Iklan

17 Oktober 2017

Ulasan Modenas Elegan 250i : Bagus Ke Skuter ni?




Salam satu belting ! 

Kalau hangpa biasa baca catatan abang, hangpa akan tau abang merupakan seorang penunggang skuter tegar. Dari zaman dulu ada skuter Comel, Demak, Nitro, pun abang dah pernah rasa dah. Zaman Yamaha Nouvo LC, pun dah rasa dah. 

Kali ni abang nak buat ulasan sikit pasal skuter maxi keluaran Kymco yang dijenamakan semula oleh Modenas. Inilah dia Modenas Elegan 250i atau nama asalnya modelnya di Taiwan yang dipanggil 'Kymco Xciting'.

Jika sebelum ini Modenas membangun model skuter Elegan mereka dengan SYM, kali ni untuk model Modenas Elegan 250i yang terbaharu ini, mereka menjalinkan pakatan kerjasama dengan Kymco, sebuah nama besar dalam industri skuter di Taiwan.


Sedikit spesifikasi Modenas Elegan 250i


Enjin: SOHC, Sejukan cecair, 4 lejang
Sesaran: 249.1cc/ 72.7mm X 60mm
Kuasa: 16.5Kw @ 7000rpm / 22.1hp
Pembakaran: Suntikan bahanapi elektronik
Transmisi: CVT
Kerangka: 2235 mm x 810 mm x 1375 mm
Jarak roda: 1,540 mm
Kapasiti tangki: 12.5 Liter
Tayar depan: 120/80-14 inci
Tayar belakang: 150/70-13 inci
Brek: Cakera FR 260 mm, Cakera RR 240 mm
Suspensi: Teleskopik,
Harga: RM13,599 termasuk GST

Dengan harga cuma RM14,000, ianya sebuah skuter maxi yang paling berbaloi berbanding pesaing yang ada di pasaran sekarang.

Kenapa skuter ni dipasarkan di pasaran Malaysia dengan kapasiti enjin cuma 250cc sedangkan asalnya di Taiwan skuter ni lengakpa dengan enjin 300cc?

Faktor utama adalah kelas lesen. Kalau Modenas Elegan 250i ni hadir dengan enjin 300cc, berapa ramai orang yang sanggup dan akan beli? Lebih 250cc kena ada lesen B Full pulak.  Kalau 250cc dan ke bawah boleh guna lesen B2 biasa sahaja.

Jadi kebanyakan skuter atau motorsikal yang ada di Malaysia memang akan diturunkan cc enjin bagi disesuaikan dengan pasaran.

Orang tua abang pun cukup minat dengan kenderaan automatik dua roda bernama skuter ni. Dulu bagitau ja skuter jenama apa kami tak pernah rasa, kami pernah guna skuter Comel, Nitro, Demak & sebagainya. 



Tapi jenis-jenis skuter tu tak tahan lama !

Sat-sat rosak, sat sat rosak. Sekali repair dah berapa. Kalau hangpa rajin perhati kat jalan sekarang pun tak nampak dah skuter Comel tu. Pupus barangkali dah sekarang ni.

Abang pulak serius menggunakan skuter sejak zaman belajaq dulu. Ya, skuter Yamaha Nouvo LC tahun 2010 dulu tu la kenderaan utama untuk ke kelas di UiTM Shah Alam dulu. Sampai la ni masuk tahun 2020 dok elok lagi Nouvo tu!

Mula-mula tu memang abang dengaq cakap-cakap orang yang kata skuter ni manja sikit. Sekejap rosak itu, sekejap rosak ini. Abang menafikan kenyataan itu bila abang dah pakai skuter hampir 10 tahun.

Ianya bergantung pada kita jugak. Cara pembawaan kita. Cara pengendalian kita. Kalau dok pepah full throttle selalu, pikir nak laju ja, perah tak ingat dunia mana nak tahan woi! Bukan kata skuter, kapacai pun belum tentu. 

