Iklan

14 Ogos 2014

Kembara Skuter Raya 2014: Edisi Balik Kampung

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Gua baru kembali ke ibukota setelah beraya sakan di kampung halaman di Kedah hampir dua minggu. Macam biasa raya tiap tahun pun balik Kedah naik skuter. Skuter Nouvo LC ni lah buat pergi kelas kat UiTM tu, skuter ni lah buat pergi kedai beli kelapa dan skuter ni lah jugak buat touring jauh-jauh.

Kalau nak ikutkan memang gua lenjan habis skuter Nouvo LC gua ni selama umurnya yang hampir mencecah 4 tahun hujung tahun ini. Naik Genting Highland dengan skuter ni dah 6-7 kali, Fraser Hill 4-5 kali, tak termasuk perjalanan ke Cameron Highland lagi.

Secara keseluruhannya, skuter Yamaha Nouvo LC ni tak memberikan apa-apa masalah kepada tuannya. Kiranya kalau nak ajak ride jauh-jauh tu masih confident lagi dengan keupayaan jentera automatik gua ni dengan odometer dah mencecah hampir 44,000 KM.

* Fe-feeeling Kembara Bumi Suci.

Gua bertolak balik ke kampung halaman di Sik, Kedah 4-5 hari sebelum raya. Jalan waktu tu masih lancar lagi. Gua ikut Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Lumpur hingga ke Pulau Pinang sebelum pulang ke Kedah pada sebelah malam. Ride atau menunggang skuter balik kampung ditambah pada waktu bulan puasa ni memang banyak ujian dia. Pastikan cukup minum air waktu sahur untuk mengelakkan dehidrasi. 

Gua bertolak pun dah pukul 11.30 pagi tengah matahari tegak atas kepala. Panas woo. Setiap setengah jam gua berhenti di RnR untuk mengisi minyak dan berehat. Dahaga tu memang toksah cerita la. Kadang-kadang cuaca panas terik ni boleh buat kita ber- 'halusinasi'. Gua tabahkan jugak untuk berbuka puasa di Pulau Pinang hari tu. Lebih kurang pukul 7.00 nak dekat Maghrib baru gua sampai di Georgetown, Pula Pinang.

Laluan : 

Kuala Lumpur - Jambatan Kedua Pulau Pinang  - Georgetown - Jambatan Pertama Pulau Pinang - Prai - Permatang Pauh - Kubang Semang - Kuala Ketil - Parit Panjang - Kampung Tupai, Sik.

Persiapan rapi untuk pulang ke kampung halaman dengan skuter.

Servis minyak hitam Nouvo LC dan bersedia untuk memulakan perjalanan menuju ke utara.

Berhenti di stesen RnR Rawang untuk mengisi minyak dan memeriksa angin tayar.

Hentian Rehat Tanjung Malam. Cuaca panas terik.

Berhenti mengisi minyak di Hentian RnR Simpang Pulai

Mencapai kilometer ke 44,444 di pertengahan jalan menuju ke utara.

Air kelapa Bukit Gantang. Singgah beli buat bekalan untuk berbuka puasa.

Dah puas ikut lebuhraya, saja masuk jalan kampung dari Kuala Kangsar ke Taiping.

Terliuq tengok ayaq kelapa tepi jalan.

Dah sampai Penang. Menuju ke Pulau Pinang melalui jambatan kedua.

Laluan motorsikal Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Sebelum bayar tol masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang menuju ke pulau.Setiap sebuah motorsikal dikenakan bayaran sebanyak RM 1.70.

Keadaan sedikit berjerebu di Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala ke pulau.

Di pertengahan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Laluan motorsikal yang lengang di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan jarak hampir 24KM dari hujung ke hujung.

Dah nak sampai pulau. Ikon Jambatan Kedua Pulau Pinang

Selalu tengok orang lain update pasal Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kali ni dapat rasa sendiri dengan menaiki skuter dari Kuala Lumpur.

Singgah Masjid Kapitan Keling untuk berbuka puasa.

Masjid Kapitan Keling di Pualu Pinang yang menjadi tumpuan pelancong.

