Iklan

09 Disember 2019

Part 4 | Backpacking Bajet Jeju : Selamat Tinggal Jeju!



Untuk sambungan bahagian terakhir Backpacking Bajet Jeju ni abang tak ada apa dah nak cerita sebenarnya. Ni cerita pasal naik bas dari pekan Seogwipo balik ke Airport Jeju je ni. 

Selain dari tu abang rasa banyak yang abang nak merepek ja dalam ni.

Flight bertolak balik dari Jeju ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Masa perjalanan pulak selama 6 jam. Masa pergi hari tu rasa berakar bontot woo dok lama-lama dalam flight!




Pi Jeju ni la penerbangan terlama yang abang pernah naik. Selalu paling lama pi Kota Kinabalu pun baru 3 jam. Ni kena 6 jam! Bernanah punggung!

Dah la tak biasa, ni nak balik pulak kena naik 6 jam pulak lagi. Dah la dapat duduk tepi tingkat hari tu. Mati keras kat situ nak pi toilet memang tak dah la. Nak kena langkah banyak barisan sangat.

Itu sahaja cerita kita hari ni. Luahan perasaan naik flight lama-lama. Macam mana la agaknya kalau pi London kena naik flight non-stop 12 jam?


Choi Hostel Lady atau nama lainnya Jeju R Hotel yang terletak di Seogwipo. Yang terbaru sekarang dah tukar nama lagi kalau tak silap. Abang cari balik dah tak jumpa hotel ni.

Menggayakan posing acah-cah dengan jaket terbaru yang baru dibeli di Maeil Olle Market Seogwipo semalam.

Jalan kaki pi bus stop di jalan besar pekan Seogwipo. Nak tunggu bas nombor 600 ke Airport Jeju.

Dok tercongok tunggu bas. Abang main gagau je ni ikut Google Maps. Sebab masa kami mai hari tu bas tu berhenti kami di seberang jalan ni. Jadi nak pi Airport Jeju naik bas mesti la tunggu sini.

Hentian bas atau bus stop untuk bas nombor 600 (Jeju Airport Shuttle) di tepi jalan besar Seogwipo. Tak jauh pun dari hotel kami. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu ja. Ada tulis Airport Limousine Ticket Office. Ada pejabat kecik dia di situ.

Orang lain pun ada yang tunggu sekali nak pi Airport Jeju naik bas awam. Mudah dan efisien bas awam di Jeju ni. Tak payah tunggu lama, kurang 15 minit mesti ada bas yang mai.


Sambil-sambil tunggu bas tengok pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Seogwipo dok buat kerja depan ni. 

Dah naik bas nombor 600 Airport Limousine dia panggil walaupun dia sebuah bas. Bas mewah la kiranya ni. Dia tak berhenti banyak tempat. Dia akan berhenti ambik orang di kawasan yang ada hotel & resort-resort ja di kawasan sekitar Seogwipo.

Tambang bas dari Seogwipo ke Airport Jeju tambang dia lebih kurang 5,500 Won (RM 20). Dekat RM 20.00 seorang sekali jalan ni. Tapi tak boleh la kita convert jadi duit Ringgit camtu ja. Depa kos hidup tinggi. 5,500 Won ibarat RM 5.50 kita la senang cerita.

Perjalanan ke Airport Jeju dengan bas ni mengambil masa selama 1 jam 20 minit jugak kalau dari Seogwipo

Pemanduan di Korea di sebelah kanan. Kadang-kadang kita pulak yang terlebih seriau. Sebab dah terbiasa dengan pemanduan di sebelah kiri.

Sedang menikmati pemandangansaat-sat terakhir bumi Jeju yang akan ditinggalkan.

Mula-mula kami naik di Seogwipo memang bas agak kosong. Tapi bila menghampiri Airport jeju semakin ramai orang yang naik.

Sesungguhnya tak dan puas berjalan kalau setakat 4 hari 3 malam kat Pulau Jeju ni. Kurang-kurang kalau ada seminggu pun dah cukup rasanya.


Bas berhenti ambik penumpang lain di tepi jalan besar yang nak ke Airport Jeju. Ni drebar bas tiap kali orang nak naik dia kena bukak bonet bawah bas.

Kad T-Money yang abang guna untuk urusan naik bas ada lagi baki dalam dia. Abang simpan kat Malaysia untuk kegunaan di kemudian hari. Takut-takutlah sampai jeju lagi.

Bas pun bawak laju boleh tahan jugak kat Jeju ni. Tapi kat kawasan highway je lah. Jalan biasa depa slow & steady.

Nak masuk pusat bandar Jeju City biasalah sesak sikit. Kalau hangpa nak naik bas pastikan pi awal sikit. Kurang-kurang 2 jam awal kena ada kat Airport Jeju dah. Abang pun cuak jugak sebenarnya sebab kami sampai airport dah lambat!

Alhamdulillah selamat tiba kembali di Airport Jeju. Bas akan turunkan kita di bahagian atas (tempat arrival).

Bas nombor 600 Airport Limousine Jeju turunkan penumpang di Airport Jeju. Drebar turun buka bonet bawah. Siap tunduk terima kasih kat sorang-sorang siapa yang naik tadi.

Gambaran luar Jeju International Airport. Abang sendiri pun tak sangka boleh sampai ke Jeju dalam waktu yang singkat ni. Tak ada plan apa sangat, 2-3 hari baru nak pi baru beli tiket. Dapat murah on sahajalah.

Laluan masuk ke bahagian perlepasan Jeju Aiprt. Ada jalan besar depan yang diawasi oleh makcik-makcik yang barbaju merah mengawal lalulintas ibarat polis trafik.

Tak sempat ambik gambar makcik baju merah. Kalut dah lambat ni. Dah la kena masuk check-in flight dulu. 

Kedai serbaneka di bahagian ruang menunggu Airport Jeju. Duit Won ada balance sikit-sikit lagi. Ingat nak habiskan beli kopi ke apa, ruanya tak cukup. Biasalah mahal sikit dalam ni.