Tapi ianya mungkin bergantung kepada jenis skuter jugak kot. Kalau pandai jaga dia, boleh tahan lama skuter ni.

Hangpa boleh baca catatan Review Yamaha Nouvo LC yang abang buat sebelum ni. Motor tu lah bawak pi kelas, motor tu lah bawak pi touring

Dah jauh dah skuter ni bawak abang merata ceruk satu negara. Kuala Kelawang, Bukit Tinggi, Jalan Gombak Lama, Genting semua abang dah tapau dah. (Tiba-tiba bunyi ayat riak ni dah kenapa?)

Nak touring jarak jauh pun masih ramai orang takut nak bawak skuter, tapi abang dah buktikan ia bukan satu masalah.


Sampai sekarang skuter Yamaha Nouvo LC abang tu masih berkhidmat tanpa apa-apa masalah enjin. Janji semangat mau ada. Ni tak, kawan kelepet sikit kata skuter tak boleh jalan jauh la, takut belting putus la, terus kecut menikus tak jadi. Lalu, skuter selalu dijadikan bahan 'motor pakcik-pakcik ke masjid'.

Tiba-tiba pulak emosional pasal skuter ni pasai pa! Bukan nak cerita pasal Yamaha Nouvo LC tu pun sebenarnya. Nak sembang pasal Modenas Elegan 250i. Dok merepek kot mana hala dah ni.

Kali ini abang nak buat review sikit berkenaan dengan skuter Modenas Elegan 250i yang baru keluaq tahun 2017 ni.

Sebelum tu biaq abang terus terang. Ramai yang tanya abang mana Yamaha Nouvo LC? Dah jual ke? Motor tu masih ada. Orang tua abang dok guna buat pi kerja. 

Sibuk sungguh hangpa noh tanya skuter Yamaha Nouvo LC abang ada mana. Motor ada banyak sangat kat rumah ni sampai takdan nak guna. Haha.


Kemaskini terbaru : 

Abang dah guna Modenas Elegan 250i ni dah lebih 22,000 KM. Jadi sepanjang abang guna ni ada apa-apa masalah tak? Benda apa yang abang dah tukar? Berapa kos maintenance atau penyelenggaraan skuter ni?

Boleh rujuk video di bawah :



Orang buat video DIY, hang pun nak buat video DIY. Nah semangat buat video DIY tukar minyak enjin Modenas Elegan 250i. Kot-kot sapa-sapa nak cuba bukak buang minyak hitam sendiri lepas ni.

Boleh rujuk video di bawah:



Sedikit perkongsian kadar penggunaan bahanapi bagi skuter ni. Nak tahu minyak jimat tak jimat Modenas Elegan 250i ni boleh rujuk video di bawah :












REVIEW MODENAS ELEGAN 250 2017

Sedikit ringkasan yang abang boleh buat berkenaan dengan Modenas Elegan 250i 2017 ni:

