Iklan

03 Oktober 2014

Kembara Trans Sumatra : Bukit Tinggi - Danau Toba (Part 4)

Sambungan dari Kembara Trans Sumatra : Lembah Harau & Kelok 9 (Part 3)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari ini merupakan hari ketiga kami berada di Bukit Tinggi. Mengikut rancangan, kami harus bergerak menuju Parapat pada hari ini. Bangun awal pagi kami terus bersiap menuju ke Stesen Aur Kuning untuk mencari pengangkutan ke Parapat iaitu menuju ke Danau Toba. Dari Hotel Asean kami menggunakan motorsikal yang disewa semalam untuk ke stesen Aur Kuning. Jarak dari kota Bukit Tinggi ke Stesen Aur Kuning tidaklah begitu jauh, lebih kurang 5-6 KM sahaja.

Stesen Aur Kuning ni juga merupakan sebuah pasar yang terkenal di kalangan kaki-kaki shopping. Kebanyakan makcik-makcik Malaysia yang datang ke Bukit Tinggi mesti datang ke Pasar Aur Kuning ni untuk sesi memborong telekung, tudung dan sebagainya. Tau-tau je depa ni mana port baik nak borong-memborong ni. Gua memang tak beli apa-apa di Pasar Aur Kuning ni kerana hajat ke sini sebenarnya nak membeli tiket bas ke Parapat. 

Sampai di stesen, kami terus menuju ke kaunter tiket. Ada banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ke destinasi-destinasi utama sekitar Indonesia. Bas ke Jakarta dan Bandung pun ada. Banyak mata-mata yang memerhati kami di Stesen Aur Kuning ini. Rupanya memang jarang orang asing yang datang beli tiket bas sendiri. Ada yang bertanya mahu ke mana. Gua jawab ingin ke Parapat. Ada la brader sorang ni bawa kami ke sebuah kaunter tiket. Layanan brader yang membawa kami ke kaunter tiket ni cukup mesra dan ramah. Gua mula syak ada benda yang tak kena ni. Sangkaan gua tepat. Waktu nak balik, dia paw gua duit sarapan katanya. Entah mana-mana datang pulak member dia sorang lagi minta duit makan. Gua mula mula memang tak nak bagi, tapi dia himpit dan bising-bising macam nak gaduh. Nak tak nak kena hulur la Rp 10,000 seorang.

Di kaunter tiket bas, ada brader lain pulak yang layan kami. Katanya harga tiket untuk ke Parapat dari Bukit Tinggi berharga 210,000 untuk seorang. Kalau naik trafel (minivan yang dikongsi 7 orang) pula berharga Rp 250,000 dan perjalanannya lagi cepat daripada bas. Dengan bajet yang terhad kami mengambil keputusan membeli tiket bas Bukit Tinggi-Parapat sahaja. Katanya bas akan bertolak jam 6.00 petang waktu tempatan. Selesai urusan pembelian tiket, kami kembali semula ke kota Bukit Tinggi.

Pasar Aur Kuning, Bukit Tinggi.

Stesen Bas Aur Kuning, Bukit Tinggi.

Perkhidmatan bas pelbagai jurusan di Stesen Aur Kuning.

Baju-baju yang dipamerkan berhampiran Pasar Aur Kuning.

Kota Bukit Tinggi, Indonesia yang berkembar dengan bandar Seremban di Malaysia. Percantuman budaya yang sama iaitu adat Minangkabau dapat disaksikan dengan jelas.
Balik ke Bukit Tinggi, kami saja meronda kawasan persekitarannya tanpa arah tujuan. Entah macam mana ternampak papan tanda tertulis Taman Panoramana. Kami mengikuti jalan tersebut sehinggalah bertemu dengan Taman Wisata Panorama & Lobang Jepang. Oh di sini la rupanya Lubang Jepang tu. Pernah dengar tapi tak termasuk dalam rancangan untuk ke sini. Bayaran masuk untuk seorang ke dalam Taman Wisata Panorama adalah sebanyak Rp 3,000 tiap seorang. Kami masuk dan melihat pemandangan Ngarai Sianok yang sangat memukau. Patutlah ia digelar sebagai 'Grand Canyon Asia' dengan Gunung Singgalang di latar belakangnya.