Ruang menunggu lepas imigresen Airport Jeju. Makcik-makcik Malaysia mudah didapati di sini. Flight balik pukul 3.00 petang waktu Jeju.

Yang menariknya dan menjadi kemudahan bagi umat Islam untuk menunaikan solat di Airport Jeju ni disediakan sebuah bilik sembahyang. Bilik sembahyang ni dia tak spesifik untuk solat sahaja, nak sembahyang bagi agama apa pun boleh. Dia panggil 'Prayer Room'.

Prayer Room di Airport Jeju ni tak adalah besar mana, tapi cukuplah kalau nak solat 4-5 orang sekali dalam satu-satu masa. Tiada tirai untuk asingkan orang perempuan, jadi siapa yang dapat dulu, sembahyang la dulu.

Yang menjadi masalah, ada orang-orang yang tak sembahyang pun duduk lepak dekat situ. Ada makcik-makcik yang duduk main hanset depan pintu. Yang kaum lelaki nak masuk kadang-kadang tu jadi segan jugak. Ini yang dinamakan 'common sense'.

Dah tau kawasan tu orang nak sembahyang, pi la dok tempat lain. Kat situ jugak hangpa nak bertenggek melepak. Dah sudah sembahyang bagi ruang kepada orang lain pulak.

Nampaknya kawasan Prayer Room dikuasai orang Malaysia. Yang menjadi satu lagi masalah, budaya Malaysia di bawa ke sini. Kadang-kadang naik malu pulak kita.

Kawasan Prayer Room tak ada kawasan untuk ambik wuduk atau air sembahyang. Jadi siapa yang nak ambik wuduk kena pi tandas yang berhampiran.

Ambik wuduk tu takpalah, yang jadi masalah basah penuh bilik ayaq dengan air. Orang Korea budaya dia toilet kena selalu kering. Kalau basah akan mengotorkan keadaan toilet.

Yang pakcik makcik Malaysia kalau ambik air sembahyang sampai kaki naik atas sinki nak basuh kaki. Berjurai ayai menitik. Lepas tu tak dilpa pulak bersih-bersih dengan tuala. Maka heretlah kasut dan ayaq tu sekali pi kat luaq bawak pi Prayer Room.

Tepuk dahi makcik cleaner & petugas kebersihan yang dok jaga tu. Kita buat budaya Malaysia kat tempat orang. Sembahyang tu bagus, tapi air menitik sampai luar tak lap dulu elok-elok tu pasal pa.

Jenuh ahjumma pi mop balik. Dah mop mai lagi 2-3 orang buat balik benda yang sama. Abang malu kadang-kadang tu. Takkan tak boleh pikir benda macam tu apa impak dia kepada orang lain.

Bukan naik Korean Air pun. Naik Airasia ja dari Jeju balik Kuala Lumpur. Kita rakyat marhaen biasa ja. Baggage pun tak ambik. Huhu.

Dah selamat masuk dalam flight Airasia. Berangkat pulang kita ke Kuala Lumpur!


Selamat tinggal Jeju! Insyaallah ada masa abang datang balik! Tak puas lagi pusing-pusing pulau ni!

Selamat mereput 6 jam Jeju-Kuala Lumpur kebas punggung!

Selamat meninggalkan bumi Jeju pukul 3.00 petang waktu tempatan. Insyaallah, kalau diizinkan abang akan kembali ke sini.

Lupa, ketika catatan ni ditulis, abang dah pi Pulau Jeju lagi sekali. Masa yang pi awal ni bulan Mei 2018. Kali ni yang kali kedua ni kami pi terjah balik pada bulan November 2018.

Jadi satu tahun 2 kali kata kau kami pi Jeju ni. Kalau trip ni cuma berdua, trip seterusnya kami dengan kekuatan anggota seramai 4 orang. Abang dan adik abang dah pasti. Lagi 2 orang kawan-kawan sekerja.

Oleh kerana kena pada waktunya dah masuk musim sejuk ketika itu, kami namakannya trip 'Mencari Salju di Jeju'.

Nantikan. Jeng jeng jeng.

Dengan ini catatan Backpacking Bajet Jeju tamat secara rasminya. Segala kos perjalanan atau itinerary hangpa boleh ekstrak balik dari catatan-catatan abang sebelum ni. Abang jarang nak buat itinerary. 

Abang cuba la kalau ada lebihan masa untuk rumuskan sikit trip 'Backpacking Bajet Jeju' ni beserta dengan perbelanjaan. Tu pun kalau la ada lebihan masa. Ni pun banyak cerita & gambar yang tertangguh lagi nih. Abang tak berani janji,n tapi abang cuba.

Sekitan. Tamat. Terima kasih sudi membaca cerita abang. Kita jumpa lagi dalam catatan yang seterusnya.

03 Disember 2019

Part 3 | Backpacking Bajet Jeju : Air Terjun Jeongbang & Gunung Sanbangsan


Sambungan dari Part 2 | Backpacking Bajet Jeju: Seongsan Ilchulbong 성산 일출봉 & Pulau Udo Yang Tak Jadi

Ini adalah sambungan kisah Backpacking Bajet Jeju yang berlangsung pada bulan Mei 2018. Segala yang dipaparkan adalah benar-benar belaka berdasarkan tempat & masa ketika itu. Catatan ini ditulis pada Disember 2019.

Hari ketiga di Pulau Jeju.

Balik dari Seongsan Ilchulbong semalam, abang dah tak sedar diri. Bukan apa, letih sangat kot dok panjat bukit petang tu. Bukan naik sampai puncak Seongsan Ilchubong pun, dok main area kaki bukit tu ja. Penat apa pun tak tau.

Malam semalam adik abang kata abang terbongkang tiduq tak sedar diri. Siap berdengkur mengeroh lagi. Kira semalam balik, mandi-mandi & terus terlena. Tak makan apa pun semalam. Sedar-sedar pagi hari ketiga ni.