  • Kalau dilihat model Modenas Elegan generasi sebelum ni menggunakan enjin SYM, untuk Modenas Elegan 250i tahun 2017 ni pulak diambil daripada KYMCO, salah sebuah jenama yang gah dalam pembuatan skuter. Modenas Elegan 250i ni merupakan model terbaru daripada Modenas yang mana asalnya merupakan skuter maxi dari keluarga KYMCO X-Town.
  • Modenas hanya buat penjenamaan semula (rebadge) KYMCO X-Town ni. Enjin & semua komponen adalah dari KYMCO. Ada la sikit lambang 'M' Modenas kat cermin penghadang angin depan dan di handle tu. Kalau tengok & perhati betul-betul contohnya macam lampu memang semua cop KYMCO.
  • Walaupun diambil dari model KYMCO X-Town, hanya di pasaran Malaysia sahaja yang ada skuter KYMCO dengan kapasiti enjin 250cc ni. Asalnya yang ada hanya model KYMCO X-Town 300i & KYMCO Xciting 125i. Strategi mereka, rakyat marhaen yang tak ada lesen 'B Full' tu boleh la berpeluang bawak motor ni.
  • Modenas Elegan 250i ini hanya terdapat dalam dua variasi warna (betul ke ayat abang ni?) iaitu hanya ada warna putih dan hitam. Tapi kalau hangpa tengok motor orang tua abang macam dalam gambaq tu, kami dah koyak stiker-stiker asal yang ada di body tu. 
  • Enjin Modenas Elegan 250i dari KYMCO ni memang betul-betul 250 cc. Kalau hangpa tengok geran memang dia tulis 249.1cc. Tak macam SYM VTS 200 yang abang pernah guna, walaupun claim 200 cc tapi dalam geran sebetulnya cuma 170 cc.
  • Berapa harga pasaran Modenas Elegan 250i ni? Dia berbeza-beza mengikut kedai. Orang tua abang beli harga hutang RM14,800 on the road. Tapi satu je yang abang boleh cakap skuter ni stok tak ada ! Kalau booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Nasib la kalau ada di kedai tu, tu pun dah ada orang yang punya.
  • Walaupun bukak bonet bawah seat nampak macam sempit, Modenas Elegan 250i ni kalau hangpa nak tau boleh letak dua biji helmet bawah seat dia. SYM VTS 200 pun boleh letak sebiji je helmet.
  • Macam mana penggunaan minyak untuk Modenas Elegan 250i ni? Kuat minyak ke? Kalau ikut pengalaman abang yang dah guna skuter ni 3-4 bulan, abang pernah ulang-alik Penang ke Kuala Lumpur. Abang isi minyak penuh di KL & isi balik penuh di Penang. Untuk jarak 360KM, skuter ni guna dalam RM 23+ untuk minyak RON 97. Jadi secara puratanya lebih kurang 6.3 sen/kilometer. Boleh la tu, bagi abang jimat la jugak.

Gambaq-gambaq teman orang tua abang bawak Modenas Elegan 250i pi ride layan kona Fraser Hill.

Nanti abang buat catatan lain pasal ride 'thousand corner' Malaysia ni. Nak cerita pasal Modenas Elegan 250i ja dulu untuk catatan ni.

Modenas Elegan 250i ni asalnya datang dengan stiker Modenas kiri kanan di body tu, tapi tak berapa mengancam. Tu yang kami cabut buang tu.

Muka puas hati dapat layan corner Fraser Hill dengan Modenas Elegan 250i.

Modenas Elegan 250i takat ni tak bawak banyak masalah. Mungkin baru lagi kot. Tunggu tengok la setahun dua lagi.

Modenas Elegan 250i dan Yamaha Y15ZR berhenti singgah pekena kopi kampungdi Janda Baik selepas seharian layan corner.

Modenas Elegan 250i ni dari depan nampak lebih 'sukan' dan garang.

Lampu belakang Modenas Elegan 250i berbentuk 'X' yang menunjukkan ia dari keluarga model KYMCO X-Town.

Tayar depan dan belakang Modenas Elegan 250i satu saiz lebih besar berbanding SYM VTS 200. 

Tayar belakang Modenas Elegan 250i lebih lebar dari SYM VTS 200. Jadi nak layan corner tu lebih confident.



Kalau perasan Modenas Elegan 250i ni side mirror dia melekat sekali di handle macam kapcai biasa. Kalau SYM VTS 200 pulak side mirror dia melekat sekali di body.

Dengan harga lebih kurang RM14k+, Modenas Elegan 250i ni boleh dikatakan cukup berbaloi dengan harganya kalau nak banding dengan model skuter seangkatannya.

Modenas Elegan 250i touchdown Kampung janda Baik.

Modenas Elegan 250i ni buat masa sekarang susah nak tengok kat jalan sebab tak cukup stok. Yang dah booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Tu yang abang nampak kelemahan ketara Modenas dalam 


Maaf. Sori-sori termasuk pulak gambaq mee rebus Tapah.

