Iklan

01 Januari 2015

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 9 : Sapa (Cat Cat Village)

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part  8 : Sapa

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selamat tahun baru 2015. Kisah kembara di bumi Indochina bersambung kembali setelah sekian lama tertunggak. Dah masuk setahun cerita Indochina ni tak habis-habis lagi. Bukan apa, gambar-gambar pengembaraan di Indochina banyak yang dah hilang. Ini pun baru jumpa setelah menggodek komputer dan Facebook mencari gambar-gambar di Sapa. Jalan cerita pun dah ingat-ingat lupa.

Masuk hari kedua kami di wilayah pergunungan Sapa. Kalau malam dah cukup sejuk, bangun pagi di Sapa ni pastinya menggigil kesejukan. Jangan tanya aircond ada atau tidak di guesthouse atau hotel sekitar Sapa ini kerana pemanas lebih diperlukan di sini berbanding penghawa dingin. Nak mandi pagi pun serba salah. Mujur ada air panas. Tak adalah meloncat-loncat sangat dalam bilik air. 

Dalam sejuk-sejuk macam ni memang cepat lapar. Maddin awal-awal pagi lagi telah ditugaskan untuk memasak nasi dan sardin sebagai sarapan. Nak makan apa lagi di kawasan pergunungan utara Vietnam ni selain dari hasil air tangan sendiri. Makanan halal? Sangat payah nak jumpa di pekan Sapa ini. Kalau ada pun Indian food, tapi agak was-was dengan beer pun disajikan sekali di meja restoran. Perasaan syahdu merindui nasi lemak dan roti canai pagi-pagi ni hangpa tau !

Hari  kedua kami di pekan pergunungan Sapa ini digunakan untuk menjelajah ke perkampungan Cat Cat atau dikenali sebagai Cat Cat Village yang terletak lebih kurang 2 KM dari pekan Sapa. Perkampungan tradisional ini dihuni oleh keluarga puak pergunungan etnik H'mong khususnya Black H'mong. Mereka bercucuk-tanam jagung dan padi di teres-teres bukit di sekitar kawasan perkampungan sebagai sumber rezeki. Cat Cat Village di Sapa ini tak ada kaitan dengan kucing atau sebagainya malahan seekor pun gua tak jumpa. Yang banyak pun adalah kerbau pendek.


Memulakan perjalanan ke Cat Cat Village melalui pasar Sapa.

Pasar basah Sapa.

Buah-buahan yang dijual di pasar basah Sapa. Kepala anjing pun banyak kelihatan di pasar ini.

Untuk ke Cat Cat Village, kita boleh mengikuti pakej yang disediakan oleh tour agent tempatan atau pun boleh trekking sendiri ke sana. Bagi kami yang dalam kategori fakir ni sudah tentu memilih untuk berjalan sendiri. Kawasan perkampungan Cat Cat ini terletak di kawasan lembah, jadi kita perlu berjalan menuruni bukit melewati pasar basah Sapa yang meriah di waktu pagi. Macam-macam jenis buah-buahan ada di sini. Jangan terkejut pulak kalau nampak kepala anjing yang dipanggang bersepah di pasar Sapa ini. Memang itu menu mereka masyarakat Vietnam. Kalau hangpa perasan mana ada anjing liar di Vietnam.

Bagi yang tak ada kelengkapan trekking tak perlu risau. Oleh kerana Sapa ini merupakan tumpuan pelancong luar, maka banyaklah kedai-kedai yang menjual barangan kelengkapan trekking seperti kasut, sweater dan sebagainya. Kalau tak nak beli, yang sewa pun ada. Harga gua pernah tanya boleh tahan murah. Kalau kaki outdoor yang mai ke Sapa ni, pasti rambang mata tengok barang-barang yang ada.


Tongkat trekking.

Pelbagai jenis jenama kasut trekking. 

Pencinta barangan outddor memang sesuai sangat ke Sapa ni. 

Suasana pagi yang masih berkabus.

Sapa Luxury Hotel, salah sebuah hotel di pekan Sapa.