Adik abang pun satu, bukan nak kejut. Dia takpalah siap bedal Milo 3 in 1 & Ruski yang bawak dari Malaysia. Sayang malam semalam tak sempat keluaq meronda pekan Seogwipo ni. Rugi la woi mai jauh-jauh dari Malaysia semata-mata nak tidur hotel!




Nak buat macam mana dah tertidur! Siapakah kita untuk mengatakan tidak pada tidur? Lebih-lebih lagi dengan cuaca sejuk ala-ala Cameron ni.

Bangun pagi sembahyang Subuh semua mulalah buat-buat kalut lapaq. Kami turun bawah untuk bersarapan. Sarapan pagi macam biasalah macam semalam kena masak sendiri semua. Layan diri!

Abang bawak turun sekali sambal ikan bilis Brahim's yang diterbangkan jauh dari Malaysia. Nasi pulut yang kami beli dekat kedai serbaneka semalam pun ada lagi tak bukak. Elok. Bawak turun sekali.

Turun bawak tengok ada pulak teluq rebus. Mana mai pulak teluq rebus ni. Adik abang rupanya yang beli semalam. Minat pulak dia teluq rebus. Kalau kat Malaysia dapat bunga teluq yang ada teluq rebus tak layan ja. Kat Korea ni baru tahu nikmat makanan tu macam mana.


Jika tiada bahu untuk disandar, pasti ada telur untuk didadar. Sarapan pagi macam biasa la teluq mata tu mesti. Yang tu je yang abang tahu masak kat Korea ni

Cara sarapan kat guesthouse di Jeju ni macam biasa la layan diri. Ada dapur dan barang mentah, hangpa masak la sendiri. Nanti dah habis makan basuh pinnggan sendiri.

Sambal ikan bilis Brahim's punya yang kami bawak dari KL. Satu paket tu sambal ikan bilis dia boleh kongsi 2-3 orang. Pecah pulak teluq rebus. Makan dengan nasi. Jadi nasi lemak!

Nasi putih beli kat 7E yang berhampiran. Siapa kata pagi-pagi tak ada nasi lemak kat Jeju! Nasi lemak DIY sendiri!

Dah siap sarapan semua & mandi wangi-wangi semua, kami keluar berjalan di kawasan pekan Seogwipo. Masa ni abang ingat nak pi cari air terjun yang ada dekat Seogwipo ni. Sebelum ni memang pernah baca review orang kata ada Air Terjun kat Seogwipo ni. 

Abang pun waktu tu la baru kalut nak buka Google Maps cari lokasi air terjun kat Seogwipo ni. Sebelum dok relaks riadah santai macam tak ada apa-apa nak buat hari ni. Biasalah style abang semua last minit. Haha 

Ada 3 tempat atau lokasi air terjun di Seogwipo ni. Ok ni nama-nama Air Terjun yang ada di Seogwipo:

1) Jeongbang Waterfall
2) Cheonjeyeon Waterfall
3) Cheonjiyeon Waterfall

Tak, abang tak salah tulis. Bukan typo tu. Hangpa jangan salah cari. 

Ada dua air terjun yang nama dia dekat-dekat sama tu. Satu Cheonjeyeon Waterfall dan satu lagi Cheonjiyeon Waterfall. Beza dia 'i' dan 'e' ja tapi lokasi dua-dua ayaq terjun ni jauh-jauh! Tempat dia berbeza!

Air terjun mana yang dekat dengan pekan Seogwipo? 

Ada dua air terjun yang dekat dengan pekan Seogwipo. Jeongbang & Cheonjiyeon Waterfall. 

Bagi Cheonjeyeon Waterfall pulak dia terletak lebih kurang 20-30 minit kalau naik bas di kawasan Dongmun Resort sana nu.

Ah sudah. Abang pulak yang pening dok sebut & tulis nama yang nak hampir sama ni.


Hari ketiga kami di Pulau Jeju. Lepas sarapan, kami keluaq meronda di pekan Seogwipo. Ingat nak pi cari ayaq terjun dekat-dekat sini.

Jurugambar tak bertauliah abang kat Jeju ni. Adik kesayangan ni. Mana-mana trip kalau nampak abang dengan perempuan tu adik abang tu. Jangan salah sangka. Abang single lagi. Hiks!

Kebetulan pagi ni kat Jeju baru lepas hujan pulak. Cuaca yang dah sedia sejuk bertambah sejuk. Ni pun dalam sekitar 10 darjah Celcius macam tu.

Di Pulau Jeju ni sangat terkenal dengan penyelam perempuan atau 'women divers' yang dikenali dengan nama 'Haenyeo'. Bukan 'anyong haseyo' yang selalu hangpa dok bertasbih selalu tuh. Sebut betul-betul, 'Haenyeo'

Komuniti Haenyeo ni terdiri dari perempuan veteran berumur 60 tahun ke atas. Kerja depa meyelam ke dasar laut yang sejuk tu cari rumpai laut & kerang-kerangan. Jarang-jarang nak ada penyelam muda.

Di tepi jalan sekitar bandar Seogwipo terdapat info bergambar mengenai 'Haenyeo' ni. Sebab apa ada banyak info pasal Haenyeo ni? Sebab dia merujuk kepada salah satu ikon Pulau Jeju.

Bunga 'Morning Glory' kembang elok pagi-pagi ni kat Jeju. Kalau bahasa Melayu panggil apa bunga ni? Lupa dah abang. masa tadika Kemas dulu cikgu dok ajar sebut 'Morning Glory'.

Peta bandar Seogwipo untuk panduan pejalan kaki. Pulau Jeju ni mesra pejalan kaki. Disertakan lokasi & tempat-tempat menarik yang boleh dilawati kawasan sekitar Seogwipo.

Abang ambik keputusan untuk berjalan kaki je lah ke Jeongbang Waterfall dulu baru nak pi Cheonjiyeon Waterfall. Bukan tak nak naik bas, tapi sajalah nak menikmati keindahan & kesejukan pekan Seogwipo di Pulau jeju ni. Sambil-sambil tu jimat sikit kos. Dah la makan sarapan nasi lemak DIY banyak pagi tadi.

