Iklan

18 Disember 2014

Duo Ride Pantai Timur (Hari 4) : Sik - Penang - Kuala Lumpur


Sambungan dari Duo Ride Pantai Timur (Hari 3) : Bachok-Kota Bharu-Gerik-Sik




* Peta tak berapa betul sebab kami pi Penang naik feri, balik baru ikut jambatan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari ini masuk hari keempat dan hari ini juga merupakan hari terakhir pengembaraan bermotosikal kami. Rancangannya hari ini kami perlu balik semula ke Kuala Lumpur, memandangkan Shahrul akan bekerja pada keesokkan harinya di Seremban. Sebelum pulang ke ibukota, kami mengambil kesempatan menyinggah dulu di pulau mutiara, Pulau Pinang. Dah alang-alang berada di utara Semenanjung, rasa bersalah dan rugi pulak kalau tak lajak ke Penang pekena ais kacang Chowrasta. Haha.

Dari Kampung Tupai, Sik kami bergerak agak lewat, kira-kira jam 11.00 pagi. Masing-masing agak keletihan semalam, semua boleh pulak bangkit tidur lambat hari ni. Ditambah pulak tayar motor gua yang pancit pagi tu, ambil masa sikit kena menapak cari kedai motor untuk proses menampal tayar. Cucuk cacing kena RM 3.00, baru boleh menunggang kembali dengan selesa. Kalau tak semalam, dok risau dengan tayar yang asyik kurang angin dari Jeli.


Tayar motor pancit habis. Masa ikut jalan Jeli-Gerik-Baling semalam pun angin asyik kurang.

Cucuk cacing di tayar depan kena RM 3.00. Selesai masalah.

Shahrul pun buat-buat sibuk tambah minyak hitam motor dia.

Tambah minyak hitam yang berkurangan selepas perjalanan jauh.

Shahrul sempat singgah bundle cari jaket. Panas katanya.

Boleh siap shopping jaket bundle lagi dekat kampung gua.

Makan tengahari dulu di pekan Batu 5, Sik sebelum bergerak ke Penang.


Bersiap memulakan perjalananan dari Sik ke Pulau Pinang.

Matahari dah tegak atas kepala baru kami mulakan perjalanan. Dalam perjalanan dari Sik ke Penang melalui BKE (Kulim-Butterworth Expressway), cuaca yang panas terik pada mulanya bertukar hujan renyai-renyai bila tiba di persimpangan Penanti. Dalam kesejukan dan kebasahan tu, kami singgah di salah sebuah gerai air tebu yang ada di tepi persimpangan jalan susur masuk ke BKE. Dalam dingin-dingin macam tu boleh lagi pekena ayaq tebu sorang sebungkuih ! Saja sembang dengan abang jual ayaq tebu sementara menunggu hujan reda sedikit. Masa tu pun dah dekat nak masuk waktu Zuhur. Rehat bukan main lama, sedangkan Penang pun tak nampak lagi ni.

Bila jalan dah clear sikit, kami menyambung perjalananan hingga ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth. Jarak dari Kampung Tupai, Sik ke Butterwoth ni taklah begitu jauh, sekitar 80 KM sahaja tapi rilek punya pasal mau dekat 2 jam baru sampai. Betul-betul ride santai hari ni. Lagipun tak ada apa nak dikejarkan, yang penting sampai di Kuala Lumpur nanti.

Singgah pekena ayaq tebu di simpang Penanti.


Kalau naik kereta boleh selamba redah dalam hujan, kalau naik motor macam biasalah.

Berhenti lagi. Kali ni di Stesen Petronas Seberang Jaya berhampiran Sunway Carnival Mall.

Nampak kawasan pelabuhan tu kira dah sampai Terminal Feri Sultan Abdul Halim la tu.

Kali ketiga Nouvo LC gua naik feri ke Penang.

Tambang feri sebanyak RM 2.00 dikenakan untuk sebuah motorsikal.

Tak kisah naik feri ka jambatan ka mesti bayar tol untuk ke Penang. 

Perkhidmatan feri yang menjadi ikon Pulau Pinang.

Menunggu giliran masuk ke dalam feri.

Ruang menunggu bagi motorsikal yang agak lengang pada hari bekerja biasa.

