Iklan

Memaparkan catatan dengan label Bikepacking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bikepacking. Papar semua catatan

09 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Masjid Kapitan Keling, Penang


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Dah selesai sarapan pagi di warung Roti Canai Transfer Road, gua meneruskan kayuhan. Kayuhan seterusnya pagi ini dengan misi tersendiri. Mencari tandas terdekat kerana sakit perut selepas sarapan tadi. Macam mana tak sakit perut, dah la pekena Nasi Ganja Bagan dah pagi tadi, sambung pulak dengan Roti Bakar Transfer Road. Mujur ada pengalaman sikit-sikit jalan di Penang ni, maka tak sesat sangatlah melilau di Pulau Pinang ni. 

Dari Jalan Transfer gua menuju ke Lebuh Chulia, berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear terdapat sebuah masjid diberi nama Masjid Jamek Alimsah Waley. Dari dulu lagi gua mai Penang mesti nak singgah jugak masjid ni. Masjid ni kecil sahaja di bahu jalan, dihimpit oleh rumah-rumah kedai. Ada tempat berehat ala-ala raudah di sekitar kawasan masjid ini. Berdekatan masjid ini juga ada sebuah kubur kecil. Tak dapat dipastikan siapa yang dikebumikan di sini. Tapi bila masuk masjid ni gua rasa nyaman sekali. Lepak sat pi tandas dulu !

Masjid Jamek Alimsah Waley, Lebuh Chulia, Penang.

Ruang berehat yang dikatakan itu. Pokok kurma tak silap gua yang memayungi taman masjid ni.


Lepak rehat dulu sebelum meneruskan kayuahn ke destinasi seterusnya.
Gua meneruskan kayuhan ke Masjid Kapitan Keling, yang merupakan salah satu masjid yang tertua dan terkenal di Pulau Pinang ini. Suasananya tenang dan nyaman di perkarangan masjid. Cuaca pun tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Lama juga gua memerhatikan senibina masjid ini yang dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800 sebelum dinaiktaraf dan dipelihara sehingga kini. Kelihatan pelancong-pelancong asing bergambar di kawasan perkarangan masjid. Di sekitar kawasan masjid terdapat banyak kedai emas dan permata. Ada sejarahnya kawasan ini suatu ketika dulu. 

Gua sempat mengambil beberapa keping gambar dan menghayati senibina Masjid Kapitan Keling ini. Ada juga beberapa orang pelajar yang tekun melakar senibina masjid. Datang seorang Minah Saleh menyapa gua dari belakang. Tersentak gua seketika. Rupanya nak tanya di mana 'street art' di Penang ni. Gua pun tak tahu kat mana sebenarnya street art ni. Yang gua pasti tak jauh dari kawasan Masjid Kapitan Keling ni. Check internet baru tahu kebanyakan street art terletak di Armenian Street. Gua pun terus bergegas ke sana.

Suasana pagi hari di Pulau Pinang.
Masjid Kapitan Keling, Penang

Suasana sekitar Masjid Kapitan Keling, Penang

Pelancong asing dengan basikal sewa masing-masing.

Tabik !

Nasi Kandar Beratur bersebelahan Masjid Kapitan Keling, Penang.

Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang.

Deretan kedai emas berhadapan Masjid Kapitan Keling, Penang

Seronok main basikal.

Kedai emas dan permata banyak terdapat di kawasan Masjid Kapitan Keling ini.

The iconic of  Masjid Kapitan Keling, Penang

Gambar bersama basikal itu wajib.

Menara Masjid Kapitan Keling, Penang

Lebuh Buckingham.




Tugasan pelajar mungkin di Masjid Kapitan Keling, Penang


Tekun melukis Masjid Kapitan Keling.


Sejarah Masjid Kapitan Keling.


Tahukah anda?

Nama Kapitan Keling adalah berasal dari perkataan Captain of India yang dialih bahasakan dari "Captain" menjadi "Kapitan" manakala perkataan "Keling" adalah gelaran untuk kaum pendatang dari benua India yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada kurun-kurun yang terdahulu.

Bersambung ke Penang - Sik Bikepacking : Street Art & Jetty Chew


// Catatan Travelogue Penang-Sik Bikepacking //

Penang - Sik Bikepacking : Roti Canai Transfer Road, Penang.

Sambungan dari Penang - Sik Bikepacking : Pengenalan


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.




Turun sahaja dari feri di Terminal Feri Raja Tun Uda di bandar Georgetown, gua mula berkayuh mencari arah. Arah apa? Mencari arah untuk mengisi perut sebenarnya. Destinasi pertama yang dituju bila mana turun di Terminal Feri Raja Tun Uda di Georgetown ini adalah untuk mencari lokasi sarapan pagi yang popular dan menarik di Pulau Pinang ini iaitu Roti Canai Transfer Road. 

