Sambungan dari
Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 11 : Dien Bien Phu-Luang Prabang
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Laos adalah sebuah negara demokratik tanpa pantai di Asia Tenggara, bersempadan dengan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan serta Thailand di sebelah barat. Ia adalah antara negara yang mempunyai kebebasan ekonomi dan politik paling rendah di dunia.
Ada apa dengan kota sejarah Luang Prabang di bumi Laos ni ?
Sebagai sebuah bandar Warisan Dunia UNESCO di utara negara Laos, Luang Prabang mempunyai pelbagai keunikan. Bangunan-bangunan konial peninggalan zaman penjajahan Perancis suatu ketika dulu menghiasi pemandangan kota lama ini di samping kuil-kuil Buddha yang banyak terletak di atas bukit. Sebagai sebuah kota sejarah di pinggir sungai Mekong, kota Luang Prabang juga dikelilingi hutan-hutan yang menghijau dan lokasinya terletak di kawasan pergunungan menjadi tumpuan pelancong luar mencari ketenangan di sini.
Lena kami tidur semalam setelah kepenatan menempuh perjalanan dari Dien Bien Phu ke Luang Prabang yang memakan masa hampir 18 jam. Syok gila dapat tilam dan bantal. Kalau ikutkan nak sambung tidur sampai tengahari, tapi apa faedahnya datang jauh-jauh dari Malaysia ke Luang Prabang semata-mata untuk tidur di guesthouse. Dah mai tempat warisan dunia macam ni kena la explore tengok apa yang ada.
Bangkit Subuh, masak sarapan pagi dulu dalam bilik Sokbounhieng Guesthouse. Tak ada pancake ke nasik lemak ke, cukup sekadar Maggi buat alas perut. Memandangkan duit Kip Laos dah tak ada dalam tangan sbab habis bayar duit guesthouse semalam, aktiviti pertama kami di Luang Prabang adalah mencari mesin ATM. Depan villa guesthouse tempat kami menginap ada bank bukan main besar, tapi tak terima kad CIMB.
Menapak la kami berjalan kaki ke pekan Luang Prabang lebih kurang 3 KM ikut jalan utama. Ada banyak tuk-tuk yang boleh kita naik ke Luang Prabang tapi dah tak ada duit kena la berjalan kaki. Boleh tahan panas dan berdebu jalan di Luang Prabang ni. Di sepanjang jalan, ada warung-warung kecil yang menjual makanan di pinggir jalan. Nak cari kedai makan muslim menyajikan makanan halal memang tak nampak langsung walaupun muka orang-orang Laos ni lebih kurang orang kita.
|
Kakak receptionist Sokbounhieng Guesthouse tempat kami menginap di Luang Prabang. |
|
Berjalan kaki lebih 3 KM ke pekan Luang Prabang. |
|
Bahasa Laos yang serumpun dengan bahasa Thai. |
|
Suasana jalanraya di waktu pagi di Luang Prabang. |
|
Budak-budak sekolah bebas menunggang motorsikal di jalan besar. |
|
Lao P.D.R bermaksud Lao People's Democratic Republic. |
|
Tuk-tuk gaya Laos. |
|
Papan tanda Kota Warisan Dunia Luang Prabang. |
|
Jalan lurus dengan warung-warung kecil di bahu jalan Lauang Prabang. |
|
Monumen Presiden Souphanouvong di Luang Prabang. |
Kalau awal-awal pagi di Luang Prabang ni kita boleh tengok sami-sami Buddha berjalan beramai-ramai membawa bekas makanan. Penduduk tempatan akan menyedekahkan sedikit makanan kepada sami-sami ini untuk dibawa balik ke kuil masing-masing. Di Luang Prabang ini sahaja terdapat lebih 30 buah kuil Buddha yang dibina indah dengan ukiran-ukiran halus.
