Iklan

21 Februari 2013

Chilling di Sungai Chilling

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Apa yang menarik di Air Terjun Sungai Chilling ni ? Bagi yang pernah sampai mesti nak mai lagi trekking di sini ! Trek ke Air Terjun Sungai Chilling ni tidaklah sesukar Air Terjun Lata Medang. Lebih kurang macam Air Terjun Sungai Pisang. Treknya lebih santai dan budak-budak kecik pun boleh selamba ja layan. Yang paling syok kena lintas sungai beberapa kali baru dapat sampai di kawasan air terjun. Ikan-ikan yang bermain di kaki pun banyak ! Tak rugi haih kalau hangpa mai jauh-jauh ke Sungai Chilling ni !

Sungai Chilling ni terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Kalau dari pekan Kuala Kubu Bharu cari jalan ke Fraser Hill pasti jumpa tempat ni. Kiranya kalau dari empangan Kuala Kubu tu tak jauh dah, lebih kurang 10 KM lagi. Nampak kereta dok parking kiri - kanan jalan tu kira dah sampai dah tu. Cari pintu gerbang tulis Santuari Ikan Sungai Chilling itu la jalan masuknya.

Geng kapcai dan skuter ke Sg Chilling dari Kuala Lumpur. Jarak perjalanan ke Kuala Kubu Bharu lebih kurang 70 KM sahaja.

Empangan Kuala Kubu Baru.  Terdapat hentian rehat di sini.  Jarak dari empangan ini ke Sg Chilling lebih kurang 10KM sahaja.

Pintu masuk ke Sg Chilling. Palang dibina bagi menghalang kenderaan masuk ke sini. Pengunjung yang datang boleh meletakkan kenderaan di pinggir jalan dan seterusnya trekking masuk di sini.

Jalan kaki lebih kurang 500m, anda akan sampai ke kawasan perkhemahan. Setiap pelawat dikenakan bayaran RM1 seiap sorang.

Dinasihati memakai kasut atau sandal yang sesuai memandangkan anda  akan melalui jalan yang berair dan akan juga melintasi 6 sungai.

Sebaik-baiknya membawa beg kalis air (drybag) bagi menyimpan barang-barang anda dari dimasuki air.

Santuari Ikan Sungai Chilling. Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari 8.00 pagi hingga ke 6.00 petang.

Kawasan lapang dimana terdapat tapak perkhemahan.. Deposit RM10 diambil bagi yang ingin berkhemah di sini.

Di sini jugak terdapat peta laluan yang akan dilalui. Nampak tu kena lintas sungai. Sebenarnya ia sungai yang sama cuma kita ambil jalan pintas ke air terjun Sungai Chilling.

Pondok kutip duit. Kena isi nama dan bayaran RM1 seorang.

Dekat tapak perkhemahan ni jugak ada tandas dan surau. Senang bagi yang berkeluarga.

Berdekatan tapak perkhemahan ada sungai. Menarik sungai dia. Nampak tu ikan berenang-renang.

Ada wakaf buat berteduh.

Sekitar kawasan perkhemahan  Sg Chilling. Dekat sini ada jambatan gantung yang tak berapa tergantung. Ter-interframe macha dok posing.

Boleh tahan deras air Sungai Chilling ni.

Tak sabar nak terjun dalam ayaq sungai ni!!

Kedinginan air Sungai Chilling.

Ni member gua, bukan bangla.

Lepas melalui Titi Gantung, akan melalui jalan denai ni. Kiri kanan pokok pakis, kena hati-hati sikit banyak duri sini.

Jalan yang berair

Mana-mana bahagian sungai pun senang betul nak jumpa ikan. 

Jalan yang berbatu dan berair.

Salah satu pemandangan Sg Chilling yang dapat dilihat semasa merentasi trek ini.


Pokok balak tumbang memang banyak. Kena rentas balak tumbang satu dua tempat.



Dinasihatkan pakai sandal atau kasut yang bersesuaian. Jangan pakai selipar jepun atau fipper ke apa ke. Nak jalan pun susah. Member gua ni selipar dia kena hanyut masa lintas Sg Chilling ni. Balik kaki ayam. Seksa.

Ikan banyak betul di Sungai Chilling ni. Mana-mana tempat pun ada je ikan. Memang mengujakan.


Tak payah takut sesat. Ikut je trail dia. Kalau kena lintas sungai akan ada papan tanda yang menujukkan lintasan sungai.

Sejuk betul air Sg Chilling ni. Mat saleh pun ramai jugak ke sini.

Laluan trail atau denai dia memang bersebelahan dengan sungai je.

