Iklan

27 November 2016

Eksplorasi Solo Terowong Komunis Weng - Gagal

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Fuh ! 
Lama dah abang tak jenguk blog abang ni. Tak dan nak buka pun! Catatan terakhir awal bulan September. Ni dah masuk bulan Disember dah. Genap dua bulan !
Ada masa sikit ni baru la abang boleh bercerita. Cerita tak power mana, gempaq ja lebih !
Mari kita mulakan penceritaan. Hangpa pernah dengar tak terowong komunis yang terdapat di Betong (wilayah Thailand yang bersempadan dengan Pengkalan Hulu di Malaysia) ?
Apa? Bentong? Bentong tu lain dik. Bentong di Pahang. Ni Betong di sebelah Siam.

Ya, di Betong ada terowong komunis yang dikenali dengan nama Piyamit Tunnel atau dalam bahasa Melayunya dipanggil Terowong Piyamit.





Adakah anda tahu di Malaysia juga terdapat terowong komunis?
Satu-satunya terowong komunis yang terdapat di Malaysia terletak di Weng Baling, Kedah Darulaman bersempadan dengan wilayah Betong di Thailand. Apa kaitannya dengan Terowong Piyamit? Kedua-duanya adalah jaringan terowong yang sama yang dibina pihak komunis suatu ketika dulu!

Buat masa sekarang, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan terowong komunis ini di negara sendiri. Destinasi ini sedang dalam perancangan kerajaan negeri Kedah untuk dimajukan seperti mana Terowong Komunis Piyamit yang terdapat di Betong Thailand.
Sedangkan abang sendiri pun baru tahu je setelah melihat kongsian orang ramai di Facebook!
Sedikit informasi Terowong Komunis Kampung Weng, Baling Kedah yang abang cedok dari internet dan kawasan sekitarnya:

Partai Komunis Malaya (PKM) bercita-cita untuk menegakkan sebuah kerajaan komunis di Semenanjung Tanah Melayu sebaik selepas tamat Perang Dunia ke-2. Setelah gagal dalam pemberontakan pertama yang dikenali sebagai Darurat (Malayan Emergency) sepanjang 1948 hingga 1960, gerila-gerila komunis telah berundur ke selatan Thai untuk mengelak dari buruan pasukan keselamatan Malaysia. Dianggarkan seramai 500 gerila telah berundur ke selatan Thai, yang mana dalam propaganda mereka, pengunduran ini dilakukan atas sebab-sebab strategik.

Untuk berlindung dari dikesan dan diserang oleh pasukan keselamatan Thai dan Malaysia, gerila-gerila PKM ini telah membina beberapa rangkaian terowong di selatan Thai sebagai pengkalan latihan dan tempat persembunyian mereka. Selain itu, rangkaian terowong sulit ini juga telah dijadikan sebagai salah satu cara untuk menyusup masuk dan keluar di sempadan Malaysia-Thai bagi membolehkan mereka melarikan diri ke dalam wilayah Thai setelah melakukan serangan ke atas pasukan keselamatan

Penemuan terowong komunis ini dikatakan bekas atau tempat persembunyian milik Komunis kerana Gerakan bersenjata PKM disusun pada 1958, Sekitar tahun 1960-1968 PKM membina kekuatan Rejimen ke-8 diwujudkan di kawasan Sadao, Rejimen ke-10 (Weng) dan Rejimen ke-12 (Betong). Dari sumber maklumat terowong ini paling aktif digunakan disekitar dari tahun 1948 hingga tahun 1968.

Kisah lanjut hangpa boleh baca di sini.


Jadi abang nekad nak terjah ke sana. Nak tengok sendiri bagaimana rupanya terowong komunis yang dimaksudkan tu. Tidak banyak informasi yang dijumpai di internet berkaitan dengan Terowong Komunis Weng ni.


Kawasaki KLX 150 milik adik abang digunakan untuk eksplorasi Terowong Komunis Weng ini !

Dengan tiada perancangan rapi, cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk menjayakan ekspedisi ini. Rancangan minit akhir macam ni dah tentulah kena pi sorang. Ajak orang lain masing-masing ada hal & ada yang tak berani !

Maka abang menggagahkan jugaklah untuk meneruskan misi ini. Cara abang senang. Tamatkan atau jangan mulakan langsung.

Kawasaki KLX 150 dengan bunga tayar belakang yang nipis dicilok dari adik abang. Takkan nak bawa skuter kot main jalan off-road ni.

Abang memulakan perjalanan dari kampung abang di Sik, Kedah. Bangun pagi-pagi, siap apa patut. Yang abang bawak cuma dry bag satu & botol air 1.5 L satu, Itu sahaja. Dry bag boleh isi dompet atau telefon takut basah & botol air buat isi minyak spare. Seriau jugak takut minyak habis tengah-tengah hutan tebal nati.