Gua syak orang Penang mesti tahu di mana terletaknya 'Roti Canai Transfer Road' ni. Jangan mengaku orang Penang kalau hangpa tak tau. Warung Roti Canai Transfer Road ni terletak tidak jauh dari kawasan Pasar Chowrasta.

Kalau hangpa rasa tak tahu sangat, hangpa boleh cari di Google Maps dengan menaip 'Jalan Transfer' atau 'Transfer Road'. Ikut saja jalan sehala yang ditunjukkan di dalam peta dan Roti Canai Transfer Road ini ada di sebelah kanan bahu jalan anda. 

Subuh pagi tadi abang dah pekena Nasi Ganja Bagan. La ni bila masuk Penang takkan nak tengok saja syurga makanan yang ada dekat sini. Oleh kerana itu, kita kena la pekena Roti Canai Transfer Road.

Apa yang 'special' atau istimewanya dekat sini adalah roti canai banjirnya yang dihidangkan bersama dengan kari daging. Dengar macam biasa bukan? Hangpa kena cuba dulu baru tau. Terangkat-angkat sampai tak boleh duduk balik weh !

Bagi yang baru mai ke Penang dan nak buat sesi 'food hunting' bagailah tu, dan tercari-cari lokasi makan-makan di Penang ni, jatuh wajib hukumnya mencuba menu Roti Canai Transfer Road ini. Tapi roti canai ni dah banyak kali gua pekena. Untuk kunjungan kali ni, gua teringin nak mencuba menu lain pulak.

Di sebelah hujung kedai sana, ada sebuah warung lain yang menjual roti bakar, tapi berlainan tokey. Gua cuba order roti bakar telur goyang pulak untuk sesi sarapan kali kedua pagi ni. Jangan tanya abang kenapa nafsu makan membuak-buak hari tu.

Untuk pengetahuan, mamak buat roti canai tokey lain, yang buat air tokey lain dan roti bakar pun tokey lain. Semua tokey lain-lain. Tapi itu tidak menjadi masalah untuk hangpa order atau pesan makanan di sini. Ketuk meja dan panggil bagitahu nak makan apa. Hangpa sabaq sat nah, sat lagi sampailah makanan tu.

Pagi-pagi lagi pelanggan tetap dia dah mai buat riuh di warung Roti Canai Transfer Road ini. Pelancong luar pun ramai jugak yang mai menikmati hidangan Roti Canai Transfer Road. Dengaq bunyi cakap slang 'Kolumpo' tu sah-sah orang luaq. Yang gua perasan geng dari Singapore pun ada.

Sampai awal tadi gua buat selamba parking basikal tepi tempat buat ayaq. Gua ambik 'port' betul betul depan kedai air. Berasap dengan wap. Tong tang tong tang. Memang sibuk betul depa ni. Jerit sana jerit sini. Riuh macam ni yang buat syok.

Ceritanya, gua dapat tahu tempat ni pun melalui kawan-kawan setempat. Maklumlah, lepasan UiTM Pulau Pinang dulu. Tahun 2012 saat ketika masih belum mumayyiz, adalah saat pertama kali gua jejak Roti Canai Transfer Road ni bersama seorang rakan. Masa tu konon-konon la nak buat sesi cari makanan sedap-sedap di Penang. Dari pagi sampai ke petang kami satu pulau kami pusing semata-mata nak mengketedarah ja.


Roti Canai Transfer Road. Teh tarik Penang kaw boleh didapati di sini !

Depa buka meja tepi jalan besar. Menikmati sarapan pagi berupa roti canai di Jalan Transfer sambil menghayati kesibukan bandaraya Georgetown.

Ruang makan Roti Canai Transfer Road disebelah dalam.

 Uncle sebelah order 3 pinggan siap-siap Roti Canai Transfer Road.

Roti bakar telur goyang Transfer Road, Penang.

Warung roti bakar berhampiran Roti Canai Transfer Road.

Roti bakar telur goyang Transfer Road.

Pelanggan setia  Roti Canai Transfer Road.

 Roti Canai Transfer Road yang siap dimasak.

Kari ayam  Roti Canai Transfer Road.

 Laku sungguh Roti Canai Transfer Road.

 Roti Canai Transfer Road

 Roti Canai Transfer Road

 Roti Canai Transfer Road




Untuk sarapan pagi tu gua pekena teh tarik dan roti bakar telur goyang. Cukup mengenyangkan. Harga untuk sepinggan roti bakar telur goyang berharga RM 3.00. Bagi gua, roti bakar telu goyang Transfer Road ni berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Tak boleh jumpa di lain-lain tempat. Rasanya bagi gua memang boleh pergi. Sangat dicadangkan bagi mereka yang mengunjungi Pulau Pinang mencari lokasi sarapan pagi.

