Iklan

09 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Intro

السلام عليكم 
Salam sejahtera ke atas kamu. 
Peace be upon you.


Berkenaan cerita Sabtu dan Ahad minggu sebelumnya. Buat kerja gila yang terdetik di hati pada waktu tu. Tengah menunggang skuter balik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam, tiba-tiba mendapat satu idea untuk 'bikepacking' ataupun berkayuh basikal bersama backpack menuju ke Penang. Selalu orang buat 'backpacking' ke pulau mutiara Pulau Pinang, tapi kali ini abang cuba pulak nak buat 'bikepacking'.

Rancangannya abang adalah untuk membawa dan mengusung basikal bersama-sama sekali menaiki bas, turun di Butterworth dan berkayuh balik ke Kampung Tupai di Sik , Kedah. Tapi bolehkah bawa masuk basikal basikal dalam bas ekspress? Adakah bas dibenarkan membawa basikal di ruang bagasinya? Tak pernah dibuat orang rasanya. Tapi abang gigih nak cuba jugak.

Terpikir jugak masalah tersebut di dalam hati sebelum tu. Tapi kalau kita tak cuba memang tak tahu. Berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang terdahulu, rasanya ia mampu dilakukan. Ruang bagasi di bawah bas sudah cukup besar untuk memuatkan sebuah basikal bukit MTB yang mampu dileraikan kedua-dua biji tayarnya. Hanya perlukan sedikit simpati dan ayat manis untuk menjayakannya.

Senang cerita, abang kena pergi stesen bas Hentian Duta dulu malam tu untuk cari bas ke Penang. Kalau ada bas lewat malam tersebut, maka jadilah ke Penang. Kalau tak ada, kena kayuh balik rumah balik la jawabnya. Tiada tekanan.

Setelah siap berkemas (baca sebagai 'campak'), gua terus berkayuh dari Segambut ke Hentian Bas Jalan Duta. Tak jauh pun dari rumah gua, sekitar 3 KM sahaja. Meriah suasana stesen bas Jalan Duta hujung minggu ini, ramai warga kota yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Gua tidak terkecuali.

Banyak mata-mata yang memerhati gelagat abang bersama basikal di stesen bas tapi abang buat tak endah sahaja. Gua kayuh basikal masuk terus ke dalam terminal bas Hentian Duta dengan selamba. Tak ada peraturan yang melarang basikal masuk ke dalam terminal bas. Abang parking basikal di tepi ruang menunggu lalu terus gua bertanya kepada seorang brader di kaunter bas AB Ekspress.

" Bang, tiket pi Butterworth ada tak lagi? Tapi saya nak bawa basikal sekali " 

Tanya gua sambil buat muka simpati.

" Ada, pukul 11.30 malam. Bas ada kat belakang. Abang pi kat bas cuba masuk tengok basikal boleh muat tak bawah bas. Tayar boleh cabut kan ? " 

Jawab brader kaunter tersebut.

" Boleh cabut dua-dua tayar. Takpa, saya pi try tengok camna " .

Gua terus ke belakang stesen bas mencari bas ke Penang yang dimaksudkan.

Jumpa la bas AB Ekspress berwarna hijau sedang parking berhampiran bas Transnasional. Penumpang di dalam bas dah hampir penuh. Melilau gua cari drebar bas tapi tak jumpa. Rupanya drebar dok sebelah gua ja, tengah minum air. Cait.

Gua tanya abang drebar bas boleh bawa basikal masuk bawah bas tak. Jawab dia barang dah penuh. Tapi dia buka satu ruang bawah bas yang agak kosong dekat-dekat tayar spare. 

" Cuba bawa masuk basikal bawah sini " 

Arah drebar bas dalam loghat Penang. Gua pun bergegas cabut tayar basikal, dan kemudian cuba masukkan basikal bawah bas. Cun je masuk. Tak makan banyak ruang pun. Ok, selesai satu masalah. Sekarang basikal dah masuk, tapi tiket tak beli lagi.

" Bang sekarang tiket camna? Nak beli kat kaunter tadi ka? " 

Ujar gua. Drebar bas dilihat mengambil telefon dan menelefon brader kaunter tiket. Tak tau depa bincang apa. Seminit kemudian, drebar bas kata

" Bang tunggu sat nah, tiket tadi dah jual habis dah. Takpa kita adjust tengok camna. "

Pulak dah. Gua dah resah. Ni mesti kena bawa keluar basikal balik ni cari bas lain. Tekaan gua tepat. Tak lama lepas tu, brader kaunter tiket datang.

" Bang minta maaf bang, tiket semua dah habis, abang tukar naik bas uncle India sebelah ni. Nanti abang hulur la dia RM40 ".

Gua pun usung la basikal naik bas Uncle India ni pulak. Nama bas apa gua tak ingat. Tapi ramah jugaklah Uncle India  ni. Orang Kulim, Kedah. Bas ni pun sebenarnya dah penuh. Jadi gua terpaksa duduk di kerusi co-pilot, betul-betul depan tangga bas. Memang tak tidur malam tu sampai ke Butterworth.


Basikal di ruang bawah bas ekspress.

Nasi Ganja Bagan menjadi pilihan bila tiba di Penang.

Nasi Ganja Bagan sebelah Telekom. RM5.80 kalau ambil lauk begini.
Dibuka larut malam hingga subuh pagi.

Trademark dia beca tu. Kedai betul tak jauh dari sini. Depan tu ja.

Parking dulu menunggu Subuh, pekena Nasi Ganja Bagan dulu.

Pilihan kari.


Sampai Butterwoth pun dah hampir 5.15 pagi. Gua loading basikal di tepi jalan berhampiran Penang Sentral. Nak tunggu subuh pun lama lagi. Gua ambil keputusan untuk ke Nasi Ganja Bagan lebih kurang 2 kilometer dari sini. Dulu duduk penang masa Diploma pun selalu lepak sini. Tau dah la port makan area Penang ni. Haha.

Nasib baik buka lagi Nasi Ganja Bagan ni. Tapi tak ramai dah orang. Ada la 2-3 orang lepak minum. Kalau malam-malam pukul 12, memang panjang beratur nak pekena Nasi Ganja Bagan ni. Ni pun dah nak dekat Subuh, memang dah nak masuk waktu sarapan pagi. Gua pun sarapan la Nasi Ganja Bagan ni. Bagi tenaga sikit mau kayuh jauh.

Masjid Abdul Kadir, Jalan Telaga Air Butterworth. Dekat-dekat nasi Ganja Bagan .



Menumpanng Subuh di sini.
Dah kenyang, elok-elok azan Subuh berkumandang. Ada masjid berdekatan kawasan ni. Tanya brader Nasi Ganja Bagan, katanya pi depan tu ada Masjid Abdul Kadir. Dekat masjid ni ada sekolah tahfiz. Sempat la gua berjemaah Subuh di sini. Selesai Subuh, mata pun dah berpinar-pinar tak tidur dari semalam walaupun naik bas. Lepak jap di ruang luar masjid untuk memelapkan mata. Sedar-sedar dah pukul 9 pagi ! Kelam kabut berkemas.

Naik feri Penang.

Basikal dikenakan tambang sebanyak RM1.40.

Pelabuhan Pulau Pinang.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.

The iconic Penang Ferry.
Menunggu ketibaan feri.

Satu-satunya basikal tengah tunggu feri.

Feri Pulau Pinang di kejauhan.












Hello Penang ! Abam nak pi tanjung cari marka sat.
Rancangannya nak meronda dan berkayuh pusing-pusing Pulau Pinang dulu sebelum pulang ke Kedah. Dah alang-alang sampai Penang, rugi la kalau tak naik feri dan round tengok anak mami dulu. Untuk basikal, tambang feri sebanyak RM 1.40 dikenakan. Kalau motorsikal biasa pula RM 2.00. Keutamaan diberikan kepada kereta dulu untuk masuk ke dalam feri, barulah giliran motorsikal dan basikal di bahagian belakang feri. Masa menunggu pula tak lama sangat, lebih kurang 15 minit sahaja. Mungkin kerana hari ini adalah hari Sabtu, ramai yang bercuti tidak waktu hari bekerja biasa.

Syok sebenarnya naik feri ni. Teringat la nostalgia lama zaman budak-budak mak ayah selalu la bawa naik feri bila nak ke Penang hantar paklong pi haji. Memang tak jemu naik feri Penang ni walaupun lambat tiba di Pulau Pinang. Dulu masa bejar di UiTM Permatang Pauh pun tiap-tiap minggu mesti outing nak pi tanjung (pulau) naik feri. Walaupun jambatan dah ada sampai dua sekarang di Penang, gua masih tak berminat nak ikut jambatan untuk ke pulau.

14 ulasan:

  1. biar betik kayuh basikal dari penang ke Sik? jauhhhh tu...saya orang Baling, kira jiran lah kan..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda la jauh mana pun kayuh basikal dari Penang ke Sik, Kedah tu. Dalam 80-90 KM ja. Saja buat kerja gila. Haha.

      Oh hai orang Baling ! Orang Sik dengan orang Baling adik - beradik. Haha

      Padam
  2. Bini aku org sik batu seketul

    BalasPadam
  3. gila best!salute la lu bro;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Saja buat kerja gila kayuh basikal balik kampung.

      Padam
  4. Best giler , tahniah !!! Have bicycle will travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih geng ! Patut cuba !

      Padam
  5. Salam...sy pun selalu bikepacking naik bas dari tbs-butterworth..Belajar kt penang...mmg 2minggu sekali ulang alik bawa basikal...2tahun dah...cas lebih mmg tk dikenakn..kecuali driver bas minta...tu pun rm10..pernah juga kayuh kl-penang...2hari baru smpai...syok kayuh bebb��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Terbaik geng ! Boleh kayuh sekali ni !

      Padam
  6. nak tanye la... sy asal ipoh perak,belaja di kolej keda . setakat ni tak pernah la jalan2 pineng. kalau sy nak naik bas dr sik pegi pineng mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah sikit tu kalau dari Sik nak pi Penang. Ada bas Mara Baling-Sik tu boleh cuba naik. Tapi kena tukaq bas banyak kali baru sampai Penang.

      Padam
  7. Masukkan ulasan anda...basikal tu rm brapa ratus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basikal ni masa saya beli dulu dekat RM2k jugak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...