Daripada Jeju R Hotel (sekarang dah tukar nama baru) ke Jeongbang Waterfall ni kalau jalan santai dalam 45 minit jugak baru sampai. Abang agak jarak dia dalam 1.5 KM. Sebab nak check Google Maps tak boleh kalau kat Korea Selatan ni.

Abang pun bukan ada data ke apa nak jalan ni. Semuanya main ikut logik ja dan offline Google Maps. Boleh agak la jalan mana nak ikut sampai la ke Jeongbang Waterfall.

Tengah-tengah jalan, hujan rintik-rintik pulak. Kena pulak tumpang berteduh dekat-dekat kedai orang. Tapi depa orang Korea ok, takda masalah. Bukan tak boleh duduk luar, tapi kadang-kadang tu sejuk melampau ditambah dengan angin kuat. Tu yang sampai masuk dalam kedai.


Daripada peta tu, abang dan adik abang cari jalan menuju ke Air Terjun Jeongbang.

Cuaca agak sejuk pagi ni sekitar 10-12 darjah Celcius lepas hujan. Kereta pagi-pagi ni tak berapa ada sangat. Pagi lagi kot.

Papan tanda arah tertulis dalam bahasa Korea dan jugak bahasa Inggeris. Kalau kita tengok kat sini ada dua air terjun, satu Jeongbang dan satu lagi Cheonjiyeon. Yang abang nak pi ni Jeongbang. Jadi kita terus je lah.

Kami jalan kaki ja dari hostel kami ke Air Terjun Jeongbang ni. Boleh ja naik bas tapi sajalah abang nak menikmati keindahan Seogwipo ni. Tengok sungai-sungai yang jernih lagi bersih.

Banyak pokok-pokok bunga yang hangpa boleh nampak sepanjang laluan pejalan kaki di Seogwipo ni. Ni pokok bunga apa pun abang tak pasti.

Sampai di Jeongbang Waterfall ingatkan kami je yang dah cukup awal, tengok-tengok parking kereta pun ada banyak jugak kereta. Masa jalan kaki nak mai sini tengok kat jalan besar tak banyak mana pun kereta. Ingat awal pagi lagi depa tak bangkit tiduq lagi.

Untuk masuk ke dalam kawasan Air Terjun Jeongbang ni kena bayar tiket masuk dulu sebanyak 2,000 (RM7.00) seorang. Ada kaunter tiket dekat pintu masuk tu. Tak kisah pun orang asing ka orang luar semua sama ja kena bayar 2,000 won.

Kalau bawak kereta sendiri parking kat sini percuma sahaja. Nak masuk ja kena bayaq duit. Air Terjun Jeongbang ni dibuka bermula pukul 8.00 a.m sampai la pukul 7.00 malam. Kalau  waktu musim sejuk dia tutup awal sikit pukul 6.00 petang. Kan sini gelap awal.

Di kawasan sekitar parking tu ada banyak la peniaga yang dok jual souvenior. Boleh ja beli kat Jeongbang Waterfall ni. 

Harga standard ja souvenior mana-mana tempat pun di Jeju ni. Lebih kurang dekat Seongsan Ilchulbong yang kami pi semalam.

Selamat tiba di kawasan parking Air Terjun Jeongbang. Tengok banyak kereta dan bas dah ada kat sini seawal pagi. Masa abang sampai ni tak la awal sangat, dalam pukul 9.00 pagi macam tu.

Pi masuk tolet dulu. Sejuk-sejuk ni rajin nak terkencing.

Rombongan cik Kiah mana mai satu bas pagi-pagi ni nak tengok ayaq terjun.

Kawasan sekitar parking Jeongbang Waterfall orang dok jual dah ayaq oren & ayaq nyoq. Jenuh terkencing minum ayag nyoq sejuk-sejuk gini.

Tiket masuk seorang 2,000 Won. Kalau dua orang ni tu yang jadi 4,000 Won.

Oppa pakai selipar tak sejuk ka?

Kena beli tiket masuk 2,000 Won (RM7.00) dulu nak masuk Jeongbang Waterfall.

Kawasan parking sekitar Jeongbang Waterfall banyak orang meniaga souvenior Jeju contohnya macam coklat.

Bahan berasaskan 'hallabong' atau limau Jeju banyak dijual di sini. Keychain ke lain-lain barang pun ada jugak dijual di sini. Abang tak sempat ambik gambar masa ni. Kalut nak masuk tengok ayaq terjun.

Dah beli tiket masuk, ayuh masuk tengok ayaq terjun Jeongbang Waterfall!

Cuaca nampak suram-suram sikit sebab baru lepas hujan pagi ni.

Nampak macam pokok bonzai masa nak turun tangga ke Air Terjun Jeongbang.

Banyak abang tengok kalau tak orang Korea, orang Jepun pun banyak kat sini.

Hangpa kena turun tangga kayu ni dari atas pintu masuk tadi ni sampai la ke pantai berbatu di bawah. Nampak tak tu ayaq terjun Jeongbang dari jauh?
Kena hati-hati sikit turun tangga ni. Licin lepas hujan. Dah la orang pun ramai naik turun.

Ada port untuk bergambar di tengah-tengah masa nak turun tangga.

Angin kuat pulak pagi tu. Mungkin lepas hujan. Tambah dengan sejuk dia. Grrrrr. Pakai baju yang sesuai masa musim sejuk di Jeju ni. Silap haribulan boleh kejung otot.

Ingat makcik-makcik 'Haenyeo' yang abang cerita dalam gambar sebelum ni? Ada makcik-makcik penyelam ni yang dah mula meniaga sashimi (makanan laut mentah) tepi laut waktu-waktu pagi camni.

Tak sejuk ka makcik oi! Abang takut ombak mai dari belakang ja, tak dan buat apa sat lagi. Nak cakap lebih pun depa hari-hari dok menyelam kat laut. Kita ni siapa!

Ada dah yang dok melepak pekena sashimi pagi-pagi ni.

Turun habis tangga sampai bawah jumpa la laluan berbatu ni. Kena langkah-langkah batu kalau pi sampai ayaq terjun Jeongbang depan tu.







Air Terjun Jeongbang ni merupakan ayaq terjun semulajadi yang mana air yang terjunnya terus jatuh ke laut dan satunya-satunya di Asia. 

Tinggi dia lebih kurang 23 meter dan di antara ketiga-tiga air terjun yang abang sebutkan tadi, Air Terjun Jeongbang yang paling berbaloi untuk dilawati.

Hangpa kena cari port sikit la kalau nak ambik gambaq lawa-lawa kat sini sebab umat pelancong agak ramai. Kalau berani sikit kena langkat-langkah batu & sungai pi dok seberang sana. Tapi takut basah kasut atau terjatuh mandi secara tidak sengaja la.

Selalu pelancong-pelancong lain depa dok bergambar tepi-tepi ni ja dekat dengan lubuk ayaq terjun. Abang dan adik abang beranjak jauh sikit dari populasi manusia yang ramai itu. Kena cari port yang clear baru gambar tak nampak serabut.

Tak boleh duduk lama-lama jugak sini sebab tempias ayaq terjun kena habis kat kita. Dengan cuaca sejuk & baju jadi lembap ni lagilah bertambah ketar. Abang dah la tak ada kelengkapan baju sejuk yang proper. Ni pun guna fleece Uniqlo jumpa kat kedai bundle RM 5.00.

Ai Terjun Jeongbang merupakan satu-satunya air terjun di Asia yang air sungainya terus jatuh ke laut. Air terjun ni tinggi dia 23 meter. Dok dari jauh pun hangpa boleh rasa dah tempias dia.

Dalam banyak-banyak ayaq terjun yang ada di Jeju ni, depa kata yang paling berbaloi pi Jeongbang Waterfall ni. Yang lain tu biasa-biasa ja.

Orang ada ramai jugak yang melepak kat sekitar kawasan Air Terjun Jeongbang ni, tapi depa dok main tepi-tepi ja. Kalau nak cari perspektif gambar yang epik sikit hangpa kena langkah la sikit batu-batu dengan sungai tu, tapi risiko terjatuh mandi tanpa sengaja tu ada.

Bukan boleh dok lama-lama sangat kat ayaq terjun Jeongbang ni. Sejuk gedik. Orang lain dok main tepi-tepi tu ja. Ada orang mandi tak? Tak ada sapa pun nak mandi dalam ni.

Itu dia influencer kita tak habis-habis lagi ambik gambar Jeongbang Waterfall






Balik tu singgah sat tengok depa meniaga sashimi atas batu tepi laut tu tadi. Depa makan mentah-mentah macam tu ja.

Ramai dok berkelah bawah khemah ni pekena sashimi.

On the way balik naik tangga lalu sebelah satu lagi jumpa kedai orang jual ayaq. Air kelapa pun ada. Ni import jauh ni kelapa dia.

Tak nak minum ayaq boleh belek-belek tengok souvenir Jeju dulu.

Sebotol jus oren Hallabong yang tak sampai 350 ml ni. Masam taka gula. Fresh punya. Orang Melayu mana boleh telan benda tak manis ni!

Ke sana ke sini haa pusing nak bergambar tunjuk kat orang minum ayaq oren Jeju!

Masa turun tadi ikut tangga lain, masa naik balik ni pulak lalu tangga lain di beberapa bahagian. Masa naik tu lalu la kedai-kedai yang dok jual ayaq. Macam-macam jenis ayaq ada termasuk ayaq kelapa. Entah dari mana depa import kelapa ni.

Dok tengok ayaq oren dalam botol nampak menarik ja. Teringin jugak nak rasa jus Hallabong ni nak tengok rasa dia lagu mana. Selama dok Jeju 2-3 hari ni tak rasa lagi ayaq oren depa. Nak tengok padu ka tak padu.

Abang saja la buat-buat tanya ayaq oren Hallabong ni berapa satu botol kecik tak sampai 350ml tu. Harganya 3,000 Won! Haha. Dekat RM10.00 minum ayaq oren saja pagi-pagi ni.

Naik atas pulak teringin tengok jagung dia pulak. Jaging Jeju ni tengok luar biasa-biasa ja. Tak nampak kuning mana jagung dia. Tak macam jagung Malaysia. Abang suruhlah adik abang beli.

Tanya dia berapa duit. 2 batang jagung ni 3,000 Won jugak! Haha. Semua main RM10.00 tiap kali beli barang. Tu abang pesan jangan convert duit Malaysia. Nanti sakit hati.

Abang nasihat siapa yang pernah pi Jeju tu tak payah beli la jagung dia. Tak sedap! Harga dekat 3,000 Won ni untuk 2 biji (RM10.60) Tak sama rasa macam jagung kita di Malaysia! Rasa makan jagung ni macam makan pulut ooo!


Dalam sejam lebih macam tu kami dah naik atas balik tempat parking dari Air Terjun Jeongbang. Masa tu dalam pukul 11.00 pagi macam tu. Ingat nak terjah pi air terjun satu lagi yang ada dekat sini iaitu Cheonjiyeon Waterfall.

Tapi Cheonjiyeon Waterfall ni ada dekat-dekat hotel kami berhampiran dengan pekan Seogwipo. Nak pi pun kena patah balik jalan kaki pulak dalam 45 minit santai-santai. Sat lagi pukul berapa pulak nak sampai.

Kami batalkan hasrat tu dan perancangan untuk ke Cheonjiyeon Waterfall ditunda. Plan seterusnya yang baru terpikir ingat nak naik bas pi Sanbangsan Mountain.

Ada apa di Sangbangsan Mountain?

Sanbangsan Mountain ni merupakan sebuah gunung berhampiran Yongmeori Coast (abang tengok tak tinggi sangat, macam bukit) yang terletak di barat Pulau Jeju.

Sangbangsan ni terletak tak jauh dari laut. Jadi akan ada awan atau kabus yang menutupi puncaknya selalu. Gunung ni jugak boleh menjadi penanda ramalan cuaca. Kalau tengok macam berkabus tu tak lama lagi nak hujan la tu.

Di Sangbangsan Mountain ni ada tokong Buddha yang kita kena hiking panjat anak tangga sikit untuk sampai. Sikit tak sikit dekat 400 meter jugak. Kat atas ni sapa nak berdoa dan berhajat depa berdoa kat tokong Buddha ni.

Abang hiking naik tak? Tak pun. Hiking-hiking ni abang lemah sikit. Kalau jalan landai mahu ler. Hiks!





Sebelum tu macam mana nak pi Sanbangsan Mountain ni kalau dari Ayaq Terjun Jeongbang tadi?

Mula-mula bukak Google Maps. Cari sahaja destinasi yang kita nak pi tu. Contohnya Sanbangsan Mountain.

Pilih mode 'public transport' yang ada simbol tren tu. Tu maksud dia panduan kita untuk menggunakan pengangkutan awam. Google Maps akan tolong cari & tunjukkan bas apa yang sesuai untuk naik dan yang paling cepat sampai.

Nanti Google Maps akan tunjuk sekali bas nombor berapa nak naik dan kalau kena tukar bas, kat mana nak berhenti tu. hangpa tunjuk ja kat drebar bas Jeju ni depa confirm faham.

Kat mana nak cari internet & wifi? Di Jeju ni hangpa tak payah risau pasal internet. Di mana-mana sahaja ada wifi. Hatta dalam bas sekali pun. Semuanya percuma. Boleh la guna untuk buka Google Maps tu.

Macam abang hari tu abang naik bas nombor 600 (Airport Shuttle) dari Jeongbang Waterfall dengan tambang 3,000 Won dan kena tukar lagi satu bas nombor 201 dengan tambang 1150 Won. Jarak masa perjalanan jauh jugak ambik masa dekat 1 jam setengah kalau nak ikutkan.

Naik bas Airport Shuttle memang mahal sikit la. Kalau bas biasa tu murah dalam 1150 Won sahaja sekali naik tak kisah mana-mana destinasi.


Naik bas Airport Shuttle nombor 600. Bas ni la yang kami naik masa mula-mula sampai Jeju hari tu. Naik dari Airport Jeju ke Seogwipo. Tak semestinya bas ni untuk ke Airport Jeju je. Boleh je naik kalau nak berhenti pekan mana-mana.

Bas Airport Shuttle nombor 600 ke Airport Jeju kosong tak ada orang pun waktu ni. Abang tahan bas ni kat jalan besar dekat dengan Air Terjun Jeongbang.


Turun tukar bas tengok ada kebun buah oren Hallabong.


Ni la dia buah oren Hallabong Jeju. Segar dari ladang lagi dok bergantungan atas pokok.

Sesuka hati ja masuk bergambar dekat ladang orang. Abang bukan kenal pun siapa tuan ladang ni. Tengok elok ja tepi jalan lepas turun bas.

Nasib baik tak petik je ni. Tangan dok gatal dah. Harammm!

Geng Oppa yang dok tunggu sekali bas. Depa pakai sempoi ja tak sejuk ka. Kena tukar bas pulak kat sini. Nak naik bas 201.

Macam biasa la kena guna kad T-Money nak naik bas kat Jeju ni. Satu kad boleh ja nak share dua orang.

Ahjumma sebelah dah lena.

Menghampiri Gunung Sanbangsan. Nampak laut sebelah kiri.

Cuaca tak berapa nak cerah hari ni. Baru lepas hujan. Kelam-kelam gitu.

Nak sampai Sanbangsan Mountai, kita akan nampak Yeongmeori Coast di sebelah pantai yang merupakan sebahagian dari Gunung Sanbangsan.

Nampak ada bus stop depan Gunung Sanbangsan? Turun dan naiklah bas dari sini.

Hatiku tertinggal di Jeju. Kerana ini abang suka naik bas.

Puncak Gunung Sanbangsan yang selalu diliputi kabus. Ni tanda dia nak hujan sat lagi nih.

Kami tak meronda di kawasan Gunung Sanbangsan. Kami turun ke bawah ke arah Yongmeori Coast.

Yongmeori Coast ni merupakan sebahagian dari Gunung Sanbangsan dan terletak di kaki gunung Sanbangsan. 

Kalau sekali tengok, nampak macam kepala naga terbenam di laut. Hah gittuh hasil kaji selidik aku.


Actually bentuk-bentuk naga ke, heksagon ke semua ni kejadian alam kesan dari letusan gunung berapi Halla berjuta tahun dulu. Hebatnya kuasa Allah SWT kan? Yongmeori Coast ni memang terkenal sebagai tumpuan pelancong sebab dia merupakan salah satu 7 natural wonders in the world. Dan selalu pelancong akan cari 'Gulbang' untuk bergambar.

Gulbang ni macam susunan batu-batu dan menyerupai bilik. Kalau nak tengok sea diver boleh lah ke sini dan selalunya lepas dorang menyelam, dorang akan jual hasil tangkapan di sini dan kita boleh makan mentah-mentah contohnya gamat laut. Erkkk..


 kami turun ke bawah. Adik dan mak aku laju giler jalan sampai dorang terlepas kaunter tiket untuk masuk ke bahagian coastal tapi sebenarnya kaunter tu tutup. Takde rezeki kami nak masuk ke bahagian coastal. Dorang ada tampal memo bagitau yang ombak agak ganas dan laut bergelora so bahaya untuk untuk turun ke bahagian coastal. Patutlah angin agak kuat masa kami sampai. Anyway, tiket masuk ke Yongmeori Coast adalah sebanyak KRW2,000 seorang (bersamaan RM8). Takde rezeki masuk, kami berjalan ke kawasan siring pantai je. Memang kena pegang tudung sebab angin memang kuat.


Dalam perjalanan menghala ke Yeongmeori Coast, kita dapat tengok ada kedai-kedai di sepanjang jalan. Ada yang jual aiskrim, manisan, souvenior, dan macam-macam lagilah. Tapi banyak yang jual makanan & minuman. Ayaq oren Hallabong Jeju mesti ada.

Abang tertarik dengan sotong bakar yang abang jumpa di salah satu kedai. Nampak segar elok. Bau dia Ya Allah sedapnya. Dari jauh dah boleh bau. Sotong bakar ni dia bakar kosong ja tak ada letak perencah mahupun perasa. Tengok sotong pun boleh tahan besar. Tak salah abang la 6,000 ke 7,000 Won kalau setiap sekoq tu.

Dok pikir 2-3 kali nak beli ke tak. Akhir sekali pikir punya pikir tak beli pun.



Kedai-kedai kecil di sepanjang perjalanan turun ke Yongmeori Coast di bawah.

Kedai jual bahulu sotong & ABC special

Hangpa ikut ja laluan sampai ke bawah ni.

Kedai jual sotong bakar yang abang cerita tadi. Ahjumma ni sorang ja yang jaga kedai & masak semua.

Ayaq jus Hallabong pior punya pun ada jual jugak.

Sotong bakar akan dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bagi senang nak makan. Bau dia macam menarik. Abang dah meleleh ayaq liuq dah ni.

Atas sekali tu aiskrim Hallabong (dibuat dari buah oren Hallabong). Tengah ABC apa tu ada sotong kurita tu? Yang lain tu kuih bahulu sotong.

Kuih bahulu sotong agak popular jugak kat Gunung Sanbangsan menghala ke Yongmeori Coast ni.

Ni pulak aiskrim haiwan. Kat depan sana lagi kat replika kapal besar.

Nak masuk Yongmeori Coast tak boleh pulak petang ni sebab cuaca buruk. Angin & ombak kuat. Jadi kami dok meronda kawasan sekitar replika kapal “De Sperwer”. Di sini ada kedai cenderamata untuk hangpa beli souvenior & juga makan aiskrim.

Ni la aiskrim haiwan yang abang sebut tadi. Suka hati ja panggil aiskrim haiwan. Ni aiskrim ni comel sikit. Jatuh macho abang makan aiskrim macam ni woi! Satu ni 3,000 Won! Lebih RM10.00!

Serba salah sebenarnya nak tokak bahagian mata ka telinga dulu ni. Jarang lelaki macho macam abang makan aiskrim di khayalak ramai, ini boleh menjatuhkan kemaluan!

Macam mana boleh ada patung Guus Hiddink? Hangpa tau dak sapa Guus Hiddink ni? Hero Korea Selatan ni. Jurulatih yang telah membawa pasukan Korea Selatan meraih kedudukan ke-4 di Piala Dunia 2002 (masa tu Jepun & Korea Selatan tuan rumah bersama)

Ramai jugak di kawasan sekitar replika kapal De Sperwer ni. Mungkin sebab Yongmeori Coast tutup tak boleh masuk.

Kami tak cadang pun pi Yongmeori Coast ni pada mulanya. Tapi dah lajak sampai sini baru tahu ni salah satu tarikan yang ada di Pulau Jeju ni.

Sayangnya tak boleh masuk hari ni. Ada papan tanda tertulis cuaca buruk dan ombak kuat. Jadi dia tak benarkan pelawat masuk. Bayaran untuk masuk ke Yongmeori Coast ni 3,000 Won tak salah abang.

Kami pun meronda la di kawasan replika kapal 'De Sperwer' yang terletak tak jauh dari pintu masuk Yongmeori Coast. Sebut betul-betul 'De Sperwer', salah sebut bunyi spender pulak kang.

Apa sinonimnya kapal “De Sperwer” (The Sparrowhawk) ni dengan Pulau Jeju? 

Kapal yang asalnya daripada Belanda ni pernah karam berhampiran Pulau Jeju dulu masa tahun 1653 semasa dalam perjalanan ke Jepun. 36 orang terselamat termasuk seorang rakyat Belanda yang bernama Hendrick Hamel.

Siapa Hendrick Hamel?

Hendrick Hamel merupakan orang barat pertama yang menulis berkenaan dinasti Joseon di Korea  sepanjang 13 tahun beliau berada di sana. 

Lepas kapal karam, beliau & krew yang terselamat ditahan di Pulau Jeju sebelum dibawa ke Seoul. Raja yang berkuasa ketika itu tidak membenarkan beliau & krew kapal yang lain balik ke Belanda. Depa lari meloloskan diri ke Jepun sebelum jurnal pertama Hendrick Hamel diterbitkan pada tahun 1668.



Barli ke gandum ni? Apabila coklat mencurah-curah ke ladang gandum jadilah Coco Crunch!

Pernah tengok gambar iklan Airasia Jeju yang ada bunga carnola warna kuning tu berlatarkan sebuah bukit?

Tu la Gunung Sangbangsan.Di Gunung Sanbangsan ni ada ladang bunga carnola di bawah bukit. Nak pi ladang carnola ni kita ikut jalan ke Yeongmeori Coast. Nanti kita akan jumpa ada beberapa ladang bunga carnola di situ.

Bunga carnola ni dia ikut musim dia baru dia kembang mekar dengan warna kuning dia. Masa abang pi ni dah nak penghujung musim bunga. Yang tinggal pun yang saki baki ja.

Kalau pi musim dia memang penuh la bunga-bunga kat sini. Ladang-ladang kat sini biasanya akan mintak bayaran untuk kita masuk. Biasanya dalam 1,000 Won seorang.

Waktu abang pi hari tu dah petang dah. Tengok tak ada sapa pun yang jaga ladang pun. Abang & adik abang masuk je lah selamba bergambar dalam tu. Abang tengok ada jugak orang Korea lain dok dalam tu, jadi kami pun selamba la masuk.


Ladang gandum ke barli ni? Abang bukan tahu beza. Ke rumput kering? Tengok serabut semacam je ni.

Ni la bunga carnola yang warna kuning ni. Dah hujung musim dah tu yang tak nampak banyak. Masa abang pi ni bulan Mei 2018. Penghujung musim bunga nak masuk musim luruh.

Comey budak Korea ni. Abang cubit pipi tu kang!

Di kawasan sekitar kaki Gunung Sanbangsan, terdapat banyak ladang-ladang carnola. Kena musim dia memang lawa. Ni pun tinggal saki baki ja ni.

Apabila cuba buat comel, ibarat puyuh di dalam semak. Adik abang la ni suruh buat gaya apa benda ni.

Itu dia gaya pandang belakang bajet-bajet tak nak nampak muka. Dok cari tuan ladang tak jumpa-jumpa pun.

Main masuk je ni ladang carnola orang. Tadi masa nak mai masuk ladang Hallabong orang. Ikut suka hati ja. Haha

Di kawasan sekitar ladang carnola ada tempat parking kereta untuk ke Yongmeori Beach. Di sini pun ada banyak jugak kedai-kedai yang menjual buah tangan Jeju.

Ada funfair ke ni?

Mana mai pulak ayaq nyoq!

Balik dari Yeongmeori Coast nak ke hentian bas, kami lalu laluan ni. Apa nama abang tak ingat tempat ni.

Bawah tu replika kapal 'De Spewer" tadi. Ni laluan tangga nak naik pulak.

Nampak macam tanjung depan tu? Depan tu la Yeongmeori Coast. Cuma kita tak boleh masuk hari ni. Cuaca kurang baik.

Kami cuba naik kat kawasan Sanbangsan Mountain depan hentian bas. Tu ada penunjuk arah untuk tokong Buddha kat atas. Nak pi tandas pun ada kat sini.

Pemandangan menghadap laut dari bawah Sanbangsan Mountain. Yang kita dok bergambar tadi tu di bawah sana.

Kalau hangpa naik bas, pastikan berhenti di hentian bas ni. Ada bus stop tulis 'Sanbangsan Mountain'. Nak balik pun tunggu bas kat sini.

Jadual bas di Jeju ni ada dipaparkan di setiap hentian bas. Bas akan datang tak lebih 15 minit. Depa tepati masa punya.

On the way balik ke pekan Seogwipo. Hari pun dah nak gelap. Rasa macam sekejap je satu hari dah habis dah kat Pulau Jeju ni.

Bas berhenti tepi jalan dekat jalan besar pekan Seogwipo ni. Kena jalan kaki balik Jeju R Hotel. Ada sungai kat bawah ni.
Balik dari Gunung Sanbangsan kami dah tak tukar-tukar bas dah. Naik satu bas ja terus sampai pekan Seogwipo. Tambang bas cuma 1,150 Won. Sampai pun dah nak dekat-dekat Maghrib dah.

Malamnya pulak masing-masing bersemangat nak keluar jalan malam tu. Dah malam terakhir kan. Tak boleh keluar lewat-lewat sangat. Takut kedai tutup. Dah la kat jeju ni gelap awal. Pukul 6.00 dah gelap dah masuk Maghrib.

Kami pi meronda Maeil Olle Market macam malam pertama kami sampai Seogwipo. Masih meriah dengan orang ketika itu. Jumpa ada ahjumma jual wafel. Abang tak melepaskan peluang nak merasa makanan jalanan. Asal ada orang jual semua nak rasa.



Balik mandi, malam keluar balik meronda pekan Seogwipo. Malam-malam nampak meriah jugak dengan penjual. 

Ni ada waffle jual tepi jalan ni. Abang beli la satu cuba rasa. Dalam 1,500 Won macam tu.

Kedai jual coklat Jeju di Seogwipo Maeil Olle Market.

Orang perempuan suka la pencuci muka & bahan mekap kat Jeju ni. Ada banyak contohnya Innisfree. Murah kot sini.

Kedai jual jaket & baju sejuk. Pakaian dijual ikut musim kat Jeju ni. Nak masuk musim sejuk jual jaket.

Harga jaket pun takda la mahal mana. Kalau hangpa nak mai Jeju musim sejuk elok beli ja baju kat sini. Tak kalut nak beli kat Malaysia bawak mai. Mahal.

Baju sejuk pun takda mahal mana kalau convert duit kita. Dalam RM40-RM50 ja.

Abang sempat la beli seluar hiking dalam 10,000 Won (RM35.00) sehelai

Macam-macam jenis seluar hiking. Kualiti pun ok.

Dah penat berjalan, balik hotel semula. Tapi ni bukan hotel abang duduk la. Ni hotel mahal.

Malam ini merupakan malam terakhir abang dan adik di Jeju. Esok dah nak balik Malaysia. Cukuplah 4 hari 3 malam di Jeju ni. Masa tak banyak yang ada. 

Terpaksa balik semula ke Malaysia menunaikan tanggungjawab pada negara. Cerita ni pada bulan Mei 2018. Walaupun hanya satu undi, undi saya dikira.

Malam akhit ni puas meronda sampai ke tengah malam cari barang nak bawak balik Kuala Lumpur. Biasa kalau pi Pulau Jeju ni selalu beli coklat dia ja. Tapi kotak dia tu yang makan ruang. Abang & adik abang dah la tak ambik luggage naik Airasia. Jimat bajet. Haha.

Mana-mana coklat yang boleh buang kotak tu kami bukak kotak, ambik isi ja bawak balik. Boleh ngam-ngam masuk beg. Nak kena packing sikit la malam tu. Brahim's yang bawak semua dah licin. Tinggal Milo ja 2-3 pack.

Abang nasihat kalau sapa nak pi Jeju ni pi la seminggu lebih kurang. Sebab Jeju ni luas ya amat. Kalau perjalanan dari satu tempat ke tempat lain pun dah sejam dua jam. Kalau sehari tu boleh cover 1-2 tempat ja.

Cerita ni tak habis lagi. Ada sambungan dia lagi. Nanti abang sambung. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...