena.
Dah tak lena tu, abang usya Instagram & Gooogle tengok tempat mana yang menarik nak jelajah kat Bali ni.
Nak pi tempat lain dari yang lain sikit. Nak keluaq dari skeptikal kalau pi Bali kena pi Tanah Lot, kena pi tengok Tarian Kecak, pi kuil tu pi kuil ni. Tapi masa abang pun tak berapa banyak kat Bali ni.
Tu yang abang kata kalau travel dengan abang takda itinerary. Plan abang tak terikat pada matlamat dan tempat. Asal jadi terus jalan.
Dok biasa tiduq pukul 2.00 pagi, bangun pukul 6.00 pagi kat Malaysia. Dok belah-belah Bali ni kena ubah la sikit rutin tu. Kat sini subuh masuk pukul 4.40 pagi. Cerah awal. Lebih kurang macam kat Sabah.
Untuk pengetahuan di negara kepulauan Indonesia ni ada 3 zon waktu. Kalau belah-belah Pulau Jawa & Sumatera kena tolak sejam waktu Malaysia(GMT+7). Di Bali & kepulauan Nusa Tenggara ni waktu dia sama macam Malaysia(GMT+8). Tak payah ubah jam. Lagi satu belah Maluku & Irian Jaya kena tambah sejam(GMT+9).
Pukul 6.00 pagi, kami dah gerak dah keluaq dari hotel menuju destinasi pilihan yakni Air Terjun Nungnung yang terletak di tengah-tengah Pulau Bali !
Walaupun jarak perjalanan dari hotel kami di Kuta ke Air Terjun Nungnung ni lebih kurang 50KM dan ambik masa lebih kurang 2 jam lebih jugak !
Tu pun sebab banyak berhenti ambik gambaq kalau jumpa benda-benda yang menarik sepanjang perjalanan lalu kampung-kampung ni.
Kebetulan hari Ahad banyak upacara keagamaan penduduk setempat yang majoritnya beragama Hindu hari tu. Menarik jugak dapat tengok awek-awek Bali pakai baju kebaya serba putih !
Kami kena keluaq awal pagi tu nak menjejak Air Terjun Nungnung ni oleh kerana masa yang agak terbatas. Penerbangan kami dari Bali ke Labuan Bajo pukul 2.30 petang !
Dah la nak pi Air Terjun Nungnung ni dekat 2 jam sehala, balik pun abang agak makan masa 2 jam jugak. 4 jam dah habis kat situ. Mula-mula tu was-was jugak nak pi ke tak sebab masa tak berapa cukup. Tapi dah alang-alang, kita redah ja lah !
Dalam hati ni abang doa minta-minta la tak ada masalah. Takut jugak kalau motor sewa ni buat hal ka tengah jalan sat lagi, tayar pancit ka. Melayang la tiket flight ke Labuan Bajo. Dah la beli mahal tu. Haha.
|
Pagi Ahad awal-awal buta dah keluaq dari Pavilion Hotel Kuta untuk ke Air Terjun Nungnung. |
|
Ada pasar pagi di tepi Jalan Raya Kuta. Meriah sungguh. |
|
Motor ja yang boleh lalu jalan ni. Kereta kena ikut jalan lain. Hotel abang tepi lorong jalan ni. |
|
Jalan lengang pagi Ahad di Bali. Layan je naik motor sejuk-sejuk ni. |
|
Pagi Ahad di Bali. Penduduk tempatan banyak ke kuil. |
|
Dah masuk kawasan kampung di bahagian tengah Bali. Memang lengang betul pagi Ahad ni. Dah terbiasa sibuk dengan kemacetan sebelum ni. |
|
Jumpa pasar pagi lagi dalam perjalanan mencari Air Terjun Nungnung. |
|
Jalan yang kami lalu tu tutup sebab ada pasar. Kena menolak la sikit motor lalu ikut pasar. kalau tak kena ikut jalan jauh. |
|
Suasana pasar pagi di Bali. Nak singgah pasar nak beli apa pun tak tau. Bukan nak balik masak pun tengahari tu. Huhu. |
|
Kalau ikut abang nak ja singgah dulu berhenti motor masuk dalam pasar ni beramah mesra dengan rakyat tempatan, tapi masa tak mengizinkan. |
Kami sampai di Air Terjun Nungnung ni dekat pukul 8.30 jugak. Ada kawasan parking khusus disediakan untuk motor dan kereta. Tapi pakcik yang jaga parking pun tak ada lagi di pondok dia. Ada kedai runcit situ yang baru nak bukak. Kira awal jugak la kami mai ni.
