Iklan

24 Jun 2015

Bajet Keseluruhan Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai



السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Sebelum nak sembang pasal bajet , gua habiskan dulu kisah tunggangan atau ride ke selatan Thai yang tertunggak ni. Dari Pasar Terapung Khlong Hae, gua menyambung perjalanan ke kota Hat Yai. Dari Pasar Terapung Khlong Hae nak ke Hat Yai dah tak jauh, lebih kurang setengah jam boleh sampai. Ikut je papan tanda tertulis 'Hat Yai' sampailah nanti.

Waktu-waktu petang macam ni jalan menuju ke kota Hat Yai agak sibuk dengan kenderaan. Ada pulak 'road block' polis Thai dekat tengah bandar, tapi gua dapat lepas macam tu ja. Rezeki gua dia tengok-tengok sikit ja lepas tu suruh jalan. Kalau ikut peraturan pun lesen memandu Malaysia sah diperlakukan di Thailand.

Destinasi seterusnya bila sampai di kota Hat Yai ini adalah ke Masjid Pakistan dulu oleh kerana gua masih belum solat lagi. Masjid Pakistan ni lokasinya terletak dekat-dekat dengan Stesen Keretapi Hat Yai. Sebelum ni gua pernah sampai dua kali dah kat Masjid Pakistan ni, tu yang gua tahu serba sedikit selok belok Hat Yai. 

Gua cari dan ikut panduan ke Stesen Keretapi Hat Yai berpandukan 'signboard' yang ada. Tak sesukar mana nak mencari stesen keretapi ni. Bila dah sampai sana ingat-ingat lupa pulak lorong mana ke Masjid Pakistan ni. Gua tanya kedai-kedai yang ada di situ macam mana nak Masjid Pakistan. Mujur ada seorang abang pekerja tour agent dekat-dekat situ bagi panduan serta tunjukkan jalan yang betul. 


Lokasi Masjid Pakistan, Hat Yai
GPS Koordinat : 7°0'34"N   100°28'2"E



Yamaha Nouvo LC 'touchdown' di kota Hat Yai.

Bila masuk bandar Hat Yai ni haruslah tempuh banyak persimpangan lampu isyarat.

Bangunan besar di belakang tu lah Stesen Keretapi Hat Yai.

Pintu gerbang masuk Masjid Pakistan Hat Yai.

Petang-petang ni tak ada orang di Masjid Pakistan Hat Yai. Waktu fardu nanti baru ramai datang jemaah.

Parking motor di persekitaran Masjid Pakistan Hat Yai.

Suasana petang yang tenang lagi syahdu di Masjid Pakistan Hat Yai.

Burung merpati pun banyak.

Pakcik ni gua senyum-senyum tak layan. Kaku di situ melayan perasaan.

Pakcik dan abang ni tengah sibuk kutip buah menjelang senja.

Selesai solat jama' di Masjid Pakistan, agenda gua seterusnya adalah nak ke border Sadao untuk melintasi sempadan ke Bukit Kayu Hitam. Border Sadao-Bukit Kayu Hitam ni paling lewat sekali dia akan tutup pukul 12.00 malam. Jadi gua ada masa lagi nak berpoya-poya di Hat Yai sebelum keluar balik Malaysia.

Dekat pukul 6.00 petang jugak baru gua gerak dari Masjid Pakistan. Kalau dekat sana, pukul 6.00 ni kira waktu senja nak masuk waktu Maghrib. Kan jam Thailand lewat sejam dari kita di Malaysia. Hari semakin gelap menjengah malam. Lewat dah memang lewat dah. Kayuh Ride perlahan-lahan 60-70 KM/J la ke border Sadao. Laju-laju nak pergi mana.

Sebelum tu gua ronda-ronda Lee Garden Plaza masa menghala ke Sadao. Saja jenguk-jenguk dan tengok pejabat bas Konsortium  Ekspress depan tu. Tempat biasa transit naik bas masa projek-projek kembara terdahulu.. Teringat pulak nostalgia pertama kali sampai ke Thailand masa baru berjinak-jinak nak cuba ber-backpacking solo ke Krabi & Phuket. Kalau dulu abang galas beg, kali ni abang bawa beg naik motor pulak sampai sini.


