Cuti 3 hari bersempena dengan Hari Malaysia 16 September 2012 yang lepas telah mendorong gua dan seorang rakan mencuba satu idea kembara berbasikal yang agak gila. Gila tak gila mana. Cuma bagi orang biasa macam kami ni, kami pikir ni gila.
Kayuhan dengan tema 'touring' menggunakan basikal bukit (MTB) dari pekan Tapah ke pekan Brinchang di Cameran Highland.
Perancangan ber-mountainbiking ini dibuat dua hari sebelumnya tanpa apa-apa persiapan rapi. Plan tercetus secara tiba-tiba. Jom saja. Memandangkan masing-masing ada yang bekerja dan ada yang masih lagi belajar, jentera atau basikal masing-masing hanya sempat dibelek-belek pada malam sebelum hari kejadian.
Rancangan awal untuk bergerak selepas Subuh pada pagi Sabtu tersebut tergendala hingga ke tengahari ekoran masalah tayar basikal yang dihadapi member gua, si Ipin. Nak tak nak kena ke Kedai Basikal Samy dahulu di Batu Caves untuk selesaikan masalah tersebut. Lebih kurang jam 11.00 pagi baru kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Tapah melalui jalan lama.
Kami tiba di pekan Tapah lebih kurang 5 minit sebelum masuk waktu Zohor. Kami memutuskan untuk solat jamak dan makan dahulu sebelum memulakan kayuhan ke Cameron Highland.
Lebih kurang jam 2.45 petang, dengan lafaz Bismillah kayuhan dimulakan dari pekan Tapah.
Laluan perjalanan yang kami ikuti ini adalah laluan jalan lama berliku Tapah-Cameron Highland yang redup dengan hutan tebal tetapi keadaan sedikit mendaki dengan jarak kayuhan dianggarkan lebih kurang sejauh 60 KM untuk sampai ke Brinchang, Cameron Highland.
Sembang masing-masing macam power, pukul 3 petang baru nak mula kayuh !
Bajet-bajet macam kayuh dekat jalan tar biasa. Ingatkan dekat, sekali nah rasakan erti penyesalan !
Loading basikal di hadapan Masjid Tapah. Parking kereta pun di sini jugak sebelum memulakan kayuhan ke Cameron Highland.
Bawa helmet sebagai syarat sahaja. Tak pernah pun pakai sepanjang perjalalanan. Panas woi !
Berbasikal bukit ke Cameron Highland dari Tapah melalui jalan lama.
Mengikut rancangan yang dirangka sebelum itu, kami harus tiba di pekan Brinchang sebelum waktu Maghrib menjelma. Berikutan kayuhan yang dimulakan agak lewat, gua dah jangka kami tak akan sampai tepat pada waktu dan mungkin berlanjutan hingga malam hari.
Sepanjang perjalanan dari pekan Tapah ke Ringlet, kami berhenti rehat di beberapa lokasi. Lokasi pertama adalah Simpang Kuala Woh lebih kurang 12 KM dari Pekan Tapah. Di sini kami sempat refill (isian semula) air sejuk yang boleh dibeli di kedai runcit di simpang berhampiran. Kelihatan banyak kanak-kanak orang asli bermain di kawasan sekitar.
Cuaca waktu itu juga agak panas terik pada awal kayuhan kerana kurangnya pokok-pokok boleh yang melindungi kami pada waktu itu. Kayuhan diteruskan semula setelah berhenti rehat selama 15 minit di simpang ke Kuala Woh. Kali ini hutan mula kelihatan di kiri kanan jalan dan suasana redup dan sejuk hutan dapat dirasai.
Keadaan jalan lama Tapah-Ringlet sedikit mendaki dan kenderaan jarang kelihatan melalui jalan ini walaupun pada sebelah petang. Kelihatan juga pondok-pondok kecil tepi jalan kepunyaan penduduk orang asli tempatan yang menjual hasil hutan seperti madu dan petai. Destinasi kami masih jauh dihadapan.
Melepaskan lelah di depan kedai runcit Simpang Kuala Woh. Jalan sikit berhenti rehat yang banyak.
