Iklan

02 Januari 2014

Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Mai dekat ! Mai dekat ! Rapat rapat !

Ni abang nak cerita pasai kisah jelajah air terjun pulak setelah gigih menghabiskan cerita Trans Java Solo Escape yang dah lama tertunggak. Ceritanya dah lama dah sebenarnya kami trekking ke Air Terjun Lata Medang ni, tapi baru sekarang abang berkesempatan nak kongsikan pada kalian.

Hujung minggu tak tau nak pi mana dan nak buat apa? Dah cemuih lepak Pavi?

Bagi geng bujang, sangatlah sesuai bagi anda berkunjung ke Air Terjun Lata Medang ni kalau ada kelapangan waktu di hujung minggu. Takkan lepak umah tengok TV ja kot? Sekali sekala terjah masuk hutan pulak.

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak kecik, tidak disarankan untuk berkunjung ke sini kerana lokasinya terletak nun jauh di dalam hutan. Tak seperti Ulu Yam dan Sungai Gabai yang mana anda boleh usung tupperware dan bekas air untuk berkelah, Air Terjun Lata Medang ni anda tak boleh bawa kereta masuk dan parking di dalam. Kena trekking dulu dekat dua jam.

Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kampung Pertak berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Kampung Pertak ni merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak berhampiran Sungai Pertak. Jikalau anda dari pekan Kuala Kubu Bharu, ikut ja jalan menuju ke Sungai Chilling atau Bukit Fraser. Jalan yang sama.

Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard ke kanan yang menunjukkan ke Kampung Pertak. Masuk simpang kanan tadi  dan anda akan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan gantung yang merentasi sungai.

Parking kereta anda di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan. Tak perlu bayar parking ke apa, sebab memang tak ada pak guard yang bertugas di situ. Risiko meletak kenderaan ditanggung sendiri. Kawasan tersebut agak terhad dengan parking, jadi pandai-pandailah anda rancang perjalanan anda. 

Tidak seperti Air Terjun Chamang di Bentong yang anda boleh terjun mandi terus lepas parking kereta, untuk sampai ke lokasi Air Terjun Lata Medang anda perlu trekking lagi masuk ke dalam hutan lebih kurang 2 jam perjalanan dari lokasi parking kereta. Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk menjumpai 'harta karun' di tengah hutan ini.

Untuk panduan peta perjalanan, kami hanya cari di Google sahaja. Ada sekeping peta yang telah dilukis oleh pengunjung yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Medang sebelum ini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan.

Memang agak kurang berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling atau Sungai Pisang yang sememangnya ramai dengan pengunjung. Sepanjang perjalanan, kita boleh terserempak dengan orang asli tempatan dari suku Temuan yang menaiki scrambler meronda kebun mereka.

Malas nak tulis panjang, abang bagi panduan bergambar je lah ke Air Terjun Lata Medang.


Berehenti rehat di Empangan Kuala Kubu Bharu sebelum ke Lata Medang.

Berlatarbelakangkan Empangan Sungai Selangor dan gunung-ganang. Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar.

Air tasik Empangan Kuala Kubu Bharu yang biru.

Kalau musim kemarau boleh nampak pulau-pulau kecil di Empangan Kuala Kubu Bharu ni.

Sesi bergambar bersama rakan-rakan sekelas sebelum menyambung perjalanan ke Kampung Pertak untuk ke Lata Medang.

Tempat parking. Bersiap sebelum memulakan trekking ke Air Terjun Lata Medang.

Jambatan gantung pertama yang anda akan jumpa dari tempat parking Sungai Pertak.

Jambatan gantung lama yang merentasi sungai. Dari tempat parking tak jauh dah nak jumpa jambatan ni.

Orang asli suku Temuan dengan motor scrambler-nya nak masuk hutan.

Masing-masing masih bersemangat di awal perjalanan menuju Lata Medang.

Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk trekking ke Air Terjun Lata Medang.

Untuk panduan ke Air Terjun Lata Medang, dari tempat parking kereta anda akan bertemu sebuah jambatan gantung lama yang merentasi Sungai Pertak. Ikut laluan tersebut hingga anda bertemu pulak sebuah jambatan yang runtuh yang melintangi sungai. Berhati-hati apabila melintasi sungai mengikut jambatan runtuh tersebut. Selepas melintasi sungai, teruskan mengikut trail atau laluan yang ada.

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk ber-trekking masuk ke dalam hutan ni. Kalau boleh lengkap berkasut kerana jarak perjalanan yang dilalui hampir 12 KM pergi dan balik. Untuk ke Lata Medang, tak perlu untuk lintas sungai macam Sungai Chilling, cuma diawal perjalanan sahaja kita melalui jambatan gantung lama dan jambatan runtuh yang melintasi sungai.


