Bersambung dari
180 Hours Trans Borneo : Kota Kinabalu ( Hari - 2)
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Pukul 3-4 pagi gua masih dalam menyiapkan tugasan 'kerja sekolah' di KFC Jalan Bandaran di Kota Kinabalu yang dibuka 24 jam. Dah sejuk sangat duduk dalam aircond, terpikir untuk lepak tempat lain pulak. Di Jalan Gaya pula ada beberapa buah restoran yang juga dibuka 24 jam.
Pukul 5.00 pagi, gua dah dok tercongok dengan laptop menyelesaikan assigment di salah sebuah restoran di Jalan Gaya pulak. Nak buat assignment kena la cari port yang ada wifi. Lepak bersama segelas teh panas sehingga hampir waktu Subuh. Elok Subuh kerja pun siap. Harus e-mail dulu ke pensyarah baru boleh enjoy !
Gua balik semula ke Borneo Gaya Lodge untuk tidur selepas Subuh. Sebelum tu, gua menunaikan solat Subuh di Masjid Bandar Kota Kinabalu yang terletak di atas bukit tu sebelum kembali ke hostel untuk tidur. Masuk dorm bersepah semua tidur, sampai ada yang tidur di lantai. Gua naik ke katil double-decker bahagian atas bagi melelapkan mata seketika. Tak boleh lelap pulak. Penangan teh panas tadi barangkali. Paksa punya paksa lelap jugak.
Lebih kurang jam 9.00 pagi baru gua bangkit tidur. Banyak rakan-rakan lain di dalam dorm yang dah bangkit rupanya. Gua mandi dan menyiapkan beg untuk check-out dari Borneo Gaya Lodge. Pagi tu juga gua sempat melepak minum sarapan percuma di Borneo Gaya Lodge.
Berita sensasi MH 370 menjadi perbualan hangat di televisyen waktu tu. Bersungguh pakcik cina yang menonton televisyen sekali dengan gua membuat ulasan lanjut. Gua dengar dan hadamkan saja. Tak gemar buat spekulasi awal.
Lebih kurang jam 11.00 pagi gua meninggalkan Borneo Gaya Lodge menuju ke Wisma Sabah. Ada apa di Wisma Sabah ? Oh ya. Gua nak sewa motorsikal untuk menjelajah Sabah. Rancangan hari ini adalah untuk menunggang motorsikal ke kawasan tanah tinggi Kundasang dari Kota Kinabalu. Untuk menyewa motorsikal, gua berkunjung ke pejabat syarikat pelancongan GoGo Sabah yang terletak di Wisma Sabah.
Di Wisma Sabah ini, terdapat banyak syarikat pelancongan lain yang beroperasi. Syarikat-syarikat ini menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik sekitar Sabah. Setahu gua, syarikat GoGo Sabah ini sahaja di Kota Kinabalu yang menyediakan perkhidmatan menyewa motorsikal. Terdapat pelbagai jenis motorsikal yang boleh disewa di sini antaranya adalah scrambler Kawasaki KLX150. Macam biasa la gua ambil motor mana yang paling murah. Bajet kan.
Demak C90 menjadi pilihan hati dengan sewa sebanyak RM40 sehari. Gua sewa untuk dua hari (48 jam), maka jumlahnya adalah sebanyak RM 80 yang perlu dibayar beserta dengan deposit sebanyak RM 300. Dengan layanan mesra oleh staf GoGo Sabah, kita boleh testing dulu motor mana yang sesuai dengan kita.
Kalau tak suka boleh tukar motor yang lain. Siap ada insurans lagi untuk kita sebagai penunggang. Kalau ada apa masalah, boleh hubungi sahaja nombor telefon yang diberikan. Memang cun layanan dia !
Gua testing sebuah Demak C90, dan keadaannya boleh dikatakan agak baik. Brek makan, lampu semua ada. Tunggu apa lagi, gua pun memulakan perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu. Berpandukan Google Maps dan hasil pertanyaan orang ramai, jam 12.00 tengahari gua memulakan perjalanan.