Dry bag ikat belakang Kawasaki KLX 150. Minyak spare ada dalam bag.

Hujan lebat waktu malam sebelum tu buat abang lagi seriau. Trek balak off-road nak masuk ke terowong komunis ni dah pastinya mencabar lagi. Mujur cuaca elok berkabus pagi tu. Tak berapa panas nak ride dari Sik ke Weng.

Sebelum ride, berhenti di pekan Batu 5, Sik pekena nasi berlauk dulu. Pagi-pagi yang sejuk ketaq ni memang buat lapaq. Dah kenyang elok baru sambung jalan balik. Dah dekat pukul 10.00 pagi dah masa tu.

Punya rilek ride sat-sat jumpa tempat yang lawa sikit berhenti ambik gambaq. Bila nak sampai ni woi!

Bukit Enggang yang berkabus di sebalik pekan Batu 5, Sik.

"Selamat Datang ke Pekan Sik". Sawah padi yang menghijau di kiri jalan menuju ke pekan Sik.

Nampak tak macam mana tayar belakang scrambler adik abang? Bunga takda habis dah, tapi gagah jugak ! Rasain la sat lagi!

Cari jalan ke Lata Mengkuang.


Pemandangan indah sepanjang perjalanan dari Sik ke Weng.

Ikut laluan ke Weng/Baling. Nak senang cerita terowong komunis ni dalam kawasan Tangjung Pari. Ikut papan tanda cari Tanjung Pari.

Motor masih bersih & bersinar ketika ini. Jalan pun tak banyak kereta. Suasana kampung di kiri kanan jalan.

Baling 25KM lagi. Weng 7KM lagi. Tak jauh dah.

Pakcik yang abang jumpa berdekatan dengan pintu masuk laluan balak menuju terowong Komunis Weng.

Senang sahaja untuk mereka yang nak cari di mana terletaknya pintu masuk Terowong Komunis Weng ni. Boleh sahaja guna Google Maps dengan kata carian 'Simpang Terowong Komunis Weng' atau yang canggih sikit boleh cari GPS koordinat 5.862080N, 100.912009E

Google Maps cuma tunjuk tempat masuk je, jalan dalam hutan tu tak ditunjukkan sebab belum dicartakan lagi.




Akan ada satu lorong kecil dengan jalan berbatu berhampiran papan tanda 'Terowong Komunis Weng'. Kalau hangpa nampak papan tanda kawasan amaran 'Penceroboh Akan Didakwa' kira betul la tu. Masuk atas risiko sendiri ye.

Sebelum masuk, abang ada tanya pakcik orang kampung dekat-dekat situ bahaya tak untuk masuk ke dalam. Kata mereka tak bahaya pun, tapi lebih elok kalau berteman katanya oleh kerana hangpa tak akan selisih dengan orang lain dalam hutan tu. Cuma berhati-hati dengan mat 'pit' yang ada di awal pintu masuk.


Akhirnya selamat tiba di papan tanda Terowong Komunis Weng! Jangan seronok sangat, tak sampai lagi ni sebenarnya.

Nampak lorong kecik belah kanan depan tu? Itulah permulaan cabaran menuju Terowong Komunis Weng.

Abang sampai di simpang pintu masuk trek balak ke Terowong Komunis Weng ni pun dah dekat pukul 11.00 pagi. Tengah panas elok waktu tu. Abang dok agak nak tak nak mau 2 jam nak masuk sahaja. Balik belum kira lagi. Pergi balik 4 jam. Mau dekat petang satgi baru dapat keluar. Terpikir jugak kalau hujan pulak sat lagi macam mana.

Jadi abang buat plan siap-siap. Kena keluar dari trek ni selewat-lewatnya pukul 3.00 petang. Kalau jalan sejam setengah tak sampai lagi, kena berpatah balik. Mau pulak motor rosak ke tayar pancit ke kat dalam hutan ni, menangis tak berlagu beb. Silap haribulan, kena tiduq dalam hutan ni. 

Hujan lebat semalaman semalam buat trek berlecak. Nak tak nak kena redah jugak. Alhamdulillah tak ada masalah di awal perjalanan. Takut jugak abang motor dah la tayar botak. Tak lepas naik bukit sat lagi.

Ada lintasan sungai-sungai kecil mula-mula tu. Berhenti sat main air sungai yang sejuk. Basah-basahkan kaki apa dulu bru sambung jalan balik. Tak nampak langsung ketamadunan manusia dalam hutan tu. Lori balak pun abang takda selisih.

Ucapan 'Assalamualaikum' di awal trek balak Terowong Komunis Weng.