Basikal untuk disewa.

Nak sewa pun ada.

Jalan kaki menuruni bukit ke lembah Cat Cat Village.

From the roof of Indochina. Restoran The Hill Station.

Deretan kedai dan hotel di kiri kanan jalan menuju Cat Cat Village.

Awal-awal dah belanja pemandangan sebegini.

Kena menapak turun lagi sampai rumah besar tu.

Dalam perjalanan menuju ke lembah Cat Cat Village, kelihatan kakak-kakak dan makcik-makcik puak H'mong di berkumpul di suatu tempat di tepi jalan. Riuh rendah mereka bersembang. Ada yang mengendong anak kecil bersama dan ada yang menggalas bakul membawa hasil hutan. Kami hanya melemparkan senyuman kepada mereka.

Kami melangkah lagi menuruni bukit. Sebelum masuk ke Cat Cat Village, setiap pengunjung dikehendaki membayar yuran masuk sebanyak 40,000 Dong setiap orang. Ada pondok kecil di mana setiap pengunjung perlu membayar yuran tersebut. Ada dua orang wanita tempatan yang fasih berbahasa Inggeris bertugas di pondok tersebut.

Mana-mana tempat di Sapa ini kita boleh nampak dan terserempak dengan kaum wanita puak H'mong. Yang gua perasan, agak jarang nak nampak kaum lelaki puak H'mong. Difahamkan mereka masuk ke dalam hutan memburu hasil hutan untuk dibawa pulang manakala kaum wanita pula menjual hasil kraftangan yang dibuat sendiri di pekan Sapa.

Sedang kami berjalan, kami berselisih dengan seorang makcik Black H'mong dan anak sedaranya dalam perjalanan.

" Hello sir ! " .

Sapa si makcik tadi. Gua dan Maddin berhenti sekejap melayan makcik Black H'mong ni. Mulanya gua ingat depa ni tak pandai cakap Inggeris.

" Where are you from sir ? "

Ramah pulak makcik ni. Si anak sedaranya pun tanya soalan yang sama. Kami pun menjawab la secara jujur dari Malaysia. 

" What's your name ? "

" How long you here ? "

Banyak la soalan-soalan yang ditanya oleh makcik ni tadi. Bahasa Inggeris depa agak fasih kalau nak dibandingkan dengan gua. Jenuh pikir nak karang ayat Inggeris nak jawab soalan makcik ni tadi. Ada yang depa paham ada yang tak. Kalau tak paham gua cuba tukar susunan ayat yang sememangnya sudah tunggang terbalik.

Mesti hangpa feeling macam journalist National Geografi masa bersembang dengan makcik-makcik H'mong ni. Orangnya yang ramah, pemandangan yang menarik dan keunikan budaya orang tempatan. Masa kami minta izin nak bergerak meneruskan perjalanan,

Sir, buy from me sir ! Sir buy from me !

Si makcik H'mong tadi menunjukkan barang kraftangan buatannya sendiri. Ada macam kain dan dompet kecik. Si anak sedaranya pun sama, tunjuk barang hasil tangan masing-masing. Dengan bajet yang agak ketat, gua dengan Maddin jenuh tepis tak nak beli, kami kata tak cukup duit.

Kami berjalan buat tak tahu tapi depa dok ikut sambil tanya nak ke mana. Perasaan rimas bercampur kesian pun ada waktu tu. Jauh jugak si makcik H'mong tadi dan anak sedaranya ikut kami berjalan sambil menanyakan soalan. Asalnya mereka nak ke pekan Sapa, tapi sekarang ni patah balik pulak ikut kami. Nak tak nak kami kena berhenti beli barang mereka.

Gua beli dompet kecik yang dikait sendiri oleh makcik tadi dan Maddin beli kain apa entah dari anak sedaranya. Nak kata cantik tak berapa cantik tapi boleh la sebagai kenangan di Sapa ni. Nego punya nego dapat la 30,000 Dong untuk dompet kecik tu. Rasa bersalah dan kesian jugak kalau tak tolong puak-puak H'mong ni yang kelihatan agak susah kehidupan mereka. Dompet tu sampai sekarang gua guna buat simpan duit kecik.