Waktu kami mula berjalan kaki ni pun dah dekat pukul 9.30 pagi. Dah tak nampak aktiviti sami-sami Buddha berbaris ambil makanan dari penduduk setempat. Yang nampak pun ada la sami-sami yang berpakaian berwarna jingga sibuk melintas jalan. Rasanya semua dah balik dah pagi tadi, ni pun hanya serpihan yang outing lagi sekali.
|
Sami-sami Buddha yang belum balik keluar outing pagi tadi. |
|
Sami Buddha yang terdapat di kota Luang Prabang ini. |
|
Konsulat Jeneral Vietnam di Luang Prabang. |
|
Antara hotel-hotel yang terdapat di Luang Prabang. |
|
Mujur ada tulisan Inggeris di setiap papan tanda di Luang Prabang ini. |
|
Kota lama Luang Prabang. |
|
Sepak raga dan barangan yang banyak dijual. |
|
Naik motor takyah pakai topi keledar. |
|
Kedai barangan letrik di Luang Prabang. |
|
Kota Luang prabang yang agak bersih. |
|
Geng-geng mat saleh berbasikal di Luang Prabang. |
|
Layan jugak tengok depa ni kayuh basikal. |
|
Lagi geng-geng sami Buddha di Luang Prabang. |
|
Suasana hijau dan damai di kota Luang Prabang. |
|
Hujan rintik-rintik membasahi bumi Luang Prabang. |
|
Misi mencari pengurup wang di Luang Prabang. |
|
Sami-sami Buddha junior. |
Misi mencari duit Kip Laos di pekan Luang Prabang bermula. Dalam poket ada la duit Malaysia sikit tapi tak banyak. Kami nak cari money changer dulu tengok berapa kadar tukaran matawang asing di sini. Ingatkan senang nak jumpa pengurup wang kat Luang Prabang ni, rupanya payah jugak. Tanya orang tempatan itu ini, jumpa la satu tempat ni. Tak terima pulak duit Ringgit Malaysia ! Menapak la kami lagi mencari money changer. Boleh tukar tapi mahal pulak. Ada nilai minimum nak tukar duit Ringgit Malaysia ke Kip Laos. Mana-mana tempat kami ronda pun lebih kurang macam tu.
Pilihan terakhir adalah cari ATM CIMB di Luang Prabang ni. Sebelum ni gua pernah nampak banyak ATM CIMB di sebelah Thailand dan juga Laos. Mujur jumpa ATM CIMB di sini. Setiap urusan pengeluaran wang di Laos ini akan dicaj sebanyak 20,000 Kip (~ RM 8.00) setiap transaksi. Kalau nak ambik elok ambik banyak-banyak sekali, kalau tak rugi ambik 2-3 kali. Gua agak-agak banyak mana duit Kip Laos yang diperlukan untuk beli tiket bas ke Huay Xai nanti. Kalau tak silap gua keluarkan dalam 450.000 Kip Laos. Duit yang dikeluarkan tu gua dan Maddin kongsi separuh-separuh.
|
Kadar tukaran wang asing di Luang Prabang. Ringgit Malaysia payah jumpa ! |
|
Restoran dan hotel mewah di Luang Prabang dengan unsur senibina penjajah Perancis. |
|
Kedai-kedai cenderamata dan tour agent di Luang Prabang. |
|
Gabungan antara senibina kolonial dan tempatan. |
|
Di Luang Prabang, boleh sewa basikal untuk meronda kawasan sekitar. |
|
Restoran Nazim yang menyajikan makanan halal di Luang Prabang. |
|
Lori kecil atau songthaew yang membawa pelancong. |
|
Restoran-restoran di Luang Prabang. |
|
Musium Luang Prabang. Kami tak masuk pun. |
|
Perpustakaan pun ada di Luang Prabang ni. |
|
Tuk-tuk yang setia menunggu di Luang Prabang. |
|
Salah sebuah kuil Buddha yang terdapat di Luang Prabang. |
|
Luang Prabang yang kaya dengan motif binaan berunsurkan agama Buddha. |
|
Suasana dingin desa terasa kuat di Luang Prabang ini. |
|
Kuil-kuil Buddha yang meninggi. |
|
Antara perkhidmatan sewaan basikal oleh tour agent di Luang Prabang. |
|
Pemanduan sebelah kanan di negara Laos. |
|
Bahasa Perancis turut digunakan secara meluas di Luang Prabang. |
|
Budak-budak sekolah. |
|
Salah sebuah sekolah di Luang Prabang. |
Dah ambik duit dari ATM CIMB, gua dan Maddin meronda lagi di sekitar pekan Luang Prabang. Banyak bangunan-bangunan dengan senibina kolonial Perancis terpelihara di sini. Ada restoran, hotel mewah dan rumah-rumah tumpangan menghadap Sungai Mekong dibina di sini. Mat saleh boleh dikatakan ada di mana-mana. Ada yang melepak membaca buku sambil menikmati secawan kopi. Budak-budak sekolah banyak yang berkayuh basikal ke sekolah. Yang peliknya gua tengok sekolah depa sesuka hati je boleh masuk keluar. Tak ada jadual waktu ke?