Tergugat jugak iman abang bila jenis yang naik skuter macam ni lalu sebelah abang.

Traffik agak sesak dalam bandat hat Yai di waktu petang. 



Kalau dari Hat Yai nak ke border Sadao-Bukit Kayu Hitam, ikut saja papan tanda tertulis 'Sadao'. Tak susah pun nak cari. Bila keluar dari Bandar Hat Yai, ikut jalan lurus ni sampai la ke Sadao, tak payah kona-kona. 

Jalan lurus yang kita ikut tu namanya Phetkasem Road, atau Thailand Route 4 kalau dalam peta. Hangpa tau tak Phetkasem Road yang hangpa ikut tu sebenarnya jalanraya terpanjang di negara Thailand bermula dari Bangkok lagi hingga ke border Sadao-Bukit Kayu Hitam dan merangkumi  jarak sepanjang 1,274 KM ? Gua syak hangpa tak tau sebab gua pun baru tau.

Jarak dari Hat Yai ke sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam lebih kurang 60 KM atau lebih kurang sejam perjalanan. Waktu Maghrib pun di atas motor membelah keheningan senja. Sebelum sampai di intasan sempadan, gua berhenti dulu buat kali terakhir untuk cari makan malam.

Gua berhenti di salah sebuah warung goreng-goreng yang ada di tepi jalan dekat pekan Danok lebih kurang pukul 7.30 malam. Tengok ada akak-akak bertudung yang meniaga tepi jalan ni lalu gua pun berhenti la. Dengan duit Thai Baht yang masih banyak berbaki di dalam poket, gua pun ingat nak rasa la masakan Siam asli la kat sini.

Gua pesan nasi goreng seafood dan cha yen (teh ais). Boleh tahan jugak rasa dia. Selalu tempat favourite gua makan nasi goreng seafood ala Thai ni di depan pejabat Konsortium Ekspress di Hat Yai. Ada warung tepi jalan jugak di sana yang jual nasi goreng seafood tapi sana mahal sikit sebab kawasan tumpuan pelancong. Harga nasi goreng seafood dan cha yen yang gua makan di pekan Danok ni baru kena 60 Baht.

Ramai jugak pelanggan yang lepak di warung dekat pekan Danok ni.

Nasi goreng seafood Thai gaya Danok.

Berhenti ambik gambar di pekan Danok sebelum keluar sempadan Malaysia.

Kaunter Imigresen Thailand di border Sadao.

Dah lepas Imigresen Malaysia di sebelah Bukit Kayu Hitam.

Selesai makan, gua teruskan perjalanan tak berhenti dah sampai la ke border Sadao. Apa yang gua tak suka masuk dan keluar ikut border Sadao-Bukit kayu Hitam ni sebabnya dia sibuk siang malam lebih-lebih lagi kalau hujung minggu macam ni. Kalau ikut Wang Kelian macam waktu masuk hari tu, lengang ja tak ada orang.

Nak keluar dari Thailand dengan motorsikal jangan lupa langkah pertama kena cop passport sendiri dulu di kaunter imigresen Thailand. Gua tengok ramai orang Malaysia yang selit duit RM1 dalam passport nak mudahkan urusan pengecopan passport tapi gua tak selit pun. Sebelum-sebelum ni pun memang gua tak pernah selit duit kopi. Gua ingat kalau pegawai imigresen Thai ni minta baru gua bagi. 

Sampai giliran gua, gua senyum ja dan bagi passport. Dia cop passport dan bagi semula passport gua tu. Memang RM1 tu kecik nilai dia. Tapi kalau dia tak minta kenapa kita nak bagi? Kalau RM1 seorang, cuba hangpa agak sehari berapa banyak dia boleh dapat.