Nampak tak logo Modenas besar-besaran kat tengah handle Modenas Elegan 250i tu?

Ni kat Terowong Menora ni. Gigih jugaklah ambik gambaq guna SJCAM yang abang simpan dalam poket tepi Modenas Elegan 250i ni.

Hujan lebat dalam perjalanan balik ke Penang. Saja ikut jalan lama dari Kuala Kangsar ke Gerik. Jumpa Suka-Suki Lake Retreat ni di Kampung Kelantan di Lenggong.

Parking Modenas Elegan 250i betul-betul depan rumah makan Suka-Suki Lake Retreat milik pakcik Aziz ni. Depa siap jamu kopi kat abang !

Singgah sat kat Lata Kekabu dalam perjalanan balik dari Lenggong ke Penang.

Dah jauh dah abang bawak Modenas Elegan 250i ni merantau di dalam Malaysia dan juga di luar Malaysia. Luar Malaysia tu biasanya Siam la. Pernah bawak Modenas Elegan 250i ni bulan puasa 2 tahun lepas secara solo dengan misi 'Jejak Ramadhan Selatan Thai' di wilayah bergolak Narathiwat, Yala dan Pattani.

Biasanya abang bergerak secara solo dan skuter ni memang boleh diharap. Dari segi enjin memang boleh diharap. Dah nak masuk 3 tahun dah bateri pun tak pernah tukar lagi, enjin tak pernah usik langsung.

Sejak dari beli, tak pernah sekali pun pi servis CVT. Cuma sekali tu masa odometer dekat 23,000 KM, abang pi jugaklah pi servis CVT. Sejak dari beli sampai 23,000 KM tak pernah buka & servis CVT. Saja abang nak test tengok sampai mana belting dia boleh bertahan. Ramai yang dok pesan kena pi servis CVT 6,000-7,000KM sekali, abang buat tak tau ja. Haha.

Kita biasa pakai skuter dah sebelum-sebelum ni, jadi kita tau cara kita bawak dia camna. Dari segi belting ada orang sampai 30,000KM pun ada. Ada yang pakai 12,000 KM pun ada yang putus dah. Semuanya bergantung jugak pada cara pemanduan kita. Abang bukan jenis kaki lenjan & kaki pepah throttle tak lepas. Abang jenis santai-santai ja. Bawak pun tak laju.

Harga barang Modenas Elegan 250i semuanya jenama Kymco yang kalau betul original mai dari Taiwan. Harga barang Kymco ni mahal sikit kalau nak banding dengan barang SYM. Contohnya bila orang selalu tanya, harga belting ME250i ni mahal tak?

Abang akan kata lagi mahal dari SYM. Harga belting Kymco untuk ME250i ni lebih kurang RM160-RM170 macam tu. Tu tak termasuk upah nak servis CVT sekali. Upah cuci & servis CVT biasanya dalam RM30 sahaja. So kalau betul sekali tukar belting kos dia lebih kurang RM200.

Oh abang lupa dia ada barang yang dipanggil 'slide piece' ada 3 biji yang dijual satu set dengan harga RM30. Jadi sekali servis tukar belting & slide pice ni lebih kurang RM230.

Roller tak payah tukaq kalau dok elok lagi. Abang pakai roller standard ja senang. Ada orang tukaq roller ni nak bagi pikaplah, nak bagi top speed lajulah. Abang masih setia dengan ke'standard'annya. Orang kata apa, standard itu indah?



Itulah sedikit sebanyak gambaq yang abang dapat tunjuk berkenaan Modenas Elegan 250i ni. Gambaq pun tak banyak stok. Ni pun jenuh godek cari kat telefon. Nanti lah bila abang ada masa abang ambik gambaq lain dan abang akan kemaskini balik catatan ni.

Nanti abang akan buat catatan lain berkenaan 'Ride Anak Beranak' layan corner Bukit Fraser & Janda Baik. Saja ja tunjuk gambaq je dulu ni.