Jalan lama Tapah-Ringlet agak lengang dengan kenderaan, kadang kala baru selisih dengan kereta atau pun lori sayur yang datang dari arah Cameron Highland.
Kembara berbasikal Tapah-Cameron Highland. Kami berdua sahaja.
Air sungai yang mengalir di bawah semacam air buah 'carrot' susu.
Sampai di satu tahap, member gua si Ipin mengalami masalah kekejangan otot yang agak teruk. Maka dengan itu terpaksa la kami berhenti rehat dengan kerap. Kayuh 5 minit, berhenti 5 minit. Hari semakin gelap.
Masalah ini berikutan beliau yang telah lama tidak berkayuh. Pada hari ini secara tiba-tiba pulak kayuh mengejut, dengan naik bukit pulak tu. Beliau juga 2 hari sebelumnya main gym sampaikan otot peha sakit.
#Tips:
Perlukan latihan dan persediaan rapi untuk berbasikal jarak jauh dan kurangkan aktiviti yang boleh mendatangkan kecederaan kepada otot sebelum kembara berbasikal jauh-jauh sebegini.
Hari semakin gelap di jalan lama Tapah-Ringlet bila mana menghampiri petang. Kami melintasi kawasan Air Terjun Lata Iskandar lebih kurang jam 5.30 petang. Lepak beli air dan pisang goreng.
Pengunjung agak ramai petang itu berikutan cuti hujung minggu. Parkir kereta di kiri dan kanan bahu jalan menyempitkan jalan sekitarnya ditambah pula kenderaan berat seperti lori melalui kawasan perkelahan ini.
Jalan lama Tapah-Cameron Highland yang berselekoh dan sedikit mendaki. Bila naik kereta tak rasa, bila kayuh baru tahu azabnya.
Perjalanan kembara berbasikal ke Cameron Highland yang masih jauh. Tanah Rata 44 KM lagi woi !!
Basikal bukit Giant ATX yang tidak pernah menghampakan. Tuan basikal yang selalu pancit.
Sesi fotografi yang wajib diselitkan dalam agenda program tiap kali berhenti rehat sepanjang kayuhan ke Cameron Highland.
Jalan lama Tapah-Cameron Highland yang agak sunyi di waktu petang. kadang-kadang terserempak dengan penduduk orang asli tempatan. Cuba bayangkan pada waktu malam.
Keadaan jalan yang sedikit mendaki meredah banjaran Titiwangsa dari Tapah ke Cameron Highland. Nak kayuh naik tu seksa, kalau turun ke Tapah mesti layan.
Kelihatan gaung dan gunung-ganang sepanjang perjalanan melalui jalan lama Tapah-Cameron Highland.
Member gua, si Ipin yang agak kecewa dengan keadaan jalan berbukit Tapah-Cameron Highland. Ditambah pula dengan masalah kekejangan ototnya.
Perkampungan Orang Asli berhampiran Air Terjun Lata Iskandar. Ada sekolah rendah dekat-dekat sini.
Berhenti rehat sambil menikmati pemandangan indah di Air Terjun Lata Iskandar.
Air Terjun Lata Iskandar yang betul-betul di selekoh jalan lama Tapah-Cameron Highland.
Kami meneruskan perjalanan sehingga matahari terbenam. Keadaan jalan yang gelap menyukarkan penglihatan. Dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit, kami sedar ianya sangat merbahaya. Dengan hanya berbekalkan sebiji torchlight dan taillamp, kami meredah kegelapan malam jalan Tapah-Cameron Highland ini dengan harapan selamat tiba ke destinasi.
Jam menunjukkan 8.30 p.m dan kami masih lagi berkayuh, kadangkala berselisih dengan trak atau kereta yang melalui kawasan ini. Dalam fikiran kami, kalau ada yang boleh memberikan kami tumpang sekurang-kurangnya hingga ke Ringlet. Member gua keadaan nya agak nazak, dengan masalah kekejangan otot kaki yang memaksa kami berhenti dengan lebih kerap di dalam kegelapan malam.