Maddin diasak pelbagai soalan.

Si anak dara mainkan peranan. Gua bersembang dengan makcik sebelah.

Tengah sibuk layan makcik H'mong sempat lagi ambik gambar.

Makcik ni pada mulanya dari Cat Cat Village nak ke pekan, tapi bila nampak kami terus ikut hingga ke Cat Cat Village.

Kerbau bebas meragut di Cat Cat Village.

Kerbau betul. Bukan kerbau pendek.

Beli jugaklah souvenior dari makcik H'mong ni. Nego sikit.

Selagi tak beli, selagi tu depa ikut kita. Rimas jugak.

Dah beli barang, baru boleh diajak bergambar dengan makcik H'mong dan anak sedaranya ni.

Wakil Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (Kresma) di Indochina.

Cuaca di Sapa sewaktu bulan Ogos 2013 agak baik ketika kami melawat Cat Cat Village. Langit cerah dan padi menghijau di teres-teres bukit. Kelihatan gunung-ganang dan banjaran tinggi di mana terletaknya Gunung Fansipan yang merupakan puncak tertinggi Vietnam dan juga digelar sebagai 'Roof of Indochina'. Kalau nak rasa sejuk lagi datanglah melawat Sapa pada hujung tahun. Ketika itu, musim sejuk dan salji pun pernah turun di pekan Sapa ini.

Kelihatan makcik-makcik etnik H'mong gigih mengangkut hasil tanaman seperti jagung melalui lereng-lereng bukit Cat Cat Village. Tangkas langkah mereka. Gua dan Maddin yang muda ni tak terkejar ikut makcik H'mong tu. Ada yang di antara mereka duduk jauh di kampung-kampung di kawasan pergunungan pedalaman utara Vietnam ini. Setiap hari ada yang berjalan kaki sejauh 15 KM setiap hari ke pekan Sapa bagi memperdagangkan hasil tuaian mereka.


Peta Cat Cat Village.

Pemandangan Cat Cat Village yang memukau.

Kerbau pendek di merata-rata kawasan Cat Cat Village bebas berlari riang.

Tengok bawah rumah penduduk mesti ada bela babi.


Kawasan sekitar Cat Cat Village.

Padi yang ditanam di belakang rumah.

Geng makcik-makcik puak H'mong yang lain melintasi kami.

Selamat datang ke Cat Cat Village. Pintu masuk ke perkampungan.


Kedai cenderamata di Cat Cat Village.

Puncak gunung-ganang yang masih berkabus.


Bawah tu ada sekolah.

Kedai menjual cenderamata lagi di Cat Cat Village.

Mana-mana tempat yang dilalui pasti menampakkan pemandangan sebegini.


Padi bukit yang ditanam di Cat Cat Village.

Banyak kedai-kedai souvenior didirikan masyarakat setempat di Cat Cat Village ini.

Jagung yang dituai oleh penduduk Cat Cat Village.

Jagung yang disusun di dalam bakul.

Salur air mekanikal kegunaan penduduk Cat Cat Village.

Menuruni anak-anak tangga ke bawah. Rumah penduduk di tepi-tepi tangga.

Membawa barang-barang berat perkara biasa di Cat Cat Village ni.

Si lelaki puak H'mong tak pakai pakaian tradisi seperti wanita.

Kedai cenderamata milik penduduk kampung Cat Cat ini dibuka seawal pagi.

Produk dari tanduk kerbau.

Makcik-makcik H'mong dengan anak kecil mereka.

Kehidupan agak daif di Cat Cat Village ni.
Anak anak kecil puak H'mong.

Depan kendong anak, belakang usung barang.

Kesian jugak tengok depa ni.

Nak makan aiskrim pun ada kedai dia.





Meniti titi buluh ke seberang sana.

Pikir dua tiga kali jugak nak terjun mandi ke tak nak.