Abang tahu mesti ramai yang tanya pasal rumah tradisonal lama yang ada di Suka-Suki Lake Retreat tu kan? Haa yang tu pun nanti abang cerita lain. Tak sempat nak menulis lagi ni.

Ni pun curi-curi masa sikit ni menulis waktu kerja. Haha.

68 ulasan:

  1. wah boleh jadi duta motosikal modenas ni :P

    BalasPadam
  2. Terbaik abg Letrik :D saya mula terjumpa blog ini apabila mencari term "ride Malaysia".. rasanya kebanyakan artikel ride "Bro Letrik" saya dah baca ; memang menarik dan banyak gambar2 cantik.

    Harap dgn skuter cc yang lebih besar ini, tuan dapat kongsikan dengan pembaca blog ini lebih banyak penjelajhan lagi.. terima kasih atas perkongsian.

    Mungkin nanti ada entri berkaitan trip ke Pantai Timur pula ;)

    -Aziz Saad-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan !

      "Hadza Min Fadhli Rabbi"
      "Semua ini kurniaan dari Tuhanku"

      Insyaallah.

      Padam
  3. naik bukit fraser ok ke bang. xsemput ke motor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik Bukit Fraser memang takda masalah. Lajak semacam je Modenas Elegan 250i ni pergi.

      Padam
  4. salam...aku pon baru angkat ini motor..drive banyak syok wooo.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam geng !

      Ayuh meracun rakan-rakan yang lain! Hehe.

      Padam
  5. Salam bro. Spare part elegan ni senang cari ke? Maintenance ok ke parah? Maaf sekadar bertanyabje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Spare part boleh cari kat Pusat Servis Modenas. Nak cadangkan pun tak boleh sebab tak pernah tukaq spare part lagi. Hehe

      Maintenance tukaq minyak hitam & gear pun dah cukup dah.

      Padam
  6. salam bro, ada posting tentang pengalaman servis elegan 250 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Takda buat lagi pasal catatan servis Modenas Elegan 250i ni. Hehe.

      Padam
  7. dari start moto ni launch dah usha moto ni.. tapi masih sabar menunggu ulasan pasal maintenance elegan 250 dari budakletrik. dari November 2017 duk tunggu update catatan blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Minta maaf. Tak dan nak tulis update bang. Buat masa ni maintenance Modenas Elegan 250i tukar minyak hitam & minyak gear ja.

      Padam
  8. Assalamualaikum,

    Berminat dgn elegan 250 ni..cuma nak tanya, dengan berat kering 193kg.. sesuai tak dengan penunggang yg beratnya 55kg je... pendapat tuan bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak banding berat motor dengan tuan motor macam tak sesuai. Tapi Modenas Elegan 250i ni memang berat. Nak gostan tu kalau boleh nak kena ada gear reverse.

      Padam
  9. salam tuan..nak tanya kalau modenas elegan 250 dibandingkan dgn sym evo 250i ape pendapat tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Nak banding Modenas Elegan 250 dengan Sym Evo 250i saya pun tak tau nak kata apa sebab pernah rasa Modenas Elegan 250 ja. Agak tidak adil kalau buat perbandingan kalau tak pernah rasa yang lagi satu tu. Huhu.

      Padam
  10. Sejak pakai sehingga sekarang bagaimana pencapaian elegan 250i ini...boleh bagi penjelasan skit, Sebab saya berminat dgn model ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pencapaian kalau ikut report card yang cikgu bagi amat memberangsangkan.

      Motor ni setakat ni tak ada masalah apa pun. Maintainance cuma tukar minyak hitam dan minyak gear ja cukup waktu.

      Padam
  11. Balasan
    1. Kalau naik Modenas Elegan ni santai-santai tak rushing 4 jam setengah dah boleh sampai. Maintain 100-110 Km/h ja.

