Iklan

16 Oktober 2014

Batu Kurau International MTB Challenge 2014

Dua minggu lepas, entah macam mana gua boleh terjebak join Batu Kurau MTB Challenge 2014 yang telah berlangsung pada 27-28 September 2014. Ada dua acara yang dipertandingkan iaitu Cross-Country Olympic (XCO) dan Cross-Country Marathon (XCM). Gua join XCM, lebih kurang macam jamboree basikal 50KM yang biasa kita masuk tu lah. Kalau XCO pulak main mengikut pusingan yang telah ditetapkan. Selalunya yang join XCO ni semua dah level lain, level pro.

Setelah sekian lama tak menyertai jambori basikal bukit, ini adalah acara pertama yang gua sertai tahun ini. Boleh tahan jugak trek dia, memang sah-sah la gua pancit dan kaki pun kejang memanjang sampai ke garisan penamat. Harapan la nak kejar podium, sekadar mengimpikan menang hadiah cabutan bertuah yang agak lumayan.



Durian yang menjadi ikon Batu Kurau.

Apam balik di pekan Batu Kurau.

Stesen Keretapi Taiping.


Warung berhadapan Stesen Keretapi Taiping yang menjual pelbagai jenis cucur.

Goodies collection di Arena Batu Kurau

Sungai Sempeneh yang dingin di Batu Kurau.

Kayuhan geli-geli di sekitar Sungai Sempeneh, Batu Kurau.

Sri Cempaka Chalet berhampiran Sungai Sempeneh, Batu Kurau.

Chalet Sri Cempaka yang boleh disewa dengan harga RM50 semalam. Betul-betul terletak berdekatan dengan Sungai Sempeneh.

Jalan-jalan Bukit Merah Laketown. Itik pulang petang.

Basikal keluarga yang boleh dinaiki 4 orang di Bukit Merah Laketown.

Seekor RM 1.50

Peserta Batu Kurau MTB Challenge berkumpul di Padang Sekolah Dato' Kamaruddin.

Permulaan Jambori Batu Kurau. Para peserta memenuhi padang.


Acara bermula dari Sekolah Dato' Kamaruddin, Batu Kurau.

Papan tanda mengalu-alukan kedatangan peserta Batu Kurau MTB Challenge 2014.

Bukan sahaja di UiTM ada Bukit Tonggek, di Batu Kurau pun ada Bukit Tonggek.

Bukit Cucur Jawa yang menyeksakan. Kejang memanjang di bukit ini.

Sokongan padu dari penduduk tempatan Batu Kurau.

Ada pakcik yang siap bagi air sirap bila kami lalu.

Hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan peserta Batu Kurau International MTB Challenge 2014.

Garisan permulaan dan garisan penamat juga di Padang Sekolah Dato' Kamaruddin. Cuaca panas terik sewaktu menghabiskan kayuhan.

Garisan Penamat Batu Kurau International MTB Challenge. Ada adik-adik yang sarungkan medal.

Penghormatan untuk Mat Saleh ni yang berjaya menghabiskan kayuhan dengan unicycle-nya.

Medal Batu Kurau International MTB Challenge. Nampak ada kualiti.

Unicycle yang dipamerkan di booth-booth bersempena Batu Kurau International MTB Challenge.

Buah Tampoi yang dijual oleh penduduk Kampung Sempeneh Batu Kurau.

Kedai makan bawah Gunung Sempeneh yang menjadi persinggahan pengunjung luar.

Adik-adik kecil yang mencari rezeki dengan menjual jagung berhampiran Sungai Sempeneh, Batu Kurau.

03 Oktober 2014

Kembara Trans Sumatra : Bukit Tinggi - Danau Toba (Part 4)

Sambungan dari Kembara Trans Sumatra : Lembah Harau & Kelok 9 (Part 3)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari ini merupakan hari ketiga kami berada di Bukit Tinggi. Mengikut rancangan, kami harus bergerak menuju Parapat pada hari ini. Bangun awal pagi kami terus bersiap menuju ke Stesen Aur Kuning untuk mencari pengangkutan ke Parapat iaitu menuju ke Danau Toba. Dari Hotel Asean kami menggunakan motorsikal yang disewa semalam untuk ke stesen Aur Kuning. Jarak dari kota Bukit Tinggi ke Stesen Aur Kuning tidaklah begitu jauh, lebih kurang 5-6 KM sahaja.