Di pekan Luang Prabang ini, nak mencari makanan halal boleh dikatakan agak payah. Yang gua tahu ada sebuah restoran iaitu Restoran Nazim yang menyediakan makanan halal. Restoran ini menyajikan menu Indian Food untuk pelanggannya. Yang gua was-was sikit ada botol-botol arak di meja makannya. Iyelah, kalau nak harap pelancong muslim yang datang makan di kedainya ada berapa kerat je. Kami tak cuba pun makan di restoran Nazim ni kerana dah kenyang sarapan Maggi pagi tadi. Kalau lapaq pun balik guesthouse baru masak nasi dan sardin. Jimat sikit. Hiks.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh hangpa lakukan bila mana berada di Luang Prabang ni. Boleh sewa motorsikal atau sewa basikal meronda kawasan sekitar Luang Prabang yang terkenal dengan air terjun dan kawasan semulajadinya. Memandangkan kami hanya ada masa sehari suntuk sahaja di sini, maka tak dapat la nak explore habis Luang Prabang ni kerana kami akan berangkat ke sempadan Laos-Thailand (Huay Xai) petang tersebut.
|
Suasana kota Luang Prabang di pinggir Sungai Mekong. |
|
Bot dan sampan kecil menghiasi pemandangan Sungai Mekong. |
|
Sungai Mekong yang menjadi nadi pengangkutan utama masyarakat Luang Prabang. |
|
Kanak-kanak bermain riang berlatarkan Sungai Mekong. |
|
Pengunjung boleh menaiki bot di Sungai Mekong untuk melihat perspektif lain kota Luang Prabang. |
|
Hotel dan restoran menghadap Sungai Mekong. |
|
Sami-sami Buddha menyusuri laluan pejalan kaki di tebing Sungai Mekong. |
|
Macam-macam aktiviti ada. |
|
Stadium Luang Prabang. |
|
Balik semula ke guesthouse, kakak receptionist masih dalam keadaan begini. |
|
Sokbounhieng Guesthouse, tempat kami bermalam di Luang Prabang. |
Oleh kerana jam 2.00 petang kami harus segera check-out dari Sokbounhieng Guesthouse, kami balik awal ke guesthouse untuk makan tengahari dan bersiap. Balik buka dapur camping dan periuk mestin. Menu nasi dan sardin menjadi pilihan kami tengahari tu. Selama kami di bumi Indochina itulah rutin harian kami sebelum check-out dari guesthouse. Masing-masing dah faham peranan masing-masing nak buat apa. Tak pernah kami makan di kedai atau restoran di Vietnam dan Laos sebelum ni. Jimat bajet la katakan.
Hari ini mengikut perancangan sebenarnya kami akan bergerak menuju Huay Xai. Tiket bas ke Huay Xai masih belum dibeli lagi. Pagi tadi kami ada tanya kakak kaunter Sokbounhieng Guesthouse, cara nak ke Huay Xai. Untuk pengetahuan, Huay Xai adalah kota sempadan Laos-Thailand yang dipisahkan oleh Sungai Mekong. Kami akan memasuki bumi Thailand dengan menyeberang Sungai Mekong dari Huay Xai (Laos) ke Chiang Kong (Thailand). Menurutnya, ada bas yang akan menuju Huay Xai setiap petang di Northern Bus Station di Luang Prabang ini.
Di kota Luang Prabang, ada dua stesen bas iaitu Northen dan Southern Bus Station. Tempat kami turun lewat malam semalam dari Dien Bien Phu adalah di Southern Bus Station di sebelah Sokbounhieng Guesthouse. Di Southern Bus Station kebanyakkan bas adalah dari/ke wilayah Kunming di sebelah negara China. Manakala Northern Bus Station pula terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Luang Prabang, terdapat bas yang menuju ke Huay Xai dan beberapa daerah lain di Laos.