Elok masuk waktu Zuhur, gua sampai di suatu kawasan berhampiran kota Likas. Terdengar azan Zuhur mendayu-dayu dari sebuah masjid besar yang gah lagi lawa. Rupanya ia dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang berdekatan dengan pesisir laut. Gua singgah dulu untuk berjemaah di masjid yang menjadi ikon Kota Kinabalu ini.
Luas ruang solat di dalam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ni. Selesai solat, gua kembali menyambung perjalanan ke pekan Kundasang yang masih jauh.
|
Menikmati sarapan pagi percuma di Borneo Gaya Lodge bersama penghuni yang lain. |
|
Berita kejadian MH 370 yang hilang di Lautan Hindi menjadi bualan hangat. |
|
Uncle yang bersemangat mengulas misteri kehilangan MH370 di Borneo Gaya Lodge. |
|
Demak C90 berlatarbelakangkan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. |
|
Berhenti di stesen minyak Likas memeriksa tekanan angin tayar dan minyak motorsikal. |
|
Tali getah digunakan untuk mengikat bag di kusyen belakang motorsikal. |
|
Tak larat nak galas beg bila ber-touring jauh-jauh. Ikat saja di belakang motorsikal. |
|
Demak C90 touring mode. Tour de Sabah. |
Dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, tak jauh dari situ terdapat stesen minyak Shell yang dijadikan perhentian pertama untuk mengisi minyak. Gua isi minyak RM5 dah hampir penuh tangki Demak C90 ni. Masa itu tak bawa minyak tambahan pun. Gua agak cukup untuk sampai ke Kundasang. Sambil itu, gua periksa tekanan angin tayar bagi memastikan kelancaran perjalanan ke Kundasang nanti. Sempat menjamah sekeping roti dan seteguk air sebelum bermulanya perjalanan bermotosikal ke Kundasang.
Jarak perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu tidaklah jauh mana, cuma lebih kurang 90 KM sahaja. Akan tetapi jalan yang berbukit bukau sedikit sebanyak melambatkan perjalanan. Dari Kota Kinabalu, kita akan melalui jalan bandaran menuju ke Tuaran. Sebelum ke Tuaran, ambil simpang ke Tamparuli seterusnya ke Kundasang. Ada banyak papan tanda dan anda tak akan mudah sesat.
Cuaca pada hari tu panas terik dari Kota Kinabalu. Berbelang tangan gua naik motor tak pakai jaket. Sampai di Tamparuli, jalan mula mendaki dan berbengkang bengkok. Kereta pada mulanya agak banyak di jalan besar menjadi sedikit bila tiba di kawasan pergunungan ini. Gua bersam Demak C90 dengan gaya santai dan tidak mementingkan kelajuan menghayati jalan berbukit-bukau ini dengan pemandangan yang menarik. Kebanyakan masa berada di gear 2 sahaja. Kelihatan trak-trak pikap memotong dengan selamba sahaja kenderaan lain di sepanjang yang jalan membelah banjaran Crocker ini.
|
Papan tanda menuju ke Kundasang yang agak daif. |
|
Papan tanda yang menunjukkan jarak perjalanan ke Kundasang dan Ranau. |
|
Jalan menuju ke Kundasang yang berbukit bukau. |
|
Meter 50-60 KM/jam sahaja. |
|
Berhenti rehat di pertengah jalan menuju ke KUndasang. |
|
Toleh kanan nampak gerai ni. Sinalau Bakas? Oh Babi Hutan BBQ. |
|
Berhenti rehat salah kawasan. Gerai Sinalau Bakas betul-betul kat sebelah tengah menyalai babi hutan. Fuh aroma ! |
Naik bukit turun bukit, gear 2 gear 3, off chamber corner semua dah rasa habis. Punggung pulak dah kebas. Rasa nak berhenti rehat sekejap di tepi jalan. Di suatu kawasan, terlihat sebuah gerai kayu di bahu jalan. Ada 2-3 buah kereta di situ. Macam meriah jugak. Gua ambil keputusan untuk berhenti di gerai tersebut. Ingat ada jual air ke apa. Rupanya kedai makan Sinalau Bakas. Dah ada tulis siap-siap dah dekat atas signboard. Daging babi hutan panggang. Patut berasap je macam ada buat BBQ kat tepi tuh. Gua ingat macam nak tengok dekat sikit, tapi gua batalkan hasrat itu. Dari motor pun dah boleh bau BBQ ni. Gua lepak minum air sekejap sebelum menyambung perjalanan ke Kundasang.
Tak lama kemudian, gua sampai di suatu pekan kecil dipanggil Pekan Nabalu. Ada macam kedai-kedai kecil dan pasar yang menjual sayur-sayuran. Gua tak lama disni. Hanya singgah ambil gambar sahaja. Cuaca semakin mendaki semakin sejuk. Kabus-kabus mula kelihatan di kawasan lereng bukit dan gunung. Jam menunjukkan jam 4 petang. Jarak ke Kundasang masih jauh. Gua tiba di suatu kawasan, simpang Bundu Tuhan berhampiran Kinabalu Park di mana kabusnya sangat tebal sehingga membataskan jarak penglihatan. Gua berhenti rehat sekejap sambil menahan kesejukan. Kabus sangat tebal, sehingga ada kereta yang turut berhenti di bahu jalan. Tidak lama selepas itu, angin meniupkan sebahagian kabus dan gua kembali menyambung perjalanan bermotorsikal ke Kundasang.
|
Sekali-sekaal baru berselisih dengan kereta. |
|
Jalan yang berbengkang-bengkok. |
|
Kabus - kabus menyelubungi kawasan hutan. |
|
Papan tanda Pekan Nabalu. |
|
Pekan Nabalu di hadapan. |
|
Demak C90 beraksi cemerlang. |
|
Kabus Banjaran Crocker menyelubungi kawasan Pekan Nabalu. |
|
Kabus tebal sepanjang perjalanan naik ke Kundasang. |
|
24 KM lagi menuju ke pekan Ranau. |
|
Jalan berkabus menuju ke Kundasang. |
|
Kawasan ni berhampiran simpang Bundu Tuhan. Kabus memang tebal. |
|
Demak C90 yang mengharungi perjalanan berbukit bukau dengan jayanya. |
|
Kabus tebal yang membataskan jarak penglihatan berhampiran simpang Bundu Tuhan. |
|
Berhenti rehat menahan kesejukan. Kabus tebal membataskan jarak penglihatan. |
|
Kinabalu Park. Titik mula pendakian ke Gunung Kinabalu. |
|
Touchdown di Kinabalu Park. Budak-budak pandang gua atas bawah. |
|
Bayaran sebanyak RM 3 seorang dikenakan untuk mengunjungi Kinabalu Park. |
|
Kinabalu Park. |
|
Pengunjung yang baru tiba di Kinabalu Park. |
|
Papan kenyataan yang memaparkan senarai pemenang Mt Kinabalu International Climbathon 2013. |
|
Demak C90 tidak ketinggalan untuk menyelit. |
|
Peta halaman Kinabalu Park |
|
Kinabalu Park dari jalan besar. |
|
Pintu masuk ke Kinabalu Park. |
|
Kinabalu Park, tapak warisan dunia. |
|
Kinabalu Park. |
|
Jalan menghala ke pekan Kundasang dari Kinabalu Park. |
|
Van yang membawa pengunjung ke Kinabalu Park. |
|
Kinabalu Park. Kereta Saga di hadapan mengalami masalah. |
|
Demak C90 di Kinabalu Park. |
Gua menyinggah di Kinabalu Park dalam perjalanan ke Kundasang. Gua tiba di Kinabalu Park lebih kurang jam 5 petang. Hari pun dah semakin gelap. Gua masuk ke dalam dan dikenakan bayaran sebanyak RM 3 seorang termasuk motor. Kinabalu Park merupakan salah satu tempat bermulanya pendakian ke Gunung Kinabalu melalui Timpohon Gate. Para pendaki akan memulakan pendakian di Kinabalu Park ini. Di sekitar Kinabalu Park ini, terdapat banyak tempat penginapan untuk pendaki mahupun pelancong. Gua bukan nak panjat Gunung Kinabalu pun, jadi gua berjalan saja dalam Kinabalu Park ni. Di sini kabus pun tebal. Gua saja menaiki motor menuju ke Timpohon Gate, pintu masuk pendakian ke Gunung Kinabalu. Tapi oleh kerana minyak motor yang diisi tadi di Likas tadi hampir habis, gua batalkan niat itu. Sempat sampai separuh jalan sahaja kemudian patah balik.
Gua ada tanya auntie yang menjaga kaunter gate masuk Kinabalu Park, adakah kena beli tiket lain jika nak masuk ke Kinabalu Park pada keesokan hari. Katanya ya, tapi dia kata kalau gua nak masuk esok cuma bawa tiket yang gua beli hari ini, tunjuk pada dia pada esok hari. Layanan istimewa untuk gua sahaja sebab gua masuk lewat hari ini, dah hampir gelap. Rancangan gua nak ke sini lagi kalau sempat esok hari. Tak puas lagi pusing Kinabalu Park ni.
Hari pun dah gelap, ditambah dengan kabus tebal pulak. Kundasang pun belum sampai lagi ni. Ingat nak bermalam di sekitar pekan Kundasang sahaja. Gua bergegas memcut Demak C90 menuju ke pekan Kundasang. Ada banyak hotel dan homestay di sepanjang jalan menuju ke Kundasang. Gua pun tak tempah apa-apa bilik lagi. Layan je lah mana yang jumpa. Gua tiba di bulatan Kundasang, dan terus menuju ke Kampung Mesilau. Ada jugak tanya penginapan homestay di sekitarnya, tapi hampa semuanya sudah penuh ditempah. Sampai ke Maghrib gua melilau mencari penginapan bajet, namun tak jumpa. Sampai ke Kampung Mesilau, gua ternampak banyak tertulis homestay, tapi cari tak jumpa. Gua tanya Kiram Village pun dah penuh.
Tak apalah gua ingat. Mungkin rezeki gua ada tempat lain. Suara azan Maghrib berkumandang di Kampung Mesilau. Rupanya ada surau kecil di kawasan lembah bukit ini. Cuaca sejuk pada waktu tu. Pakcik yang datang surau pun pakai baju sejuk. Gua dengan t-shirt ni lagilah sejuk. Ambil wudu' pun menggigil kena air. Selesai solat Maghrib, gua berehat sekejap di surau tersebut. Gua ingat nak cari masjid atau surau di pekan Kundasang untuk bermalam malam ini. Gua disapa oleh salah seorang pakcik, bertanyakan dari mana gua datang. Gua pun bercerita la gua bermula di Brunei lagi sehinggalah sampai ke Kundasang ni. Sembang punya sembang, baru tau rupanya pakcik ni seorang porter atau guide Mesilau trail. Untuk pengetahuan, Gunung Kinabalu boleh didaki melalui dua tempat permulaan sama ada dari Timpohon Gate (Kinabalu Park) tadi ataupun melalui Mesilau trail di Kampung Mesilau ini. Seronok bersembang dengan pakcik yang berketurunan Dusun ni. Macam-macam ilmu gua dapat berkenaan Kundasang ni.
|
Penduduk Kundasang bermain golf. |
|
Golf di tepi tebing tinggi Kundasang. |
|
Lepak lama-lama tengok depa main golf . |
|
Tak dapat dipastikan ini acara harian atau berkala. |
|
Jaln bukit ke Kampung Mesilau ni memang kena ambil lajak. |
|
Homestay belah kanan jalan tu dah tanya, penuh jugak. Musim cuti sekolah barangkali. |
|
Turun bukit, ambil lajak nak naik bukit depan tu. |
|
Papan tanda di bulatan Kundasang. |
|
Salah satu rumah di Kiram Village. Sayang semua dah penuh. |
|
Pakcik guide Mesilau yang ramah bersembang dengan gua lepas Maghrib. |
|
Solat Isyak berjemaah di surau Kampung Mesilau, Kundasang. |
|
Qistina Inap Desa kepunyaan pakcik Ginus. |
|
Homestay gua bermalam di Kundasang, Qistina Inap Desa. |
|
Berkemas dan bergegas ke Ranau. |
Gua solat Isyak bersama masyarakat setempat bila masuk waktu Isyak di surau Kampung Mesilau. Memang sejuk betul waktu malam di Kundasang ni yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Selesai solat, gua disapa oleh seorang pakcik lain. Pakcik Ginus namanya. Dia bertanya datang dari mana, dan ada tempat tinggal tak lagi. Memang pucuk dicita, ulam mendatang. Gua ingat nak tidur surau dah malam tu. Gua jawab, belum ada lagi, mungkin nak tidur di surau sahaja malam tu. Katanya dia ada buat homestay di rumahnya. Dia ajak gua ikut dia menginap di sana. Tapi gua serba salah, takut mahal pulak. Gua tanya berapa harga untuk semalam. Pakcik Ginus tanya gua balik, berapa yang bajet gua. Gua kata dalam RM 30 je bajet gua, katanya boleh. Tak ada masalah. Ayat Pakcik Ginus yang gua ingat sampai sekarang ;
" Nak meniaga jangan kira untung sahaja, kena tolong dengan ikhlas orang yang memerlukan, baru dapat keberkatan tuhan " .
Terkedu gua sekejap. Pakcik Ginus tersenyum sahaja sambil mengajak gua ke rumahnya tidak jauh dari situ. Gua pun ikutlah ke homestay-nya, betul-betul depan rumah Pakcik Ginus. Parking motor pun betul-betul depan homestay-nya. Diberi nama Qistina Inap Desa, kelengkapan sebuah bilik kecil semua lengkap dengan katil, televisyen (ada astro Njoi lagi), pemanas air dan bilik air di dalam. Memang betul-betul selesa untuk seorang musafir seperti gua. Bersungguh Pakcik Ginus layan gua, siap bawa minuman 3 in 1 dua tiga bungkus untuk gua minum. Memang sangat bersyukur jumpa Pakcik Ginus di surau Kampung Mesilau tadi. Katanya " Nasib baik kita jumpa di surau tadi ya ". Kalau tak memang gua tidur di surau dalam keadaan kesejukan la malam tu.
Pakcik Ginus pulang ke rumahnya setelah selesai urusan dengan gua. Perut pulak lapar oleh kerana keadaan malam yang sejuk di Kampung Mesilau ni. Mesti mau cari nasi. Belum jamah nasi lagi hari ni. Tengok jam dah pukul 9 malam. Orang di sini menghentikan urusniaga sekitar jam 6 petang. Susah nak jumpa kedai makan yang buka waktu malam ni. Kena ke pekan Kundasang baru ada barangkali. Gua nekad nak ke pekan Kundasang dalam gelap malam tu. Suasana di sini waktu malam memang gelap, tak ada lampu jalan dan sejuk sekali. Gua berharap minyak motor pun cukup kerana stesen minyak pun hanya ada satu, itu pun dah tutup waktu petang. Meter minyak dah rapat ke bawah, tapi gua layan je. Hidupkan enjin, dan terus memecut ke pekan Kundasang.
Naik buki turun bukit dekat 20 minit sampai lah ke pekan Kundasang. Memang sunyi je pekan ni jam 9.30 malam. Tak ada kedai yang bukak. Yang ada pun Restoran KFC je. Gua pun serbu KFC lah. Kebetulan dah nak tutup. Kelihatan ada 2-3 keluarga dari semenanjung berdasarkan percakapannya. Gua order set nasi dan makan di sini. Alhamdulillah la KFC buka sampai pukul 10 malam, kalau tak memang kebulur la malam tu. Haha.
Gua kembali semula ke Kampung Mesilau selepas tu dengan perasaan gembira kekenyangan, tetapi kerisauan berkaitan minyak motor masih ada. Gua harap tak habis minyak tengah-tengah kegelapan bukit yang sejuk ni. Jenuh nak menolak nanti. Alhamdulillah la selamat tiba di homestay Qistina Inap Desa dengan selamat.