Jambatan runtuh kedua yang merentangi Sungai Pertak.

Masing-masing terutama Maddin yang masih bertenaga di awal perjalanan.

Masing-masing boleh gelak pada mulanya sebelum pakat menyumpah-nyumpah bila nak sampai Lata Medang.

Ikut sahaja trail yang ada. Masih di awal perjalanan ke Air Terjun Lata Medang.

Pepohon kayu yang tinggi lagi redup sepanjang trail ke Lata Medang.

Jarak ke Air Terjun Lata Medang pergi dalam 6 KM dan balik 6 KM lagi.

Laluan rata di peringkat awal. Masih boleh tersenyum girang.

Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar. Air Terjun Lata Medang mesti dijejaki !

Melintasi balak tumbang di pertengahan jalan.

Pastikan jugak bawa bekalan air yang mencukupi. Boleh buat bergaduh kalau tak cukup air.

Masih steady ketika melintasi pepohon buluh ke Air Terjun Lata Medang.

Jarang selisih dengan orang bila ke Lata Medang ni.

Bekas tayar scrambler dapat dijumpai sepanjang perjalnan ke Air Terjun Lata Medang

Banyak pokok-pokok tumbang yang perlu diredah sebelum sampai ke Lata Medang.

Dah berjam-jam trekking, baru jumpa sumber air. Ingat dah dekat dah Air Terjun Lata Medang.

" Tak jauh dah, tak jauh dah " . Nak sedapkan hati.

Titi yang dibina masyarakat orang asli. Pastikan anda trekking hingga jumpa titi ini dulu.

Antara tanda penting sebelum jumpa Lata Medang adalah titi ini.

Titi kayu yang dibina masyarakat orang asli tempatan.

Berehat sebentar. Tatkala ini ramai yang sudah bersungut jauh lagi ke Air Terjun Lata Medang.

Panas terik. Mujur ada pokok-pokok besar yang memayungi kami.

Rehat lagi. Masing-masing mula bertanya bila nak sampai Air Terjun Lata Medang. 

Cerun curam. Perlu mendaki naik ke atas.

Rimbunan buluh lagi. Air Terjun Lata Medang masih belum kelihatan.

Ketika ini tiada istilah senyum.

Jumpa pokok ni kira dah dekat la tu nak samapi Air Terjun Lata Medang.

Kasut dah berselut.

Rehat lagi. Lata Medang masih belum kelihatan.

Hampir tiba di Air Terjun Lata Medang. Ada geng lain yang camping di Lubuk Mecu.

Jumpa titi lagi.

Scrambler orang asli tadi masa mula masuk.

Dah jumpa sungai. Lompat-lompat ke tingkat atas sampai jumpa Lata Medang.

Ni dia Lata Medang yang dicari !

Berehat lagi sebelum berendam di Lata Medang.

Dah jumpa Air Terjun Lata Medang, masing masing segan silu pulak nak mandi.

Lata Medang yang sejuk dan nyaman. Tak ada orang lain kecuali kami.

Calon pertama yang nak seluk kaki Air Terjun Lata Medang.

Calon kedua masuk air Air Terjun Lata Medang

Bersiram-siraman dulu sebelum gelongsor di Lata Medang.

Lata Medang memanggil-manggil untuk cuba gelongsor.

Kesan pacat semasa trekking ke Lata Medang.

Azfar cuba menangguk udang.

Main gelongsor-gelongsor di Air Terjun Lata Medang ni memang layan !

Kesejukan Air Terjun Lata Medang. Masalah sekarang nak naik bahagian atas tu licin.

Berkelah dengan makan roti sahaja di Lata Medang.

Di Lata Medang ni jugak ada ikan-ikan dan udang kecil.

Memang kurang orang atau boleh kata takda langsung orang kat Lata Medang ni.

Puas main gelongsor di Air Terjun Lata Medang.

Dari tadi menangguk udang, seekor pun tak dapat.

Maddin dah sejuk ketaq.

Lata Medang. Air terjun yang masih belum terusik dengan pencemaran.

Kalau Sungai Chilling dah terlalu mainstream, boleh cuba ke Air Terjun Lata Medang.

Pandangan dari atas Air Terjun Lata Medang.

Duduk bawah air sejukkan kepala.

Masalah dia sekarang nak naik ke atas ni batu dia licin.

Waktu petang memang takda orang. Selalunya depa trekking ke Lata Medang waktu pagi.

Silap kami dah sampai lewat di Air Terjun Lata Medang. Kalau tak boleh lepak lama sikit.

Gelongsor turun  Air Terjun Lata Medang !!

Bergambiran kenang-kenangan di Air Terjun Lata Medang.

Depa ni naik lagi satu tingkat Air Terjun Lata Medang.

Air terjun bertingkat Lata Medang.

Kalau kat Sungai Chilling dah tentu ramai. Di Lata Medang hanya kami sahaja.

Air terjun bertingkat Lata Medang. Ni lubuk bahagian atas.

Tiada istilah tiada tempat untuk menunaikan kewajipan bersolat.

Iklan singlet bersama ikan belacak.

Ikan ni banyak melekat di batu-batu. Geli-geleman je rasa bila dalam air.

Ikan-ikan kecil ada la. Jaga-jaga masuk seluar nanti.

Seseronok mana pun kita jelajah air terjun, solat jangan diabaikan.

Keindahan yang belum terusik. Rasa tak mau balik dari Air Terjun Lata Medang.

Lata Medang akan ku jejak lagi lain masa.

Balik dari Air Terjun Lata Medang melalui laluan sama. Titi runtuh Sungai Pertak.

Geng shooter siap boleh berehat bila sampai.


Sementara menunggu kawan lain tiba.

Ini pulak Sungai Pertak. Gua cuba menghampiri kawasan tengah, tapi kaki tak jejak dasar sungai. Dalam woo ! 

Sungai Pertak yang dingin. Cuma sedikit kotor dengan sampah sarap.

Sampah di Sungai Pertak.
Sungai Pertakyang mengalir jernih.

Apa yang syok dan menarik berkenaan Air Terjun Lata Medang ni adalah ianya kurang dikunjungi orang ramai dan masih belum tercemar oleh kerana lokasinya yang terletak nun jauh di dalam hutan.

Air Terjun Lata Medang ni sebenarnya bertingkat-tingkat dan terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, kita akan jumpa dulu Lubuk Mecu di bahagian bawah sebelum jumpa Lata Medang di bahagian atas. Ikan pun kita boleh tengok dekat sini tapi semuanya kecik-kecik, tak seperti di Sungai Chilling. Bagi yang suka berkhemah pulak, ada kawasan tapak perkhemahan berhampiran dengan Lubuk Mecu. Bolehlah kalau ada yang nak berkhemah di sana. Percuma.

Sebelum beredar pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat melayan mandi-manda di Sungai Pertak dahulu. Lokasinya pula tak jauh dari tempat parking kereta berhampiran Kampung Orang Asli Pertak. Waktu pun dah petang menjelang senja, hanya kami sahaja yang berada di situ.

Tengahari tadi sebelum itu, masa melintasi Sungai Pertak tengok ada ramai jugak berkelah di sini disebabkan lokasinya yang boleh diakses dengan kenderaan hingga ke tepi sungai berbanding Air Terjun Lata Medang yang kami jelajahi tadi.

Sampah sarap agak banyak bertaburan sekitar Sungai Pertak ni. Pandai berkelah tapi tak pandai buang sampah. Sayang tengok tempat menarik sebegini dengan longgokan sampah. Pandai makan tak pandai buang. Kenyang perut suka hati. Kena kencing tikus, tempat kena tutup masa tu baru nak tepuk dahi. Lepas ni kalau dah kena bayar nak masuk baru hangpa nak merungut.


Tips ke Lata Medang :


  • Dari Kuala Kubu Bharu, ambil jalan menuju Bukit Fraser dan belok kanan bila ternampak papan tanda Kampung Pertak. Terus mengikut minitar hingga terjumpa Sungai Pertak di sebelah kanan jalan. Parking kenderaan anda di situ.
  • Mula trekking dari tempat parking hingga ke hujung jalan. Akan ada jambatan gantung yang merentasi sungai. Teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kedua yang runtuh menyeberangi Sungai Luit.
  • Selepas jambatan runtuh, teruskan berjalan mengikut trail yang ada hingga anda menjumpai simpang yang pertama. Ambil jalan KIRI dan teruskan perjalanan. Anda akan terdengar deruan air Lata Jebus di sebelah kiri anda.
  • Jumpa simpang yang kedua, ambil KANAN. Teruskan perjalanan yang sedikit mendaki dan agak teknikal.
  • Lebih kurang sejam perjalanan, anda akan bertemu dengan Air Terjun Lubuk Mecu. Ada tapak khemah di sini. Untuk ke Lata Medang, teruskan perjalanan mengikut denai hutan ke atas. 
  • Masa yang diambil untuk trekking dari tempat parking kereta ke Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Dinasihatkan memulakan trekking pada waktu pagi untuk keselamatan. Kot-kot sesat dalam hutan tu.

Video

Antara aksi-aksi menggiurkan yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami ke Air Terjun Lata Medang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...