Di Taman Panorama ini ada jalan lain menuju ke Lobang Jepang. Gua tak masuk pun, hanya tahu info sikit-sikit pasal tempat ni. Bayaran masuk sebanyak Rp 5,000 pulak dikenakan dan pengunjung akan diiringi oleh guide tempatan. Lobang Jepang adalah bunker peninggalan Jepun suatu ketika dulu semasa penjajahan Jepun di Nusantara sekitar tahun 1942-1945. Kebanyakan buruh paksa yang membina gua atau lubang ini adalah penduduk Indonesia sendiri yang terdiri daripada orang Jawa dan Sulawesi bagi menjaga kerahsiaannya. Lobang Jepang ini agak panjang dan dianggarkan sepanjang 1.5 KM dan apa yang menarik menarik ialah sistem bunyi tanpa gema di dalam terowong telah dibuat ketika lubang disiapkan. Terdapatnya ruang amunisasi, penjara dan ruang sidang dan berek militer hasil tinggalan Jepun.

Taman Wisata Panorama dan Lubang Jepang, Bukit Tinggi.

Anak-anak tangga menuruni Taman Wisata Panorama.

Ngarai Sianok yang dapat dilihat di Taman Panorama ini.

 Ngarai Sianok.

Kedai-kedai kecil di Taman Panorama Bukit Tinggi.

Ngarai Sianok.

Pengunjung tempatan di Taman Wisata Panorama.

Peta Bukit Tinggi.
Kami tidak lama di Taman Wisata Panorama kerana harus memulangkan motorsikal yang disewa semalam di Orchid Hotel pada jam 9.30 pagi. Balik semula ke Hotel Asean, gua terus pulangkan motorsikal di Orchid Hotel yang terletak di kawasan berdekatan. Dah selesai urusan pemulangan motorsikal, urusan check-out dari Hotel Asean pulak pada jam 12.00 tengahari. Kami tinggalkan bag di Hotel Asean dulu untuk rondaan kali terakhir di Bukit Tinggi ni. Berikutan hari ini jatuh pada hari Jumaat, kewajipan fardu ditunaikan di Masjid Nurul-Haq yang terletak tidak jauh dari Hotel Asean.

Dengan masa masih banyak berbaki selepas Solat Jumaat, perut mula terasa lapar. Kami berjalan menyusuri Pasar Atas di mana terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian. Dalam deretan kedai tersebut ada kedai makan yang menyajikan hidangan nasi soto. Gua sempat sebat sepinggan nasi soto. Makanan tu lah yang dapat diterima tekak pun selain nasi goreng. Masakan Padang dan lain-lain memang tak boleh pergi.

Selesai Solat Jumaat di Masjid Nurul-Haq, Bukit Tinggi.

Pekerja-pekerja hotel berdekatan banyak menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul-Haq ini.

Ruang solat Masjid Nurul-Haq.


Ada perkhidmatan jaga kasut sepanjang solat Jumaat di sini.

Golongan fakir di perkarangan Masjid Nurul-Haq seusai solat Jumaat.

Skuter yang menjadi kenderaan utiliti di sini.

KFC Delivery versi Indonesia.

Di salah sebuah warung makan di Bukit Tinggi.

Nasi soto gaya Bukit Tinggi.


Selamba makcik ni junjung dulang atas kepala.

Parking khusus untuk Bendi (kereta kuda)

Suasana meriah di persekitaran Jam Gadang selepas solat Jumaat.

Macam-macam barang diniagakan di sekitar Jam Gadang.

Hujung minggu di Jam Gadang.


Perkhidmatan fotografi.

Gelang-gelangan.

Jam 2.30 petang waktu tempatan, kami baru selesai makan. Ada banyak lagi masa berbaki sebelum bergerak ke stesen bas Aur Kuning untuk menaiki bas ke Parapat yang dijadualkan pada jam 6.00 petang. Pusing-pusing Jam Gadang lagi melihat suasana. Hari Jumaat ni pengunjung lagi ramai daripada hari-hari sebelumnya. Mungkin ramai yang ke Bukit Tinggi pada hujung minggu untuk bercuti. Selama kami di sini jarang jugak nak jumpa orang Malaysia walaupun dikatakan banyak geng-geng makcik Malaysia shopping di sini. Mungkin depa lepak kawasan lain. Tak jauh dari Jam Gadang, di deretan kedai-kedai ada sebuah cyber cafe. Oleh kerana masa masih banyak dan tak tahu nak buat apa dah, kami pun masuk la duduk main internet. Ya, sebahagian pelanggan di cyber cafe ni duduk bersila melayari internet. Kebanyakan budak-budak la yang baru nak belajar apa itu Email dan Facebook. Dalam cyber cafe ni ada jugak disediakan meja pool. Pun budak-budak jugak yang main.

