Iklan

02 November 2015

Promosi RM5 Hop On Hop Off Kuala Lumpur

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you



Hop On Hop Off Kuala Lumpur? Natang apa tu? Sejenis makanan ala-ala hipsterkah?

Perkhidmatan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur merupakan salah satu cara alternatif untuk melihat Kuala Lumpur. Pelancong luar dan tempatan boleh menggunakan perkhidmatan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur ini untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Hangpa mesti selalu terserempak dengan bas dua tingkat berwarna-warni ni semasa berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Selalu hangpa nampak mat saleh dok bersidai di atas ruangan terbuka atas bas. Dalam hati mesti terpikir, syoknya kalau dapat naik. Hangpa simpan angan-angan tersebut sebab tak mampu nak beli tiket yang berharga RM19 seorang.

Bagi penghuni ibukota Kuala Lumpur, abang syak ramai lagi yang belum pernah cuba naik perkhidmatan Bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur (HOHO KL) ni termasuklah abang sendiri. Apatah lagi makcik dan pakcik di kampung-kampung.

Nah sekarang bagi yang kurang berkemampuan tapi berkeinginan untuk menaiki bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur ini, ada promosi untuk pemegang Mykad warganegara Malaysia. 

Tiket biasa Hop On Hop Off Kuala Lumpur yang berharga RM19 boleh dibeli dengan harga RM5 sahaja bermula awal September lalu sehingga penghujung November 2015. Janji anda kena daftar online dulu di laman web Hop On Hop Off.

Bukan hanya untuk Hop On Hop Off Kuala Lumpur sahaja, Hop On Hop Off Penang pun ada jugak promosi RM5 ni. 


Tiket bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Tulis RM19, tapi dah ada promosi bayar RM5 sahaja.


Meh abang cerita dan kongsikan panduan nak dapatkan tiket promosi RM5 Hop On Hop Off Kuala Lumpur ni.

  • Pertama sekali hangpa buka lama web Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Kalau hangpa nak naik yang Penang, buka laman web Hop On Hop Off Penang. Dua bandar ni ja ada perkhidmatan bas ni. Jangan gatai cari Hop On Hop Off Seremban ke Kuantan ke, memang tak dak.
  • Hangpa daftar la dekat dalam laman web tu. Isikan nama, no kad pengenalan dan butiran-butiran lain yang diminta dan kemudian hantar. Kemudian periksa e-mail anda. Akan ada e-mail yang dihantar dari pihak Hop On Hop Off. Cetak email tersebut dan bawa ketika mana anda nak naik bas.
  • Hari yang hangpa nak naik bas, hangpa tunggu ja mana-mana hentian Hop On Hop Off. Senarai hentian hangpa boleh semak dalam laman web. Contoh, macam Istana Budaya. Masa naik bas, tunjuk salinan e-mail yang anda dah cetak sebelum ni pada konduktor bas dan sediakan RM5. Kalau dia minta kad pengenalan bagi.

Itu ja yang kena buat? Ya, itu ja prosedurnya. Mudah bukan?

Lagi satu. Kalau hangpa nak bawa anak-anak berumur bawah 5 tahun, ianya percuma !

Kenapa dinamakan Hop On Hop Off? Ini kerana anda dapat turun dan naik balik sesuka hati di setiap perhentian. Contoh anda turun di KLCC. Lepak la 2-3 jam kemudian naik semula bas lain yang tiba di stesen hentian. Setiap bas akan tiba dalam tempoh selang 20-30 minit.

Tempoh masa sah tiket adalah dalam tempoh masa 24 jam. Taknak turun, nak lepak seharian dalam bas pun takpa. Katakan anda naik pukul 3.00 petang, keesokan hari sebelum 3.00 petang pun hangpa boleh naik lagi. 

Rancang betul-betul nak naik bas ni di mana kerana satu pusingan lengkap mengambil masa lebih 2 jam setengah. Bas Hop On Hop Off ini pulak beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, tujuh hari seminggu.

Abang sempat bawak mak ayah abang ikut abang pusing Kuala Lumpur naik bas Hop On Hop Off ni. Kami naik pun dah lewat, dekat pukul 5.45 petang di Istana Budaya. Kenapa naik di sana? Saja, senang parking motor sikit di sini berbanding kawasan lain seperti Bukit Bintang yang sesak.


Tingkat atas bas Hop On Hop Off penuh dengan pelancong.

Ruang tempat duduk di tingkat bawah tidak sebesar di tingkat atas bas.

Ruang berdiri yang luas di tingkat bawah bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur.

Tangga untuk naik ke tingkat atas bas.

Bas sampai di KLCC. Ramai pelancong mat salet turun di sini.

Ada wifi dalam bas. Bolehlah sekadar nak main Whatsapps.

Hujan renyai-renyai masa sampai Bukit Nenas untuk ke Menara Kuala Lumpur.

Hujan membantutkan rancangan nak naik ke tingkat atas bas.

Tukar posisi tempat duduk.

Duduk dalam bas pekena aircond tak berapa nak feel.