Stesen Aur Kuning ni juga merupakan sebuah pasar yang terkenal di kalangan kaki-kaki shopping. Kebanyakan makcik-makcik Malaysia yang datang ke Bukit Tinggi mesti datang ke Pasar Aur Kuning ni untuk sesi memborong telekung, tudung dan sebagainya. Tau-tau je depa ni mana port baik nak borong-memborong ni. Gua memang tak beli apa-apa di Pasar Aur Kuning ni kerana hajat ke sini sebenarnya nak membeli tiket bas ke Parapat. 

Sampai di stesen, kami terus menuju ke kaunter tiket. Ada banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ke destinasi-destinasi utama sekitar Indonesia. Bas ke Jakarta dan Bandung pun ada. Banyak mata-mata yang memerhati kami di Stesen Aur Kuning ini. Rupanya memang jarang orang asing yang datang beli tiket bas sendiri. Ada yang bertanya mahu ke mana. Gua jawab ingin ke Parapat. Ada la brader sorang ni bawa kami ke sebuah kaunter tiket. Layanan brader yang membawa kami ke kaunter tiket ni cukup mesra dan ramah. Gua mula syak ada benda yang tak kena ni. Sangkaan gua tepat. Waktu nak balik, dia paw gua duit sarapan katanya. Entah mana-mana datang pulak member dia sorang lagi minta duit makan. Gua mula mula memang tak nak bagi, tapi dia himpit dan bising-bising macam nak gaduh. Nak tak nak kena hulur la Rp 10,000 seorang.

Di kaunter tiket bas, ada brader lain pulak yang layan kami. Katanya harga tiket untuk ke Parapat dari Bukit Tinggi berharga 210,000 untuk seorang. Kalau naik trafel (minivan yang dikongsi 7 orang) pula berharga Rp 250,000 dan perjalanannya lagi cepat daripada bas. Dengan bajet yang terhad kami mengambil keputusan membeli tiket bas Bukit Tinggi-Parapat sahaja. Katanya bas akan bertolak jam 6.00 petang waktu tempatan. Selesai urusan pembelian tiket, kami kembali semula ke kota Bukit Tinggi.

Pasar Aur Kuning, Bukit Tinggi.

Stesen Bas Aur Kuning, Bukit Tinggi.

Perkhidmatan bas pelbagai jurusan di Stesen Aur Kuning.

Baju-baju yang dipamerkan berhampiran Pasar Aur Kuning.

Kota Bukit Tinggi, Indonesia yang berkembar dengan bandar Seremban di Malaysia. Percantuman budaya yang sama iaitu adat Minangkabau dapat disaksikan dengan jelas.
Balik ke Bukit Tinggi, kami saja meronda kawasan persekitarannya tanpa arah tujuan. Entah macam mana ternampak papan tanda tertulis Taman Panoramana. Kami mengikuti jalan tersebut sehinggalah bertemu dengan Taman Wisata Panorama & Lobang Jepang. Oh di sini la rupanya Lubang Jepang tu. Pernah dengar tapi tak termasuk dalam rancangan untuk ke sini. Bayaran masuk untuk seorang ke dalam Taman Wisata Panorama adalah sebanyak Rp 3,000 tiap seorang. Kami masuk dan melihat pemandangan Ngarai Sianok yang sangat memukau. Patutlah ia digelar sebagai 'Grand Canyon Asia' dengan Gunung Singgalang di latar belakangnya.

Di Taman Panorama ini ada jalan lain menuju ke Lobang Jepang. Gua tak masuk pun, hanya tahu info sikit-sikit pasal tempat ni. Bayaran masuk sebanyak Rp 5,000 pulak dikenakan dan pengunjung akan diiringi oleh guide tempatan. Lobang Jepang adalah bunker peninggalan Jepun suatu ketika dulu semasa penjajahan Jepun di Nusantara sekitar tahun 1942-1945. Kebanyakan buruh paksa yang membina gua atau lubang ini adalah penduduk Indonesia sendiri yang terdiri daripada orang Jawa dan Sulawesi bagi menjaga kerahsiaannya. Lobang Jepang ini agak panjang dan dianggarkan sepanjang 1.5 KM dan apa yang menarik menarik ialah sistem bunyi tanpa gema di dalam terowong telah dibuat ketika lubang disiapkan. Terdapatnya ruang amunisasi, penjara dan ruang sidang dan berek militer hasil tinggalan Jepun.