Waktu berbuka semakin hampir. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat berbuka puasa di Masjid Kapitan Keling.

Sementara menunggu waktu berbuka bersama jemaah Masjid Kapitan Keling

Suasana tenang Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Keunikan Masjid Kapitan Keling.


Persekitaran Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di bulan Ramadhan. Ramai golongan asnaf di perkarangan masjid.

Muatan bertambah setelah membeli-belah di Penanti.
Gua sampai di Kampung Tupai, Sik pun dah hampir pukul 2.00 pagi melalui jalan-jalan kampung yang gelap gelita. Yang syoknya lalu kawasan kampung waktu malam boleh tengok rumah-rumah dihiasi dengan susunan pelita raya. Setelah hampir 14 jam perjalanan dengan skuter Nouvo LC gua, akhirnya sampai juga di kampung halaman. Tak cerita banyak, malam tu sahur siap-siap dan lena hingga ke siang.

Untuk hari kedua kembara berskuter di bulan puasa ni, gua sebenarnya tak ada rancangan apa pun. Terlintas di hati nak tengok dan merasai pengalaman berbuka di Masjid Zahir, Alor Star. Lebih kurang pukul 3.00 petang, gua start enjin skuter dan terus menuju ke Alor Star melalui jalan Gurun. Sebelum tu sempat pulak mengasah tayar di selekoh Gunung Jerai. Gua naik hingga ke Jerai Regency Hill , solat Asar di masjid atas sana dan turun semula ke kaki gunung. Cuaca tak berapa cantik dan sedikit berjerebu. Tak nampak Pulau Bunting dari atas ni.

Gua sampai di Alor Setar pun elok-elok nak masuk waktu berbuka puasa. Tak susah nak cari Masjid Zahir ni bila guna Google Maps. Memang lawa binaan Masjid Zahir ni. Terpegun sat. Kebetulan ada majlis iftar di perkarangan masjid. Memang rezeki gua la hari tu. Selesai solat terawih baru gua balik ke Sik yang jaraknya dari Alor Setar dalam 80 KM. Sempat lagi menyinggah beli jagung berhampiran Gunung Jerai yang dilalui siang tadi. Gua sampai kampung pun dah lewat malam, bawa skuter slow dan santai menghayati keindahan dingin malam. Seronok dengar masjid-masjid bertadarus dan tengok pelita raya yang menghiasi rumah-rumah kampung.


Cermin di setiap selekoh Gunung Jerai.

Corner patah Gunung Jerai.

Selekoh cecah telinga Gunung Jerai.

Sunyi sepi jalan menghala naik ke Gunung Jerai.

Selisih satu-dua buah motorsikal yang turun dari Gunung Jerai.

Jarak dari kaki gunung ke Puncak Jerai lebih kurang 13 KM.


Dah nak hampir sampai ke puncak Gunung Jerai.

Kalau sebelum ni dah dua kali naik Gunung Jerai dengan basikal, kali ni testing naik skuter pulak.

Jalan masuk ke Regency Jerai.

Regency Jerai.

Persekitaran Regency Jerai di Gunung Jerai.

Gunung Jerai yang terletak 986 meter dari paras laut.

Budak Letrik Geocaching.

Gerai menjual buah-buahan dan air tebu di sepanjang jalan Gurun-Alor Setar pada bulan puasa.

Nampak kawasan bendang. Meronda sat.

Golongan asnaf fakir di persekitaran Masjid Zahir.

Masjid Zahir, Alor Setar Kedah.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan menjejakkan kaki di Masjid Zahir ni.

Majlis Iftar di Masjid Zahir.

Masjid Zahir di waktu malam.

Singgah beli jagung rebus Gurun, dekat-dekat dengan Gunung Jerai masa menghala balik ke Sik.

Ada geng rempit kampung bersepah di jalan Jeniang-Gurun masa balik.