Melayan off-road dengan santai. Setakat ini keadaan masih terkawal.

Antara lintasan-lintasan sungai kecil yang akan dilalui sebelum sampai di tapak Terowong Komunis Weng.

Tak tau berapa KM dah dok jalan dalam hutan ni. Dah la tak selisih langsung dengan lori balak atau kenderaan lain.

Air sungai yang sejuk membasahi jari-jemari kaki. Huhu. 

Salam perkenalan buat teman-teman. Cabaran selut & lumpur dah bermula.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai. Jika takut motor kotor, jangan  bicara nak masuk off-road.


Selepas lebih kurang setengah jam atau lebih melayan selut, hangpa akan jumpa satu persimpangan 'Y'. Abang ada jumpa simpang tu. Abang keliru nak ambik belah kiri atau kanan. Sebelum ni ada baca blog-blog mereka yang pernah pi, tapi jarang sekali depa bagitau nak ikut belah mana. Nak Google apa waktu tu, line telefon pun takda dalam hutan ni !

Berdasarkan blog yang abang baca kemudian hari, baru abang tahu simpang tu kena ambik belah kanan rupanya. Abang pulak hari tu ambik sebelah kiri. memang menuju jalan yang lurus la nampaknya.

Mengikut pembacaan, akan ada kem askar bila lepas kita ambik simpang kiri ni. Patutlah abang tak jumpa kem askar hari tu. Dari jalan besar pintu masuk ke simpang Y ni lebih kurang 4 KM, dan dari simpang Y ke Terowong Komunis Weng tersebut ada lagi jarak 15 KM !

Wallaweh ! Jauh weh !

Rupanya-rupanya abang salah jalan la waktu tu. Abang tak tahu, tapi abang teruskan je perjalanan seperti yang dirancang, Tercari-cari jugak kem askar tapi tapi tak jumpa. Nak sedapkan hati sendiri "Haa depan tu kot, sikit je lagi". Sampai ke sudah tak jumpa kem askar.


Abang rasa abang salah masuk simpang. Mengikut pembacaan abang dari blog, simpang ni kena ambik kanan. Tapi abang ambik belah kiri.

Bentuk muka bumi yang pelbagai. Sat jalan berbatu, sat selut, naik bukit dan turun bukit.

Berhenti sat merehatkan punggung yang kebas.

Dikatakan jarak dari pintu masuk jalan balak ke tapak Terowong Komunis Weng ni lebih kurang 15KM. Ya, off-road 15KM.

Jumpa air terjun kecik lagi.

Nak buat basah badan pun tak boleh kalau air terjun takat ni.

Depa kata kena lintas 6 sungai, tapi yang abang jumpa sungai kecik-kecik ja. Tak boleh nak mandi pun. Setakat nak basuh muka & basahkan kaki tu boleh la.

Abang rasa awat jauh sangat ni tak sampai-sampai ni. Abang buka GPS, tengok jalan yang diikuti ni memang menju ke sempadan Malaysia-Thailand. Macam dah betul dah. Tapi kenapa jalan ni tak sama macam dalam-dalam gambar yang macam abang pernah abang tengok sebelum ni.

Jam waktu tu dah menunjukkan jam 1.00 tengahari. Abang masih meneruskan perjalanan dengan harapan dapat la jumpa Terowong Komunis Weng. Apa yang menarik pasal terowong ni abang pun tak pasti, sebab tak pernah sampai lagi. Tapi yang pastinya kaya dengan nilai-nilai sejarah.

Abang periksa GPS melalui telefon. Jauh jugak rupanya abang dah masuk ke dalam hutan. Tengok peta Google Maps, nampak hijau-hijau je hutan. Abang nampak garisan putus-putus. Rupanya abang memang dah betul-betul dah dekat dengan sempadan negara Thailand!

Sampai suatu ketika, ada satu bahagian bukit yang mana motor scrambler Kawasaki KLX 150 adik abang tak boleh lepas. Tayar belakang yang sedia ada botak memburukkan lagi keadaan. 2-3 kali percubaan masih tak lepas oleh kerana permukaan selut yang licin. Tayar motor dah jadi donat habis! Siapa yang pernah main basikal bukit tau la perasaan dia camna bila tayar dah jadi donat.

Abang gigih mengawal motor yang hampir terbalik & terbabas dek kerana tanah selut yang licin. Dah la pakai selipar Crocs Asadi pulak waktu tu masuk off-road. Bahana betul. Berpusing ligat tayar belakang mencari cengkaman namun sia-sia.

Motor terbalik jugak. Abang mengalah. Letih woi main angkat motor kawasan ni je. Tak cukup kudrat. Kesian jugak motor. Masalah utama tayar botak. Itulah gatal sangatkan nak pi tanpa persediaan rapi.