Taman Wisata Panorama dan Lubang Jepang, Bukit Tinggi.

Anak-anak tangga menuruni Taman Wisata Panorama.

Ngarai Sianok yang dapat dilihat di Taman Panorama ini.

 Ngarai Sianok.

Kedai-kedai kecil di Taman Panorama Bukit Tinggi.

Ngarai Sianok.

Pengunjung tempatan di Taman Wisata Panorama.

Peta Bukit Tinggi.
Kami tidak lama di Taman Wisata Panorama kerana harus memulangkan motorsikal yang disewa semalam di Orchid Hotel pada jam 9.30 pagi. Balik semula ke Hotel Asean, gua terus pulangkan motorsikal di Orchid Hotel yang terletak di kawasan berdekatan. Dah selesai urusan pemulangan motorsikal, urusan check-out dari Hotel Asean pulak pada jam 12.00 tengahari. Kami tinggalkan bag di Hotel Asean dulu untuk rondaan kali terakhir di Bukit Tinggi ni. Berikutan hari ini jatuh pada hari Jumaat, kewajipan fardu ditunaikan di Masjid Nurul-Haq yang terletak tidak jauh dari Hotel Asean.

Dengan masa masih banyak berbaki selepas Solat Jumaat, perut mula terasa lapar. Kami berjalan menyusuri Pasar Atas di mana terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian. Dalam deretan kedai tersebut ada kedai makan yang menyajikan hidangan nasi soto. Gua sempat sebat sepinggan nasi soto. Makanan tu lah yang dapat diterima tekak pun selain nasi goreng. Masakan Padang dan lain-lain memang tak boleh pergi.

Selesai Solat Jumaat di Masjid Nurul-Haq, Bukit Tinggi.

Pekerja-pekerja hotel berdekatan banyak menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul-Haq ini.

Ruang solat Masjid Nurul-Haq.


Ada perkhidmatan jaga kasut sepanjang solat Jumaat di sini.

Golongan fakir di perkarangan Masjid Nurul-Haq seusai solat Jumaat.

Skuter yang menjadi kenderaan utiliti di sini.

KFC Delivery versi Indonesia.

Di salah sebuah warung makan di Bukit Tinggi.

Nasi soto gaya Bukit Tinggi.


Selamba makcik ni junjung dulang atas kepala.

Parking khusus untuk Bendi (kereta kuda)

Suasana meriah di persekitaran Jam Gadang selepas solat Jumaat.

Macam-macam barang diniagakan di sekitar Jam Gadang.

Hujung minggu di Jam Gadang.


Perkhidmatan fotografi.

Gelang-gelangan.

Jam 2.30 petang waktu tempatan, kami baru selesai makan. Ada banyak lagi masa berbaki sebelum bergerak ke stesen bas Aur Kuning untuk menaiki bas ke Parapat yang dijadualkan pada jam 6.00 petang. Pusing-pusing Jam Gadang lagi melihat suasana. Hari Jumaat ni pengunjung lagi ramai daripada hari-hari sebelumnya. Mungkin ramai yang ke Bukit Tinggi pada hujung minggu untuk bercuti. Selama kami di sini jarang jugak nak jumpa orang Malaysia walaupun dikatakan banyak geng-geng makcik Malaysia shopping di sini. Mungkin depa lepak kawasan lain. Tak jauh dari Jam Gadang, di deretan kedai-kedai ada sebuah cyber cafe. Oleh kerana masa masih banyak dan tak tahu nak buat apa dah, kami pun masuk la duduk main internet. Ya, sebahagian pelanggan di cyber cafe ni duduk bersila melayari internet. Kebanyakan budak-budak la yang baru nak belajar apa itu Email dan Facebook. Dalam cyber cafe ni ada jugak disediakan meja pool. Pun budak-budak jugak yang main.

