Iklan

01 November 2014

Keenakan Cendol Sulaiman Jalan Pudu

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Asyik tulis travelog je selalu, hari ni tiba-tiba rasa nak post berkenaan cendol pulak. Bukan nak promosi ke apa cuma nak kongsi satu port cendol yang menarik di Kuala Lumpur ni.

Merata tempat di Kuala Lumpur ni kita boleh pekena cendol, contohnya seperti di Jalan Kuching menghala ke Selayang tu boleh dikira berapa banyak van cendol terpacak di tepi jalan menjaja cendol. Bukan kata tak sedap di tepi tepi jalan tu tapi nak rekemen satu warung cendol yang ikut citarasa gua lebih sedap dan 'perfect'. Cendol Sulaiman di Pudu.

Apa yang menarik berkenaan Cendol Sulaiman ni adalah rasanya yang 'just perfect', tidak terlalu manis dan tidak kedekut bahan. Santannya pekat molek dan cendolnya pun banyak. Harga pun murah, tak perlu malu-malu untuk pekena dua mangkuk cendol.

Kalau hangpa lepak sambil pekena cendol tu, cuba perhati uncle yang buat cendol tu. Beliau fasih berbahasa Kantonis. Selamba je dia kecek dengan orang-orang cina yang lalu-lalang di lorong tersebut.

Bagi hangpa yang selalu cari barang elektrik dan elektronik tu mesti hangpa selalu ke Jalan Pasar dekat Pudu tu kan? Lokasi Cendol Sulaiman tidak jauh dari situ. Ianya terletak di lorong belakang Pejabat Pos Pudu. Cari pejabat pos, lalu lorong belakangnya mesti jumpa punya. Kalau dari depan pulak, berhampiran kedai menjual ikan hiasan di tepi Jalan Pasar tu ada shopping mall. Cari Warung Cik Ani, ada lorong kecil masuk je. Nanti jumpalah Cendol Sulaiman ni. Kalau tak tahu jugak boleh rujuk peta & GPS koordinat yang disertakan.

Restoran M.S.S Maju.
Sulaiman Famous Cendol & Rojak.

GPS koordinat : 3.133936, 101.714548


Bola sepak jalanan di parking LRT Pudu.

Ini dia kedai cendol terbaik di Kuala Lumpur. Restoran M.S.S Maju.

Bukan setakat cendol dan ais kacang, air kelapa segar pun ada di Sulaiman Cendol, Jalan Pudu ni.

Kegemaran gua bila singgah di Cendol Sulaiman ni. Cendol jagung campur kacang. Hanya RM 1.50 semangkuk.

Nama pun restoran. Mesti la ada kerusi meja. Tapi jangan expect lebih-lebih.

Uncle Sulaiman yang cekap lagi tangkas menyediakan cendol untuk pelanggannya.

Senarai harga cendol dan rojak Sulaiman di Jalan Pudu.

Bagi gua ais kacang dia boleh tahan. Disarankan rasa dulu cendol. Tengok macam mana dia pergi.

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

5 ulasan:

  1. panas-panas memang sesuai bedal cendol, nak nak cendol yg lebih gula melaka dan krim

    BalasPadam
  2. best...jagung campor kacang ...nanti saya cari..

    BalasPadam
  3. meleleh dah saliva ni..hihi mesti kena terjah ni;p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...