Iklan

08 September 2014

Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur 2014

'Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur' atau juga dikenali dengan nama 'KL Car-Free Morning' adalah salah satu aktiviti riadah yang berlangsung di ibukota Kuala Lumpur pada setiap pagi Ahad pertama setiap bulan. Aktiviti sihat anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini telah dimulakan dari bulan Januari 2014 lagi. Jalan-jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur ditutup dari jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi bagi memberi peluang kepada penduduk kota melakukan aktiviti seperti berbasikal, berjogging, berkasut roda dan pelbagai lagi. Kempen ini adalah antara langkah untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar di samping mempromosikan gaya hidup sihat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Gua sempat mengikuti kempen ini Ahad lepas dengan berbasikal. Kalau ikutkan hati dah lama nak join aktiviti macam ni tiap hari Ahad, tapi asyik terlajak je tidur hari minggu. Baru sekarang berkesempatan join 'Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur' ni. Seronok sebenarnya dapat kayuh ramai-ramai dengan orang awam di jalan-jalan besar sekitar KL. Bulan depan mesti datang lagi. Insyaallah.



Berbasikal di sekitar Kuala Lumpur sempena 'Pagi Bebas Kenderaan KL 2014'

Geng-geng 'roller blade' juga mendominasi jalanraya Kuala Lumpur.

Jalan-jalan utama Kuala Lumpur yang ditutup.

Aktiviti sihat pada Ahad minggu pertama setiap bulan.

Bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi.

Berhampiran Maju Junction.

Tak kisah apa jenis basikal pun boleh sertai KL Car Free Morning.

Penguatkuasa DBKL turut berbasikal.


Add caption

Anak-anak kecil turut serta berbasikal.

Kawasan port bergambar di KLCC.

Para peserta melalui Jalan P Ramlee berhampiran KLCC.

Tidak kira kaum atau bangsa.

Ini pulak geng longboard. Layan juga tengok diorang naik.

Bicycle may change, but cycling is timeless.

Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selalunya nampak sesak dengan kenderaan, tapi pagi Ahad nampak sesak dengan orang ramai beriadah.

Unit pancaragam DBKL sedang melakukan persembahan di jalan utama berhampiran Sogo.

Papan tanda 'Pagi Bebas Kenderaan KL' untuk makluman orang ramai.





Pusingan kedua.


Di sebelah Dataran Merdeka ada larian Team Malaysia Fan Run.


Para peserta merehatkan diri di perkarangan bangunan DBKL Kuala Lumpur.

Anggota polis yang menjaga lalulintas sempena 'Pagi Bebas Kenderaan KL'.





Dah penat kayuh boleh pekena air isotonik 100 Plus percuma.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...