Di kawasan parking ni jugak ada tandas untuk pengunjung. Tapi nak masuk kena sedekah kat kedai runcit tu Rp4,000 baru boleh masuk. Makcik yang jaga kedai tu kata duit parking nanti masa balik bayaq dekat pakcik parking. Tak pa dia bagi masuk dulu ke Air Terjun Nungnung.
Masa abang baru nak turun tangga ke air terjun, ada sepasang mat saleh yang baru sampai dengan motor. Cuma kami berdua ja pagi tu yang turun ke air terjun.
Kena hati-hati sikit nak turun kat bawah ni sebab tangga ni curam & licin sikit. Salah langkah boleh tergolek abang rasa. Masa nak yurun tu abang tak rasa ada masalah sangat, cuma kena ingat masa nak balik sat lagi. Sakit woi !
Suasana hutan Air Terjun Nungnung ni memang sejuk. Sebelum turun lagi dah sejuk dah. Dah kawasan ni pun di kawasan tanah tinggi. Hangpa boleh rasa bila naik motor dari Kuta sampai ke Kabupaten Badung ni memang jalan dia sedikit mendaki.
Air Terjun Nungnung ni terletak lebih 900 meter dari paras laut dengan ketinggian mencapai 50 meter! Memang tinggi. Sebab tu ayaq dia deras! Memang lencun la hangpa kalau dok dekat.
Abang sempat beli 2 biji pisang buat bekal berkelah dari kedai runcit tempat parking motor. Dah pagi tadi tak sempat sarapan.
|
Selepas lebih 2 jam dari Kuta, akhirnya selamat tiba di pintu masuk parking Air Terjun Nungnang. |
|
Pintu gerbang biasa kalau anda berada di Bali. |
|
Tak sarapan apa pagi ni, cukuplah beli pisang 2 biji kat tempat parking motor tadi. Ada kedai runcit yang baru nak bukak. Pisang lebih kurang Rp2,000 sebiji (60 sen duit kita lebih kurang) |
|
Ada lebih 400 anak tangga hangpa kena turun dari tempat parking, baru jumpa ayaq terjun ni. Nak turun sedap la, tunggu waktu nak balik sat lagi. |
|
Dah nampak dah sungai yang mengalir dari Air Terjun Nungnang. |
|
Air terjun halus. Kawasan ni memang sejuk sebab dia berada di kawasan tanah tinggi. |
|
Subhanallah bila nampak Air Terjun Nungnang ni. Tak terucap dengan kata. Antara air terjun yang paling lawa sekali abang pernah tengok. |
|
Ingatkan Air Terjun Sungai Chilling dah cukup lawa, Air Terjun Nungnang ni lawa lagi. |
|
Tempias dia dari jauh dah boleh rasa. Kuat lagi deras Air Terjun Nungnang ni. |
|
Takda orang pun pagi-pagi ni. Air Terjun Nungnang ni kami punya ! |
|
Ada titi kayu untuk seberang ke sebalah sana. |
|
Sayangnya, pakaian tak berapa sesuai. Duduk tang titi ni pun dah basah lencun dah. Tak pi dekat lagi tu. |
|
Air Terjun Nungnang ni tinggi dia lebih kurang 50 meter & terletak lebih kurang 900 meter dari aras laut. Patut la hutan ni sejuk sungguh ! Kat tanah tinggi rupanya! |
|
Kamera telefon sampai berkabus sebab kena percikan tempias Air Terjun Nungnang. |
|
Baru terlihat penampakan orang asing yang baru sampai. Depa pun mai naik motor jugak sama macam kami mai Air Terjun Nungnang ni. |
|
Kalau ada banyak masa ni memang abang nak lepak mandi apa dulu kat Air Terjun Nungnang ni. |
|
Nak bergaya punya pasal kat Air Terjun Nungnang, lencun sikit pun takpa. |
|
Mujur la ada orang boleh tolong ambik gambaq. Haha. |
|
Ya Allah, cantikkanlah gambaq ku ini dan buatkan ia nampak candid. Amin. |
|
Susah betul nak move on dengan Ayaq Terjun Nungnung.
