Iklan

10 Ogos 2012

Bahagian 1| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.




Tersebutlah kisah beberapa minggu lepas sebelum bermulanya bulan puasa, abang telah cuba merantau bersendirian ke negara orang. Bunyinya macam jauh bukan?

Padahal ke negara jiran, Thailand sahaja pun. 

Inilah kali pertama dalam sejarah hidup dan secara berseorangan abang mengembara luar dari bumi Malaysia. Kembara backpacking bajet ini dinamakan projek,

My Solo Bajet Escape: Krabi - Phi Phi Don - Phuket.

Nampak amatur? Pilihan tajuk pun tak nak kalah bukan ?

Destinasi pilihan abang dalam projek kembara ini adalah kota percutian terkenal di kalangan pelancong baik dalam mahupun luar negeri iaitu Krabi, Phi Phi Don, dan juga Phuket yang terletak di negara Thailand.

"Tak backpackers la kalau tak pergi Krabi bro !"

*ayat budak-budak baru nak up seolah-olah pergi ke Krabi tu menjadi rukun bagi seorang backpacker.

Tema untuk projek solo abang ini adalah dengan konsep 'redah biar sampai' ataupun 'redah sampai ke sudah' dengan cara backpacking travel (pengembaraan+menyusahkan diri+jimat).

Abang lebih suka cara sebegini berbanding trip-trip 'swag' yang lain.

Trip backpacking ke Krabi ini bermula dari Kuala Lumpur dan juga turut berakhir juga di Kuala Lumpur dan jarak perjalanan darat dengan pengangkutan awam keseluruhannya dianggarkan merangkumi hampir 2000KM (Google Maps). Saja bagi gempak sembang beribu-ribu kilometer, padahal naik bas dan minivan bukan jalan kaki ataupun berbasikal.

Okay. Mari kita mulakan penceritaan tentang pengalaman pengembaraan solo pertama abang ni. Untuk trip ini, hanya kenderaan darat dan laut saja digunakan. Tiada istilah "flight" dalam trip bajet ini. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana dan bagaimana terinspirasi untuk buat trip solo ke Krabi ni ?

Sebelum-sebelum ni sebenarnya gua cukup takut untuk travel secara solo tapi minat dan impian tu memang dah lama ada. Ya, kebetulan pula pada suatu hari gua ter-Google info berkenaan Krabi yang terletak di Laut Andaman dan kepulauan sekitarnya yang indah-indah belaka.

Bertambah ghairah pula dengan catatan pengalaman backpackers solo oleh mereka yang bergelar 'kaum hawa' telah mencetuskan inspirasi kepada abang untuk berani mencuba keluar mengembara. Salah seorang yang menjadi rujukan dan mentor gua ketika itu Travelogue ET.

Kaum perempuan ja abang tengok buat trip backpacking solo, kaum lelaki pi mana habis?

Tatkala itu, satu rancangan nekad telah dibuat untuk merealisasikan hasrat abang yang telah lama terpendam itu.

Nampak, macam mana gua boleh guna perkataan tatkala ?

Rancangannya seperti begini.


Plan:

Kuala Lumpur - Hatyai - Krabi - Phi Phi Don - Phuket - Hatyai - Kuala Lumpur.

Tempoh perjalanan: 5 hari

Bajet: Kurang dari RM 500.


Hentian Duta ke Hat Yai. Naik bas ekspress Konsortium. Tambang RM 45.00.


Hari Pertama


Gua berangkat ke Hat Yai pada jam 10.45 malam Ahad. Tiket bas ke Krabi pun dibeli minit-minit akhir dua hari sebelum bertolak . Pada asalnya trip ni dirancang mengambil masa 4 hari saja. Tapi bila pikir pikir balik, awat sat sangat?

Kebetulan pula, minggu itu minggu terakhir bulan Syaaban dan Ramadhan akan menjelang. Bulan puasa akan bermula pada hari Sabtu. Jadi gua ada masa sebanyak 5 hari sahaja iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Kena balik sini sebelum masuk bulan puasa. Tapi gua syak di Thailand akan mula berpuasa pada hari Jumaat iaitu sehari lebih awal dari Malaysia. Takpalah, boleh jugak rasa pengalaman puasa tempat orang, pikir dalam hati.

Nak dijadikan cerita, pada hari Ahad sebelum aku bergerak ke Thailand ni aku ada peperiksaan semester akhir pada sebelah petangnya. Kelam kabut jugaklah nak bergerak balik K.L dari Shah Alam. Barang kelengkapan apa yang nak dibawa ke Krabi satu apa pun tak kemas lagi.

Balik ke rumah keluarga di KL, ada  jemputan majlis doa selamat sempena sambut puasa pulak kat surau. Molek sangat la tu. Abang pun nak jugak jamah nasi sebelum berangkat. Santap nasi beriani dulu sepinggan dua.

Tepat jam 10.30 malam, gua dah bergerak ke Stesen Bas Hentian Duta. Orang tua gua yang hantar naik motor ke sini. Di Hentian Duta malam tu, orang boleh tahan ramai. Bas Konsortium Ekspress yang dijanjikan untuk ke Hat Yai pun belum lagi sampai. Gua siap tanya di kaunter lagi kot-kot dah terlepas bas ke sebab jam dan hampir pukul 11.00 malam.