Dah makan tentulah terasa berat nak kayuh. Kayuh tak seberapa tapi makan je lebih. Perjalanan masih jauh. Dah alang-alang sampai Penang, kayuh la dulu pusing-pusing tanpa arah tuju. Kayuh santai-santai melihat suasana pagi di Penang. Bagi yang ingin mencari lokasi Roti Canai Transfer Road ni, gua sertakan peta Google Maps sebagai panduan. Mudah sahaja.


" Bike touring is a good way to let mind and body travel at the same pace. Travelling at 'human-speed' lead to a level of interaction, whether with changing landscapes or with people met on the way, that make the journey awesome, and not just the destination, part of adventure."

Penang - Sik Bikepacking : Intro

السلام عليكم 
Salam sejahtera ke atas kamu. 
Peace be upon you.


Berkenaan cerita Sabtu dan Ahad minggu sebelumnya. Buat kerja gila yang terdetik di hati pada waktu tu. Tengah menunggang skuter balik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam, tiba-tiba mendapat satu idea untuk 'bikepacking' ataupun berkayuh basikal bersama backpack menuju ke Penang. Selalu orang buat 'backpacking' ke pulau mutiara Pulau Pinang, tapi kali ini abang cuba pulak nak buat 'bikepacking'.

Rancangannya abang adalah untuk membawa dan mengusung basikal bersama-sama sekali menaiki bas, turun di Butterworth dan berkayuh balik ke Kampung Tupai di Sik , Kedah. Tapi bolehkah bawa masuk basikal basikal dalam bas ekspress? Adakah bas dibenarkan membawa basikal di ruang bagasinya? Tak pernah dibuat orang rasanya. Tapi abang gigih nak cuba jugak.

Terpikir jugak masalah tersebut di dalam hati sebelum tu. Tapi kalau kita tak cuba memang tak tahu. Berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang terdahulu, rasanya ia mampu dilakukan. Ruang bagasi di bawah bas sudah cukup besar untuk memuatkan sebuah basikal bukit MTB yang mampu dileraikan kedua-dua biji tayarnya. Hanya perlukan sedikit simpati dan ayat manis untuk menjayakannya.

Senang cerita, abang kena pergi stesen bas Hentian Duta dulu malam tu untuk cari bas ke Penang. Kalau ada bas lewat malam tersebut, maka jadilah ke Penang. Kalau tak ada, kena kayuh balik rumah balik la jawabnya. Tiada tekanan.

Setelah siap berkemas (baca sebagai 'campak'), gua terus berkayuh dari Segambut ke Hentian Bas Jalan Duta. Tak jauh pun dari rumah gua, sekitar 3 KM sahaja. Meriah suasana stesen bas Jalan Duta hujung minggu ini, ramai warga kota yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Gua tidak terkecuali.

Banyak mata-mata yang memerhati gelagat abang bersama basikal di stesen bas tapi abang buat tak endah sahaja. Gua kayuh basikal masuk terus ke dalam terminal bas Hentian Duta dengan selamba. Tak ada peraturan yang melarang basikal masuk ke dalam terminal bas. Abang parking basikal di tepi ruang menunggu lalu terus gua bertanya kepada seorang brader di kaunter bas AB Ekspress.

" Bang, tiket pi Butterworth ada tak lagi? Tapi saya nak bawa basikal sekali " 

Tanya gua sambil buat muka simpati.

" Ada, pukul 11.30 malam. Bas ada kat belakang. Abang pi kat bas cuba masuk tengok basikal boleh muat tak bawah bas. Tayar boleh cabut kan ? " 

Jawab brader kaunter tersebut.

" Boleh cabut dua-dua tayar. Takpa, saya pi try tengok camna " .

Gua terus ke belakang stesen bas mencari bas ke Penang yang dimaksudkan.

Jumpa la bas AB Ekspress berwarna hijau sedang parking berhampiran bas Transnasional. Penumpang di dalam bas dah hampir penuh. Melilau gua cari drebar bas tapi tak jumpa. Rupanya drebar dok sebelah gua ja, tengah minum air. Cait.

Gua tanya abang drebar bas boleh bawa basikal masuk bawah bas tak. Jawab dia barang dah penuh. Tapi dia buka satu ruang bawah bas yang agak kosong dekat-dekat tayar spare. 

" Cuba bawa masuk basikal bawah sini " 

Arah drebar bas dalam loghat Penang. Gua pun bergegas cabut tayar basikal, dan kemudian cuba masukkan basikal bawah bas. Cun je masuk. Tak makan banyak ruang pun. Ok, selesai satu masalah. Sekarang basikal dah masuk, tapi tiket tak beli lagi.