Dinamik ruangan bas Hop On Hop Off KL.

Alhamdulillah. Jerebu dah tak ada, hujan pulak.

Geng hoki dari Mesir.

Akhirnya dapat naik ke dek terbuka tingkat atas bas Hop On Hop Off KL.

Sampai Bukit Bintang, pelancong mat saleh semua turun.

Tingkat atas bas Hop On Hop Off yang penuh dengan pelancong tadi terus lengang.

Hujan dah reda, tapi kerusi masih basah.

Semua pakat suka duduk depan.

Bas memasuki Jalan Changkat Bukit Bintang.

Tu dia kelab-kelab malam.

Pemandu bas yang dah biasa lalu kawasan ni akan elak dahan-dahan pokok yang sipi-sipi nak kena bas.

Senja di atas bas.

Konduktor bas Hop On Hop Off akan membuat pengumuman stesen hentian mana yang kita sampai waktu tu.

Bebas untuk sesi bergambar di atas bas. Berhayun pun berhayunlah.

Menuju Petaling Street.

Melihat Chinatown dari sudut berbeza.

Bas Hop On Hop Off menuju ke KL Sentral.

Menara Shell. Sebelum ke KL Sentral, bas berhenti di Little India.

Lampu lip lap lip lap KL Sentral.

Bila malam, Muzium Negara semua dia dah tak berhenti dah.

Tiba-tiba hujan lebat. Semua berlari masuk ruangan berbumbung dalam bas.

Tingkat atas ada dua ruangan. Satu ruangan tertutup berhawa dingin dan satu lagi di luar.

Tinggal kami dan geng Pak Arab ja dalam bas.

Dekat pukul 7.45 malam, tak ada sapa dah naik bas. Hujan lebat sama. Kami bagitahu dekat drebar bas nak turun di Istana Budaya semula.


Tak puas hati naik lewat petang ni. Tak dan puas. Hujan pulak tu. 

Ada 23 stesen atau hentian di mana bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur ini akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang. 

Antara senarai perhentian tersebut mengikut urutan adalah,

  1. Pusat Pelancongan Malaysia a.k.a Malaysia Tourism Centre (MaTiC);
  2. Menara Kuala Lumpur 
  3. Jalan P. Ramlee
  4. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur & Aquaria
  5. Pusat  Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
  6. Bintang Walk
  7. Tengkat Tong Shin
  8. China Town (Petaling Street)
  9. Pasar Seni a.k.a Central Market
  10. Little India (Brickfields)
  11. KL Sentral;
  12. Muzium Negara
  13. Istana Negara
  14. Taman Tasik Perdana
  15. Taman Burung KL
  16. Masjid Negara
  17. Dataran Merdeka
  18. Medan MARA
  19. Jalan Raja Laut
  20. Bulatan Pahang (Pekeliling/Terminal Titiwangsa)
  21. Istana Budaya
  22. Citibank
  23. KLCC
Tak kisah hangpa nak naik di mana pun. Setiap stesen ada ditandakan dengan nombor masing-masing. Takyah takut, bas Hop On Hop Off ni akan buat satu pusingan lengkap. 

Akan tetapi selepas jam 4.30 petang bas ini dah tak singgah atau berhenti di Istana Negara dan Tugu Negara oleh kerana kawasan tersebut telah ditutup untuk lawatan orang ramai. Jadi yang rancang nak ke Istana Negara sebolehnya naiklah bas seawal pagi untuk ke sana.

Keesokkan harinya abang naik semula bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur ni. Tiket semalam boleh diguna pakai lagi sampai pukul 6.00 petang Kali ni abang naik awal sikit, pukul 2.00 petang di Masjid Negara.


Tak ramai sangat orang naik bas Hop On Hop Off ni hari Ahad berbanding 

Dari Masjid Negara, bas Hop On Hop Off KL terus ke Dataran Merdeka.

Baru nampak kelibat orang Malaysia atas ni.

Port abang sama ja macam semalam. Belakang belah kiri.

Bank Negara.

Menara DBKL.

Oleh kerana Dataran Merdeka ada acara 'Pesona Terengganu', bas berhenti di hentian alternatif di sebelah dataran Menara DBKL.

Yang nak jalan-jalan KL tak nak bawa kereta sesuai sangatlah naik bas ni. Parking pun tak kena. Senang.

Melalui Jalan Raja Laut.

Hentian Medan Mara. Boleh berhenti lepak Jalan TAR atau Sogo dulu

Awek-awek Korea turut memeriahkan majlis.

Kedai mainan Jalan Raja Laut.

Nampak bumbung bas lain ja.

Boleh berhenti nak pi Chow Kit.

Bas Selangor juga tak nak kalah.

Perhentian Pekeliling.

Bergerak ke Istana Budaya.

Bas melalui Jalan Tun Razak.

Istana Budaya. Salah satu lokasi hentian Hop On Hop Off KL.

Geng lain pulak naik. Servis bertukar tangan.

Pemandangan macam ni yang selalu dicari mat saleh.

