Sambungan dari Penang - Sik Bikepacking : Pengenalan
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Turun sahaja dari feri di Terminal Feri Raja Tun Uda di bandar Georgetown, gua mula berkayuh mencari arah. Arah apa? Mencari arah untuk mengisi perut sebenarnya. Destinasi pertama yang dituju bila mana turun di Terminal Feri Raja Tun Uda di Georgetown ini adalah untuk mencari lokasi sarapan pagi yang popular dan menarik di Pulau Pinang ini iaitu Roti Canai Transfer Road.
Gua syak orang Penang mesti tahu di mana terletaknya 'Roti Canai Transfer Road' ni. Jangan mengaku orang Penang kalau hangpa tak tau. Warung Roti Canai Transfer Road ni terletak tidak jauh dari kawasan Pasar Chowrasta.
Kalau hangpa rasa tak tahu sangat, hangpa boleh cari di Google Maps dengan menaip 'Jalan Transfer' atau 'Transfer Road'. Ikut saja jalan sehala yang ditunjukkan di dalam peta dan Roti Canai Transfer Road ini ada di sebelah kanan bahu jalan anda.

Subuh pagi tadi abang dah pekena Nasi Ganja Bagan. La ni bila masuk Penang takkan nak tengok saja syurga makanan yang ada dekat sini. Oleh kerana itu, kita kena la pekena Roti Canai Transfer Road.
Apa yang 'special' atau istimewanya dekat sini adalah roti canai banjirnya yang dihidangkan bersama dengan kari daging. Dengar macam biasa bukan? Hangpa kena cuba dulu baru tau. Terangkat-angkat sampai tak boleh duduk balik weh !
Bagi yang baru mai ke Penang dan nak buat sesi 'food hunting' bagailah tu, dan tercari-cari lokasi makan-makan di Penang ni, jatuh wajib hukumnya mencuba menu Roti Canai Transfer Road ini. Tapi roti canai ni dah banyak kali gua pekena. Untuk kunjungan kali ni, gua teringin nak mencuba menu lain pulak.
Di sebelah hujung kedai sana, ada sebuah warung lain yang menjual roti bakar, tapi berlainan tokey. Gua cuba order roti bakar telur goyang pulak untuk sesi sarapan kali kedua pagi ni. Jangan tanya abang kenapa nafsu makan membuak-buak hari tu.
Untuk pengetahuan, mamak buat roti canai tokey lain, yang buat air tokey lain dan roti bakar pun tokey lain. Semua tokey lain-lain. Tapi itu tidak menjadi masalah untuk hangpa order atau pesan makanan di sini. Ketuk meja dan panggil bagitahu nak makan apa. Hangpa sabaq sat nah, sat lagi sampailah makanan tu.

Pagi-pagi lagi pelanggan tetap dia dah mai buat riuh di warung Roti Canai Transfer Road ini. Pelancong luar pun ramai jugak yang mai menikmati hidangan Roti Canai Transfer Road. Dengaq bunyi cakap slang 'Kolumpo' tu sah-sah orang luaq. Yang gua perasan geng dari Singapore pun ada.
Sampai awal tadi gua buat selamba parking basikal tepi tempat buat ayaq. Gua ambik 'port' betul betul depan kedai air. Berasap dengan wap. Tong tang tong tang. Memang sibuk betul depa ni. Jerit sana jerit sini. Riuh macam ni yang buat syok.
Ceritanya, gua dapat tahu tempat ni pun melalui kawan-kawan setempat. Maklumlah, lepasan UiTM Pulau Pinang dulu. Tahun 2012 saat ketika masih belum mumayyiz, adalah saat pertama kali gua jejak Roti Canai Transfer Road ni bersama seorang rakan. Masa tu konon-konon la nak buat sesi cari makanan sedap-sedap di Penang. Dari pagi sampai ke petang kami satu pulau kami pusing semata-mata nak mengketedarah ja.

Roti Canai Transfer Road. Teh tarik Penang kaw boleh didapati di sini ! |
Depa buka meja tepi jalan besar. Menikmati sarapan pagi berupa roti canai di Jalan Transfer sambil menghayati kesibukan bandaraya Georgetown. |
Ruang makan Roti Canai Transfer Road disebelah dalam. |
Uncle sebelah order 3 pinggan siap-siap Roti Canai Transfer Road. |
Roti bakar telur goyang Transfer Road, Penang. |
Warung roti bakar berhampiran Roti Canai Transfer Road. |
Roti bakar telur goyang Transfer Road. |
Pelanggan setia Roti Canai Transfer Road. |
Roti Canai Transfer Road yang siap dimasak. |
Kari ayam Roti Canai Transfer Road. |
Laku sungguh Roti Canai Transfer Road. |
Roti Canai Transfer Road |
Roti Canai Transfer Road |
Roti Canai Transfer Road |
Untuk sarapan pagi tu gua pekena teh tarik dan roti bakar telur goyang. Cukup mengenyangkan. Harga untuk sepinggan roti bakar telur goyang berharga RM 3.00. Bagi gua, roti bakar telu goyang Transfer Road ni berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Tak boleh jumpa di lain-lain tempat. Rasanya bagi gua memang boleh pergi. Sangat dicadangkan bagi mereka yang mengunjungi Pulau Pinang mencari lokasi sarapan pagi.
Dah makan tentulah terasa berat nak kayuh. Kayuh tak seberapa tapi makan je lebih. Perjalanan masih jauh. Dah alang-alang sampai Penang, kayuh la dulu pusing-pusing tanpa arah tuju. Kayuh santai-santai melihat suasana pagi di Penang. Bagi yang ingin mencari lokasi Roti Canai Transfer Road ni, gua sertakan peta Google Maps sebagai panduan. Mudah sahaja.