      Padam
  12. Salam wan tmpt servis kymco nibrsa kt jln ipoh dpn bank rkyat sbb ctu ada bnyk geng2 sym duk rpair 1 lg kt round about lok yew

    BalasPadam
  13. Saya guna hampir setahun. Sekarang ulang alik KKB KE KEDAH sebulan 1 kali. Dah 6 kali buat masa ni. Alhamdulillah relax x lenguh. Minyak pun ok. Kelajuan highway 120-130kmh. 400km 3.5 jam or 4jam. Minyak dlm rm40 ke rm50. Cukup masa service.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Layan naik Modenas Elegan 250i ni. Santai dan tak terkejar-kejar. Cun bro atas perkongsian perjalanan bro.

      Padam
  14. Saya pakai sym 200. Dah 5 tahun now nak tukar ke Elegan 250i

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang pun guna SYM GTS 200 dah masuk 8 tahun sebelum ni. Motor masih mantap. Hehe. Hidup skuter!

      Padam
  15. Bagus memberi infoinfo yg berguna kpd pemilik2 skuter dan khas pd pemilik2pemilik2 skuter mondenas. Syabas dan tahniah sy ucapkan kerana memberi info2 yg berguna. Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Segala puji bagi tuhan. Apa yang boleh kita kongsi, kita kongsi. Dok peram lama-lama nanti lupa pulak. Haha.

      Padam
  16. motor ni guna minyak hitam jenis ape ? memang kene guna full sintetik ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau elok guna semi-sintetik atau fully sintetik untuk tahan lebih lama & jarak jauh. Macam motor ni guna minyak hitam Motul Scooter Power (Fully Synthetic)

      Padam
  17. dari segi review macam takde masalah nak ulang alik kuala terengganu - kl sebulan sekali. tgh pening antara skuter ni atau dominar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepuk dada tanya jiwa. Kalau jiwa santai dan rilek-rilek ja Modenas Elegan 250i jawapan dia. Haha.

      Padam
  18. Nak tanya saya baru ambil modenas elegan 250 ini, handle bergoyang kuat masa menunggang tanpa memegang handle... kenapa ya atau memang biasa. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tak bergoyang kalau lepas tangan pun. Lagi pun sebab baru lagi. Mungkin abang boleh hantaq check semula dekat servis center Modenas. Ada warranti lagi tu

      Padam
  19. Assalamualaikum... Sy dah guna Elegant 250 sejak mac tahun nie. Dah 4 x sy g batu pahat dari banting. Memang relax dan tak rasa penat. Cumanya motonie klu meter mencecah 100kmsj dia akan gegar tapi tak tau kenapa.. Mungkin ada sahabat2 yg boleh bantu atau pengalaman yg sama dan ada tak jalan penyelesaian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru pakai model ni tak sampai sebulan dan macam tuan kata bila speed 110 kmsj mcm tu akan rasa gegaran

      Padam
  20. Nak tanya juga bagaimana nak tingkatkan power dan kelajuan scooter ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang tukar ECU atau pulley. Tapi kalau nak tahan lama, standard jugak yang terbaik. Haha

      Padam
  21. terbaik tuan. Skuter sekarang masih keaadaan baik ke? Ada apa-apa masalah seperti overheat dan leaking gear box oil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ya, dah nak masuk dua tahun masih berkeadaan baik. Tak ada overheat mahupun leaking gear oil.

      Padam
  22. Kenapa banyak goyang bila bawak laju.kenapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skuter Modenas Elegan 250 ni kalau abang perhati wheelbase dia panjang bang, kalau laju kena jalan berombak sikit memang berayun.

      Padam
  23. Teringin jgk nak tukar bidang ke skuter neh.. Hehe. .Skrng pakai cb500x , ntah la , ok je ..Tp mcm kebas punggung pulak lately neh ..Muto ni hari2 ulang alik kije 60km++ sehala ok tak ? Nak trade in cb500x tuh rasanyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok sangat bang kalau nak buat berulang jarak jauh. Pakai motor besar tinggi-tinggi ni payah nak cilok.