Hanya Rp 3,000 (RM 0.80) sahaja untuk sejam penggunaan komputer berinternet di cyber cafe ni. Laju pun laju. Boleh la google berkenaan tempat yang akan kami tujui iaitu ke Danau Toba. Memang tak ada tempahan hotel atau guesthouse yang dibuat selama kami di Sumatera ni. Hanya ada sebuah buku conteng-conteng dan redah sampai ke sudah. Nak bergerak ke tempat seterusnya baru kami buat research sikit-sikit. Oleh sebab tu kalau ada orang minta itinerary bagai memang gua tak dapat bagi. Memang macam inilah cara gua mengembara.


Tegur adik sebelah. Katanya tengah belajar cara buat Facebook. Kawan ajar.

Geng budak laki pulak main menda alah ni.

Di bahagian sebelah sana ada kerusi, di sebelah sini santai duduk bersila.

Hotel Asean yang tak nampak macam hotel. Lebih kepada rumah tumpangan.

Elok keluaq dari cyber cafe, masuk waktu Asar. Gua solat dulu di Masjid Nurul-Haq tempat gua solat Jumaat tadi. Selesai solat, gua balik ke Hotel Asean. Adik gua dah tunggu di sana. Kami ambil bag yang ditinggalkan tengahari tadi. Dari hotel Asean, kami berjalan kaki kembali ke Masjid Nurul-Haq berhampiran simpang jalan uttama. Ada banyak angkut berwarna merah menuju ke Terminal Aur Kuning. Lambai je tangan dan tanya adakah melalui jurusan Terminal Aur Kuning. Kalau ye terus je naik. Memang himpit-himpit sikit dalam angkut ni. Gua kira ada dekat 10 dalam satu van kecik tu. Selagi boleh sumbat memang dia sumbat. 


Bersumbat dalam angkut.

Menaiki angkut menuju Terminal Aur Kuning.

Ambil penumpang dan turunkan penumpang. Sangkut dalam macet lagi. Setengah jam baru tiba di Terminal Aur Kuning.

Stesen Bas Aur Kuning atau dikenali juga sebagai Terminal Aur kuning oleh masyarakat tempatan.

Minivan dengan pelbagai jurusan perjalanan.

Bas mini yang sedia bertolak ke destinasi di Terminal Aur Kuning.

Kaunter-kaunter tiket bas di Terminal Aur Kuning.


Menunggu bas dengan penuh sabar.
Hampir jam 6.00 petang jugaklah baru kami tiba di Terminal Aur Kuning selepas menaiki angkut dari Bukit Tinggi. Setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak Rp 2,500 untuk perjalanan yang mengambil masa hampir 40 minit. Jalan agak macet di waktu petang dengan kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu pulang dari tempat kerja masing-masing. Turun di persimpangan Terminal Aur Kuning, kami berjalan kaki sedikit menuju ke stesen. Waktu jalan kaki, ada banyak brader-brader yang menghimpit kami menanyakan mahu ke mana. Jenuh nak tepis.

Mengikut tiket bas yang telah dibeli pagi tadi, bas dijadualkan bertolak pada jam 6.00 petang. Pukul 6.00 petang di Sumatera ni dah hampir Maghrib. Tengah-tengah tunggu bas yang berunjung tiba ni, ramai la orang-orang sana yang himpit gua lagi. Gua syak dah ni mesti ada apa-apa lagi ni. Tanya dari mana semua, berapa hari dekat Sumatera ni. Gua malas nak layan sangat dah sebenarnya. Rupanya nak jual cincin. Tunjuk cincin itu ini, gua terus terang cakap tak berminat. Panggil pulak member dia katanya ada batu cincin yang harga asal dekat RM300, tapi nak jual RM50 sebab nak pakai duit. Memang gua malas nak layan. Gua cakap elok-elok memang tak minat. Macam-macam la cara depa nak dapatkan duit lebih-lebih lagi tahu kami dari Malaysia. Gua dah rimas dah ni cakap dengan orang tak reti bahasa. Bas pulak tak sampai-sampai lagi.

