Iklan

20 November 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 9: Maeklong Railway Market


Kisah perjalanan dari Bangkok ke Maeklong Railway Market di Samut Songkram bersambung semula. Sejam perjalanan dari Ban Laem Station, sampailah kita di Maeklong Railway Station. Semasa menghampiri stesen keretapi Maeklong, keretapi akan melalaui kawasan pasar yang dimaksudkan. Para peniaga akan menarik khemah mereka untuk memberi laluan kepada keretapi. Setiap hari keretapi akan melalui kawasan pasar sebanyak 8 kali, 4 kali pergi dan 4 kali balik di antara Ban Laem dan Maeklong.

Siap-sedia dengan kamera la bila nak sampai pasar ni. Keretapi akan perlahan melalui kawasan pasar. Khemah peniaga yang ditarik akan sipi-sipi melalui tingkap keretapi. Jangan pandai-pandai hulur tangan pulak, boleh sangkut pulak nanti. Dari pandangan atas keretapi boleh nampak la buah, sayur, ikan yang dijual melalui bahagian bawah keretapi.

Sampai di stesen Maeklong, semua penumpang pakat turun. Keretapi akan berhenti disini di stesen terakhir sebelum kembali semula ke Ban Laem sejam setengah kemudian. Boleh rujuk jadual keretapi pukul berapa keretapi terakhir ke Ban Laem. Turun keretapi kami beli tiket kembali ke Ban Laem dengan harga 10 Baht seorang. Kalau terlepas keretapi ni maknanya dah takda keretapi lain yang menuju Ban Laem. Mungkin kena naik teksi atau van balik ke Bangkok.

Maeklong Railway Market. Keretapi melalui kawasan pasar yang padat dengan peniaga. 

Khemah peniaga pasar Maeklong yang sipi-sipi je denagn tingkap keretapi.

Bahan dagangan para peniaga pasar Maeklong yang dibiarkan sahaja di tepi dan di bahagian bawah keretapi yang melalui kawasan ini.

Tengok dari pandangan atas keretapi agak ngeri jugak pasar Maeklong ni.

Tunggu sehingga keretapi selesai melintasi kawasan pasar baru peniaga akan memasang balik khemah yang ditarik tadi.

Dah sampai di stesen keretapi Maeklong boleh nampak papan tanda Maeklong ni.

Sampai Maeklong, cari dan beli tiket balik siap-siap. Sebabnya masa kami pergi ni dah petang dan tinggal satu perjalanan keretapi sahaja lagi yang patah balik ke Ban Laem.

Keretapi ni jugak yang akan patah balik ke Ban Laem. Boleh la kalau nak bergambar bila keretapi dah berhenti di stesen terakhir di Maeklong ni.

Banyak pelancong dari Thailand jugak di Maeklong Market ni pada pengamatan gua.

Jalan ke depan sana sikit jumpa la Maeklong Martket tu.

Sekitar stesen keretapi Maeklong ada la banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan.

Sinilah tempatnya pasar paling berbahaya sekali di dunia yang didakwa oleh sesetengah pihak - Maeklong Railway Market.
Turun keretapi, ikut rel keretapi anda akan sampai ke pasar yang dilalui tadi. Di pasar Maeklong ni banyak makanan eksotik yang anda boleh jumpa. Katak la macam-macam lagi yang pernah dilihat kita. Selain tu jugak, ada peniaga yang menjual baranagn basah seperti ikan dan sayur. Buah juga banyak terdapat di sini dan harganya cukup murah.

Kami tak beli apa pun di Maeklong market ni. Cuma nak tengok sendiri pasar keretapi Maeklong yang menjadi sebutan tu. Banyaknya bergambar dan melihat aktiviti masyarakat tempatan disini. Cari 7 Eleven beli air mineral disebabkan cuaca panas terik. Banyak pelancong yang mengunjungi pasar ini kebanyakan orang Thailand sendiri dan kami tak jumpa mat saleh pun pada hari tu.

Disebabkan kami tiba di pasar ini pada waktu petang, maka tak dapat la kami tengok keretapi melalui pasar ini oleh kerana keretapi yang kami naiki adalah yang terakhir sekali. Kalau datang awal boleh la rasai dan tengok sendiri bagaiman peniaga menarik khemah niaga mereka bilamana keretapi menghampiri.


Masuk dalam pasar boleh la nampak macam-macam makanan eksotik.

Mangga pun murah-murah.

Katak timbang kilo pun ada kat Maeklong Market ni.

Ni pulak katak yang dah siap percik dan salai.

Luar kawasan pasar ada tuk-tuk. Boleh tanya la berapa tambang kalau nak pusing bandar Maeklong ataupun ke Amphawa Floating Market yang dekat-dekat sini.

Plat kuning Thailand.