Deretan motorsikal menunggu feri tiba untuk ke Pulau Pinang.

Setiap mod pengangkutan dikenakan tambang yang berbeza untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Tambang feri sebanyak RM 2.00 dikenakan untuk sebuah motorsikal dan RM 7.70 bagi sebuah kereta. Jadual kekerapan feri pula sekitar setengah jam sekali. Sekarang ni jarang orang nak naik feri melainkan pelancong dari luar negeri Pulau Pinang itu sendiri. Dengan terbinanya jambatan kedua, orang ramai yang berulang-alik dari tanah besar ke Pulau Pinang atas urusan kerja lebih gemar menggunakan jambatan kerana ianya lebih cepat dan tidak membuang masa menunggu feri. Kalau yang naik feri ni style-style kami ni je, nak santai-santai ambik angin mengimbau kenangan lalu.

Selalunya kereta yang akan diberi keutamaan untuk masuk dulu ke dalam feri. Ada la petugas yang memberi arahan kepada pemandu untuk masuk ke dalam ruangan parkir di dalam feri. Kalau tak ada siapa jaga gua syak boleh senget feri. Kereta akan masuk ke bahagian tengah feri dulu dan kemudiannya baru di ruangan kiri dan kanan feri. Akhir sekali baru motorsikal masuk di bahagian belakang feri. Semasa feri dah bergerak meninggalkan jeti, boleh la turun dari motorsikal dan feeling-feeling Titanic menghadap laut.


Aktiviti bebas apabila feri sudah bergerak.

Butterworth atau atau juga dikenali Bagan merupakan sebuah bandar pelabuhan.

Feri-feri yang dalam proses baikpulih.

Dulu duduk Permatang Pauh rajin jugak ke Penang naik feri. Tak gemar guna jambatan.

Feri Pulau Kapas yang berwarna biru.



Geng abang-abang dan pakcik-pakcik yang menggunakan perkhidmatan feri ke Pulau Pinang atas urusan kerja.

Lepak dulu tunggu habis kereta keluar dari feri, baru giliran motor pulak.

Bersedia nak keluar dari feri di Terminal Raja Tun Uda, Georgetown.


Selisih dengan feri lain.


Feri akan menurunkan kenderaan di Terminal Feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay, Georgetown. Dengan pengalaman belajar di Pulau Pinang hampir tiga tahun semasa diploma di UiTM Permatang Pauh dulu, gua tahu la sikit-sikit selok belok jalan di Pulau Pinang ni. Tak perlu Google Maps. destinasi pertama yang dituju adalah Pasar Chowrasta. Kalau orang luar yang berkunjung ke Penang ni mesti tuju ke Pasar Chowrasta ni untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Antara buah tangan yang popular adalah jeruk. Macam-macam jenis jeruk ada di Pasar Chowrasta ni. Jeruk salak la gua punya favourite. Sembang jeruk tapi kami tak beli pun jeruk. Ceritanya nak pekena Ais Kacang Penang Road. Dekat-dekat ja dengan Pasar Chowrasta. Kalau mai Penang, inilah tempat yang gua wajib singgah.

Nak cari Cendol dan Ais Kacang Penang Road yang popular ni tak susah. Cari je Pasar Chowrasta tak pun Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, dia ada area-area situ dekat dengan Komtar. Ais kacang ni terletak betul-betul di lorong kecil bertentangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang sederet dengan Pasar Chowrasta. Ada dua warung cendol dan ais kacang di kawasan tu, kalau dari jalan besar memang tak nampak. Kalau tak tahu sangat, tanya orang setempat. Kalau pergi hari minggu atau musim perayaan memang penuh orang, beratur berbaris nak makan ais kacang punya pasal. Jangan ingat ada tempat duduk elok-elok atau layanan mesra, mana sempat duduk la, tak sempat makan la hangpa berdiri.

Bandaraya Pulau Pinang yang sibuk dengan kenderaan.

Beli jaket bundle tadi bukan main, dah hilang entah ke mana.

Port wajib bila ke Penang, Ais Kacang Penang Road.

Parking motor elok-elok, terus serbu ais kacang.