25 September 2014

Kembara Trans Sumatra : Lembah Harau & Kelok 9 (Part 3)


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Baru pagi tadi balik menjelajah ke Danau Maninjau, pada waktu petang pula meneruskan penjelajahan ke Lembah Harau dan Kelok 9 juga dengan motorsikal. Balik dari Danau Maninjau, solat di bilik hotel dan terus menuju ke Lembah Harau yang terletak lebih kurang 50 KM dari Bukit Tinggi. Tak ada jalan pintas dari Danau Maninjau ke Lembah Harau yang terletak berhampiran kota Payakumbuh ini. Harus melalui Bukit Tinggi untuk ke sini.

Jalan menuju ke kota Payakumbuh agak sesak dengan kenderaan di waktu petang. Ini mungkin berikutan jalan yang digunakan adalah jalan utama yang menghubungkan kota Bukit Tinggi dan kota Payakumbuh. Berbanding dengan laluan Bukit Tinggi ke Danau Maninjau yang mempunyai beberapa pilihan jalan, jalan utama Bukit Tinggi ke Lembah Harau adalah lebih lurus dan elok. Kami sempat mengisi minyak (bensin) di stesen Pertamina tidak jauh dari kota Bukit Tinggi. Untuk mengisi minyak  di hari biasa pun kena beratur panjang sampai ke jalan besar. Maka tidak hairanlah suasana sesak atau macet yang berlaku tiap kali menjelang Hari Raya di Indonesia.

Beratur bersama-sama penduduk tempatan bagi mengisi minyak di stesen Pertamina.

Akan ada kakitangan atau jurupam yang bertugas mengisi minyak ke dalam setiap motor. Tak ada perkhidmatan layan diri di sini.

Ikon basikal yang menjadi mercu tanda kota Payakumbuh.

Kota Payakumbuh yang merupakan salah satu kota terbersih di Sumatera Barat.

Pemandangan biasa di waktu petang di jalan-jalan utama Sumatera Barat.

Jarak perjalanan dari kota Payakumbuh ke Lembah Harau mengambil masa kira-kira 15-20 minit ataupun lebih kurang 15KM. Kami berhenti dan menanyakan penduduk tempatan bagaimana mahu ke Lembah Harau di kota Payakumbuh. Dari kota Payakumbuh terus sahaja mengikut jalan menuju Pekan Baru. Teruskan perjalanan sehingga ternampak pintu gerbang yang tertera tulisan kawasan wisata Lembah Harau. Terus sahaja masuk dan akan melalui kawasan sawah-sawah padi di kiri dan kanan jalan.

Untuk berkunjung ke kawasan wisata Lembah Harau ini, setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rp 5,000 setiap seorang. Kawasan Lembah Harau ini agak jarang dikunjungi pengunjung luar oleh kerana terletak agak jauh dari Bukit Tinggi. Di Lembah Harau, kita akan menemui keindahan yang memukau di sepanjang jalan. Kawasan yang digelar sebagai 'Yosemite Indonesia' ini mempunyai tebing-tebing tinggi yang mencapai ketinggian hampir 200 meter. Lembah yang subur ini dipenuhi dengan sawah-sawah padi yang menghijau berlatarkan tebing-tebing tinggi yang mengapit lurus.


Selepas melalui pintu gerbang Lembah Harau, anda akan disajikan pemandangan sawah padi yang menghijau.

Sawah padi Lembah Harau.

Jalan masuk ke Lembah Harau.

Pesawah Lembah Harau.

Menghampiri tebing-tebing tinggi Lembah Harau.

Sawah padi di pinggir tebing tinggi Lembah Harau.

Berskuter menjelajah Lembah Harau.

Tebing tinggi di Lembah Harau yang menembus awan.

Aktiviti penduduk tempatan Lembah Harau di kala petang.

Kombinasi tanah pamah dan tebing tinggi di Lembah Harau yang sangat memukau.



Dirgahayu Republik Indonesia yang ke-69 dari Lembah Harau.

Corak unik di tebing Lembah Harau.

Bendera Indonesia yang merentangi tebing Lembah Harau.

Iklan restoran di Lembah Harau.



Di Lembah Harau, terdapat beberapa air terjun yang mengalir dari tebing-tebing tinggi di sini. Diantara 3 air terjun utama di Lembah Harau. 1 terletak di sebelah kiri lembah dan lagi 2 terletak bersebelahan di sebelah kanan lembah. Antaranya ialah Seperti Air Terjun Aka Barayun, Air Terjun Sarasah Aie Luluih, Air Terjun Sarasah Bunta, Air Terjun Sarasah Murni, dan Air Terjun Sarasah Aie Angek. Kami pun entah macam mana tiba-tiba boleh sampai ke kawasan air terjun Sarasah Aia Luluih. Tapi yang sayangnya masa tu air terjun tak deras. Nampak meleleh je kat tebing tu. Di kawasan sekitar air terjun, ada kawasan parking dan peniaga berjualan. Tapi hari dah semakin lewat petang. Banyak kedai sudah ditutup. Parking motor untuk solat di musholla pun dikenakan caj Rp 2,000.


