Iklan

28 Mei 2011

ATV Ride di Kampung Kemensah

Semasa exam week beberapa minggu yang lepas, aku terlihat rancangan TV yang apa nama entah yang memilih seorang artis pada setiap minggu dan artis tersebut perlu menjayakan aksi lasak tersebut. Pada minggu tu ada satu artis muda cun yang namanya aku tak hingat jugak.Artis baru rasanya. Si artis telah mencabut undi dan ATV ride menjadi pilihannya.
Pintu masuk ATV Adventure Park Kuala Lumpur
So minggu lepas aku pun pergi la usya tempat ATV ride ni. ATV Adventure Park ini terletak di Kg Kemensah, Hulu Kelang berdekatan Zoo Negara. Susur masuk ikut Zoo Negara dan korang masuk terus hingga ke hujung. Ada sungai dan hutan yang rimbun masa melalui jalan masuk ni. Lebih sesuai dilalui oleh pacuan 4 roda. Nanti korang akan nampak signboard dan korang follow je. Dekat2 situ jugak ada geng motorcross layan track pasir . Kalau korang straight lgi hingga akhir korang boleh pegi Air Terjun Sofea Jane.

Testing2..
Dekat sini layanan mesra diberikan oleh pekerja dan juga bossnya. Macam-macam pakej yang ditawarkan kat sini bermula dari RM50-RM300. Kalau RM50, tunggangan asas je kat sekitar kawasan ni. RM100 korang akan dibawa masuk hutan sebenar, siap bawa air terjun lagi. Masa yang diambil pergi balik sekitar sejam hingga sejam setengah jugak. Bawa pakaian lebih sebab main ni comfirm kena selut punya.
Nice view kat sini, sejuk je.

Salah seorang peserta yang mencubaATV. Terdapat trek latihan  untuk membiasakan  penggunaan kenderaan ini sebelum masuk ke dalam hutan sebenar.

ATV guide bersiap sedia membawa masuk peserta pakej ke dalam hutan.

Bilangan ATV yang lebih dari 30 biji rasanya. Ready to run.

Sesi taklimat asas sebelum menunggang ATV.

Mengikut boss tempat ni, semua ATV diimport dari Taiwan.

Antara  view yang menarik di Kg Kemensah.

Terdapat banyak port untuk berkelah di Kg Kemensah ni.

27 Mei 2011

Kayuhan Solo | Fraser Hill

Kali ni gua saja je nak share solo ride gua ke Fraser Hill. Mungkni ada diantara kita masih tak mengetahui di mana letaknya Fraser Hill ni. Fraser Hill ni terletak ni negeri Pahang bersempadan dengan negeri Selangor. Ia boleh diakses melalui Bentong ataupun melalui Kuala Kubu Bharu. Ride gua kali ni melalui Kuala Kubu Bharu yang sememangnya menjadi jalan utama bagi pelancong yang datang dari Kuala Lumpur. Gua parking kereta di Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum ride menuju ke Fraser Hill yang sememangnya sudah dirancang dalam solo ride list gua.
Permulaan perjalanan-Kuala Kubu Baru.
Kalau sebelum ni gua solo ride ke Genting Highland yang mencabar, kayuhan kali ini menuju ke puncak Fraser Hill boleh dikatakan lebih landai dan santai sebelum tiba ke Gap. Sebelum ride, gua google dulu jalan yang akan dilalui. Tengok2 blog rider yang pernah jelajah tempat ni. Tepat jam 9, kayuahan bermula dari Hospital Kuala Kubu Bharu. Udara di pagi itu cukup dingin, mungkin baru lepas hujan barangkali. Sayup2 melintasi empangan Kuala Kubu Bharu yang cukup indah terbentang. Sedang mengayuh, terserempak jugak la dengan 2-3 ekor doggies yang berkeliaran, pecut tak hingat. 
Melalui empangan  di sebelah kiri. Udara dingin di  pagi  hari.
Selepas melalui empangan, susana hutan hujan tropika mula kelihatan. Disini terdapat air terjun yang agak terkenal iaitu Air Terjun Sungai Chilling. Sebab apa nama tu gua pun tak tahu. Mungkin sebab airnya menyegarkan kot. Sempat jugak snap 1-2 keping gambar wat kenangan.

Berehat sebentar di kawasan perkelahan Sungai Chilling. Bunyi deruan  air boleh didengari dari sini.


Jalan yang sunyi. Jarang sekali kenderaan lain melalui jalan ini. Hanya kedengaran  bunyi unggas2.

Sampai di pintu gerbang Gap. Ada warung2 menjual makanan  sekitar sini.


Peta Bukit Fraser ada disini. Menunggu pintu Gap Fraser Hill dibuka.
Pintu gate Gap Fraser Hill.




Jadual perjalanan antara Jalan Gap-Bukit Fraser. Terdapat pondok penjaga disini.


Menuggu penuh sabar pintu gap dibuka. Kenderaan beratur panjang menunggu giliran.

Semasa di Gap. 9KM untuk sampai ke Farser Hill

Akhirnya sampai di Fraser Hill. Singgah di masjid solat Zuhur. 

Acara bergambar di Fraser HIll.

Muka senyum. Kaki kejang tak hingat.

Antara chalet yang ada di atas Fraser HIll ini.

Balai polis Fraser Hill.


Banyak betul chalet kat sini, padang golf pun ada.



