Iklan

18 Mac 2015

Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Hampir saban minggu entah kenapa ketagihan menghirup bau hutan. Tiap-tiap minggu mesti mahu pekena jugak bau hutan. Tak kisahlah apa-apa akiviti, cuti hujung minggu mesti nak ada program. Trekking masuk hutan ka, panjat bukit ka, mandi air terjun ka atau paling tidak kayuh basikal.

Bagi peminat tegar aktiviti trekking air terjun, bolehlah anda cuba trekking ke Air Terjun Sungai Pisang yang terletak di tepi Lebuhraya Karak ni. Kalau nak ke Air Terjun Sungai Chilling atau pun Air Terjun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu agak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, boleh la cuba Sungai Pisang yang hanya terletak di daerah Gombak ni.

Peracayakah anda selain Air Terjun Sungai Pisang, ada sebuah lagi air terjun yang baru ditemui di Gombak yang diberi nama Air Terjun Tujuh Puteri? Mesti tak tahu bukan? Okay takpa. Cerita satu-satu. 

Gua dah lama tahu berkenaan Sungai Pisang ni, cuma baru diberi kesempatan untuk berkunjung ke sini. Kalau tanya geng-geng outdoor mesti depa tau. Tahun lepas gua pernah pergi sekali tinjau naik basikal ke sini, cuma sampai di terowong bawah Lebuhraya Karak sahaja, tak sempat sampai pun ke kawasan air terjunnya. 

Tidak seperti Air Terjun Chamang di Bentong yang mana lepas parking kereta boleh terjun mandi, anda kena trekking dulu untuk masuk ke dalam hutan sebelum tu. Ada bermacam cara boleh dipilih untuk sampai ke Air Terjun Sungai Pisang ni. Antaranya adalah dengan mengikut Jalan Gombak Lama menghala ke Bentong ataupun mengikut Lebuhraya Karak. Tapi gua lebih suka masuk ikut jalan Gombak Lama. 

Cari sahaja papan tanda Muka Sauk Sungai Gombak selepas SKEM Driving Academy, dan terus masuk simpang kiri yang ada. Ada kawasan chalet-chalet kecil di tepi sungai. Kalau nak mudah dan senang naik motorsikal. Kalau bawa kereta, kawasan parking agak terhad dan sempit. Parking di depan pintu pagar pejabat muka sauk SYABAS. Kemudian turun ke sungai terus trekking ikut arah sungai. 

Bersedia untuk membayar duit parking yang diminta oleh penjaga di situ. Tapi menurut abang pekerja SYABAS di situ, orang-orang yang kutip duit parking tu sebenarnya tak ada hak pun nak kutip duit. Bukan jalan atau sungai ni dia punya. Kebanyakan mereka adalah orang luar. Gua buat tak layan ja bila dia minta duit. Blah macam tu ja.

Kunjungan kali kedua, gua naik motor dengan adik perempuan gua. Waktu tu pun hari dah agak petang. Lepas Asar baru kami sampai di muka sauk SYABAS Sungai Gombak. Tak ada orang di sini bila petang-petang waktu hari bekerja ni. Kalau ada pun hanya pakcik yang bertugas di pejabat SYABAS dan pasangan bermadu kasih di gigi air muka sauk Sungai Gombak ni. Waktu tu pun kami tak sempat nak habiskan perjalanan ke Sungai Pisang. Hanya sempat lepas terowong air bawah Lebuhraya Karak sahaja sebelum hari gelap.

Bermacam pengalaman menarik anda akan temui sepanjang perjalanan ke Sungai Pisang ni. Rugi siapa duduk dekat Gombak tak tau kawasan Sungai Pisang ni. Meh gua belanja gambar beserta panduan sikit untuk ke Sungai Pisang ni !

Masuk kiri bila jumpa simpang berhampiran papan tanda Muka Sauk Sungai Gombak.

Depan tu pejabat Syabas. Boleh parking motor dekat dekat sini.

Di penghujung jalan hanya ada pejabat muka sauk Syabas. Parking motor dan terus trekking sungai yang ada di bahagian bawah.

Turun terus ke bawah dekat muka sauk Sungai Gombak.

Ikut sahaja laluan sungai ni. Kalau malas trekking Sungai Pisang, nak mandi dekat sini pun boleh.

Batu-batu besar.

Ikut sahaja laluan yang ada lawan arus sungai.

Kalau hari minggu memangg ramai Sungai Gombak ni dengan pengunjung.

Pakailah pakaian yang sesuai untuk trekking ke Sungai Pisang. Memang akan seberang sungai.

Sungai Gombak yang sejuk dan nyaman.

Lintas sungai ke seberang sana.

Inilah muka sauk Sungai Gombak. Setiap masa ada pekerja yang jaga muka sauk ni.

Seberang sungai sampai jumpa anak tangga.

Kena panjat sikit bila dah sudah seberang sungai.

Ikut sahaja laluan yang ada melalui semak-semak tepi sungai.

Tak nak sesat ikut tepi sungai.

Kena hati-hati sikit tanah licin.

Musim panas memang syok layan ayaq sungai !

Sumber air ni datang dari Sungai Pisang.

Teringin nak terjun takut dalam.

Siapa sangka tepi Lebuhraya Karak ada sungai.

Air sungai agak deras.

Kawasan yang sesuai bermandi manda.

Gua dok perhati je ayaq sungai ni. 

Ikut tebing sungai hingga jumpa terowong bawah Lebuhraya Karak.

Inilah terowongnya bawah Lebuhraya Karak. Sungai dari sebelah sana mengalir melalui terowong ini.

Perlahan-lahan ikut tebing belah kiri untuk ke terowong. Kena hati-hati sikit kawasan ni. Boleh jatuh kalau salah langkah.

Sampai di terowong. Air sungai ni akan terus ke muka sauk tadi.

Kena lintas terowong ni dulu untuk ke sebelah sana sebelum Sungai Pisang.

'Terowong katak' diberi nama. Member-menber gua la bagitahu. Tak tahu sebab apa nama tu.

Kedinginan air sungai di waktu petang. Cetek je air sungai dalam terowong ni.

Banyak masa dihabiskan melihat keadaan alam sekeliling. Lebih elok trekking awal pagi ke Sungai Pisang.

Terowong gelap bawah Lebuhraya Karak.

Sampai di hujung terowong. Dari sini kena trekking lagi ke Sungai Pisang.

Suasana petang yang agak sunyi di terowong Sungai Pisang.

Keluar dari terowong boleh pilih sama ada untuk ikut jalan sungai atau lebuhraya ke Sungai Pisang.

Hari semakin gelap, kami mengambil keputusan berpatah balik dari Sungai Pisang ke parking motorsikal.

Bawa kelengkapan yang sesuai. Simpan barang berharga di tempat selamat. Kalau ada beg kalis air lagi cun.

Memang tak ada orang petang-petang ni. Hanya gua dan adik gua sahaja dalam hutan Sungai Pisang ni.

Seluar dan baju memang basah sentiasa.

Laluan anak tangga naik ke Lebuhraya Karak dari terowong.

Gelongsor bawah terowong.

Nampak seram tak terowong air bawah Lebuhraya Karak ni ?

Penampakan dugong di terowong Sungai Pisang.

Acah-acah dalam. Nampak Lebuhraya Karak atas tu ?

Lepas gian tak dapat sampai ke Sungai Pisang oleh kerana dah nak senja.

Lagi penampakan dugong di tepi Lebuhraya Karak.


Untuk kunjungan kali kedua ke Sungai Pisang, rancangan minit akhir kali ini disertai oleh empat orang ahli THM. Semuanya teringin nak mandi air terjun yang dekat-dekat bandaraya Kuala Lumpur. Jadi antara tempat yang paling dekat adalah Sungai Pisanglah. Ini merupakan kunjungan kali pertama mereka ke sini, jadi gualah yang menjadi penunjuk arahnya. 

Dari Kuala Lumpur, kami ikut jalan Gombak Lama dan parking motorsikal di muka sauk Sungai Gombak sebelum menyeberang sungai ikut. Bila dah lintas terowong, sebenarnya ada dua jalan yang boleh dipilih untuk Sungai Pisang. Boleh terus ikut jalan sungai atau naik tangga ikut tepi Lebuhraya Karak. Memandangkan hari dah agak petang, kami ikut tepi highway Karak yang mana masa perjalanannya lebih dekat berbanding kalau ikut jalan sungai. 

Dari muka sauk Sungai Gombak ke Air Terjun Sungai Pisang mengikut Lebuhraya Karak adalah lebih kurang 45 minit berjalan kaki. Kami menapak santai sambil bersembang, tu yang makan masa 45 minit. Kalau laju setengah jam kot boleh sampai. Banyak masa terbuang kerana kami berhenti bergambiran bergambar di lokasi-lokasi menarik seperti terowong air bawah Lebuhraya Karak tu.

Ahli-ahli yang terlibat menjelajah ke Sungai Pisang.

Abam-abam sado till Jannah.

Ada yang berseluar jeans dan berkasut. Layankan aje.

Menyusuri tepian sungai ke terowong.

Air sungai yang tak berapa deras seperti kunjungan pertama dulu.

Menyusuri trek di bawah Lebuhraya Karak.

Meniti untuk ke terowong. Harus sedikit berhati-hati di kawasan ini.

Terowong berkembar 'trademark' Sungai Pisang.

Sesi bergambiran di hadapan terowong Sungai Pisang.

Sesi bergambiran di hadapan terowong Sungai Pisang.

Keluar terowong, naik tangga ke Lebuhraya Karak.

Menapak di Lebuhraya Karak untuk ke Sungai Pisang.

Tak larat berjalan ? Boleh cuba hitchhiking.

Berkaki ayam di tengah panas terik di bahu Lebuhraya Karak.

Abang-abang lori memerhati gelagat pemuda aneh di Lebuhraya Karak.

Jalan hingga jumpa KM 28.7 Lebuhraya Karak.  Ambik kiri masuk hutan. Jangan lajak ke Kuantan.

Jumpa KM 28.7, cari titi melintasi longkang ke arah hutan. KM 28.7 Lebuhraya Karak, bukan Lebuhraya Utara Selatan.

Lintas longkang, masuk hutan balik dan trekking ikut trek yang ada terus ke Sungai Pisang.

Trekking lagi jauh ke dalam hutan. Ikut saja laluan yang ada hingga dengar deruan air terjun.

Balak tumbang.

Jumpa tempat flying fox Sungai Pisang.

Inilah dia Sungai Pisang. Perlu turun ke bahagian bawah untuk mandi manda.

Ada tapak perkhemahan di Sungai Pisang ni.

Nak turun ke bawah Sungai Pisang ni agak kritikal. Perlu berpaut pada tali dan akar pokok.

Air terjun Sungai Pisang. Hari biasa tak ada orang.

Hati-hati nak turun ke Sungai Pisang. Junam habis.

Mandi Air Terjun Sungai Pisang di kala cuaca panas terik. Nikmat Allah yang mana kamu dustakan.

Kalau hari minggu ada aktiviti flying fox ke sebelah Air Terjun Sungai Pisang sana.

Muka ada sikit senyum bila dah sampai Sungai Pisang. Tadi awal-awal dah menyumpah lalu ikut Lebuhraya Karak.

Dua orang dah siap bersantai di bawah Air Terjun sungai Pisang.

Lagi dua orang tengah bergelut nak sampai ke bawah Sungai Pisang.

Sungai Pisang yang menjadi lokasi mandi-manda kami.

Air tejun tempah khas. Hanya kami yang ada di Sungai Pisang ni.

Air Terjun Sungai Pisang yang nyaman, terletak jauh ke dalam hutan.

Kalau hari minggu ada abseiling di Air Terjun Sungai Pisang ni.

Lagi muka ada senyum bila dapat mandi di Sungai Pisang.

Kalau berani boleh cuba terjun tiruk di Sungai Pisang ni.

Kekalkan kebersihan Sungai Pisang. Pantai bawa makan minum, pandai-pandailah buang di tempat sepatutnya.

Sungai Pisang ni tak sebesar dan sederas Sungai Chilling.

Nak syok lagi duduk bawah Air Terjun Sungai Pisang. Tengok lama mana boleh tahan.

Antara ahli-ahli geng sado till Jannah yang terlibat dalam aktiviti jelajah Air Terjun Sungai Pisang.

Dah sudah mandi-manda, masa untuk pulang. Lalu jalan yang sama untuk balik ke parking motorsikal.

Pegang kayu sorang satu lalu tepi highway Karak, dah serupa orang asli keluar hutan.

Keluar dari terowong.

Ikuta jalan yang sama balik dari Sungai Pisang.

Terowong air di bawah Lebuhraya Karak. Boleh dengar kenderaan yang lalu.

Mencari jalan pulang setelah keletihan bermain air di Sungai Pisang.

Waktu dah nak hampir senja bila keluar dari terowong.

Tak puas mandi di Sungai Pisang, boleh mandi di sini.

Tok batin Sungai Pisang acah-acah tangkap ikan.

Biar kalah bergaya, jangan kalah bergambar.

Peluang terakhir nak mandi sebelum balik.

Depan-depan tu ada chalet tepi sungai. 

Parking motor di depan pagar Muka Sauk Sungai Gombak

Gua nasihatkan kepada mereka yang nak jelajah Air Terjun Sungai Pisang tu kalau boleh mulakan trekking pada awal pagi. Kalau dah petang-petang ni takut apa-apa hal nanti dalam hutan tu. Gua tak pernah lagi cuba ikut jalan sungai lepas terowong untuk Sungai Pisang. Yang gua tahu dia ada beberapa cabang sungai. Seeloknya pakailah pakaian dan bawa kelengkapan yang sesuai untuk trekking di sini.

Kalau dah pandai berkelah tu, bawalah plastik sampah untuk simpan sampah tu. Jangan buang merata sampah tu. Yang gua perasan orang kita kalau bab perut cukup jaga, nak makan itu ini, tapi kesedaran sivik tu rendah. Di mana dia makan, di situ jugak dia buang. Cubalah simpan sampah tu, balik nanti buang. Tak lama lagi bila dah berlonggok sampah kat air terjun tu, datanglah bermacam penyakit macam kencing tikus baru hangpa tau. Kena tang kepala sendiri jugak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...