"Bas belum sampai, kalau dah sampai kita akan buat pengumuman ye encik". Jawab gadis kaunter, 

Gua pun kembali ke kerusi melangut tunggu bas. Selang beberapa minit, bas Konsortium Ekspress yang dijanjikan tiba. Hanya dua orang penumpang sahaja yang dia berhenti ambik di Hentian Duta ni, yakni gua dengan seorang pakcik cina tua.

Dalam bas memang dah penuh dengan penumpang lain. Gua syak bas ni dari Puduraya. Banyak yang gua tengok rasanya orang Thai. Sami Buddha pun ada dengan ihram warna kuning rasminya. Di dalam bas ni, setiap kerusi penumpang dia ada sediakan selimut sorang satu. Jadi tak payah la gigih bawa sweater atau jaket bagai. Memang sedap selimut dia. Gua boleh bantai tidor tak hingat dunia. Sedar-sedar je ada kat Hentian Rehat RnR Bukit Gantang.

Lebih kurang jam 5.00 pagi, bas berhenti rehat sekali lagi di Bukit Kayu Hitam. Di sini pemandu bas akan minta passport setiap penumpang untuk urusan dokumentasi. Jangan pulak bertengkar dengan drebar bas tak nak bagi passport.

Di sini departure card akan diisi oleh pemandu bas tu nanti. Dekat departure card tu nanti korang isi la apa yang patut sebab departure card ni akan diperiksa oleh imigresen Thailand semasa di border Sadao nanti. Macam gua dulu dia suruh tandatangan dan isi nama hotel yang akan kita duduk di Hat Yai nanti. Isi je apa- apa pun walau hangpa tak nak duduk menginap di Hat Yai. 

Lebih kurang pukul 6.00 pagi, sampai la bas di border Bukit Kayu Hitam. Untuk pengetahuan, border ini memang akan dibuka tepat jam 6.00 pagi. Jadi kalau sampai awal sebelum pukul 6.00 pagi pun kena la tunggu. Selain bas, lori-lori kontena pun dah siap sedia bersusun nak lintas sempadan masuk ke Thai.

Di border ini setiap penumpang kena turun untuk cop pasport masing-masing. Ada dua kaunter imigresen di border ini. Satu Imigresen Malaysia dan satu lagi Imigresen Thailand. Mula-mula kita akan jumpa Imigresen Malaysia dahulu.

Bagi rakyat Malaysia tak payah susah-susah beratur kat kaunter macam rakyat lain, terus sahaja cari Autogate. Autogate ni khas untuk rakyat Malaysia yang mana kia cuma perlu imbas atau scan sahaja passport Malaysia di situ, kemudian terus jalan.

Naik bas balik. Bas akan membawa penumpang ke bahagian Imigresen Thailand pula. Tak jauh mana pun antara Imigresen Malaysia dan Thailand, lebih kurang 5 minit perjalanan. Kalau tadi border Bukit Kayu Hitam Border di wilayah Malaysia, kali ini kita dah sampai di border Sadao di negara Thailand pulak. Penumpang perlu bawa turun bagasi atau beg sekali di sini untuk diperiksa dan diimbas. Masa di sinilah Departure Card Thailand yang diisi di dalam bas tadi tu diperlukan. 


Contoh Pasport dan Departure Card Thailand yang perlu diisi sebelum melintasi sempadan.

Border Bukit Kayu Hitam, Kedah - Sadao, Thailand.

Apabila dah masuk ke bumi Thailand, waktu pun turut berubah. Di Thailand, waktunya adalah sejam lewat dari Malaysia. Katakan di Malaysia pukul 9.00 pagi, di Thailand baru pukul 8.00 pagi maksudnya. Begitulah keadaannya. Patutlah gua rasa pelik bila sampai di Hat Yai pukul 9.00 pagi jalanraya masih agak lengang dan budak-budak baru nak ke sekolah.

* Masa yang dipaparkan selepas ini adalah berdasarkan masa waktu Thai.

Dari dalam bas Ekspress Konsortium kita boleh nampak kehidupan pagi rakyat Thai. Bagi gua yang buat pertama kali ke luar negara ni, memang sangatlah teruja. Keterujaan tu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Selalu sebelum ni pusing-pusing dalam Malaysia sahaja, tak pernah keluar mana-mana dari Malaysia. Dapat tengok tulisan papan tanda Thai pun dah cukup seronok. Capai kamera kompak dan kira nak shoot ja semua tempat yang ada sepanjang perjalanan. Seronok punya pasal.


Masih di dalam bas. Ketika ini baru tiba di  kota Hatyai. 'Thanon' bermaksud jalan.

Papan tanda di Thailand. Dwi-Bahasa. Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Siam.

Lee Garden Plaza Hotel Hatyai. Salah satu lokasi tumpuan di sini. Pernah digemparkan dengan kejadian letupan suatu ketika dulu.

