Iklan

16 Januari 2019

Ada Apa Dengan Jambatan Harapan Pulau Pinang?



Jambatan Harapan Pulau Pinang.

Tahukah anda selain daripada Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) terdapat sebuah lagi jambatan yang baru siap dibina di Pulau Pinang?

Abang agak hangpa bukan tak pun. Yang hangpa tau pi lepak Queensbay Mall, tengok wayang, jalan-jalan, balik pekena Restoran Kapitan depan tu kan? Eh tetiba pulak.

Walaupun nama bunyi macam ada kena mengena dengan politik (baca: Harapan), tapi fungsinya dalam menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan, sukan dan santai di Pulau Pinang.






Terletak di kawasan kejiranan Queensbay Mall Bayan Lepas, Jambatan Harapan Pulau Pinang merupakan satu-satunya jambatan di Malaysia yang direka bentuk khas berbentuk lingkaran (spiral) untuk memenuhi keperluan pejalan kaki dan penunggang basikal melintasi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Ia adalah sebahagian daripada projek Laluan Basikal Pesisir Pantai Pulau Pinang hasil inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang. Hangpa boleh kayuh basikal naik atas jambatan ni untuk melihat pemandangan Pulau Jejejak dengan lebih jelas.


Kayuh basikal lipat petang-petang ni di Laluan Pesisir Pantai Pulau Pinang betul-betul tepi laut. Trek pejalan kaki dan basikal ni menghubungkan Georgetown sampai la ke Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Nampak macam Lim Guan Eng kayuh basikal, tapi bukan dia. Kebetulan macam sama. Boleh nampak Jambtan Pertama Pulau Pinang dari sini.

Baik tak jalan dia? Jangan risau nak kayuh di Laluan Berbasikal Pesisir Pantai Pulau Pinang ni, cuma basikal dan orang jogging ja yang lalu di sini. Motor ka apa tak lepas nak masuk. Depan tu nampak ada pulau? Tu la Pulau Jerejak.

Inilah dia Jambatan Harapan Pulau Pinang yang abang cerita tadi. Masa ni gambar nak dekat maghrib dah.

Nampak bentuk berlingkar Jambatan Harapan Pulau Pinang ni? Tapi jangan risau tak rasa penat pun nak kayuh naik atau lari/jogging naik atas ni. Tak condong mana pun.

Uniknya Jambatan Harapan Pulau Pinang ni dia menggunakan ruang yang terhad untuk bina jambatan. Kalau bina jambatan biasa sat lagi hangpa complain pulak tinggi nak naik. Ni abang saja la berhenti kejap. Tak mengah pun. Saja la berhenti ambik angin sekejap. Haha. 

Jambatan Harapan Pulau Pinang ni kalau hangpa biasa pi Queensbay Mall mesti perasan pnya. Tak jauh dari bulatan tu betul-betul tepi pantai tempat orang merendek tu. Haha

Indah pemandangan dan ciptaan tuhan petang-petang ni di atas Jambatan Harapan Pulau Pinang.

Pemandangan dari atas Jambatan Harapan Pulau Pinang. Boleh tengok Pulau Jerejak & kawasan perindustrian Bayan Lepas. Boleh kayuh terus ikut Laluan Berbasikal Pesisir Pantai Pulau Pinang di sepanjang tepi laut ni sampai la ke Jambatan Kedua yang nampak sayup-sayup tu.

Lebuhraya Tun Dr LIm Chong Eu di belah bawah. Boleh lintas ke seberang guna Jambatan Harapan Pulau Pinang ni.

Lintas turun belah sana untuk ke kilang Intel Bayan Lepas. Abang tak cuba turun pun la belah sana.

Mai waktu malam pun meriah jugak Jambatan Harapan Pulau Pinang ni. Ada lampu-lampu yang menerangi. Lawa.

Haa ni mesti mai kat abang nak mintak tolong ambik gambaq ler tu.

Jumpa pakcik geng basikal tua atas Jambatan Harapan Pulau Pinang dengan cucu dia.

Depa ada kelab sendiri untuk pengayuh basikal tua. Syok tengok budak ni dok dalam kerusi raga dia tokwan bawak.

Ada masa boleh la mai ronda Jambatan Harapan Pulau Pinang ni. Abang kalau takda kerja petang-petang pi kayuh ambik angin atas ni.

Gambar dalam ni abang rakam sepenuhnya menggunakan kamera telefon Xiaomi Mi A1

8 ulasan:

  1. Cantik lah gambar dari henpon ni, very sharp

    BalasPadam
  2. hang dok mana wei? aku kerja kat bayan lepas ja..

    BalasPadam
  3. indah pemandangan dari atas jambatan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa lawa, boleh lepak tengok Pulau Jerejak dari atas ni

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...