Iklan

30 Disember 2016

Ada Apa di Pesta Penang?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Tahukah anda tahun 2016 merupakan tahun ke-50 penganjuran Pesta Penang?

Ya, Pesta Penang dah masuk 50 tahun. Kalau sapa-sapa orang utara hangpa tanya la mak ayah hangpa pasal Pesta Penang, mesti depa semua pakat tau. Nama Pesta Penang cukup gah kalau dulu-dulu zaman mak ayah kita. Kiranya dulu kalau sapa yang dapat masuk pi pesta ni kira dah cukup 'power'.

Untuk tahun 2016, Pesta Penang berlangsung bermula dari 26 November 2016 sehingga Malam Tahun Baru 2017. Tiap-tiap tahun pun ada Pesta Penang ni. Selalunya berlangsung selama sebulan setiap hujung tahun. Waktu cuti sekolah macam ni la yang selalunya keluarga boleh bawak anak jalan-jalan.



Untuk bayaran masuk pulak setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Jadi sebelum masuk tu kena beratur beli tiket masuk dulu. Ada pakcik-pakcik guard yang dok jaga di bahagian pintu masuk. Nak masuk tunjuk tiket.
Bila dah masuk ke dalam kawasan tapak Pesta Penang, maka bermulalah sesi serang-menyerang. Boleh jadi tipu bila kawan-kawan kau kata,

"Aku masuk Pesta Penang saja nak tengok-tengok je"

Bohong. Boleh jadi bila beliau keluar nanti menjinjing-jinjing barang di tangan. Itu baru satu contoh.
Abang nasihatkan nak masuk ke dalam kawasan Pesta Penang tak perlu bawak duit banyak-banyak. Senang-senang balik dengan poket kosong. Bagi yang tak cukup duit, mesin ATM pun ada dalam ni. Tapi tu dia orang punya panjang beratuq nak ambik duit.

Bab makan pulak dalam Pesta Penang disediakan khemah besar seperti medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan. Tapi faham-faham sahajalah makanan di dalam ni mahal dia macam mana. Elok hangpa makan kat tempat lain di luar dulu baru masuk Pesta Penang.

Meh kita sekilas tengok apa yang ada di Pesta Penang.


Tak boleh masuk percuma. Kena beli tiket masuk Pesta Penang berharga RM3.00 untuk orang dewasa.

Masuk-masuk tapak Pesta Penang dah nampak orang jual karpet. Orang perempuan seronok la.

Antara hasil tangkapan di Pesta Penang yang boleh dibawa pulang.

Antara kedai yang terdapat di Pesta Penang. Meriah dengan beruang dan bantal.

Pavilion Pulau Pinang. Boleh tengok perancangan kerajaan negeri dalam ni. Tapi takda jual apa dalam ni tu yang tak ada orang nak masuk tengok.

Sambutan ke-50 tahun Pesta Pulau Pinang.

Bawak budak-budak pun seronok la jalan dalam Pesta Penang ni.

Ada banyak bangku-bangku kecil disediakan untuk pengunjung Pesta Penang. Kesian makcik depan ni letih berjalan.

Ruang berselfie & ambik gambaq.

Dah macam I-City kat Shah Alam dah Pesta Penang ni.

Ruang konsert di tapak Pesta Penang. Seblah tu tempat lampu-lampu.

Terowong lampu yang terdapat di Pesta Penang. Selalu sesak sebab semua pakat nak bergambar dalam ni.

Nampak macam mana perasaan dia bila dok dalam terowong ni?

Sebelah terowong ada kedai bundle & bangku tempat berehat. Padahal lepak sini nak tengok awek-awek segak.

Jika terlihat seorang jejaka sedang asyik menonton permainan yang ada di tapak Pesta Penang, maka jangan tinggalkan. Kejutkanlah dia. Sesungguhnya beliau tidak pernah masuk 'funfair' sewaktu kecil dahulu.



Permainan-permainan funfair yang terdapat di Pesta Penang. Nama apa entah benda ni. Abang pun tak pasti. Tapi ni untuk orang besar.

Kena beli token dulu sebelum nak main. 1 token RM 2.00 Abang suka tengok orang main ja sebab lebih jimat duit. Huhu.

Euro Wheel. Meriah dengan orang ramai tunggu giliran nak naik.

Kedai kasut bundle yang terdapat di Pesta Penang. Apa yang menarik kasut trekking dijual dengan harga RM 20 sepasang!

Kasut jalan biasa pulak dijual dengan harga RM 10!

Kasut trekking, climbing, outdoor & seangkatan dengannya dengan jenama-jenama terkenal antaranya Colombia & Karrimor boleh didapati dengan harga RM 20 sahaja !

Kasut hitam korporat pi pejabat pulak 3 pasang RM 50. Boleh tukar-tukar tiap hari gini.

Abang banyak berlegar-legar di kedai bundle dalam Pesta Penang ni.

Masing-masing bersama hasil tangkapan di kedai bundle Pesta Penang.

Kos kerosakan selama berada di kedai bundle Pesta Penang ni dianggarkan masih berada  dalam keadaan terkawal.

Geng-geng tongkat selfie hadir memeriahkan suasana malam di Pesta Penang.

Meriah dengan kerlipan lampu dan suasana yang bersih.

Ada banyak kawasan lagi sebenarnya dalam tapak Pesta Penang ni tapi tak sempat ambik gambaq.


Sebenarnya Pesta Penang dah nak sampai ke penghujungnya pun tapi saja abang nak kongsikan gambar-gambar yang sempat abang rakamkan sepanjang 3 kali masuk ke tapak pesta ni.

Peringatan abang kalau nak pi Pesta Penang ni kalau hangpa pi dalam pukul 8.00 malam, masa tu susah nak cari parking kalau bawak kereta. Waktu-waktu macam tu lah waktu kemuncak dia. Kalau nak senang cari parking, hangpa pi lah dalam pukul 11.00 malam lebih sikit ke, waktu tu ada pengunjung yang dah mula keluaq nak balik.

Lagi satu carilah parking yang dibenarkan sahaja. Kadang-kadang ada banyak ulat-ulat parking di Tapak Pesta ni. Dok suluh-suluh lampu suruh kita parking tepi rumah orang sekitar kawasan pesta ni. Sekali kena bayaq RM10. Balik tapak pesta, ada pulak pengunjung yang kena saman dengan polis.

Pakat mai sini. 
Pulau Pinang satu destinasi.
Tengok Pulau, Tanjung Tokong,
Pesta Penang Sungai Nibong !

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...