Dilarang memancing atau menjala ikan di sini.

Pakat lintas sungai. Tahap pinggang je.

Geng budak sekolah nak pi berkelah. Nampak tu ikan dok main tang kaki.

Ikan lagi.

Sampai jugak ke destinasi. Air terjun Sungai Chilling.

Lubuk tang tengah-tengah tu dalam. Kalau tak pandai berenang toksah gagah  pi.

Masa ni tak ramai sangat. Boleh mandi-manda dengan selesa.

Beautiful Scenery of Sg Chilling Waterfall.


Ikan dok main celah kaki ja masa dok mandi.

Teknik menepuk ikan.

Memang geram tengok ikan banyak-banyak ni.

Tak puas mandi? Masa balik boleh mandi lagi. Kena lintas 6 lintasan sungai serupa pergi tadi.


Balik.

Video

Antara aksi yang sempat dirakamkan dengan Xperia Active gua ;

Tips:

1. The place is open for visitors only on Friday, Saturday and Sunday from 8 am until 6 pm

2. It’s a great place for day trips, BBQ and picnics by the river.

3. Cooking is not allowed at the waterfall although there are still people who will sneak a portable gas stove in their bags.

4. After 3 pm you are not allowed to go hiking up until the waterfall due to safety reasons since it will take 1 hour to the waterfall and another hour back down. Nevertheless, you can still take a dip or picnic around the river near the entrance or the river by the roadside.

5. Entrance fee is RM 1 for each person which you will pay at the registration counter.

6. If you would like to camp, usually you don’t need to book ahead of time. You can just walk in to the registration booth and pay up RM 10 deposit per person. I think the place is huge enough to accommodate a lot of campers. So no worries. There were only 5 groups of campers with minimum of 5 people per group the day we were there. Most day trip visitors will leave the place the latest at 7 pm. The RM10 is a deposit for you to maintain the cleanliness of the camping site. If you are coming with a large group, you can give a call to this number : Yusri 013-3089463 and arrange for camping site bookings. The number was given to me from the lady at the registration counter.

7. Fishing is not allowed at this fish sanctuary. It is a sanctuary for ikan kelah and these fish are obviously protected here.

8. There is a toilet, surau, a couple of wakaf and a designated camping site at this place. Camping is at your own risk. I don’t see any guards around but it is generally safe to camp here since most campers are friendly and nice.

9. It takes about 5 minutes of walking from the entrance (roadside) to the registration counter. No cars/motorbikes are allowed to enter beyond the gate at the entrance. If you are camping and barbecueing this calls for heavy duty load carrying on your two shoulders. Multiple trips are required if they aren’t many people to help you to carry your countless number of stuffs.


Sungai Chilling terlalu mainstream? Nak cuba yang lain pulak? Boleh cuba Lata Medang juga di Kuala Kubu Bharu. Boleh main gelongsor-gelongsor di sini !

17 Februari 2013

Ladang Anggur Tasik Beris

Salam. Alkisah cuti Raya Cina baru-baru ni. Gua berkesempatan meninjau ke Ladang Anggur Tasik Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah lebih kurang 77Km dari Sungai Petani, Kedah. Tasik Beris ni adalah tasik buatan manusia yang tujuan utamanya untuk membekalkan air dan mengairi tanaman padi di sekitar kasana Kedah, Perlis dan juga Penang. 

Asal kawasan Tasik Beris ini merupakan sebuah kampung yang dinamakan Kampung Sungai Batang dan di dalamnya terdapat banyak kampung-kampung kecil. Terdapat sekolah dan rumah-rumah penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah. Pembinaan Empangan Beris yang mewujudkan Tasik Beris ini telah memaksa penduduk di kawasan sekitar kampung Sungai Batang ini dipindahkan. ke Bandar Baru beris Jaya yang terletak 10Km dari Pekan Sik.

Kini Tasik Beris telah menjadi kawasan pelancongan air dan wujud kegiatan penanaman anggur yang dikatakann terbesar di Asia Tenggara. Ladang Anggur Tasik Beris ni betul-betul terletak di tepi tasik dan berhampiran jambatan Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kewasan ini dan bayaran hanya dikenakan ke atas pengunjung yang masuk ke dalam ladang anggur dan boleh cuba memetik anggur.


Tasik Beris

Dek Ladang Anggur Tasik Beris

Jambatan Tasik Beris.

Pohon-pohon kayu yang masih kelihatan 

Layered Hill.


Beris Lake Vineyard




Tempat lepak-lepak

Waktu senja di Tasik Beris.





Caj dikenakan untuk pengunjung yang igin ke dalam ladang anggur



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...