Untuk ke Northern Bas Station, kami menaiki tuk-tuk dari Sokbounhieng Guesthouse. Tahan tuktuk depan jalan besar, buat muka kesian sikit kat pakcik drebar tuktuk tu dapat la 20,000 Kip Laos. Kalau tak 30,000 Kip Laos. Dari Sokbounhieng Guesthouse ke Northern Bus Station ni ada la dalam setengah jam. Dalam pukul 5.00 petang kami tiba di Northern Bus Station Luang Prabang. Terus cari tiket ke Huay Xai. Ada bas biasa dan bas VIP. Tanya kakak jual tiket bas biasa macam mana rupa dia. Dia tunjuk platform hujung, daif gila bas dia. Aircond memang takda la. Tak pikir panjang, terus kami beli tiket bas VIP yang lengkap dengan aircond dengan tambang 145,000 Kip seorang ke Huay Xai. Bas VIP akan bertolak pada pukul 7.00 malam manakala bas biasa tadi akan bertolak pada pukul 6.00 petang.
|
Bersiap check-out dari guesthouse untuk ke stesen bas Luang Prabang. |
|
Naik tuk-tuk ke Northern Bus Station Luang Prabang. |
|
Abang drebar Tuktuk. |
|
Abang polis Laos kalau tak salah gua. |
|
Beli tiket bas Luang Prabang-Huay Xai di kaunter tiket Northern Bus Station. |
|
Suasana stesen bas utara (Northern Bus Station) Luang Prabang. |
|
Bas biasa yang akan menuju ke Huay Xai jam 6.00 petang. |
|
Persekitaran stesen bas utara Luang Prabang. |
|
Menghantar ahli keluarga menaiki bas. |
|
Kaunter pembelian tiket bas di depan tu. Ada banyak laluan bas dari Laung Prabang ni. |
|
Adik-adik manis yang turut bersama menunggu bas. |
|
Tak sempat ambil gambar bas VIP yang kami naik. Lebih selesa dan elok dari bas biasa ini ke Huay Xai. |
|
Suasan riuh stesen bas Luang Prabang di sebelah petang. |
|
Akak -akak ni pun sama tunggu bas dengan kami. |
|
Tengah susun barang atas bas. Nak bertolak ke Huay Xai tak lama lagi. |
|
Banyak mata-mata yang memerhatikan kami di stesen bas Luang Prabang ni. |
|
Abang ni tengah kupas timun untuk dimakan bersama kami. |
|
Kebaikan yang kecil itu lebih baik dari niat yang hebat. Terima kasih abang sudi kongsi timun ! |
Dengan masa yang masih banyak lagi berbaki di Northern Bas Station Luang Prabang ini kami habiskan dengan melihat kawasan sekitar stesen bas. Dari sini boleh dengar dan tengok kapal terbang yang berlepas dari Lapangan Terbang Luang Prabang tak jauh dari stesen bas. Sekejap-sekejap mesti ada yang berlepas dan mendarat. Kawasan persekitaran stesen bas agak daif dan berhabuk. Macam-macam jenis bas yang baru tiba dan ada yang baru menyusun barang nak berlepas. Susun barang sampai atas bumbung bas ni perkara biasa di sini. Tengok rakyat Laos yang menggunakan perkhidmatan bas untuk bergerak dari satu daerah ke satu daerah yang lain ni pun agak kesian. Dengan anak kecik, bas pun teruk ditambah dengan jalan yang teruk dan berdebu.
Walaupun diorang ni nampak susah, orang tempatan di Luang Prabang ni sebenarnya ramah dan mesra lebih-lebih lagi pelancong asing macam kami. Mana ada pelancong lain yang sanggup naik bas overland dari satu tempat ke tempat lain di bumi Laos ni. Kalau ada pun boleh kira dengan jari. Yang gua nampak petang tu di stesen bas ada la mamat Korea seorang dan dua orang mat saleh naik bas sekali dengan kami ke Huay Xai. Ada seorang brader orang Laos ni masa kami duduk-duduk di stesen bas tegur kami nak ke mana. Walaupun dia tak boleh berbahasa Inggeris, dia cuba juga tegur dan bertanya. Siap kupas timun lagi waktu tu bagi kami rasa sebelum naik bas. Terasa sangat dihargai waktu itu.
// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //