Iklan

26 Disember 2014

Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selama duduk menetap di kotaraya Kuala Lumpur sejak belum mumayyiz sehinggalah ke tahun 2014 ni, barulah gua tahu rupanya ada perpustakaan berhampiran Dataran Merdeka iaitu Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur. Ianya betul-betul terletak betul-betul di sebelah Galeri Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong luar negara. Yang gua tahu perpustakaan besar di Kuala Lumpur ni cuma Perpustakaan Negara dekat-dekat Tasik Titiwangsa tu. Duduk lalu ulang-alik, naik basikal kayuh kawasan sekitar Dataran Merdeka selama ni langsung tak perasaan Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Yang gua tahu kawasan sekitar Dataran Merdeka ada Kelab Diraja Selangor dan padang. Malu kan.

Nak dijadikan cerita nak buat thesis FYP baru terhegeh-hegeh mencari perpustakaan yang berdekatan Kuala Lumpur ni memandangkan gua duduk di Segambut. Nak lepak perpustakaan UiTM di Shah Alam jauh pulak dan banyak budak-budak dok mencapap acah-acah study dalam tu. Perpustakaan Negara depa kata besar sangat dan gua pun tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Google punya google ternampak la Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur ni. 

Nak buat thesis FYP bukan senang. Ia memerlukan ketenangan jiwa. Kalau duduk buat di rumah memang tak jadi apa. Sat kena pi kedai beli kelapa, sat pergi tu sat pergi ni. Di Perpustakaan Kuala Lumpur ni ada ruangan komputer disediakan meja belajar persendirian. Pengunjung boleh bawa laptop sendiri ataupun menggunakan komputer yang disediakan. Sudah tentu ada internet wifi percuma untuk pengunjung.

Kalau agak-agak mengantuk dan nak terlena tu, boleh pi baca suratkhabar di ruangan akhbar. Macam-macam jenis suratkhabar Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan. Boleh lepak sila panggung atas sofa lagi. Kadang-kadang terlena juga atas sofa tu. Haha.

Kalau tengahari waktu persekolahan, banyak pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran yang akan berkunjung ke Perpustakaan Kuala Lumpur ini untuk buat kerja sekolah. Di sebelah perpustakaan ni ada bangunan lain yang mana ia adalah perpustakaan untuk kanak-kanak. Gua sendiri pun tak pernah masuk Perpustakaan Kanak-Kanak ni. Gua syak mestilah buku budak-budak kan.

Bagi yang gemar baca novel ataupun buku, banyak koleksi buku yang boleh didapati di Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Hangpa nak baca apa gua rasa semua genre ada. Tapi mungkin tak sebanyak Perpustakaan Negara. Tapi kena daftar dulu untuk menjadi ahli perpustakkan baru la boleh pinjam buku. Mungkin ada caj yang dikenakan untuk urusan pendaftaran tu. Tapi minggu lepas gua pergi ada kempen 'Pendaftaran Keahlian Percuma' untuk Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak pasti pulak sampai bila kempen ni. Tapi gua sampai sekarang tak pernah daftar pun sebagai ahli. masuk buat kerja dan balik. Tak pinjam buku pun. Hiks.



Berjalan-jalan di Dataran Merdeka bila penat menulis thesis.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kotaraya Kuala Lumpur.

Air pancut di Dataran Merdeka berlatarkan Menara Dayabumi.

Di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad ada Muzium Tekstil Negara .

Pelancong luar mengambil kesempatan bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Balai polis bergerak yang ditempatkan di Dataran Merdeka.

Ruangan suratkhabar di Perpustakaan Kuala Lumpur

Pengunjung kusyuk membaca akhbar.

Dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur boleh nampak keseluruhan kawasan Dataran Merdeka. Kawasan parking motorsikal di hadapan perpustakaan.

Dataran Merdeka dari pandangan atas Perpustakaan Kuala Lumpur.

Banyak sofa yang disediakan.


Ambil masa anda untuk membaca dengan tenang di Perpustakaan Kuala Lumpur ini.

Duduk di sofa menghadap Dataran Merdeka.

Pengunjung pun tak berapa ramai hari biasa di Perpustakaan Kuala Lumpur. Selesa.

Gelas-gelas kaca yang luas di Perpustakaan Kuala Lumpur menampakkan pemandangan Dataran Merdeka.

Pemandangan hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur.

Pusing-pusing Dataran Merdeka.

Perpustakaan Kuala Lumpur ada dua tingkat. Siap ada lif kalau malas naik turun tangga.

Sofa dengan pemandangan menarik menghadap Dataran Merdeka.

Boleh belek-belek buku di Perpustakaan Kuala Lumpur yang berkenan di hati.

Sebelah Perpustakaan Kuala Lumpur ni lereng bukit. Nampak Bukit Aman dari sini.

Ruang membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Tiap-tiap bulan bertukar-tukar tema. 

A Man on the Moon.

Siap ada ruang Virtual Reality lagi. Tak tahu fungsi ke tak. Tak pernah masuk.

Buku-buku yang terdapat di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Ruang komputer di Perpustakaan Kuala Lumpur tempat gua selalu lepak buat kerja.

Ruang santai menonton televisyen sambil membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

I Love KL di Galeri Kuala Lumpur.

I Love KL !

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Kempen Keahlian Percuma Perpustakaan Kuala Lumpur.



8 ulasan:

  1. Kat UTC Sentul pun ada library tgkt 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada ye perpustakaan dekat UTC. Ingatkan ada gym je kat atas tu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Cari Dataran Merdeka. Betul betul sebelah dia Perpustakaan Kuala Lumpur ni.

      Padam
  3. Balasan
    1. Tak perlu bayar apa apa untuk masuk ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Ianya percuma.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...