Kawasan sekitar air terjun Sarasah Aia Luluih di Lembah Harau.

Kedai-kedai kecil dan musholla.

Papan tanda arah air terjun yang terdapat di Lembah Harau.

Ada 2-3 orang pekerja kerajaan baru sampai. Sibuk tangkap gambar di kawasan sekitar air terjun Lembah Harau ni.

Tebing tinggi mengapit sawah di Lembah Harau.

Padi yang menguning.

Baju-baju lusuh digantung di sawah padi bagi menghalau burung.

Ada viewpoint di Lembah Harau ni tapi gua tak sempat pergi.
Dari air terjun pertama tadi, kami terus meronda di sekitar kawasan perkampungan Lembah Harau. Tadi kami di kiri lembah, sekarang kami cuba menjejaki ke kanan lembah pula. Ada suatu kawasan yang cantik di mana tempat popular bergambar di Lembah Harau ini. Kelihatan tebing tinggi yang mengapit kawasan sawah yang menghijau. Tidak jauh dari situ, kami menemui Echo Point iaitu tempat di mana gema yang terhasil secara sempurna di Lembah harau ini. Oleh yang demikian, apa yang dijeritkan akan dipantulkan ke tebing tinggi seterusnya bergema hingga kedengaran semula.

Echo point Lembah Harau. Suara akan bergema mengikut apa yang dijeritkan.

Echo point Lembah Harau.
Dari Echo Point, kami mengejar masa menuju ke Air Terjun yang berikutnya di Lembah Harau. Tapi sayang, yang kelihatan hanya air jernih yang meleleh di batu-batu tebing tinggi ini. Kolam di bawah juga kelihatan kotor. Tiada orang ramai mandi-manda di situ pada waktu itu. Mungkin tak kena musim kot. Mengikut info, air terjun akan deras ketika musim hujan. Memang tak ada rezeki nak merasa kesejukan air terjun Lembah Harau ini.


Air terjun yang meleleh.

Kawasan kolam yang kotor.

Nama apa tak tau buah ni. Ke tomato ?

Kanak-kanak riang mengayuh basikal di Lembah Harau.

Selamat tinggal Lembah Harau.

Semakin lewat petang di Lembah Harau.

Panorama biasa yang dapat dilihat di perkampungan Lembah Harau.

Lembah Harau yang tenang.

Tebing tinggi Lembah Harau ibarat lukisan.

Meninggalkan Lembah Harau dengan kenangan.
Dari Lembah Harau kami menuju pula ke Kelok 9 mengikut jalan utama menghubungkan Bukit Tinggi dan Pekan Baru. Kelok 9 yang terletak lebih kurang 20 KM dari Lembah Harau merupakan suatu keajaiban kejuruteraan yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Ia dinamakan sebagai Kelok 9 kerana mempunyai 9 kelok atau selekoh tajam yang berbentuk zig-zag yang menghubungkan dua bukit bersebelahan. Pada masa yang sama, Kelok 9 mempunyai Jambatan Layang yang jaraknya hampir 2.5 Kilometer dan ketinggian mencapai 58 meter.

Jalan Kelok 9 yang merupakan salah satu ikon Sumatera Barat dibina bagi menghubungkan kota Bukit Tinggi dan Pekan Baru. Pada asalnya jalan ini agak kecil dan curam, di mana kenderaan berat harus berganti-ganti melaluinya. Oleh yang demikian, kesesakan sering berlaku di kawasan ini. Dengan pembinaan Jalan Kelok 9 ini masalah kesesakan yang berlaku tiap kali menjelang musim perayaan dapat diatasi.


Bermulanya Jalan Kelok 9 yang menghubungkan dua bukit.

Tiba di Kelok 9 hampir masuk waktu Maghrib.

Jambatan Layang Kelok 9.

Jalan lama di susur kiri Kelok 9 untuk kenderaan ringan.

Jalan Kelok 9 yang mempunyai selekoh-selekoh tajam.

Jalan Kelok 9 yang lebih lebar daripada asal.

Jambatan Layang Kelok 9 sepanjang hampir 2.5 Kilometer.