Hari waktu bekerja biasa tak ramai sangat. Cuba pergi hari minggu , jem semua nak makan ais kacang !

Lorong kecil ini yang menempatkan ais kacang dan cendol terbaik di Penang. 

Penang Road Famous Teochew Cendol dan Ais Kacang. Pua Chu Kang pun makan sini !

Ais kacang satu mangkuk RM 2.50 tapi puas hati. Pekerja pun ramai.

Kami pekena ais kacang di warung bertentangan dengan Penang Road Famous Teochew Cendol tu tadi.

Tak kedekut bahan Ais Kacang Penang Road ni.

Rezeki sang musafir. Uncle yang duduk semeja belanja kami bila dapat tahu kami ride ke Penang semat-mata untuk pekena ais kacang.

Tak pasti jual apa ni.


Dah sudah makan ais kacang di penang Road, tanpa membuang masa kami meronda di sekitar Masjid Kapitan Keling dan Penang Street Art di Lebuh Armenian. Bulan puasa sebelum raya hari tu gua mai dah dengan Nouvo LC gua, tak sangka diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki lagi di Masjid Kapitan Keling ni. Kami tak masuk pun, hanya berlegar-legar di halaman masjid. Tak jauh dari Masjid Kapitan Keling, ada Lebuh Armenian yang menempatkan banyak hasil-hasil karya jalanan. Saja bawa Shahrul meronda melawat kawasan. Sempat kami berhenti di beberapa kawasan mengambil gambar. Kebetulan ramai jugak pengunjung pada hari tu. Tak dan la nak posing bagai.



Nouvo LC di Masjid Kapitan Keling buat kali kedua.


Suasana petang yang agak syahdu.

Melepak sekejap di perkarangan Masjid Kapitan Keling.

Senibina Masjid Kapitan Keling yang begitu indah.

Lebuh Bungkingham.

Arca jalanan di Lebuh Cannon.

Nampak menara tinggi tu? Tu menara Masjid Jamek Lebuh Aceh.

Berhenti lagi di persimpangan Lebuh Cannon mencari street art.

Bangunan-bangunan kedai lama di Lebuh Cannon.

Perkhidmatan sewa basikal untuk pelancong di Pulau Pinang.

Seni jalanan Ernest Zacharevic yang mendapat perhatian pengunjung untuk ke Pulau Pinang.

Street art ini terletak di Lebuh Ah Quee.

Ingat nak bawa motor posing sebelah arca motor tu, tapi orang ramai sangat nak bergambar.

Kena ambik nombor giliran untuk bergambar dengan hasil karya jalanan di Penang ni.

Tiba-tiba jumpa pasar karat dekat-dekat Lebuh Armenian.

Barang-barang antik yang boleh ditemui di pasar karat.

Pasar karat ni macam di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, tapi bukan di sana.

Hangpa nak cari apa, semua ada la di pasar karat ni.

Buat-buat sibuk di pasar karat.

Ramai jugak pengunjung pasar karat Lebuh Armenian ni.

Barang-barang terpakai seperti bag tangan dan pakaian dijual dngan harga murah.

Para peniaga mempamerkan barang jualan di kaki lima jalan.

Berhenti tengok suasana pasar karat Lebuh Armenian.

Boleh tawar menawar. Nego until letgo.


Sampai ke petang jugaklah kami berjalan meronda Pulau Pinang. Masa waktu puncak orang balik kerja, masa tu jugaklah baru kami nak kembali ke tanah besar. Kali ni tak naik feri balik, kami ikut jambatan pertama Pulau Pinang. Cerita awal tadi nak cuba jambatan kedua di Batu Maung tapi Shahrul ajak cari makanan istimewa Pulau Pinang pulak. Gua syorkan pekena Char Kuey Tow Permatang Pauh dekat-dekat UiTM gua dulu tu. Nak dijadikan cerita bila sampai di Butterworth, hujan lebat turun. Kami sempat la berteduh di Masjid Jalan Baru dekat-dekat Taman Pauh.