Hari seterusnya, hari Jumaat terakhir Ramadhan 1435 H. Lepas solat Jumaat di Kampung Tupai, hati tergerak pulak nak menjelajah daerah Kuala Muda yang juga di negeri Kedah. Nak tengok arca monumen tsunami yang terletak di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda. Kesan bencana tsunami yang melanda hampir 10 tahun lalu masih boleh dilihat di sini. Rumah-rumah yang ranap dan musnah akibat tsunami masih dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

Monumen Tsunami GPS Coordinate :

Latitude : 5°35'10.42"N
Longitude : 100°20'23.66"E

Petang itu gua berbuka puasa di Pulau Sayak yang terletak berhampiran Kota Kuala Muda. Untuk pengetahuan, Pulau Sayak ni terkenal dengan mee udangnya (baca). Gua sempat beli kuih dan air tebu di pekan Kota Kuala Muda sebelum tu untuk dijadikan bekal untuk berbuka nanti. Berbuka la gua sorang-sorang di tepi laut menghadap ke Pulau Sayak sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Singgah solat Asar di Masjid Batu 2, Jalan Kuala Ketil - Sungai Petani.

Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda.


Gua suka Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda ni. Klasik dan tenang ja.

Jelajah berskuter di daerah Kuala Muda.

Pulut udang pakcik ni memang sedap.

Telah mengharungi perjalanan hampir 800 KM dari Kuala Lumpur.

Padi menguning.

Bendang menghiasi persekitaran kawasan Kota Kuala Muda 



Monumen Tsunami Kota Kuala Muda, Kampung Hujung Tepi Sungai.

Terletak betul-betul di simpang menghala ke Pulau Sayak dan Kampung Hujung Tepi Sungai.


Rumah-rumah lama tinggalan kesan bencana tsunami Disember 2004.

Laluan di pesisir pantai Kampung Sungai Muda.


Sawah padi menghala ke Pulau Sayak.

Pulau Sayak terbentang di hadapan mata.

Menunggu waktu berbuka sambil menikmati pemandangan Pulau Sayak.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan berkunjung kembali ke Pulau Sayak buat kali kedua.

Maaf gambar skuter Nouvo LC memenuhi catatan kali ini.


Terdengar suara aneh dari arah sebelah sana. Setelah diselidiki rupanya ada sorang pakcik tengah cari kerang-kerangan.

Nak bergaya sangat dengan skuter tepi pantai ye. Rasakan azab nak keluar balik ke jalan tar. Sangkut dalam pasir.

Pulau Sayak di kejauhan.


Pulau Sayak.

Ada sebuah restoran depan tu, tapi macam tak hidup je. 

Balik dari Kota Kuala Muda, singgah di Kuala Ketil pekena Char Kuey Teow.

Lepas berbuka di Pulau Sayak, gua singgah solat di salah sebuah surau kecil berhampiran Pulau Sayak ni. Memang langkah kanan. Ada kenduri majlis berbuka puasa.

Habis solat, depa pelawa makan nasi pulak. Jadi perhatian pulak gua kat sana dengan dressing seluar jeans dan berbaju t-shirt. Pakcik-pakcik kampung sini pakat tengok gua atas bawah dan tanya mai dari mana. Gua bagitahu la gua dari Kuala Lumpur, balik beraya di Sik, saja jalan-jalan Pulau Sayak ni.

Masa tazkirah pulak depa mention nama gua, katanya ada pelawat dari luar datang tengok kampung kita. Tersipu-sipu malu la kita sat. Haha. Gua solat terawih di surau ni dan kemudian baru balik ke Sik lewat malam. Singgah Kuala Ketil dulu pekena Char Kuey Teow dalam perjalanan pulang.

Bersambung.

26 ulasan:

  1. jauh betul perjalanan ko ni...

    selamat hari raya bro. bendang tu lawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Abam Supermeng Malaya !
      Tak sangka abam sudi singgah di sini. Haha

      Padam
  2. salam..bro..
    selalunya aku silence rider blog hang ja..
    tapi entry kali ni buat aku rasa nak komen pulak..
    serius habat jugak cara ko travell..aku baca smua entry kau..
    berjiwa kental jugak... style.. he..he.
    btw yg trips kali ni moto tu betul2 hang lenjan habis.. betul2 berjasa tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam abam Sobri Yaacob !
      Tak sangka gua ada silence reader.
      Saja nak mencuba sesuatu yang baru kekadang tu.
      Cuma kebelakangan ni nak cuba kembara dengan motorsikal pulak jelajah Malaysia.
      Haha