Terdapat banyak perkampungan orang asli yang boleh didapati di sekitar jalan Tapah-Cameron Highland ini. Ternampak ada penghuni yang menganyam tikar bertemankan cahaya api di waktu malam. Dalam fikiran gua kalau ada apa-apa hal nak menumpang je kampung orang asli ni.
Sedang kami masih sedang berkayuh dan mengharapkan bantuan, di tengah-tengah hutan belantara ni kelihatan sekumpulan pekerja TM sedang bertungkus lumus bekerja di bahu jalan. Pada walnya kami tidak menghiraukan mereka, dan kami meneruskan kayuhan. Tidak sampai 50 meter, terlihat kelibat orang asli keluar dari bawah gaung dan mereka menanyakan ke mana kami tuju. Kami menjawab ingin ke Brinchang ataupun Tanah Rata. Mereka berkata jaraknya sangat jauh pada waktu malam begini dan sangat bahaya. Mereka berpesan supaya menumpang lori-lori sayur yang akan melalui jalan ini pada waktu tengah malam.
Keadaan Jalan Tapah-Cameron Highland yang semakin gelap.
Berhenti rehat dan mengharapkan bantuan.
Keep cranking in the middle of nowhere.
Gua kayuh di belakang sebab ada taillamp dan torchligt.
Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan bertanya kepada abang-abang TM yang sedang memasang fiber optik bolehkah menumpang mereka ke Ringlet ataupun Tanah Rata. Mereka dengan senang hati sudi menumpangkan kami hingga ke Ringlet itupun sehingga mereka selesai kerja. Kami menunggu mereka menyelesaikan tugas pada masa yang sama dapat tahu serba sedikit tentang pekerjaan mereka dan fiber optik. Lebih kurang jam 9.30 malam, kami bergerak bersama-sama ke Ringlet dengan sebiji lori dan kereta syarikat.
Mengikut kata mereka, pada malam tersebut semua hotel di Tanah Rata dan Ringlet telah habis ditempah memandangkan cuti Hari Malaysia 16 September. Mereka juga masih tercari-cari hotel untuk menginap pada malam tersebut. Kami pula mengikut perancangan ingin menumpang masjid ataupun surau di sekitar kawasan Brinchang. Tapi disebabkan mereka ingin menumpang kami hingga ke Ringlet, kami membuat keputusan untuk menginap di Ringlet sahaja.
Di Ringlet, mengikut makluman mereka hanya ada 2 buah hotel sahaja dan harganya agak mahal. Mereka mengajak kami mengikut mereka menginap di sebuah surau ibu pejabat TM di Brinchang. Kami ikutkan sahaja memandangkan tiada pilihan lain. Suraunya agak luas dan dengan selesanya kami tidur seramai 7 orang di dalamnya. Suasana sangat sejuk pada malam hari dan perlu menyarungkan baju sejuk dan juga stokin. Sebelum tidur, kami ke medan selera Brinchang untuk makan malam. Pekena teh tarik di tanah tinggi Cameron Highland memang nikmat!!
Menemani abang-abang TM pasang fiber optik sementara menunggu mereka menumpangkan kami.
Jangan tak tahu, satu wayar sambung = RM10 !!. Ada berpuluh wayar dalam satu kabel.
Hotel kami. Surau TM Brinchang.
Keesokkan paginya, selepas menginap di chalet yang bagi aku cukup selesa (surau TM Brinchang), kami bergerak menuju ke Tanah Rata. Bersama-sama dengan abang TM semalam, kami mencari sarapan di pekan Tanah Rata. Suasana pagi tersebut agak dingin dengan hujan di pagi hari. Perut memang lapar dengan cuaca sebegini. Mujur di belakang pekan Tanah Rata, ada warung-warung yang menjual sarapan pagi seperti nasi lemak dan kuih-muih. Sesudah sarapan, kami menurunkan basikal yang disimpan di dalam lori. Mereka meminta izin untuk merasa menunggang mountainbike kami seround-dua di pekan Tanah Rata. Katanya nak rasa pengalaman naik basikal harga macam motor. Haha.
Selesai sesi testing-testing, mereka meminta diri kerana urusan kerja yang perlu disambung pada hari tersebut. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada abang-abang TM ini yang telah banyak membantu kami dari segi pengangkutan dan juga penginapan. Memang rasa kalau takda mereka semalam memang tak tahu apa jadi kat kami sermalam. Lupa nak minta no telefon dan bergambar dengan mereka.
Kalau ikutkan keadaan pada pagi tu, gua memang rasa nak berkayuh tapi disebabkan keadaan member gua Ipin yang agak down memaksa kami memikirkan cara lain untuk kembali ke Tapah. Perancangan awal adalah dengan hanya salah seorang ke Tapah dengan menaiki bas dan bawa kereta naik ke Tanah Rata balik untuk mengambil basikal. Tapi gua pikir macamana kalau kita tanya drebar bas boleh tak angkut basikal sekali dua biji naik bas? Kami menuju bas yang akan menuju ke Tapah di terminal Bas Tanah Rata. Ipin memang dah ready nak tanya bila bas ke Tapah sampai. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Drebar bas membenarkan kami ke Tapah bersama basikal masing-masing. Tiket bas ke Tapah berharga RM10 setiap seorang dan tiada caj tambahan untuk basikal.
Cranking to Cameron Highland from Tapah.
View dari dalam bas.
Dua biji mountainbike di dalam bas menuju ke Tapah.
Signboard yang banyak membantu di Tanah Rata.
Terminal Bas Tanah Rata.
Pekan Tanah Rata, Cameron Highland.
Pemandangan sekitar kawasan Terminal Bas Tanah Rata.
Menunngu dengan penuh harapan di Terminal Bas Tanah Rata.
Gambar Ipin yang totally down semasa dalam bas.
Bergaya dengan MTB masing-masing di Tanah Rata.
Berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Rata dengan basikal. Perasaan puas tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kabus selepas hujan semasa menuruni Cameron Highland dari Ringlet ke Tapah.
Semasa perjalanan turun ke Tapah dari Cameron Highland, kebetulan pula selepas hujan, kabus membataskan penglihatan. Suasana cukup dingin dan nyaman. Kena sarung jaket jugaklah. Disajikan dengan pemandangan ladang teh yang menghijau di awalnya kemudian hutan tropika yang kami lalui semalam. Keadaan jalan jikalau semalam mendaki sudah semesti hari ini menurun. Dalam hati kecil berkata, alangkah nikmatnya kalau dapat downhill dengan basikal. Tapi apakan daya, member dah down.
Terlihat perkampungan orang asli di bahu jalan Tapah-Cameron Highland ini. Ini adalah kampung yang sama kami lihat semasa mendaki semalam. Terdapat beberapa buah penempatan yang boleh dilihat sepanjang jalan Tapah Cameron ini. Awal-awal pagi lagi sudah kelihatan orang asli tempatan mencari rezeki. Ada yang membawa sumpit dan raga menuju ke dalam hutan. Ada juga yang berniaga menjual hasil-hasil hutan seperti madu dan petai.
Pondok yang didirikan orang asli tempatan. Menjual pelbagai jenis hasil hutan.
Gambar dirakam dari dalam bas.
Banyak jambatan sempit : Jalan Tapah-Cameron Highland.
Keadaan jalan yang sempit ketika di jambatan berhampiran Air Terjun Lata Iskandar.
Selamat tiba di Pekan Tapah. Kembali ke Kuala Lumpur dengan kereta,
Lebih kurang jam 1.00 p.m, kami akhirnya selamat tiba di Tapah. Bas menurunkan kami di terminal Bas Pekan Tapah. Maka dengan itu genaplah 24 jam pengembaraan kami yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Alhamdulillah tiada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada abang-abang TM yang telah banyak membantu kami semasa di dalam perjalanan kami ini. Jasa baik anda sangat kami hargai.
Selesai solat Zohor dan makan tengahari di pekan Tapah, kami bergegas pulang ke ibukota Kuala Lumpur melalui jalan lama tanpa tol. Jimat sikit. Tiba di Kuala Lumpur jam 5.00 p.m, simpan basikal dan seterusnya Zzzzz...
Tamatlah kisah perjalanan solo backpacking gua kali pertama ke luar negara, iaitu ke negara Thailand atau ke Krabi je khususnya. Dengan modal atau bajet yang terbatas, syukur Alhamdulillah dapat kembali ke ibukota Kuala Lumpur dengan selamat.
Mungkin tidak sehebat rakan-rakan yang lain yang dah merentasi antara benua tapi percayalah semacam ada satu perasaan puas bila kau dapat mengembara secara bersendirian ini.
Perjalanan darat dengan bas dari Kuala Lumpur terus ke Hat Yai, tukar minivan untuk ke Krabi. Dari Krabi menaiki feri ke Phi Phi Don dan Phuket. Pulang ke Hat Yai dengan bas dari Phuket.
Dari pengalaman serta pengamatan gua sepanjang perjalanan pengembaraan backpacking bajet solo ke Krabi-Koh Phi Phi-Phuket ni ;
Jalanraya yang terbaik di Thailand. Tol pun tak ada. Kalau di Malaysia kita boleh nampak lubang-lubang di jalanraya kerana ianya tak diturap dengan baik, di Thailand tiada masalah seperti itu. Memang kualiti jalanraya mereka.
Rangkaian 7-Eleven yang begitu meluas di Thailand. Di mana-mana anda pergi akan kelihatan 7- Eleven di mana sahaja. Jarak antaranya juga berdekatan anatara satu sama lain. Tidak seperti di Malaysia, barangan yang dijual 7-Eleven di Thailand lebih banyak pilihan dan harganya berpatutan. Penduduk tempatan juga kelihatan gemar ke 7-Eleven. Mungkin kerana semua benda boleh didapati disitu dengan mudah. Gua pun cari Simcard Internet kat 7-Eleven masa mula-mula sampai di Krabi.
Anjing di Thailand gua tengok baik-baik dan sopan-sopan belaka. Takda nak kejar orang tak tentu pasal. Kalau kat Malaysia pantang tengok orang lalu sikit, comfirm kejar. Gua tak rasa cuak sangat bila jumpa anjing di Thailand berbanding anjing di Malaysia.
Mojoriti rakyat Thailand yang gua jumpa tak fasih berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawabnya apabila kita bertanya. Sebagai contoh, bila gua tanya alamat guesthouse di Krabi, mereka akan berbahasa Siam sambil menunjukkan isyarat tangan dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita tanya diorang tak paham, diorang akan panggil kawan-kawan mereka yang boleh faham bahasa Inggeris dan tolong kita.
Disertakan bajet sepanjang 5 hari perjalanan dari Kuala Lumpur ke Krabi-Phi Phi-Phuket dan seterusnya kembali semula ke Kuala Lumpur.
Nisbah tukaran matawang Thailand Baht (THB) ke Ringgit Malaysia (RM) :
THB 10 = RM 1
(Pengangkutan & Penginapan)
Tiket Jalan Duta - Hatyai: RM 45 (Konsortium Ekspress)
Minivan dari Hatyai ke Krabi: RM 25
Penginapan di Krabi untuk 2 malam: RM 30 (Good Dream Guesthouse, Krabi Town)
Island Hopping: RM 40 (Pakej 4 Island: Phranang Beach, Poda Island, Tab Island & Chicken Island-Snorkeling)
Tiket feri dari Krabi ke Phi Phi Island: RM 28
Tiket feri dari Phi Phi Island ke Phuket: RM 30
Penginapan di Phuket untuk 2 malam: RM 50
Sewa skuter di Phuket: RM 25
Minyak skuter setangki: RM 9
Tiket Bas Phuket-Hatyai: RM 28
Tiket Bas Hatyai-Kuala Lumpur: RM 40
Jumlah Keseluruhan: RM349
*Bajet di atas tidak termasuk makanan dan souvenior.
Video yang dirakamkan sepanjang perjalanan darat dari Kuala Lumpur ke Krabi-Phi Phi Don dan Phuket.