Dah selesai urusan cop passport di imigresen Thailand, langkah seterusnya adalah memulangkan balik salinan Surat Pelepasan Kenderaan atau 'Declaration Form' yang kita dapat masa masuk sebelum ni. Wajib pulangkan balik di kaunter Kastam Thai. Kalau tidak lepas ni kalau hangpa nak masuk balik bawa kenderaan ke Thailand kena denda.

Dah lepas dua langkah ni, bolehlah kita bergerak ke Imigresen Malaysia. Dekat Imigresen Malaysia dah senang dah. Cop atau scan ja passport kita tu kemudian selamat kembali ke Malaysia !

Gua meneruskan perjalanan membelah malam melalui Lebuhraya Utara Selatan balik ke kampung halaman tok gua di Sik, Kedah. 100 KM lebih lagi. Tengah malam baru sampai ! Letih sungguh !


Bajet Keseluruhan Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai


Dengan ini disertakan bajet sepanjang 4 hari pengembaraan dua roda dengan skuter Yamaha Nouvo LC merentasi wilayah selatan Thailand.

*Kos tidak termasuk makan/minum.


Rujukan :

RM = Ringgit Malaysia
THB = Thailand Baht


Hari Pertama | Sik - Pak Bara

  • Stesen minyak Petronas Jeniang : RM 4.70
  • Insurans Motorsikal + White Card di Changlun : RM 17.00
  • Stesen minyak Caltex Wang Kelian : RM 13.00
  • 'Declaration Form' Kastam Thailand : RM 5.00
  • Simkad Internet DTEC Thailand : THB 109
  • Check-in Pak Bara chalet : THB 250
Total :  RM 39.70  + THB 359

Hari Kedua | Pak Bara-Tammalang

  • Tambang bot ke Kampung Tammalang : THB 20
Total : THB 20

Hari Ketiga | Tammalang-Songkhla

  • Stesen minyak PTT Thailand : THB 100
  • Check-in Royyim Hotel, Songkhla : THB 400
  • Feri Songkhla : THB 6
Total :  THB 506

Hari Keempat | Songkhla-Sadao-Sik

  • Tiket masuk Tang Kuan Hill : THB 30
  • Stesen minyak PTT Thailand : THB 70
  • Keychain nombor plat : THB 150
  • Stesen minyak Petronas Bukit Kayu Hitam : RM 6.00
Total :  RM 6 + THB 250


Jumlah bajet keseluruhan berdasarkan nilai matawang semasa : ~ RM 175.00 
(tidak termasuk makan/minum)


Bajet untuk makan dan minum sebenarnya tak sampai RM 50.00 pun selama empat hari perjalanan. Kos perjalanan dikira bermula dari Sik, Kedah hingga kembali semula ke Sik. Kebetulan pula masa bulan Februari dulu minyak Malaysia dan Thailand murah. Kalau pi waktu minyak mahal, kos kerosakan mungkin akan meningkat sedikit.

Untuk penginapan sahaja bajet dah dekat RM 70.00. Sebenarnya boleh lagi nak murah, kena cari chalet atau dorm di setiap kawasan yang disinggahi. Selama tiga malam di selatan Thai ni, dua malam gua tiduq di chalet dan satu malam gua dipelawa menginap rumah abang Rasad di Kampung Tammalang.

Dengan itu, maka berakhirlah kisah Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai ini. Kalau nak tanya apa-apa bolehlah PM gua. Doakan abang kalau ada peluang dan diberikan kesempatan nak jugak cuba lajak sampai ke Bangkok atau ke Chiang Mai pulak lepas ni. Semuanya dengan izin Allah.

6 ulasan:

  1. Pergh...jimat giler...

    Selamat berpuasa tuan tanah...

    BalasPadam
  2. Bagus entri ni..
    Boleh buat panduan dan rujukan serta anggaran bajet buat mereka yang baru pertama kali ingin ke Thailand dengan bermotosikal yang berbajet ciput.
    Terimakaseh bro.. semuga lebih banyak lagi post post yang lebih menarik dari saudara dimasa masa akan datang dan semuga kurniakan kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan buat saudara.
    Assalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..semuga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan buat saudara.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...