Muka bangga angkat my Corratec. Pekerja indon tengah wat construction kat belakang  jeling semacam je..hoho.







23 Mei 2011

Kayuhan Solo | Genting Highland


Assalamualaikum wbt. 

Diharap anda sihat khabarnya. Entry gua kali ni pulak berdasarkan pengalaman gua solo ride dari rumah gua di Segambut ke Genting Highland via Jalan Gombak. Ada juga yang tak tahu di mana pula Jalan Gombak? 

Haa ni gua nak cerita sikit ni. Jalan Gombak ni merupakan jalan alternatif ke Genting Sempah. Selalunya ramai yang tak akan ikut jalan ni disebabkan jalannya yang sempit dan berbukit. Hanya lori-lori besar sahaja yang melalui jalan ini. Pengguna yang ingin ke Genting Highland  dari Kuala Lumpur kerap kali akan memilih Lebuhraya Karak yang lebih luas dan selamat. 

Dibawah adalah highway Karak. Sayup2 mata memandang. Jalan Gombak kiri kanan dipenuhi hutan tebal. Hutan di mana  Helikopter Nuri TUDM dilaporkan terhempas.Ada Bran?
Solo ride gua ni merupakan acara wajib gua tiap kali cuti semester. Kali ini gua telah memilih Genting Highland sebagai sasaran matlamat gua. Mengapa Genting Highland dipilih? 

Sebab pertamanya dekat dari Kuala Lumpur , lebih kurang 50 KM jugaklah dari rumah gua di Segambut. Yang keduanya dah lama gua tak jejak kaki ke Genting Highland nih. Seingat gua kali terakhir jejak kaki di Genting Highland masa darjah 2 bersama keluarga. Umur sekarang 23 tahun, maka dah berbelas tahun jugaklah. 

Selalu tengok kat TV je lah masa Le Tour De Langkawi, apa yang ada kat atas sana, teringin gak rasa nak naik tengok apa yang ada atas sana (yang confirm kasino mesti ada, terbesar kot di Asia Tenggara).


Bergambar di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah. Di sini terdapat  simpang ke Genting Highland.

Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi dari rumah. Berbekalkan gambaran awal yang diberikan oleh blogger dan Google Maps, dengan beraninya gua memulakan kayuhan. Pada masa itu, apa yang gua bawa adalah dompet yang mengandungi sedikit wang dan IC, botol air, dan hanset. Dalam perjalanan terdetik juga dalam hati, camna nanti kalau di-paw oleh sekian2 orang? Gua hanya mampu memanjatkan doa sepanjang perjalanan. Tiada kuasa dan upaya melainkan yang benar2 berkuasa. Perit rasanya meredah hutan di sepanjang perjalanan bermula dari Hospital Orang Asli,Gombak hingga ke Genting Sempah. Kadangkala terserempak monyet2 di tepi jalan yang seolah2 psycho gua suwuh berenti. Lori2 treler juga menyusur laju memecah keheningan hutan sekali-sekala. Di dalam hati terasa menyesal pun ada, sungguh perit hari itu mendaki di kala matahari di atas kepala. 

Di awal kayuhan ke puncak, berhampiran pos pengawal.

Tepat jam 2 petang, akhirnya gua sampai juga di Genting Sempah. Disini terdapat hentian rehat kepada pengguna2 lebuhraya. Gua berhenti solat dan makan dulu disini. Baru separuh perjalanan ni, puncak Genting yang lebih mencanak menunggu masa untuk ditawan. Selesai urusan makan minum, kayuhan diteruskan. Lagi perit yang ni beb. Segala kudrat gua perah hingga sampai ke puncak. Accomplish or dont begin menjadi azimat. Sambil2 tu amik gambar dulu. Bagi anak cucu tengok, atuk dulu dah sampai puncak Genting Highland. Senja melabuhkan tirai, maka gua pun sampai dengan jayanya. Sesuatu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Cuaca dingin Genting meredakan sedikit kekejangan otot semasa mendaki tadi. My Corratec beraksi cemerlang hari ini. Tiada tayar pancit atau failure yang direkodkan. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

Di rumah Segambut, sebelum memulakan kayuhan.

Selesai solat Maghrib di puncak, ekspedisi menuruni Genting Highland di malam hari melalui Batang Kali memang mengasyikkan. My Corratec meluncur laju di jalan yang gua sendiri pun tak jelas dihadapan. Hanya berpandukan lampu belakang kereta, sesekali gua memotong kereta dihadapan. Memang layan corner habis turun Genting ni. 

Ada juga brader2 motor lalu sebelah tanya " Sorang ke Bang?" jawabku selamba " A'ah". Terkedu mereka seketika. Mungkin dalam pala otak depa "Apa la mamat ni gila naik basikal turun Genting malam2 buta ni?". Ada yang menemani aku hingga ke simpang bawah dengan memberikan bantuan cahaya lampu motor mereka.

Dengan penuh bangga dan lagaknya, bergambar ketka mendaki with my Corratec.

Sampai dibawah (Batang Kali), gua dah tak larat nak kayuh balik. Pancit bai. Gua telefon abah gua mai jemput. Dengan senang hatinya, diorang pun datang la jemput aku. Sangkut basikal kat belakang kereta, kami pun bergerak ler pulang ke Kuala Lumpur. 

Dalam perjalanan pulang, dalam hati aku, 

"kerja giler apa aku dah buat hari ni??"

Tempat menaiki cable car ke puncak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...