      Padam
  24. Alhamdulillah...sgt2 bsyukur dpt skuter elegen ini.sblm ni saya pakai z8 mmg sedap layan cuma kemampuan x mizinkan lagi..so layan skuter umpama langit dan bumi.sgt2 puas hati..rasa lebih slmt dan selesa untuk di tunggang tak kira dekat o jauh...so saya simpulkan di sini x rugi ambik elegen 250 ni dgn harga yg berpatutan.boleh angkut anak bini ronda2 bdr o kpg ..terbaik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.

      Bila dah guna skuter, dah tak ingat dah nak patah balik pakai motor bergear. Hehe.

      Konfiden & keselesaan nak jalan jauh tu yang penting.

      Padam
  25. Salam berapakah maximum kelajuan boleh cecah skuter ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Laju tak laju bang. Boleh je pergi 140km/h. Tapi meraung sikit la motor.

      Top speed tak penting bang, janji bawak sedap. Kalau nak cari laju ni bukan jenisnya

      Padam
  26. Balasan
    1. Betul. Skuter jenis maxi ni bawak jalan jauh cukup sedap dan selesa. KL-Penang 3 jam setengah tak berhenti rehat pun tak lenguh pinggang

      Padam
  27. saye berminat ngan motor ni
    . tq bang sebb dah review motor ni.. salah satu nk cr motor.ni sbb seat bsr.. xlenguh.. bini duk cadang ambik skuter ni sbb seat besar.. nk ride berdua samae berisi.. rasanye ok kot kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Insyaallah.

      Benda elok kita sama-sama kongsi. Abang rasa ok sangat tu. Ruang bawah seat besar, setakat nak bela talapia sangkar takda masalah.

      Padam
  28. Kalau perempuan yg bawak moto ni ok tak? Dah byk kali selisih di jalan. Smart sgt walaupun besar.. Boleh ride jauh sikit. ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je perempuan pun kalau nak bawak skuter ni. Handling senang. Tak sakit punggung ride jauh. Haha

      Padam
  29. Kalau nak pasang box belakang, model apa yang cun dan selamat bang..

    BalasPadam
  30. Biasanya brp km untuk servis minyak hitam n cvt tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa dalam 5,000 -6,000 KM dah boleh tukar minyak hitam bang

      Padam
  31. saya pun berminat dengan ME 250i ini.
    sekarang sedang menggunakan symphony 250i. Ingat nak jual dulu sym symphony ini dan beli ME 250i. InsyaAllah
    siapa berhajat nak cuba layan sym symphony 250i , hbubungilah saya , harga nak jual 7500.00 sahaja. tahun 2013

    BalasPadam
  32. nak tanya. setakat tahun ni, sparepart utk model ni mudah dapat tak? atau kena kacuk pakai model lain? masalah2 lain yg timbul??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda masalah pasal sparepart. Banyak ja kedai & orang persendirian yang jual barang-barang KYMCO ni. Tak payah kacuk.

      Padam
  33. Terima kasih di atas perkongsian tuan. Tqvm...

    BalasPadam
  34. asslamualaikum abg budaklektrik.. sya nk tya skarg 2021 ,ok x model ni ?...sya berminat jga nk cari...tp nak tahu dlu yang da biasa guna
    -sya miskin ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Sangat-sangat ok. Walaupun dah masuk 4 tahun guna model ME250 ni, masih tip top. Berbaloi. Tak pernah ada masalah enjin langsung.

      Padam
  35. as salam,saya pun baru guna.untuk hilangkan gegaran kene korek variator dan pakai roller yg sesuai..bila dah buat pikup dan topspeed bertambah boleh cecah 140km/j pada RPM yang rendah sekaligus menjimatkan minyak dan enjin pun tak terlalu strees bila kelajuan tinggi.yang penting gegaran hilang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...