      Padam
  3. salam Bro
    Kalo xsilap hang solat terawih dekat Masjid Jamek Hj Yusoff, Kampung Bukit Kecil
    aku pun ada time tuh....tp xsangka plak depa mention tuh adalah budakletrik.blogspot
    aku dah lama dok follow blog hang terutamanya pasal travel n backpack

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faizul !
      Yup. Ada solat terawih di sana bulan puasa lepas. Puas hati pekena gulai ikan baru masa buka puasa. Haha. Tak sangka pulak ada orang kenal gua belah-belah Kedah sana nu. Terima kasih kerana mengikuti Budak Letrik !

      Padam
  4. Terbaik lah bro..jelajah lu memang menarik..Nouvo ni kalau naik 2 org stabil x? Kalau langgar lubang ke, jalan xrata ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembara biasa-biasa ja dalam Malaysia ni. Nouvo LC ni biasa la skuter kecik, naik dua orang kalau langgar lubang tu bergegar jugak kepala otak.

      Padam
  5. nasib sya perempuan, kalau dak mmg nak ride mcmni. tp xdiizinkan. apakan daya..
    Lawa moto... cuma nak tanya, awak guna tayar saiz apa? nak tukaq tayar baru jugak..lepas tgk entry ni, terasa nak buat kerja gila pulak ni.. hahaha tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak izin dari mak elok-elok. Insyaallah dia bagi ride. Haha.

      Saya guna tayar biasa-biasa ja. Duro atau FKR selalunya. Saiz tayar belakang 90/90, kalau depan pulak 80/90. Besar sikit dari tayar asal.

      Btw kampung di mana? Kalau di Kedah boleh ride balik sekai. Hiks.

      Padam
  6. kalau ikut apa yg dikongsikan...bertambah keyakinan sy untuk membeli moto ni...tq bang

    BalasPadam
  7. Assalam...rsa yakin plak esok nk blik kmpung bawa egos stlh bca entry abg ni
    Mna xrisau nya kwn smua kta skuter xleh jln jauh mklumlh sya ni pompuan
    Nk blik dri kuantan ke JB bkn nya dekat..blh bgitau ape jer persiapan kita nk jln jauh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Insyaallah, takda apa masalah nak bawa skuter untuk jalan jauh balik kampung.

      Persiapan tu tak ada apa sangat. Biasanya check minyak hitam. Kalau perlu, tukar. Itu je. Lain-lain takda masalah.

      Padam
  8. assalam bang, ingat raya ni nak gerak dari kl ke jb naik ego lc. rasa nya nk kena bawak tong minyak spare ke tak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Tak perlu kot rasanya. Nak senang buat camni, isi penuh minyak masa mula-mula nak jalan. Setiap 100KM cari stesen minyak walaupun minyak ada lagi. Jadi takda masalah.

      Padam
  9. Salam bro...wa respek lu kental naik skuter utk long distance....ada masa kita ride sama2 sebab gua lum pernah jalan jauh naik skuter....gua guna sum 250cc....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Harus cuba bro naik skuter kembara jarak jauh !

      Pedulikan apa yang mereka kata !

      Padam
  10. Salam Bro.. Terbaik bro travel kaw hehe rasa mcm maw buat juga nie hihi.. salam belting dari NLC Sabah Peace YOO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Salam 1 belting NLC Sabah ! Hihi.

      Padam
  11. nak jugak .. bila laa nak tercapai nie ��

    BalasPadam
  12. Terbaik..gua pun guna lc nouvo 135.

    BalasPadam
  13. Jauhnya jln. Msh guna lg ke di thn 2020 ni? Pepun blog best sbb rajin letak gambar dn ada cerita setiap gambar👍

    BalasPadam
  14. Salam, saya nak tau berapa kali isi minyak dari kl ke kedah? Nak try jugak balik naik motor, tapi takut tak sempat sampai rnr minyak habis. Hehe. Saya baru beli Nouvo lc 135 secondhand.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...