Iklan

Memaparkan catatan dengan label Nasi Bamboo Penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Bamboo Penang. Papar semua catatan

04 Disember 2017

Jalan Makan Jalan Makan Penang : Stesen Kita Nasi Bamboo Penang


Tahukah anda di Penang pun dah ada nasi bamboo?

Sebut je nasi bamboo atau nasi buluh orang akan teringat terus kepada Nasi Bamboo Sungai Klah yang ada di Sungkai. Abang sendiri pun tak pernah rasa lagi Nasi Bamboo Sungai Klah tu. Dok tengok orang dok post dalam Facebook ja. Boleh tahan jugak banyak lauk dia. 

Selalu mat-mat motor banyak la yang pi Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Selalu depa ride dari KL makan tengahari kat Nasi Bamboo Sungai Klah ni.

Buat terlajak pulak sembang Nasi Bamboo Sungai Klah. Sekarang ni bagi mereka yang berada di belah utara Semenanjung Malaysia dah tak perlu dah turun ke Sungkai semata-mata untuk pekena nasi bamboo. Di Penang pun dah ada dah nasi bamboo ni !

Bukan cawangan dia abang rasa. Abang rasa la. Abang sendiri pun tak pernah tanya tokey dia Nasi Bamboo Penang ni sama tak dengan Nasi Bamboo Sungai Klah. Huhu.

Kedai makan Stesen Kita Nasi Bamboo ni hangpa boleh cari di Sungai Dua. Sungai Dua belah pulau, bukan belah seberang. Dia tak jauh dari USM & JPJ Batu Uban. Kalau tak tau jugak hangpa boleh rujuk peta Google Maps yang abang sediakan di bawah.

Waktu operasi kedai ni bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Kalau mai awal nak makan tengahari memang tak dapat la, tak bukak lagi !

Masalah utama kat kedai ni yang abang nampak parking. Kalau mai naik motor takpa lagi, kalau mai naik kereta siap la. Tak ada parking khas untuk kereta. Kena parking tepi-tepi jalan depan rumah orang kawasan tu.



Menu di Stesen Kita Nasi Bamboo Penang ni tak banyak macam di Nasi Bamboo Sungai Klah. Nasi tetap dimasak & dikukus dalam buluh (nasi dibalut di dalam daun), cuma kat sini dia ada set goreng atau set gulai. Asam pedas pun ada masa abang pi kali kedua baru-baru ni.

Hangpa boleh pilih nak set mana. Lauk pulak ada ayam, ikan bawal, ikan keli, & beberapa jenis lagi. Ada dia bagi menu beserta harga sekali. Hangpa tengok la berkenan yang mana. Kalau macam ikan bawal, dia ikut saiz (timbang). 

Pilihlah masakan apa yang hangpa nak, sama ada nak masak gulai, suruh dia goreng panas-panas atau pun asam pedas.

Selain nasi bamboo, di sini jugak ada mee goreng & mee rebus bagi mereka yang acah-acah tak makan nasi.

Minuman dia bagi abang biasa-biasa saja. Boleh ditambah baik lagi.

Harga pulak abang rasa berpatutan. Contoh macam abang ambik set ayam goreng, nasi + gulai=ayam goreng panas+ulam+sambal belacan semua dalam RM6.50. Tu tak masuk ayaq lagi. Kalau masuk ayaq sorang lebih kurang RM8.00.

Abang bagi rating 7/10 untuk Stesen Kita Nasi Bamboo ni. Masakan dia sedap, cuma tang ayaq kena perbaiki lagi.

Bagi yang teringin nak rasa nasi bamboo macam mana rupa dia, bolehlah berkunjung ke sini !


Stesen Kita Nasi Bamboo Pulau Pinang. Baru je bukak ni tak sampai sebulan. Orang tak ramai lagi.

Stesen Kita Nasi Bamboo Penang ni terletak tak jauh dari USM & JPJ Batu Uban. Dekat dengan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Periuk kukus Apollo digunakan untuk kukus nasi bamboo. Kat kampung abang waktu kenduri jumpa la periuk Apollo ni.

Ulam-ulaman segar. Ulam ni bukan hangpa pilih sendiri. Nanti dia bagi satu set dengan nasi bamboo.


Lauk-lauk yang boleh dipilih untuk digoreng panas, dibuat gulai atau asam pedas. Ikan ada, ayam ada.

Ni contoh sajian abang di Nasi Bamboo Penang tempoh hari. Sorang order set bawal panas, sorang lagi set ayam goreng panas.

Nasi dibungkus di dalam daun lalu dimasukkan ke dalam buluh. Kena buka dulu baru boleh makan. Daun ni bagi wangi nasik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...