Ubi keledek, labu semua ada. Banyak makanan yang tak pernah kita tengok di Malaysia boleh dijumpai disini.

Berlonggok buah.

Tiap-tiap peniaga ada lot kecil masing-masing.

Rel keretapi di tengah-tengah pasar. Dapat bayang macamana keretapi lalu hampir 8 kali sehari kat sini?

Ketam. Biasa tengok ni.

Penulis bergambar di Maeklong Railway Market.

Ikan kering.

Maeklong Railway Station. Dah sejam lebih disini. Masa untuk kembali.



Keretapi ulang-alik dari Ban-Laem ke Maklong. 

Gambar lintas langsung takda. Amik gambar signboard je mampu.

Maeklong Railway Market lagi

Windows view of Maeklong Railway Market.

Kaunter tiket stesen keretapi Maeklong.  

Ahli kumpulan.

Sementara tunggu keretapi hidup enjin.

Ramai la jugak dengan tourist di Maeklong Market ni. Orang putih tak nampak pun. Kami je lah rasanya kumpulan dari Malaysia hari tu.

Sekitar pekan Maeklong.

Keunikan pasar keretapi Maeklong.

Makcik jual buah.

Durian.

Pasar basah.

Pelam.

Makanan eksotik yang lalu kalau nak tengok

Buah.

Gua tak pasti ini apa.

Meronda sekitar Maeklong.


Real keretapi Maeklong yang menuju ke pasar.

Buah lagi.

Loteri.

Maeklong Station.

Ni iklan Coca-Cola ke kopi ni?

Welcome to Maeklong.



Penulis dengan dunianya

Laluan yang sama masa balik ke Kota Bangkok.

Kat Mahachai kena tahan polis Thailand sebab tengok kami berlima bawa beg besar-besar masuk pekan.

Tengah tunggu keretapi pun sempat lagi.


Dah puas meronda sekitar Maeklong, kami menunggu keretapi di stesen Maeklong untuk pulang ke kota Bangkok. Jalan pergi adalah sama dengan jalan pulang. Maka naiklah kami keretapi tadi dari Maeklong ke Ban Laem. Sejam perjalanan sampai lah ke stesen Ban Laem. Dari Ban Laem menapak la menuju sungai yang dilalui masa datang tadi. Naik bot dengan tambang 3 Baht seorang menyeberangi sungai untuk ke seberang sana.

Dah di seberang sungai maknanya dah tiba di pekan Mahachai. Di pekan Mahachai ketika sedang berjalan menuju stesen keretapi, kami ditahan oleh polis bermotosikal Thailand yang menanyakan kami dari mana dan meminta kami menujukkan passport. Barangkali mereka menyangka kami pendatang asing dengan beg besar-besar tiap orang. Setelah mereka berpuas hati memeriksa segala dokumen, kami meneruskan perjalanan. Selalunya polis Thailand hormat orang Malaysia dan tidak banyak karenah. Sama jugak dengan pengalaman kami melintasi sempadan Thailand-Cambodia sebelum ini. 

Dari Mahachai kami membeli tiket keretapi 10 Baht seorang untuk kembali ke stesen Wong Wian Yai. Keretapi bertolak agak lewat dari stesen Mahachai petang tu. Hampir senja barulah keretapi bertolak dari Mahachai. Waktu petang agak sibuk dengan penduduk tempatan menggunakan keretapi untuk pulang ke rumah masing-masing dari tempat kerja. Keretapi akan berhenti-henti mengambil dan menurun penumpang seperti komuter di Malaysia bezanya keretapi disini sedikit daif.

Kami tiba di stesen Wong Wian Yai jam 8.30 malam. Dari stesen keretapi kami berjalan menuju ke Thaksin Monumen untuk mencari bas awam untuk ke stesen bas Sai Tai Mai. Ini kerana kami akan menaiki bas ekspress menuju ke Hatyai dimana lokasi checkpoint terakhir kami. 



Bajet


Tambang Ekspress Bot Teksi dari Phra Athit Pier - Saphan Taksin           : 15 Baht
Tambang BTS Saphan Taksin - Wong Wian Yai                                      : 15 Baht
Tambang keretapi Wong Wian Yai Station - Mahachai Station                 : 20 Baht (pergi/balik)
Tambang keretapi Ban Laem Station - Maeklong Station                          : 20 Baht (pergi/balik)
Tambang bas mini Taksin Monument -  Sai Tai Mai                                  : 14 Baht

Jumlah Keseluruhan                                                                                 : 84 Baht

2 ulasan:

  1. alangkah bestnya kalo boleh amek gambar/video secara lintas langsung nih! awesome bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Tu lah. Dah petang tak sempat. Kat Youtube pun banyak video pasal Maeklong Railway Market ni.:-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...