Solat Jamak dan Maghrib sekali di Masjid Jalan Baru, elok hujan berhenti lepas Maghrib. Dok sembang nak balik Kuala Lumpur siang tadi ni boleh lajak sampai ke malam. Kami pekena Char Kuey Teow dulu, dah dekat pukul 10.00 malam baru berkira-kira nak bergerak. Isi minyak di Shell Permatang Pauh dulu penuh-penuh, dan masuk terus ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membelah kegelapan malam. Agak mencabar naik motor lewat malam di lebuhraya ni bilamana hujan renyai-renyai pulak turun dan lebuhraya pulak baru diturap. Gelap-gelita ! Lori dan treler yang berselisih dengan kami bukan kemain laju malam-malam ni, memang depa bermaharajalela waktu malam. Tu yang malas nak ikut lebuhraya sebenarnya. Tapi dah nak cepat sampai terpaksalah juga ikut.

Satu hentian rehat sahaja kami berhenti malam tersebut iaitu di RnR Simpang Pulai. Masa tu pun dah dekat pukul 2.00 pagi. Pekena kopi dulu bagi cerah mata sikit. Kami ride santai sahaja, tak laju sekitar 70-80 KM/J sahaja. Memang boleh jimat minyak berbanding pulas perah sampai 100 KM/J. Dah nama pun skuter, mana la boleh pergi laju-laju. Kami sampai di Tol Jalan Duta Kuala Lumpur hampir jam 5.00 pagi. Rasa macam tak percaya kami dah habiskan pengembaraan bermotosikal sejauh 1500 KM dalam masa empat hari melalui pantai timur Semenanjung Malaysia. Masing-masing rasa teruja dan kepuasan dengan pencapaian ini. Ia sebenarnya bukan berkenaan motorsikal apa yang anda guna, tapi keinginan anda untuk mencuba. Dah berkira-kira dengan Shahrul untuk menjelajah Mae Hong Son a.k.a 1000 Corner di utara bumi Thailand sikit masa nanti. Mu tunggu kami datang !


Singgah lagi di Jambatan Pulau Pinang.

Kenderaan yang bertali-arus di waktu puncak.

Nouvo LC gua berlatarkan air laut yang menghijau di Jambatan Pulau Pinang.

Hentian rehat di Jambatan Pulau Pinang.

Yamaha Nouvo LC dan LC135 berjaya menamatkan perjalanan sejauh 1500 KM merentasi banjaran Titiwangsa.

Checkpoint terakhir di Plaza Tol Jalan Duta.
Duo Ride Pantai Timur Tamat.




Bajet Duo Ride Pantai Timur (Minyak & Penginapan)

Isian minyak

  • BHP Jalan Kuching : RM 11.40 (+ simpanan minyak dalam botol)
  • Shell RnR Tapah : RM 5.00
  • Shell Brinchang, Cameron Highland : RM 6.00
  • Petronas Gua Musang : RM 6.00
  • Shell Kuala Terengganu : RM 7.00
  • Petronas Kota Bharu : RM 12.00 (+ simpanan minyak dalam botol)
  • Petronas Jeli : RM 5.00
  • Petronas Gerik : RM 5.00
  • Petronas Parit Panjang, Sik : RM 7.20
  • Shell Permatang Pauh : RM 5.00
  • Petronas RnR Simpang Pulai : RM 5.90
  • Petronas RnR Ulu Bernam : RM 6.00
Jumlah : RM 81.50

Penginapan

  • Anak Rhu Chalet, Pantai Melawi Bachok : RM 20.00

7 ulasan:

  1. teruskan weh, sampai london

    -hannan-
    -www.kembaraankamuda.com-

    BalasPadam
  2. wahh konvoi moto cm ni best....
    lama xp char keuw taw permatang pauh tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Char Kuey Teow Permatang Pauh paling sedap setakat ni. Haha

      Padam
  3. Mcm best je 1000 corner tu...bila agak2 nk pegi tu?

    BalasPadam
  4. Terbaekk bro...saya baru nak jelajah banjaran 24 October ni...dari kl naik ke grik....destinasi saya Kuala Terengganu...saja ikut grik...eheheh...
    Kalau free boleh jenguk2 :-
    hfzchp.blogspot.com

    BalasPadam
  5. bang...say anak follow 1000 corner.

    boleh bagi address fb

    BalasPadam
    Balasan
    1. email saya safwan@sirim.my

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...