Auntie ni duduk tempat aircond sebelum tu boleh meluru keluar bila tengok pemandangan macam ni.

Asal ada nampak KLCC dari jauh pun jadi.

Bukan kata mat saleh, abang pun teruja sekali. Padahal dok lalu selalu.

Metropolitan Kuala Lumpur.



Lalu bawah terowong.

Menuju ke KLCC.

Lepas hentian Citibank, baru hentian KLCC.


Hentian bas Suria KLCC.

Menara Berkembar Petronas.

Buat 'perhaq' sikit atas bas.

Para penumpang tidak melepaskan peluang mengambil gambar di KLCC.

Bermacam aksi ada.

Bas berhenti 5 minit di KLCC bagi peluang kepada pelancong ambik gambar.

Perjalanan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur diteruskan ke hentian MATIC.

Pepohon redup di Jalan Ampang.

Stesen Monorail Bukit Nanas.

Persimpangan Jalan Sultan Ismail.

Muzium Telekom.


Bangunan pencakar langit di metropolitan Kuala Lumpur.

Pelancong dari China.

Menuju Menara Kuala Lumpur di Bukit Nanas.

Bas Hop On Hop Off akan membawa penumpang ke Menara Kuala Lumpur.



Hentian Hop On Hop Off Menara Kuala Lumpur di Bukit Nanas.

Stesen hentian nombor 2 Hop On Hop Off, Menara Kuala Lumpur.

Bas dua tingkat Hop On Hop Off yang abang naik. Dia berhenti rehat 5 minit.

Macam-macam warna dan corak bas Hop On Hop Off KL ni.

Tengah abang leka ambik gambar, tiba-tiba bas dah jalan !

Terpaksa abang lepak dulu tunggu bas seterusnya datang. Sambil tu ronda dulu hutan Bukit Nanas.

Hutan Lipur Bukit Nanas yang dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tak sampai 30 minit, datang bas Hop On Hop Off yang lain. Tunjuk tiket dan terus naik bas.

Meninggalkan Menara Kuala Lumpur.










Melintasi Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Pusat membeli-belah mewah di sekitar Pavilion.

Semua pakat tengok atas, yang atas bas pulak pakat tengok yang di bawah.

Seumur hidup tak pernah lagi masuk dalam Pavilion ni.

Hentian seterusnya adalah Bintang Walk.

Ada kaunter tiket khas di hentian nombor 6 iaitu Bintang Walk.





Kaunter Hop Hon Hop Off Kuala Lumpur di Bintang Walk dah ditutup pada pukul 4.00 petang. Drebar bas tolong kemas khemah dan meja kaunter.















Hentian Hop On Hop Off KL nombor 9, Pasar Seni atau Central Market.

Hentian nombor 10, Little India di Brickfields.

Ucapan Selamat Hari Deepavali di KL Sentral.

Bas dah tak berhenti di Muzium Negara sebab dah tutup.








Bas Hop On Hop Off KL memasuki kawasan Taman Tasik Perdana.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Teduhan pepohon kayu di Taman Tasik Perdana.

Bas Hop On Hop Off berhenti 5 minit beri peluang kepada pelancong tengok monyet.

Monyet di atas jaring Taman Burung Kuala Lumpur.

Semua mengeluarkan 'senjata' masing-masing.

Kita mungkin dah biasa nampak monyet, tapi tidak bagi mereka.

Pelancong asing begitu teruja nampak monyet.

Tiba semula di Masjid Negara.

Abang syak ramai yang tak tahu lagi pasal promosi RM5 Hop On Hop Off Kuala Lumpur ni padahal dah sebulan dah pun tempoh promosi ni berlangsung. Sesuai la kiranya kalau takda idea nak pi mana hujung minggu, bukan semua tempat dalam Kuala Lumpur ni hang pernah jejak bukan?

Malas nak bawa kereta pusing KL, boleh la parking kereta setempat dan pusing naik bas ni. Berhentilah hangpa shopping Jalan TAR dan SOGO dulu sebelum lepak KLCC. Kalau bawa kereta nak kena bayaq duit parking lagi.

Yang dari luaq Kuala Lumpur lagi disyorkan untuk cuba naik perkhidmatan bas ni sementara dalam tempoh promosi. Bawa rombongan Che Kiah dari kampung tu mai Kuala Lumpur. Kita bayaq RM5 ja, mat saleh pulak bayaq sampai RM45 untuk sehari. Kira berbaloi la tu.

Nah abang sempat video sikit.





Gambar dan video dirakam sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi


7 ulasan:

  1. berjaya jugak naik eh, tahniah :)

    dok paling depan kat open deck tu best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mendapat inspirasi dan panduan dari blog tuan jugak. Haha.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Balasan
    1. Bagi peluang warganegara merasai pengalaman naik bas Hop On Hop Off.

      Tapi itulah, petang-petang hujan !

      Padam
  3. bro cantik gambar.. share setting sj4000 boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setting auto je. Tak adjust apa pun. Edit guna Photoscape.

      Padam
  4. Hai..nak tnya..Bas ne boleh naik Dari mana2 perhentian dia ke??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...