Iklan

26 Disember 2014

Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selama duduk menetap di kotaraya Kuala Lumpur sejak belum mumayyiz sehinggalah ke tahun 2014 ni, barulah gua tahu rupanya ada perpustakaan berhampiran Dataran Merdeka iaitu Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur. Ianya betul-betul terletak betul-betul di sebelah Galeri Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong luar negara. Yang gua tahu perpustakaan besar di Kuala Lumpur ni cuma Perpustakaan Negara dekat-dekat Tasik Titiwangsa tu. Duduk lalu ulang-alik, naik basikal kayuh kawasan sekitar Dataran Merdeka selama ni langsung tak perasaan Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Yang gua tahu kawasan sekitar Dataran Merdeka ada Kelab Diraja Selangor dan padang. Malu kan.

Nak dijadikan cerita nak buat thesis FYP baru terhegeh-hegeh mencari perpustakaan yang berdekatan Kuala Lumpur ni memandangkan gua duduk di Segambut. Nak lepak perpustakaan UiTM di Shah Alam jauh pulak dan banyak budak-budak dok mencapap acah-acah study dalam tu. Perpustakaan Negara depa kata besar sangat dan gua pun tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Google punya google ternampak la Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur ni. 

Nak buat thesis FYP bukan senang. Ia memerlukan ketenangan jiwa. Kalau duduk buat di rumah memang tak jadi apa. Sat kena pi kedai beli kelapa, sat pergi tu sat pergi ni. Di Perpustakaan Kuala Lumpur ni ada ruangan komputer disediakan meja belajar persendirian. Pengunjung boleh bawa laptop sendiri ataupun menggunakan komputer yang disediakan. Sudah tentu ada internet wifi percuma untuk pengunjung.

Kalau agak-agak mengantuk dan nak terlena tu, boleh pi baca suratkhabar di ruangan akhbar. Macam-macam jenis suratkhabar Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan. Boleh lepak sila panggung atas sofa lagi. Kadang-kadang terlena juga atas sofa tu. Haha.

Kalau tengahari waktu persekolahan, banyak pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran yang akan berkunjung ke Perpustakaan Kuala Lumpur ini untuk buat kerja sekolah. Di sebelah perpustakaan ni ada bangunan lain yang mana ia adalah perpustakaan untuk kanak-kanak. Gua sendiri pun tak pernah masuk Perpustakaan Kanak-Kanak ni. Gua syak mestilah buku budak-budak kan.

Bagi yang gemar baca novel ataupun buku, banyak koleksi buku yang boleh didapati di Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Hangpa nak baca apa gua rasa semua genre ada. Tapi mungkin tak sebanyak Perpustakaan Negara. Tapi kena daftar dulu untuk menjadi ahli perpustakkan baru la boleh pinjam buku. Mungkin ada caj yang dikenakan untuk urusan pendaftaran tu. Tapi minggu lepas gua pergi ada kempen 'Pendaftaran Keahlian Percuma' untuk Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak pasti pulak sampai bila kempen ni. Tapi gua sampai sekarang tak pernah daftar pun sebagai ahli. masuk buat kerja dan balik. Tak pinjam buku pun. Hiks.



Berjalan-jalan di Dataran Merdeka bila penat menulis thesis.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kotaraya Kuala Lumpur.

Air pancut di Dataran Merdeka berlatarkan Menara Dayabumi.

Di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad ada Muzium Tekstil Negara .

Pelancong luar mengambil kesempatan bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Balai polis bergerak yang ditempatkan di Dataran Merdeka.

Ruangan suratkhabar di Perpustakaan Kuala Lumpur

Pengunjung kusyuk membaca akhbar.

Dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur boleh nampak keseluruhan kawasan Dataran Merdeka. Kawasan parking motorsikal di hadapan perpustakaan.

Dataran Merdeka dari pandangan atas Perpustakaan Kuala Lumpur.

Banyak sofa yang disediakan.


Ambil masa anda untuk membaca dengan tenang di Perpustakaan Kuala Lumpur ini.

Duduk di sofa menghadap Dataran Merdeka.

Pengunjung pun tak berapa ramai hari biasa di Perpustakaan Kuala Lumpur. Selesa.

Gelas-gelas kaca yang luas di Perpustakaan Kuala Lumpur menampakkan pemandangan Dataran Merdeka.

Pemandangan hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur.

Pusing-pusing Dataran Merdeka.

Perpustakaan Kuala Lumpur ada dua tingkat. Siap ada lif kalau malas naik turun tangga.

Sofa dengan pemandangan menarik menghadap Dataran Merdeka.

Boleh belek-belek buku di Perpustakaan Kuala Lumpur yang berkenan di hati.

Sebelah Perpustakaan Kuala Lumpur ni lereng bukit. Nampak Bukit Aman dari sini.