* Pandai pulak dia guna ayat move on |
|
Air Terjun Nungnang ni dibuka sebagai objek wisata Kabupaten Badung pada tahun 1996 lagi. |
|
Kalau hangpa bukak Instagram & cari Air Terjun Nungnang ni hangpa akan jumpa gambaq-gambaq yang menggiurkan semua. Ni minah saleh yang baru sampai tu. |
|
Kalau tahap ni kira masih sopan lagi. Eh ke ada yang dah start usya kat Instagram tu? Haha. |
|
Suasana hutan dia rasa lain maciam sikit. Haha. |
|
Betapa kuatnya Air Terjun Nungnang ni. Tak ada sapa dah nak pi duduk bawah tu. |
|
Salah satu peristiwa yang memalukan tergelicir jatuh atas batu. Habis kotoq seluar. Kena hati-hati sikit sebab batu dia licin berlumut. |
|
Pisang tak habis-hanbis makan dari tadi. Seronok dok main Air Terjun Nungnung. |
|
Tengok ayaq terjun Nungnang Nungnang buat kali terakhir sebelum balik. |
|
Memang tak ada orang pun kat Air Terjun Nungnung ni pagi tu. Abang, adik abang dan couple omputih ni ja. Kalau kat Sungai Chilling ni jenuh nak cari port nak bergambaq. |
Nak naik balik ke tempat parking motor dari Air Terjun Nungnung ni baru rasa erti penyeksaan. Jalan mana yang hang turun tadi, jalan tu jugaklah hang kena naik. Ada lebih kurang 400 anak tangga semuanya. Adik abang dah pecut dulu, tinggal abang termengah² sorang-sorang.
Menghampiri tempat parking motor, ada makcik sorang ni teguq, "minum dulu mas" merujuk suruh lepak minum ayaq kelapa kat kedai dia. Sunyi sepi kedai tu, seriau jugak abang. Awal² pagi ni minum ayaq nyoq boleh terkencing lagi sat lagi naik motor.
Ada jugak tempat kopi luwak, tapi abang tak berkesempatan nak tinjau. Yang abang perasan ada satu tempat yang berselindung dengan jaring. Saja la nak pi usya. Memang sah jangkaan abang. Kandang babi.
Ada seorang makcik lain yang dok bagi makan kat babi² ni waktu tu. Abang saja pancing sikit ja tanya pasal babi² ni, dia pulak cerita habis semua.
"Yang tu induk, yang ni anak² muda lagi. Sedap ni buat babi guling"
"Kalau dia Malaysia babi buat apa ya?"
Haha. Tak tahu abang nak jawab. Bukan kemahiran abang bab² sebegini.
Sebelum bergerak balik, abang pi kat pondok parking & bayaq bayaran parking dan tiket masuk ke Air Terjun Nungnang ni. Dah pagi² tadi tak dan bayaq lagi.
Bayaran masuk untuk seorang Rp10,000 (~RM3.50) Manakala bayaran parking motor pulak Rp4,000 (~RM1.30).
Ada abang tengok minah saleh sorang ni dia mai jauh sama macam abang dari Kuta naik motor, tapi dia mintak simpati kat pakcik jaga parking untuk masuk percuma. Pakcik tu tak bagi. Sampai ke sudah abang tengok dia dok nego.
Tak sampai RM5 pun nak masuk takkan takdak duit orang putih ni. Kalau takda adik perempuan abang hari tu dah lama abang jadi hero. Huhu.
|
Mengah oi nak jalan balik naik tangga sampai tempat parking motor. Berhenti berapa kali abang. Ni abang dok tengok minah saleh ni tengah nego nak parking motor takda duit. Pakcik yang jaga parking tak bagi dia masuk. Haha. |
|
Abang mushkil ada sebuah pondok dekat tempat parking motor ni. Abang pi tinjau la tengok. Patut bau dia semacam pun. Natang ni rupanya. Haha. |
|
Elok abang dok usya, ada sorang makcik mai bagi penerangan kat abang. "Yang muda, yang kecik-kecik ni sedap buat babi guling". Oh macam tu ke makcik. Abang layankan aja. |
|
Ada tempat kopi luwak jugak dekat kawasan Air Terjun Nungnung ni. Kopi luwak ni mahal, boleh capai RM600 untuk sekilogram. |
|
Kandang babi tadi bertentangan dengan pintu masuk kopi luwak. |
|
Nak masuk tapi dah lambat pulak abang rasa. Dah dekat pukul 10.00 pagi waktu ni. Tapi kawasan Air Terjun Nungnung ni nyaman ja. |
|
Semalam dah isi penuh sekali di Kuta masa baru dapat motor. Hari ni isi lagi. Total sehari sewa motor ni abang kira dekat 200KM dah jalan. |
|
Mujur ada stesen minyak Pertamina kat kawasan kampung berdekatan Air Terjun Nungnung ni. Kalau tak kena isi bensin kat kedai kampung kampung, Yang tu dia mahal sikit. |
|
Beratur isi minyak pun hensem. Abang rasa banyak betul gambaq abang isi minyak motor dalam trip ni. |
|
Lepas isi minyak lanjut lagi ke atas mencari Jambatan Tukad Bangkung. |
|
Pakcik jaga parking kat Air Terjun Nungnung tu la cadangkan kami pi Jambatan Tukad Bangkung yang dikatakan jambatan tertinggi di Bali & Asia Tenggara. Ni tengah tanya orang sebab sesat. Haha. |
|
Lagi upacara keagamaan masyarakat tempatan di Bali. Saja abang ambik gambaq tala kot atas, tak mau kacau depa. |
|
Yang abang respek orang-orang Bali ni walaupun agama Hindu ka apa, adab depa dengan orang luar tu boleh dipuji. Layan kita baguih walaupun sekadar bertanya jalan. Beriya nak tunjuk. |
Dari Air Terjun Nungnung, abang bergerak pulak ke Jambatan Tukad Bangkong. Abang la pi gatal tanya pakcik jaga parking kat mana lagi tempat yang menarik sekitar Air Terjun Nungnung ni.
Dia cadangkan melawat Jambatan Tukad Bangkong. Dia dok beriya cerita Jambatan Tukad Bangkong ni tingi tiang dia sama tinggi dengan Air Terjun Nungnung. Dekat 50 meter jugak tu.
Abang check kat Google memang logik la kata pakcik tu. Memang tinggi pun jambatan ni sebab dia di berada lembah. Bukan 50 meter tapi 70 meter. Jambatan ni mengingatkan abang pasal Highway Rawang Bypass yang baru bukak baru-baru ni dengan tinggi tiang lebih kurang 50 meter jugak.
Eh sibuk pulak cerita spesifikasi tiang jambatan ni. Haha.
Tak ada apa yang menarik sangat pasal jambatan ni. Lebih kepada sekadar jambatan yang menghubungkan dua kawasan.
Ada la orang makcik² yang dok menjual kat tepi-tepi tu sikit. Ada jugak brader yang mai tanya kita nak tolong ambik gambaq tak kat sini. Geng basikal pun ada yang kayuh sampai ke sini.
Abang masa tak berapa nak cukup nak lepak lama² kat sini. Dok pikir nak berkejaran balik ke Kuta. Nak check-out pukul 12.00 tengahari dari Hotel Pavilion Kuta & seterusnya nak kena pi Bandara Ngurah Rai untuk naik flight ke Labuan Bajo pukul 2.30 petang.
|
Inilah dia Jambatan Tukad Bangkung yang diclaim sebagai jambatan tertinggi di Asia Tenggara dengan tiang melebihi 70 meter. |
|
Jambatan Tukad Bangkung ni tak panjang mana, tak sampai 400 meter pun. Kat atas jambatan tu ada la orang dok menjual jagung la & bermacam lagi. Abang tak berhenti tengok pun. |
|
Menghala balik ke Kuta jalan semua menurun. Kalau nak mai tadi siksa jugak sebab sedikit mendaki. |
|
Jalan kampung yang cantik dengan pemandangan yang indah. Sat jumpa sawah, sat hutan, rumah kampung. |
|
Lori ni la yang potong abang tadi kat tengah jalan. Bau semerbak ! |
|
Abang kejar balik tak nak kalah. Mujur dia berhenti makan. Kalau tak sampai Kuta abang kejar. |
|
Tere-teres padi yang sinonim dengan pulau Bali. |
|
Walaupun kat kampung kita di belah utara ada padi, tapi teruja jugak la dapat jumpa padi teres ni. |
|
Bergambar kenang-kenangan dengan padi Bali. |
|
Renyih dapat dok tengah sawah padi. |
|
Silap tak bawak baju raya siap-siap bergambar kat sini. |
|
Nak jugak merasai suasana sawah padi. Selalu kat Bali ni depa pi kat Tegalalang kalau nak tengok padi bukit. |
|
Segala gambar abang ambik guna telefon Xiaomi Mi A1 ja ni. |
|
Ok dah jom balik. Jauh lagi perjalanan nak sampai Kuta ni. Naik kebas punggung. |
|
Tetiba ada awek lalu "Permisi mas". Orang bali ni bagus tak bagus, nak lalu tengah kita ambik gambaq pun minta izin. Yang abang jumpa semua baguih-baguih. |
|
Bukan tengah tunggu bas ni. Depa tengah tunggu rombongan nak berarak sekali sat lagi. |
|
Mai tempat orang ni tak boleh ikut kepala sendiri. Belajar dan hormati agama dan budaya tempatan di tempat orang. |
Dalam dok kalut² nak balik ke Kuta pun boleh lagi menyinggah bergambar kat sawah padi.
Padi bukit kat Bali ni ditanam secara berteres tak sama macam kita di Malaysia. Mana² tempat pun hangpa boleh jumpa padi teres ni kat Bali. Selalu nak cari banyak belah² kawasan Ubud. Kalau pelancong depa selalu pi Tegalalang.
Ada banyak roadblock tengah jalan masa menghala balik ke Kuta. Bukan roadblock polis ka apa, tapi roadblock upacara keagamaan penduduk tempatan. Banyak mereka berkumpul dan berarak tengah² jalan ke kuil mereka.