" Bang sekarang tiket camna? Nak beli kat kaunter tadi ka? " 

Ujar gua. Drebar bas dilihat mengambil telefon dan menelefon brader kaunter tiket. Tak tau depa bincang apa. Seminit kemudian, drebar bas kata

" Bang tunggu sat nah, tiket tadi dah jual habis dah. Takpa kita adjust tengok camna. "

Pulak dah. Gua dah resah. Ni mesti kena bawa keluar basikal balik ni cari bas lain. Tekaan gua tepat. Tak lama lepas tu, brader kaunter tiket datang.

" Bang minta maaf bang, tiket semua dah habis, abang tukar naik bas uncle India sebelah ni. Nanti abang hulur la dia RM40 ".

Gua pun usung la basikal naik bas Uncle India ni pulak. Nama bas apa gua tak ingat. Tapi ramah jugaklah Uncle India  ni. Orang Kulim, Kedah. Bas ni pun sebenarnya dah penuh. Jadi gua terpaksa duduk di kerusi co-pilot, betul-betul depan tangga bas. Memang tak tidur malam tu sampai ke Butterworth.


Basikal di ruang bawah bas ekspress.

Nasi Ganja Bagan menjadi pilihan bila tiba di Penang.

Nasi Ganja Bagan sebelah Telekom. RM5.80 kalau ambil lauk begini.
Dibuka larut malam hingga subuh pagi.

Trademark dia beca tu. Kedai betul tak jauh dari sini. Depan tu ja.

Parking dulu menunggu Subuh, pekena Nasi Ganja Bagan dulu.

Pilihan kari.


Sampai Butterwoth pun dah hampir 5.15 pagi. Gua loading basikal di tepi jalan berhampiran Penang Sentral. Nak tunggu subuh pun lama lagi. Gua ambil keputusan untuk ke Nasi Ganja Bagan lebih kurang 2 kilometer dari sini. Dulu duduk penang masa Diploma pun selalu lepak sini. Tau dah la port makan area Penang ni. Haha.

Nasib baik buka lagi Nasi Ganja Bagan ni. Tapi tak ramai dah orang. Ada la 2-3 orang lepak minum. Kalau malam-malam pukul 12, memang panjang beratur nak pekena Nasi Ganja Bagan ni. Ni pun dah nak dekat Subuh, memang dah nak masuk waktu sarapan pagi. Gua pun sarapan la Nasi Ganja Bagan ni. Bagi tenaga sikit mau kayuh jauh.

Masjid Abdul Kadir, Jalan Telaga Air Butterworth. Dekat-dekat nasi Ganja Bagan .



Menumpanng Subuh di sini.
Dah kenyang, elok-elok azan Subuh berkumandang. Ada masjid berdekatan kawasan ni. Tanya brader Nasi Ganja Bagan, katanya pi depan tu ada Masjid Abdul Kadir. Dekat masjid ni ada sekolah tahfiz. Sempat la gua berjemaah Subuh di sini. Selesai Subuh, mata pun dah berpinar-pinar tak tidur dari semalam walaupun naik bas. Lepak jap di ruang luar masjid untuk memelapkan mata. Sedar-sedar dah pukul 9 pagi ! Kelam kabut berkemas.

Naik feri Penang.

Basikal dikenakan tambang sebanyak RM1.40.

Pelabuhan Pulau Pinang.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

The iconic Penang Ferry.
Menunggu ketibaan feri.

Satu-satunya basikal tengah tunggu feri.

Feri Pulau Pinang di kejauhan.












Hello Penang ! Abam nak pi tanjung cari marka sat.
Rancangannya nak meronda dan berkayuh pusing-pusing Pulau Pinang dulu sebelum pulang ke Kedah. Dah alang-alang sampai Penang, rugi la kalau tak naik feri dan round tengok anak mami dulu. Untuk basikal, tambang feri sebanyak RM 1.40 dikenakan. Kalau motorsikal biasa pula RM 2.00. Keutamaan diberikan kepada kereta dulu untuk masuk ke dalam feri, barulah giliran motorsikal dan basikal di bahagian belakang feri. Masa menunggu pula tak lama sangat, lebih kurang 15 minit sahaja. Mungkin kerana hari ini adalah hari Sabtu, ramai yang bercuti tidak waktu hari bekerja biasa.

Syok sebenarnya naik feri ni. Teringat la nostalgia lama zaman budak-budak mak ayah selalu la bawa naik feri bila nak ke Penang hantar paklong pi haji. Memang tak jemu naik feri Penang ni walaupun lambat tiba di Pulau Pinang. Dulu masa bejar di UiTM Permatang Pauh pun tiap-tiap minggu mesti outing nak pi tanjung (pulau) naik feri. Walaupun jambatan dah ada sampai dua sekarang di Penang, gua masih tak berminat nak ikut jambatan untuk ke pulau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...