Hanya Rp 3,000 (RM 0.80) sahaja untuk sejam penggunaan komputer berinternet di cyber cafe ni. Laju pun laju. Boleh la google berkenaan tempat yang akan kami tujui iaitu ke Danau Toba. Memang tak ada tempahan hotel atau guesthouse yang dibuat selama kami di Sumatera ni. Hanya ada sebuah buku conteng-conteng dan redah sampai ke sudah. Nak bergerak ke tempat seterusnya baru kami buat research sikit-sikit. Oleh sebab tu kalau ada orang minta itinerary bagai memang gua tak dapat bagi. Memang macam inilah cara gua mengembara.


Tegur adik sebelah. Katanya tengah belajar cara buat Facebook. Kawan ajar.

Geng budak laki pulak main menda alah ni.

Di bahagian sebelah sana ada kerusi, di sebelah sini santai duduk bersila.

Hotel Asean yang tak nampak macam hotel. Lebih kepada rumah tumpangan.

Elok keluaq dari cyber cafe, masuk waktu Asar. Gua solat dulu di Masjid Nurul-Haq tempat gua solat Jumaat tadi. Selesai solat, gua balik ke Hotel Asean. Adik gua dah tunggu di sana. Kami ambil bag yang ditinggalkan tengahari tadi. Dari hotel Asean, kami berjalan kaki kembali ke Masjid Nurul-Haq berhampiran simpang jalan uttama. Ada banyak angkut berwarna merah menuju ke Terminal Aur Kuning. Lambai je tangan dan tanya adakah melalui jurusan Terminal Aur Kuning. Kalau ye terus je naik. Memang himpit-himpit sikit dalam angkut ni. Gua kira ada dekat 10 dalam satu van kecik tu. Selagi boleh sumbat memang dia sumbat. 


Bersumbat dalam angkut.

Menaiki angkut menuju Terminal Aur Kuning.

Ambil penumpang dan turunkan penumpang. Sangkut dalam macet lagi. Setengah jam baru tiba di Terminal Aur Kuning.

Stesen Bas Aur Kuning atau dikenali juga sebagai Terminal Aur kuning oleh masyarakat tempatan.

Minivan dengan pelbagai jurusan perjalanan.

Bas mini yang sedia bertolak ke destinasi di Terminal Aur Kuning.

Kaunter-kaunter tiket bas di Terminal Aur Kuning.


Menunggu bas dengan penuh sabar.
Hampir jam 6.00 petang jugaklah baru kami tiba di Terminal Aur Kuning selepas menaiki angkut dari Bukit Tinggi. Setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak Rp 2,500 untuk perjalanan yang mengambil masa hampir 40 minit. Jalan agak macet di waktu petang dengan kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu pulang dari tempat kerja masing-masing. Turun di persimpangan Terminal Aur Kuning, kami berjalan kaki sedikit menuju ke stesen. Waktu jalan kaki, ada banyak brader-brader yang menghimpit kami menanyakan mahu ke mana. Jenuh nak tepis.

Mengikut tiket bas yang telah dibeli pagi tadi, bas dijadualkan bertolak pada jam 6.00 petang. Pukul 6.00 petang di Sumatera ni dah hampir Maghrib. Tengah-tengah tunggu bas yang berunjung tiba ni, ramai la orang-orang sana yang himpit gua lagi. Gua syak dah ni mesti ada apa-apa lagi ni. Tanya dari mana semua, berapa hari dekat Sumatera ni. Gua malas nak layan sangat dah sebenarnya. Rupanya nak jual cincin. Tunjuk cincin itu ini, gua terus terang cakap tak berminat. Panggil pulak member dia katanya ada batu cincin yang harga asal dekat RM300, tapi nak jual RM50 sebab nak pakai duit. Memang gua malas nak layan. Gua cakap elok-elok memang tak minat. Macam-macam la cara depa nak dapatkan duit lebih-lebih lagi tahu kami dari Malaysia. Gua dah rimas dah ni cakap dengan orang tak reti bahasa. Bas pulak tak sampai-sampai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...