Desa yang tercinta Cat Cat Village.

Jambatan buluh merentasi sungai.





Selamba je makcik ni trekking naik bukit turun bukit. Siap bawa bakul jagung yang berat lagi.

Klau rajin boleh trekking turun ke sungai di bawah.

Buat-buat 'perhak' tak pernah tengok sawah di Cat Cat Village.

Kebetulan kena musim, nampak la padi. Kalau musim sejuk, memang tak ada padi ni.

Orang kata pemandangan di Cat Cat Village macam Bali. Mungkin teres sawah dia kot yang sama.


Rumah penduduk Cat Cat Village di tengah sawah.

Pemandangan indah Cat Cat Village.

Kalau kena musim, padi menghijau di Cat Cat Village.

Ikon Cat Cat Village. Teres padi yang menghijau.


Jalan lagi.

Puak H'mong tak perlu pakaian dan kelengkapan mahal-mahal untuk mengangkut hasil tuaian seperti jagung.

Ada yang tak larat akan berhenti dulu turunkan bakul yang digalas. Rehat sekejap kemudian sambung balik angkut jagung.

Dah la berat galas beban di belakang, naik bukit pulak tu.

Makcik puak Black H'mong yang gigih mengangkut jagung di Cat Cat Village.

20-30 Kg tak kurang makcik ni galas.

Penghormatan untuk mereka.


Pemandangan sawah padi memang menarik. Jalan nak lalu agak berair dan banyak tahi babi.

Jambatan merentasi sawah Cat Cat Village.

Terserempak dengan akak H'mong lain pulak. Macam biasa buat-buat ramah dulu, sebelum suruh beli barang.

" Sir, buy from me sir ! Buy from me !" Selagi tak beli selagi tu dia ikut.

Akak H'mong lain yang mengikut kami. Rasa nak lari cepat-cepat bila jumpa yang menjual ni.

Rimas kakak H'mong dok ikut suruh beli barang. Sampai malas nak layan.

Akak Black H'mong berehat kepenatan mengekori kami. Dah putus asa dia beredar ke tempat lain.

Air sungai yang jernih.

Laluan yang menarik di Cat Cat Village menuju ke air terjun.


Lepak lama sikit menghirup bau air terjun.

Bayu air terjun Cat Cat Village yang nyaman.

Sesi bergambiran di depan air terjun Cat Cat Village.
Duduk jauh pun basah kena tempias air terjun Cat Cat Village ni.

Kena lintas jambatan untuk ke air terjun Cat Cat Village.

Berkenan betul tengok air terjun Cat Cat Village ni. 

Air terjun Cat Cat Village tak ada pengunjung. 

Larangan memberikan wang kepada pengemis di air terjun Cat Cat Village.

Mata air segar yang boleh diminum.

Jambatan gantung yang merentangi sungai di Cat Cat Village.

Penampakan susuk asing di sungai.

Air sungai yang jernih menarik minat pelancong asing untuk mandi manda.

Sungai di bawah jambatan gantung Cat cat Village.

Maddin menikmati pemandangan dari jambatan gantung.


Pemandangan teres-teres padi semasa perjalanan pulang ke pekan Sapa.

Padi yang menghijau di Sapa.

Teres-teres padi yang menghijau.

Tenung puas-puas pemandangan sebegini.

Banjaran pergunungan Sapa.

Dalam tengahari, kami kembali semula ke pekan Sapa dari Cat Cat Village. Cuaca agak panas terik tengahari tersebut. Nak tak nak kena berjalan semula mendakit bukit kembali ke Ngoc Anh Guesthouse tempat kami menginap. Di Cat Cat Village ada perkhidmatan motorsikal yang boleh digunakan bagi pengunjung yang malas dah nak jalan kaki balik ke guesthouse. Ada beberapa orang penunggang motorsikal yang menunggu di hujung trek Cat-Cat Village yang menawarkan perhidmatan menghantar pulang. Tak pasti pulak berapa kadar bayarannya. 