Bas Ekspress Konsortium yang dinaiki kemudiannya menurunkan penumpang betul-betul di hadapan ibu pejabatnya di bandar Hat Yai ini Gua syak ibu pejabat dia, ada papan tanda Konsortium Ekspress besaq punya. Sebelum apa-apa, gua beli tiket bas balik dari Hat Yai ke Kuala Lumpur dulu siap-siap.

Tiket bas balik berjaya dibeli untuk hari Jumaat akan datang, pukul 7.00 malam. Itu sahaja bas terakhir yang ada dari bandar Hat Yai ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. Tiket bas pulak berharga 400 Bath ( lebih kurang RM 40.00). Murah pulak beli tiket bas balik berbanding tambang bas dari Kuala Lumpur ke Hat Yai yang sebelum ni gua beli di Stesen Bas Jalan Duta berharga RM 45.00.

Dah siap-siap beli tiket, apa lagi berjalan kakilah gua meronda sorang-sorang di bandar Hat Yai ni. Rancangan seterusnya adalah untuk mencari pengangkutan ke destinasi yang dituju iaitu Krabi. Dari Hat Yai ke Krabi tak ada laluan jalan keretapi. Jadi kita boleh naik bas atau mivan untuk ke sana.

Khidmat perjalanan menggunakan minivan ke Krabi boleh dicari di kawasan sekitar pekan Hat Yai. Ada banyak tour agent yang menyediakan perkhidmatan minivan ke Krabi. Bukan ke Krabi sahaja, malah mana-mana tempat pelancongan macam pulau Koh Samui pun hangpa boleh cari minivan di Hat Yai ni. Ikut survey sebelum-sebelum ni, harga minivan ke Krabi kalau ikut harga biasa dalam 250 Baht sahaja. Kalau tambang lebih dari tu boleh dikira mahal.

Ronda punya ronda, ada banyak lagi tour agent yang masih belum dibuka, oleh kerana masih awal pagi. Kemudian entah macam mana abang terjumpalah satu tour agent ni. Tanya-tanya dia nak 270 Baht tambang minivan untuk ke Krabi. Gua tak ambik pun. Mahal. Gua ronda lagi, entah mana-mana dalam pekan Hat Yai tu ada la sebuah tour agent ni kata tambang minivan ke Krabi hanya 250 Baht. Itu sudah cukup chantek. Gua pun tempahlah tiket.

Kata tokey kedai, minivan akan bergerak dalam pukul 9.30 pagi. Owner dia pun bagus, suruh gua tinggal dulu backpack dekat kedai dia dan suruh gua pi sarapan dulu. Dia cadangkan kat gua restoran muslim betul-betul seberang jalan bertentangan dengan kedai dia. Gua tengok perkataan ' Kelantan', tak syak lagi ni mesti orang Malaysia jugak ni.

Gua pun lintas jalan dan masuk dalam kedai Kelantan di pekan Hat Yai ni. Usya-usya kedai ni punya lauk. Ada macam-macam pilihan. Nasi lemak dengan nasi kerabu pun ada. Tengok pulak pekerja dia tengah pekena nasi kerabu. Tak boleh jadi ni. Sampai hati makan nasi kerabu tak tengok abang?

Gua pun cuba la rasa sepinggan nasi kerabu bersama dengan segelas teh ais. Teh ais kat Thailand rasanya tak sama teh ais dekat Malaysia. Dia ada rasa dia yang tersendiri. Dia taruk susu cair sikit kalau tak silap. Kalau hangpa nak order, orang sini dah tak panggil 'teh ais'. Depa panggil 'cha yen'. Kat mana-mana pun ada jual ayaq teh ais ni. Cakap ja 'cha yen' depa paham la tuh.


Restoran Kelantan yang dimaksudkan di Kota Hat Yai. Pekerjanya pun ramah dan boleh kecek Melayu. 

Ambik kau. Nasi kerabu dan teh ais di Restoran Kelantan tersebut. Kena dalam 90 Bath.

Dah selesai sarapan, gua lepak-lepak sembang sekejap dengan abang yang bekerja di Restoran Kelantan ni. Dia kata yang dia pernah banyak tahun kerja di Malaysia dan baru je balik Hat Yai dalam 3 tahun lepas. Di kesempatan tu, gua cuba tanya dia dekat mana nak cari simkad telefon di Hat Yai ni, line apa bagus dan macam-macam lagi. Orangnya pun ramah.

Dalam tengah-tengah borak tu, minivan ke Krabi yang dijanjikan tu pun sampai. Tokey tour agent tadi semangat lambai-lambai la tangan dari seberang jalan menunjukkan kata transport dah sampai. Gua pun minta diri dan kembali ke tour agent untuk naik minivan tuh. Masa gua mula naik minivan tu cuma gua sorang je. Dia bawa la berenti kat satu hotel lagi nak amik penumpang lain agaknya.

Tunggu punye tunggu dalam pukul 10.15 pagi, takda sapa pun yang muncul. Pakcik drebar minivan ni pun orang Siam jadi kurang fasih cakap English bila gua tanya dia berkenaan Krabi. Lima minit kemudian lepas dia telefon sapa entah, dia cakap kat gua minivan yang gua naik ni tak jadi pergi Krabi sekarang ni sebab takda orang. Dia kata akan ada lagi satu minivan yang akan datang ambik sekejap lagi.

Jadi gua pun tunggulah dalam minivan dengan pakcik drebar tadi. Tengah main- main telefon cari wifi percuma (konon nak kemaskini status), minivan yang lagi satu tu pun sampailah. Minivan kedua ni masa gua naik pun dah hampir penuh dengan penumpang. Gua orang yang kedua terakhir masuk ke dalam minivan tersebut kalau tak silap.

Dah selesai minivan ni amik orang sekitar kota Hat Yai, barulah ia meneruskan perjalanan ke Krabi. Van ni pun keadaan boleh tahan la. Nak kata teruk taklah sangat, cuma macam-macam gangguan bunyi ada. Mungkin sehari-hari dok ulang-alik Krabi-Hat Yai tu yang jadi macam tu. Sepanjang perjalanan ke Krabi, gua sempat terlelap 2-3 kali. Tak boleh nak lelap lama.

Jalanraya di Thailand ni tak ada tol, tapi siap ada dua lorong lagi macam lebuhraya di Malaysia. Abang drebar minivan ni pun boleh tahan laju dia bawak walau jalan berbonggol sikit. Melompat-lompat penumpang kat belakang.


Hatyai. City of Happiness ? Kota Keriangan Hat Yai.

Hentian Rehat Trang. Kat sini macam hentian RnR kita di Malaysia. Ada tempat makan, supermarket dan surau.

Surau kawasan rehat Trang. Nasib baik eja Melayu, Boleh jugak gua paham. Kalau buatnya dieja dalam  Bahasa Siam?

Lebih kurang pukul 4.00 petang, sampai la kita ke destinasi impian iaitu kota pelancongan Krabi. Minivan ni akan bawak kita turun di sebuah tour agent yang ada kat pekan ni. Kat situ dia promote la hotel segala macam promosilah. Gua beransur-ansur buat-buat tak tahu je dari situ jalan kaki cari 7 Eleven.

Masuk je benda pertama yang dicari adalah simkad Thai. Gua cari jenis yang ada internet punya. Tak dapat call atau mesej pun tak apa janji ada internet. Harga sekeping dalam 690 Bath. Saja gua melepak lama-lama sikit dalam 7 Eleven ni ambik angik sejuk penghawa dingin. Sambil-sambil tu boleh melayan awek-awek pekerja 7 Eleven yang comel-comel.

Hangpa nak tahu bila hangpa rasa bahasa Inggeris hangpa dah cukup power ? Hangpa pi lah Thailand. Boleh bantai cakap 'omputih' speaking la macam mana pun walaupun grammar berterabur. Tak ada sapa nak gelak dekat hangpa. Depa bukan tau pun.

Selesai beli simkad, gua cuba tanya penduduk tempatan cara-cara nak ke guesthouse yang gua rancang nak menginap di Krabi ni. Nama dia Good Dream Guesthouse. Di kawasan pelancongan Krabi ni ada dua tempat yang pelancong akan menginap, sama ada di Krabi Town (pekan Krabi dalam bahasa Melayunya) atau pun di Aonang. Aonang ni dia betul-betul berhadapan dengan pantai. Oleh yang sedemikian, harga penginapan pun lebih la sikit. Nak jimatkan bajet, gua putuskan untuk menginap di kawasan Krabi Town sahaja sebab penginapan di sini murah sikit.

Terdapat masalah komunikasi dua hala sikit bila nak bertanya orang di bumi Thailand ni. Diorang pun Bahasa Inggeris tak berapa nak paham dan tak berapa nak boleh cakap. Jadi pemilik Good Dream Guesthouse sebelum tu ada e-mail gua alamatnya dalam bahasa Siam. Tunjuk je alamat tersebut dekat orang tempatan Krabi, diorang pun akan mula buka cerita la pung pang pung pang (dalam bahasa dorang sendiri, gua angguk je), kemudian gua pun jalan la cari sendiri kat area Krabi Town nih. Tak susah pun sebenarnya. 


Suasana di pekan Krabi. Betul-betul tepi muara sungai.

Dia punya pemandangan batu kapur di Krabi ni pun cun, cuma gua je tak reti amik gambar.

Ni lah brader Filipina yang naik minivan sekali ngan gua dari Hat Yai. Dia pun  takde tempat nak menginap lagi.

Brader tu tolong tangkap gambar gua. Ada jugak la kenangan kat Krabi. Haha.

Dah sampai di Good Dream Guesthouse tu, gua pun riki-riki la harga tengok. Sebelum tu gua dah usya kat Tripadvisor. Review orang yang pernah menginap kat sini pun kata tempat ni bagus. Ada bilik single dengan kipas angin 200 Bath semalam. Kalau ambik dua malam hanya 300 Bath sahaja. Ini sudah cukup cantik ! Mana nak dapat penginapan di Krabi dengan harga bajet lebih kurang RM 30 untuk dua malam !

Memang kena la dengan bajet. Biliklain  yang ada penghawa dingin pun ada, tapi gua tak pentingkan semua tu. Cukup ada katil, bilik air dan kipas tu pun sudah memadai. Ini bukan dorm ye, tapi bilik bujang ! Jadi barang-barang berharga anda terjamin la sikit.

Bukan kita nak duduk bilik sepanjang masa. Banyak lepak di luarkan. Bilik yang gua ambik ni jenis tandas dengan bilik air dekat luar. Kira kongsi ramai-ramai la. Tak kesah la dengan semua tu, janji murah dan selesa. Haha.

Tak payah bayar deposit semua bagai bila nak menginap di sini. Good Dream Guesthouse yang gua stay ni sebenarnya ada dua. Satu cawangan lagi kat seberang jalan. Yang gua duduk ni bangunan baru. Receptionist dia pun baik-baik belaka. Sebelum tu, gua ada tanya dia ada pakej 'Island Hopping' tak. Dia kata ada, pastu dia pun bawak la keluar katalog dia. Sebelum tu gua ada survey di internet dah. Gua ingat nak amik pakej 4 pulau yang berharga lebih kurang 800 Baht sewaktu peak season.

Dekat katalog dia tu gua selak punya selak jumpa la satu pakej Island Hopping ni. Pakej 4 pulau hanya 400 Baht sahaja (dalam RM40) . Dalam hati gua pikir boleh sangatlah ni. Dalam pakej tu termasuk dengan ambik/hantar dari hotel, buffet lunch (makan tengahari) dan siap dengan aktiviti snorkeling.

Gua pun terus booking bilik tadi beserta dengan pakej Island Hopping sekali. Semua baru kena dalam 700 Bath. Jadi dah ada tempat tinggal untuk dua malam beserta aktiviti island hopping. Mana nak cari bang?


Jenis bilik yang ditawarkan oleh Good Dream Guesthouse, Krabi.

Dekat sini ada wifi percuma. Kalau nak main komputer boleh ke Good Dream Guesthouse 1 di seberang jalan sana, kat situ ada komputer.

Inilah Simcard Internet yang gua beli dekat 7E pekan Krabi ni. Ada 1200 minit masa online. Jenis TrueMove. (Dekat Malaysia orang panggil Digi)

Gadjet yang ikut bersama gua solo trip ni. Simcard isi kat tab buat kemaskini status dan Google Maps kalau sesat.

Check-in. Masuk bilik, mandi solat jamak semua pastu gua keluar semula merayau di Krabi Town petang tu. Ambik-ambik gambar kat muara sungai tu sikit, tengok ada bot-bot lalu kat muara situ.

Macam-macam ragam orang boleh kita tengok. Kat area muara sungai ni, penduduk tempatan ada yang lepak-lepak, joging dengan memancing. Kalau jalan depan lagi, ada Krabi Marina River. Ada bot-bot layar situ. Suasana waktu petang agak seronok waktu itu.

Masa di guesthouse tadi, ada jumpa seorang penduduk muslim tempatan Krabi yang kerjanya bawak bot. Dia bagitahu kat seberang sungai Krabi ni ada perkampungan terapung yang mana semua penduduk situ orang Islam.

Patut lah masa gua jalan-jalan situ waktu Maghrib, sayup-sayup je terdengar suara orang laungkan azan. Gua ingat tak ada muslim dekat sini. Rupanya kat atas sungai seberang sana ada perkampungan Islam. Bukan senang nak dengar laungan azan kat Thailand ni.


Panorama muara sungai Krabi di waktu petang

Restoran terapung yang terdapat di muara sungai Krabi ini.

Ada pemandangan ala-ala di Guilin, China dengan bukit bukau yang begitu mengasyikkan.

Budak sekolah yang study kat muara sungai Krabi ni dengan mak dia. Kalau kat Malaysia aku tak pernah nampak lagi adegan begini.

Berhampiran dengan muara sungai Krabi ni ada pasar malam atau dipanggil Night Market. Macam-macam makan ada jual disini. Tapi yang ni bukan muslim punya.

Sepanjang pesisir  sungai ni ada laluan pejalan kaki. Petang-petang ada yang joging dan memancing.

Dekat sini gua tengok ada banyak ferri dan bot. Ada yang tulis ke Koh Phi Phi.

Seberang sungai Krabi.

Kalau jalan depan lagi akan ada Krabi River Marina. Tengok yang berlabuh kat sini semua bot mewah je.

Pemandangan waktu senja. Seberang sana ada perkampungan muslim yang dikatakan tu.

Krabi River Marina.

Longtail boat pun banyak kat area sini.

Dah selesai meronda-ronda di sepanjang muara Sungai Krabi, gua pun patah la balik ke pasar malam atau Night Market tadi. Jam pun dah tunjuk pukul 8.00 malam. Perut pun dah lapar. Maklumlah last sekali makan sarapan pagi tadi di Hat Yai.

Kat kawasan sekitar Night Market ni tak perlu risau, makanan muslim memang banyak. Pancake ada, tomyam ada, ice blended ada. Gua sebenarnya teringin nak rasa tomyam Thai di sini. Nak tengok macam mana dia 'pergi'.

Jadi gua order nasi putih, tomyam campur beserta dengan ice blended mangga. Rasa tomyam di Krabi ni gaya dia memang lain dari Malaysia. Nak cakap pun tak tau macam mana. Isi dia banyak dan memang terangkat beb !

Kos makan malam gua di Night Market Krabi malam tu untuk tomyam campur dan nasi putih dalam 140 THB dan ice blendend maggo tu dalam 25 THB. Bagi gua agak mahal dan mungkin nak amik kesempatan dekat orang luar. Lari bajet !


Kedai muslim di Krabi Night Market.

Macam-macam menu ada di pasar malam Krabi ni, tapi yang gua paham cuma tomyam je.

Nasi putih, tomyam campur dan ice blended manggo. Menu makan malam abang di Krabi.

Selesai sahaja sesi memenuhkan perut secara solo, bagi mengimbangi apa yang telah dimakan tadi, gua meronda lagi pusing pekan Krabi. Nak tengok macam mana  gaya hidup atau 'nightlife' kat sini.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, dekat pekan Krabi ni setiap hari Sabtu dan Ahad ada macam pasar kraftangan yang berlangsung malam hari. Dukacitanya gua menjejakkan kaki kat Krabi ni pada hari Isnin malam. Jadi, jangan harap pasar kraftangan tu nak ada. Jadi jalan-jalan jelah tengok apa yang patut.

Yang gua perasan, kebanyakan kedai-kedai di Krabi ni akan tutup awal. Yang tinggal pun hanya beberapa supermarket dan restoran kecik-kecik. Kat kawasan tepi muara sungai pekan Krabi ni pun ada banyak pub dan bar yang sering dikunjungi oleh pelancong luar. Tanpa hala tuju yang jelas, gua sekadar berjalan sambil amik-amik gambar.


Nightlife di Krabi Town. Ni kawasan sekitar guesthouse tempat abang menginap.

Happening la jugak Krabi Town ni waktu malam.

Kedai Ubat = Drug Store

Ada banyak kawasan pasar area pekan Krabi ni. 

Berhampiran dengan muara sungai Krabi yang aku snap petang tadi. Ni lah rupanya pada waktu malam.

Ada pesta muda-mudi. Aku tak paham dari mana diorang ni siap berbaju sekolah. Takkan balik kelas NADI kot?

Mercu tanda Krabi. Ada tugu/monumen ketam sekoq. Mungkin sebab tu nama Krabi diberi.

Lebih kurang Padang Kota di Penang, Malaysia.

Dah penat berjalan malam tu tengok gelagat orang, siap makan jagung bakar di tepi muara sungai Krabi dan ambik-ambik gambar, gua pun kembali semula ke guesthouse. Penat jugak menapak pusing pekan Krabi di malam hari.

Dengan peluh bersimbah-simbah, aktiviti seterusnya adalah sesi membersihkan diri dan sembahyang semua.  Lepak duduk main internet bersama simkad yang baru dibeli tengahari tadi sampai lebih kurang pukul 1.00 a.m baru dapat tidur. Set alarm kot-kot tak terjaga untuk aktiviti 'Island Hopping' awal pagi keesokan harinya!


Hari Kedua

Pukul 6.30 pagi gua dah terjaga dan bangkit dari tiduq. Teruja nak pi island hopping la kot. Siap-siap mandi dengan solat Subuh semua, baru gua keluar dari guesthouse meronda pekan Krabi cari sarapan pagi. Sebelum tu gua lepak dulu dekat muara sungai Krabi. Tengok panorama dia pagi-pagi memang cun. Bot-bot pancung pun dah mula beroperasi seawal pagi.

Rondalah gua sorang-sorang kat pekan Krabi cari sarapan. Banyak kedai masih belum dibuka dan kedai makan pun tak banyak pagi-pagi ni. Tengah jalan-jalan tu ternampak la satu kedai makan ni yang pekerjanya perempuan bertudung. Muslim barangkali. Gua pun menghampiri tengok apa-apa yang patut.

Ada menu nasi putih, gulai dengan ulam-ulaman. Depa panggil apa dekat Krabi ni gua pun tak tahu. Di kedai makan tu jugak gua cam satu benda. Ya, itu dia roti canai. Gua ambil keputusan nak makan roti canai dengan cha yen (teh ais).

Orang di Krabi panggil 'roti' jugak sama dengan di Malaysia. Sangat sedap ditambah pulak kuah dia yang lain dari Malaysia punya. Kos untuk roti canai dan segelas cha yen berharga 50 THB. Mahal bukan? Kalau kat Malaysia paling mahal kena la kot RM 2.50.


Krabi Town waktu pagi. Snap sendiri.

Cun panorama Sungai Krabi waktu pagi.

Ada pakcik muslim tengah setting longtail boat atau nama glamer 'bot pancung' dia.

Krabi Longtail Boat. Trademark dia ada kain kaler-kaler dekat kepala bot.

Roti Canai dan Cha Yen. Harga lebih kurang 50 Bath.

Dah siap sarapan roti canai tadi, gua balik semula ke guesthouse menunggu van pikap yang dijanjikan yang akan jemput gua pagi ni. Brader receptionist dah kata semalam suruh tunggu pagi-pagi ni. Akan ada van yang akan bawa kita ke tempat naik bot island hopping di Krabi ni.

Tepat pukul 9.00 pagi, van pikap yang ditunggu-tunggu tiba. Gua la jadi orang pertama yang dia jemput. Siap uduk depan sebelah drebar lagi. Gua ambik pakej island hopping untuk 4 buah pulau. Jadi pikap ni akan amik pelancong atau tourist lain yang akan ikut pakej yang sama. Depa dah atur siap-siap.

Di pekan Krabi tadi hanya gua sorang je dia angkut naik van. Seterusnya van bergerak terus ke Aonang. Aonang ni berhampiran laut dan jadi kawasan tumpuan pelancong berbanding dengan Krabi Town.  Dekat sini banyak hotel mewah-mewah dan ada jugak bajet guesthouse.

Kutip punya kutip, gua kira ada dekat 15 orang naik van pikap tu sampai Aonang. Sampai kat Aonang, pikap tu akan turunkan kitorang dekat dengan pantai untuk naik bot. Sebelum naik bot, akan ada sorang tekong bot yang akan datang terangkan pada kita perjalanan aktiviti pada hari itu.

Kena isi nama masing-masing untuk insurans takut apa-apa terjadi. Gua tunggu semua tourist lain habis pakat isi borang insurans baru gua pulak ingat nak isi. Tak passing pulak form tu kat gua. Yang paling syoknya depa ingat gua kawan kepada tekong bot tadi. Pulak dah.

Dah siap isi form semua, kami pun menuju ke sebuah bot yang berlabuh di tepi pantai Aonang. Kami naik boat jenis longtail boat atau orang panggil bot kayu pancung. Bot ni pakai enjin lori je. Bingit jugak telinga dengar bunyi enjin ni.

Ada 2 orang tekong bot. Seorang mengemudi atau maneuver bot di belakang dan seorang lagi duduk di depan cerita pasal pulau-pulau ni dekat kitorang. Tempat pertama yang dituju adalah Pantai Phranang atau dipanggil Phranang Beach. Di Phranang Beach ni pemandangan dia memang cukup cun. Ada sebuah gua dan batu-batu untuk rock climbing. Mat saleh pun banyak kat sini mandi manda dengan berjemur. Tekong bot bagi masa sejam dekat sini untuk berjalan-jalan. Lebih kurang dekat jam 1.00 p.m, baru kitorang bergerak ke pulau seterusnya iaitu Pulau Poda atau Poda Island.

Inilah barisan geng  4 Island Hopping yang naik satu bot dengan gua. Tengah  isi form insurans masa ni. Tak reti sembang omputih tu yang duduk jauh sikit.

Ni couple dari Chile. Tak berapa pandai sangat English. Yang belah sana pulak dari Taiwan. Meriah kan? 

Ni pulak tourist dari Thailand, tekong bot cakap Siam je dengan depa. Gua pun hangguk sama walau tak paham.

Panorama dari dalam bot pancung menuju ke Phranang Beach.

Menuju ke Phranang Beach. Makan masa sejam lebih jugak.

Membelah ombak sambil melayan perasaan dengan bot pancung Krabi.

Melintasi Chicken Island dulu sebelum sampai ke Phranang Beach.

Kaki Melayu Pan-Asia gemuk dan kaki Mat Saleh licin. 

Terdapat banyak pulau-pulau kecil di kawasan sekitar Krabi ini.

Bot-bot lain di Krabi yang membawa pelancong.

Jahat sangat awan tu.

Menghampiri Phranang Beach.

Pemandangan dari Phranang Beach.

Bot pancung di Phranang Beach

Ada jugak speedboat yang datang ke Phranang Beach ni. Pakej island Hopping kalau naik speedboat ni tentulah mahal sikit.

Pemandangan pantai di Phranang Beach. Meriah.

Superb view and crystal blue water on Phranang Beach.

Ada gua kat sini. Kena terjah sendiri baru tau apa kat dalam

Phranang Cave.

Inilah rupanya benda kat dalam gua tu. Malas nak cerita panjang-panjang. Kalau tak paham jugak masih mumayiz la tu.

Tu dia berlonggok. Boleh buat hajat dalam Phranang Cave ni. Hajat apa sendiri-sendiri je tahu. 

Lepak lama-lama hayati pemandangan di Phranang Beach.

Gigih suruh budak sekolah ambil gambar.

Sesi berjemuran. Buat-buat tengok pemandangan padahal..

Abam gemuk melayan perasan di Phranang Beach.

Khidmat urut mengurut pun ada di Phranang Beach ni.

Kembali menaiki bot untuk ke pulau seterusnya.

Pulau seterusnya adalah Pulau Poda kira-kira setengah jam perjalanan dari Phranang Beach. Semasa dalam perjalanan ke sini, hujan turun dengan lebatnya. Habis satu bot lencun. Boleh rasa pengalaman dilambung ombak di tengah laut.  Di Pulau Poda ni tekong bot bagi alatan snorkeling seorang satu. Disebabkan air agak keruh lepas hujan, aku tak turun pun snorkeling. Hanya sekadar tengok pemandangan yang mengasyikkan di pulau ni. Tourist yang satu boat dengan aku kebanyakannya mandi kat Poda Island ni. Dekat sini jugak, kami menikmati hidangan makan tengahari ala buffet. Ni semua dah termasuk dalam harga Island Hopping tu. Ada nasi putih, paprik ayam, sayur campur dan buah nenas. Feeling woo berkelah tepi pantai ni. Semua makanan ni dibawa dari Aonang oleh tekong bot kami tu. Selesai makan kami bergerak pulak ke Chicken Island untuk snorkeling.


Panorama dari Poda Island.

Pulau Poda.

Amaran tsunami boleh dilihat di mana-mana.

Ada jugak cafe kecil-kecilan di Pulau Poda ni.

Sangat sukakan view dari Poda Island ni.

Crocs dan Snorkeling equipment.


Dari mana entah diorang berkayak. Sedar-sedar dah ada kat pantai.

Island Hopping buffet style.

Ready for next island: Chicken Island.
Lebih kurang dekat pukul 2.00 p.m, kami beredar dari Poda Island menuju ke Chicken Island. Di Chicken Island ni, kami tidak berhenti singgah di pulau tersebut tetapi sekadar berada di perairan berhampiran pulau tersebut untuk aktiviti snorkeling. di kawasan cetek ni sesuai untuk snorkeling kerana airnya yang agak cetek dan jernih. Kelihatan batu karang yang berwarna warni dan juga ikan-ikan kecil. Semua tourist disarankan terjun ke laut dari bot. Gua yang memang tak pandai berenang memakai safety jacket. Sambil-sambil kitorang snorkeling, tekong bot akan tabur roti untuk umpan ikan naik. Memang penuh la ikan depan-depan mata siap dapat pegang sekor dua. Sebelum terjun laut, tekong bot ada berpesan supaya menjauhi kaki dari batu karang kerana ada sejenis binatang ni (nama apa tak tahu, tapi berduri) yang akan menyengat kaki anda. Ada sorang dah kena sengat smapai bengkak kaki.

Bentukan seakan-akan ayam. Itulah Chicken Island.

Chicken Island view.

My Longtail Boat Geng. Di Chicken Island untuk snorkeling.

Tekong bot menunjukkan hidupan laut yang menyengat kaki salah seorang geng bot kami semasa snorkeling di Chicken Island.

Lepas daripada snorkeling tu, kami bergerak ke pulau terakhir iaitu Tab Island. Di Tab Island ni gua tak sempat nak ambil gambar sebab kamera gua bermasalah pada waktu itu. Di Tab Island ni apabila waktu air surut akan nampak dua buah pulau yang terasing dan pengunjung boleh berjalan kaki dari pulau ke pulau sebelahnya. Masa kami melalui pulau ini ternampak pengunjung seolah-olah berjalan atas air menuju pulau sebelah. Tekong menasihatkan kami supaya beredar lebih awal dari Tab Island kerana cuaca pada waktu itu hujan gerimis dan awan pun berkepul-kepul gelap. Kalau tak balik waktu tu mungkin akan terkandas di situ hingga cuaca elok.

Sewaktu balik dari Tab Island, tekong bot suruh gua duduk dihadapan kepala bot sebelah kiri bagi mengimbangi berat bot  (kenapa harus gua?) memandangkan cuaca yang buruk disertai hujan lebat dan ombak laut yang mengganas. Walaupun disirami hujan dan bermandikan ombak di kepala bot pancung Krabi ini, perasaan itu gua tak dapat lupakan sampai bila-bila. Bayangkan bot menongkah arus deras sehinggakan hampir terbalik. Kepakaran tekong mengawal bot dalam keadaan cuaca buruk tersebut memang harus di puji. Memang dah kerja dia tu hari-hari. Habis yang gua duduk depan bagi balance bot siapa nak puji? Haha.

Kami sampai kembali di Aonang dalam pukul 4.30 p.m. Turun dari bot, ada budak-budak jual souvenior frame gambar. Gua ingat frame biasa-biasa je. Rupanya dekat dalam frame tu ada gambar kita masa berjalan pergi ke bot pagi tadi. Patut la pun pagi tadi aku perasan ada, orang snap gambar aku guna DSLR. Kalau tak nak beli pun takpe souvenior tu, tapi dah alang-alang dapat frame sekali dengan gambar gua dalam tu apa salahnya ye tak. Kena la dalam 100 Bath (Rm10) untuk frame gambar tu.

Kemudiannya, kitorang dikumpulkan di satu kawasan berhampiran tandas awam selepas turun dari bot. Sempat la nak mandi air tawar dulu ke apa. Dalam 15 minit kemudian, datanglah pikap yang angkut kitorang pagi tadi. Dia akan hantar balik tourist ke hotel masing-masing termasuk la aku.

Pagi tadi aku duduk depan dengan drebar masa datang, tapi kali ni aku duduk kat belakang masa balik. Feeling-feeling jugak duduk belakang ni ambil angin sambil-sambil tengok view Aonang. Lebih-lebih lagi ada awek Perancis pakai bikini duduk sebelah gua. Eh eh. Haha.

Pakat beramah mesra la dekat belakang van pikap ni. Lebih kurang pukul 5.30 p.m baru la gua sampai kat guesthouse gua dekat Krabi Town dan aku merupakan orang terakhir sekali turun.

Bersambung ke Bahagian 1| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket



// Catatan Travelogue My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don //

Bahagian Pertama : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 1)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...