Berdiri tepi cerun Kelok 9 yang tidak mempunyai penghadang keselamatan agak mengerikan.

Kalau tergelongsor ni terus terjunam ke jalan.

Deretan warung-warung kecil di Jalan Kelok 9.

Warung banyak, tapi orang yang makan memang kurang atau takda langsung.

Kelok 9 yang menjadi persinggahan pengguna jalanraya .

Jalan Kelok 9 terletak di lembah yang dihimpit gunung-ganang.

Jagung bakaq Keluk 9.

Yang lain pun menjual jagung bakar.
Kami tiba di Kelok 9 hampir waktu senja. Masa yang singkat di sini digunakan sebaik mungkin. Waktu Maghrib kami masih berada di Kelok 9. Kelihatan banyak warung didirikan di bahu jalan. Sempat pekena jagung bakar di salah satu warung. Walaupun setongkol jagung berharga Rp 5,000 (RM 1.40) sahaja, tapi kualiti tetap dijaga. Persaingan perniagaan sangat sengit di sini dan Indonesia amnya. Di mana-mana pun depa berebut pelanggan. Kalau nak dibandingkan di Malaysia, harga confirm tak nak kalah dan kekadang tu buat makanan sambil lewa.

Lebih kurang jam 7.00 malam kami beredar dari Kelok 9. Dalam kepekatan malam, kami membelah hutan dan bukit bukau melalui jalan yang sama sewaktu datang tadi. Kami singgah di kota Payakumbuh dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi untuk makan malam. Meriah jugak kota Payakumbuh ni di waktu malam. Banyak kedai atau warung di tepi-tepi jalan. Pekena nasi soto di Pondok Soto Rul di sini. Yang tu lah makanan ruji yang kena dengan tekak pun di Sumatera ni. Tengok nasi Padang pun tak berapa nak lalu. Sebelum balik sempat lagi pekena jus avocado atau dikenali sebagai 'alpulkat' di sini. Sebut avocado haram depa nak paham.

Pondok Soto Rul, kota Payakumbuh.

Selain nasi goreng, satay pun ada di Pondok Soto Rul.

Satay Nanak. Nak ke tak nak je cerita dia.

Persekitaran Jam Gadang malam hari.

Walaupun dah lewat malam, kawasan sekitar Jam Gadang masih meriah.

Kacang Rebus Bukit Tinggi.

Peniaga barangan cenderamata Bukit Tinggi.

Penjual makanan ringan.

Parking skuter depan pintu bilik hotel.
Dari kota Payakumbuh, kami pulang ke Bukit Tinggi lebih kurang jam 9.30 malam. Menaiki motorsikal di waktu malam lebih-lebih lagi di kawasan tanah tinggi seperti Bukit Tinggi tanpa memakai jaket memang membuatkan badan menggigil kesejukan. Jalan utama menghala ke Bukit Tinggi masih lagi sibuk dengan bas dan lorinya. Kebetulan waktu gua pergi bulan Ogos merupakan musim durian di kawasan sekitar Sumatera khususnya Bukit Tinggi. Di kiri kanan jalan boleh nampak banyak peniaga bertenggek dengan longgokan durian hingga larut malam. Teringin juga nak cuba tapi tak berkesempatan.

Sampai di Buki Tinggi, cuaca memang dingin sekali. kami tidak terus pulang ke hotel sebaliknya melepak di kawasan sekitar Jam Gadang. Sambil-sambil tu mencari la fridge magnet untuk dibawa pulang sebagai cenderahati ke Malaysia. Agak mahal fridge magnet di sini, lebih kurang Rp 15,000 seketul. Kami beli la satu dari seorang peniaga berhampiran Jam Gadang.

Waktu larut malam di Jam Gadang Bukit Tinggi masih lagi meriah dengan peniaga. Kebanyakan anak muda melepak di sini sambil bersembang dan bertukar-tukar cerita. Pelancong selalunya akan datang di waktu siang kerana ada banyak tarikan di sekitar Jam Gadang ni waktu itu. Selepas membeli fridge magnet kami terus balik ke Hotel Asean. Motorsikal atau skuter yang disewa siap boleh bawa masuk lagi dalam hotel, parking betul-betul depan pintu bilik. Hampir 200 KM jugak kami meredah perjalanan dengan skuter hari ini meninjau tempat-tempat wisata menarik di sekitar Bukit Tinggi hari ini. Boleh berakar punggung dan sakit pinggang woo !



// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...