Kedengaran guruh berdentuman di langit. Dengan masa yang tidak mencukupi, abang buat keputusan untuk berpatah balik ke jalan masuk. Parah ni kalau hujan tiba-tiba turun sat lagi.

Waktu masuk dekat 2 jam, waktu balik dalam sejam setengah dah sampai di pintu masuk. Tak puas hati sebab misi tak tercapai. Tapi demi untuk keselamatan diri terpaksa jugak la patah balik.

Takpa, kita mai lain kali dengan persiapan yang lebih rapi !


Game over. Berkali-kali abang cuba naik bukit ni tak lepas. Tayar dah jadi donat teruk !

Itulah bahana tak buat persiapan rapi. Tayar motor dah tak boleh grip tanah.

Laluan pulang melalui jalan yang sama.

Hujan lebat semalaman semalam buat trek jadi berselut.

Selamat tiba di pintu keluar. Mujur tak pancit tengah hutan tu. Jenuh menolak la.

Pintu masuk ke jalan balak Terowong Komunis Weng. Ada mat-mat 'pit' yang dok di pondok depan tu.

Ada amaran 'Penceroboh akan didakwa' di pintu masuk Terowong Komunis Weng. 

Jalan utama Tanjung Pari yang tak ada kenderaan langsung. Sayup-sayup je jalan dia.

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama Kawasaki KLX 150 sebelum balik. Boleh la posing sakan sambil terlentang ke kat tengah jalan ni.

Hangpa tau tak ada nama tempat Durian Burong? Pintu masuk ke Thailand yang baru saja dibuka beberapa tahun lepas.

Panas lit lit waktu balik.

Seluas mata memandang. Air terjun mana air terjun?

Ubat panas badan. Ni dia Air Terjun Lata Mengkuang.

Bawa scrambler boleh parking sebelah ayaq terjun.

Merendamkan badan seketika di Air Terjun Lata Mengkuang sebelum pulang semula ke Sik.

Keluar dari jalan masuk Terowong Komunis Weng, abang tak balik kampung abang di Sik terus, sebaliknya abang menyinggah mandi-manda di Air Terjun Lata Mengkuang. Panas-panas macam ni dapat mandi ayaq terjun nikmat woi ! Berendam sejam dua baru tenang minda !

Cuaca tiba-tiba jadi panas elok petang tu, Masa abang dok dalam hutan bukan main guruh bagai. Saja la tu. Tapi takpa, ada masa abang tetap akan repeat balik eksplorasi solo ke Terowong Komunis Weng ni. Dengan izin Allah.

Bila balik buat analisis memang abang salah jalan la rupanya dekat simpang 'Y' tu. Kena ambik kanan, bukan kiri ye. Memang abang tak jumpa la kem askar. Tak puas hati betul tang tu. Kenapa la boleh terlepas point penting ni. Inilah hasilnya kalau main redah je tanpa kajian rapi sesuatu eksplorasi.

Walaupun misi GAGAL, abang nekad akan kembali lagi selepas ini ! Woohoo !

10 ulasan:

  1. Abang mampu tengok je....tak pi le..jalan elok baru pi sana.

    BalasPadam
  2. waa... betol2 gigih ride sesorang meredah membuta tuli.. haha.. bukan dekat.. da sesorang.. terasa lama tuh.. okiee.... sila2lah kembali lagi.. teringin nak tgok terowong komunis malaya tuh :)

    BalasPadam
  3. Hebat bro. Banyak tips berguna dalam blog ni dalam mencari trek basikal dan motor. Keep it up. Terbaik!

    BalasPadam
  4. tu dia aih, sunyi sepi jalannya...next time blh cuba lagi & jgn lupa share kisahnya di blog..bukan apa, ini 1st time dgr pasal terowong komunis ini...nak tau juga bgmn keadaannya..

    BalasPadam
  5. Kalau terserempak binatang buas... camna agaknya eh..

    BalasPadam
  6. menarik.. sy bru perasan psl ni pon bila nmpk sign board kat tepi jln masa otw balik dari pantai timur. nti blh kongsikan pengalaman anda lg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis Daerah Baling giat mempromosikan Terowong Komunis Weng ni.

      Tapi sayang, jalan masuk masih belum sempurna !

      Padam
  7. Sedihh...signboard dh ada...bwk famili nk tgk, rupanya belum bukak...sib baik odw pegi sambil layan blog ni...pastu call MDB kata belum!! Sila balik dgn kecewa...hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak buka lagi pun. Tapi Majlis Daerah Baling dah siap promosi Terowong Komunis Weng ni !

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...