Ruang membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Tiap-tiap bulan bertukar-tukar tema. 

A Man on the Moon.

Siap ada ruang Virtual Reality lagi. Tak tahu fungsi ke tak. Tak pernah masuk.

Buku-buku yang terdapat di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Ruang komputer di Perpustakaan Kuala Lumpur tempat gua selalu lepak buat kerja.

Ruang santai menonton televisyen sambil membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

I Love KL di Galeri Kuala Lumpur.

I Love KL !

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Kempen Keahlian Percuma Perpustakaan Kuala Lumpur.



Tupai Inap Desa / Tupai Homestay

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Tupai Inap Desa / Tupai Homestay
Kampung Tupai (Belakang SK Hj Hussain)
Mukim Teloi,
08200 Sik, Kedah Darulaman.

No Telefon :

013-3333202 (Halim) atau 
014-2288755 (Hazwan)

*Boleh hubungi & Whatsapp untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Tupai Inap Desa / Tupai Homestay
GPS Koordinat : 5.754898, 100.714915



Mai kenduri-kendara di Sik tapi tak tau nak menginap di mana? Mencari homestay atau penginapan bajet di daerah Sik, Kedah ? Meh sini abang nak habaq mai.

Tupai Inap Desa ataupun Tupai Homestay ini terletak di Kampung Tupai, Sik Kedah Darulaman lebih kurang 20 minit dari pekan Sik. Terletak di kawasan kampung, Tupai Inap Desa sangat sesuai bagi mereka yang inginkan persekitaran kampung yang nyaman dan dingin. Siap ada bendang sawah tak jauh dari rumah homestay.

Sebenarnya ni rumah peninggalan tok gua tapi tak ada siapa pun yang duduk. Bila musim perayaan ataupun ada kenduri-kendara baru kami sekeluarga balik kampung duduk seminggu dua. Kadang-kadang tiap-tiap dua bulan sekali pun ada jugak balik Kampung Tupai ni. Daripada dibiarkan kosong, baik kami jadikan ia sebagai homestay.

Bagi yang bujang dan mencari penginapan bajet di sekitar Sik, kami ada menyediakan sebuah bilik dengan harga serendah RM 50.00 sahaja untuk semalam. Bilik ini dilengkapi dengan bilik air di sebelah dalam dan kemudahan kipas angin. Garaj berbumbung betul-betul di hadapan bilik. Parking kenderaan di garaj luar dan terus boleh masuk ke dalam.

Bagi yang bekeluarga ramai, kami menyewa sebuah rumah dengan kadar RM 250.00 semalam. Ruang dalaman memang luas dan selesa manakala parking di luar pula boleh memuatkan hampir 3 buah kereta. Boleh rujuk kepada gambar di bawah dan boleh menghubungi En Halim (013-3333202) untuk maklumat lanjut.

Kelebihan Tupai Inap Desa /Tupai Homestay


  • 30 minit dari/ke Ladang Anggur Tasik Beris
  • 45 minit dari/ke Lebuhraya PLUS susur keluar Gurun.
  • 20 minit dari/ke Pekan Sik, Kedah.
  • 100 m dari persimpangan jalan Parit Panjang.
  • Kedai runcit di kawasan berhampiran.


Gambar Tupai Inap Desa / Tupai Homestay



Bilik bujang Tupai Inap Desa dengan kadar hanya RM 50.00 semalam.

Bilik bujang Tupai Inap Desa dilengkapi dengan kipas angin dan bilik air di dalam.

Bilik air dan tandas yang selesa di Tupai Inap Desa.

Bilik air dengan pancuran atau shower.

Garaj yang terletak betul-betul di depan bilik Tupai Inap Desa.

Penginapan bajet di Tupai Inap Desa, Sik Kedah.

Keadaan bilik yang cukup selesa.

Garaj berbumbung di hadapan Tupai Inap Desa. Terus menuju ke bilik.

Tupai Inap Desa/Tupai Homestay yang terletak di Kampung Tupai, Sik Kedah.

Persekitaran Tupai Inap Desa / Tupai Homestay.

Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.


Ruang berehat dan santai di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Suasana kampung di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay. Sawah di sebelah bawah.

Parking yang luas di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Ruang makan Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Dapur Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Antara bilik yang terdapat di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Ruang dalaman Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.


Bilik air Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Tandas Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Ruang istirehat yang terdapat di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay yang boleh disewa dengan kadar RM 250.00 semalam.


Kawasan kejiranan desa Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Aktiviti menebas semak di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay yang terletak 100 m dari jalan besar.

Penginapan bajet untuk bujang dan keluarga di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.

Suasana petang yang mendamaikan di Tupai Inap Desa/ Tupai Homestay.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...