Gua dengan Maddin gigih berjalan kaki sendiri kembali ke guesthouse. Masing-masing pakat dahaga bila sampai di pekan Sapa. Lepak minum dulu di salah sebuah warung atau cafe yang berdekatan dengan gereja Sapa. Kalau mai Vietnam tak pekena kopi dia memang rugi. Di waktu tengahari ni suasana agak sibuk di sekitar kawasan gereja. Ada geng-geng makcik H'mong sedang bermesyuarat tingkap dan pelancong-pelancong yang mengambil kesempatan bergambar di hadapan gereja. 

Balik semula ke guesthouse, kami melelapkan mata seketika. Semua agak keletihan melayan trek Cat Cat Village pagi tadi. Bangun tiduq, Maddin masak nasi lagi untuk santapan tengahari. Menu biasa sardin dan telur goreng. Sambil-sambil tu merancang perjalanan untuk hari seterusnya. Sebenarnya kami tak ada pun jadual atau itinerary khusus untuk pengembaraan Indochina. Semuanya bergantung pada keadaan. Bila sampai di sesuatu tempat ataupun kawasan itu, baru kami merancang perjalanan untuk hari seterusnya. 


Jacky, pekerja Ngoc Anh Hotel yang selalu membantu kami.

Merancang laluan perjalanan seterusnya dari Sapa ke Dien Bien Phu.

Hasil kraftangan makcik H'mong yang dibeli tadi.


Sapa Backpacker Hostel atau juga dikenali sebagai Nha Nghi Ngoc Anh tempat kami menginap.

Peniaga buah-buahan tempatan di Sapa.
Waktu petang di Sapa, kami melilau di sekitar pekan Sapa mencari tiket bas untuk keesokan hari di mana kami akan menuju ke Dien Bien Phu, kota sempadan Vietnam dan Laos. Jarang atau susah nak dapatkan maklumat di Google berkaitan perjalanan bas di antara Sapa dan Dien Bien Phu. Tak ramai pengembara atau backpackers melalui laluan ini. Menurut buku Lonely Planet, ada bas yang berulang-alik di antara Sapa dan Dien Bien Phu ini dan tiket boleh dibeli di stesen bas Sapa.

Di stesen bas Sapa, kelihatan bas yang parking datangnya dari Hanoi. Kebanyakan adalah sleeping bus berwarna merah dengan tulisan Vietnam. Satu-satunya perkataan yang kami paham adalah Hanoi. Tak nampak pulak Dien Bien Phu atau jurusan-jurusan lain. Kami menjenguk tengok kaunter tiket yang ada tapi tak ada satu pun yang bukak. Mungkin ketika itu sudah jam 4.30 petang. Sedang kami berlegar-legar di kawasan stesen bas kami ditegur oleh brader Jacky, kakitangan Ngoc Anh Guesthouse tempat kami menginap.

Katanya boleh beli tiket bas dari Sapa ke Dien Bien Phu dengannya. Dia akan uruskan tiket bas ke Sapa yang dijadualkan akan bertolak petang esok. Harga tiket bas berharga 300,000 Dong seorang pada mulanya. Minta diskaun lagi dapat la 290,000 Dong. Selesai satu urusan. 

Dah selesai urusan tiket, kami meronda kawasan sekitar Sapa. Ada kawasan hotel dan guesthouse yang terletak di lereng-lereng bukit. Ada jugak kawasan perumahan penduduk tempatan di kawasan ini. Kami tak tahu pun arah mana yang patut dituju. Ikutkan saja kaki yang melangkah. Kami menyelusuri lorong kecil yang sedikit mendaki sehinggalah jumpa pemandangan yang menarik sebegini.

Gereja Sapa yang terletak bertentangan dengan Sapa Square.

Gereja Sapa.

Sapa Square dalam proses penambahbaikan.
Nampak panas tapi sebenarnya dingin.

Rumah dalam pembinaan.

Rumah penduduk tempatan.

Rumah tinggal di lereng-lereng bukit.

Duduk melepak di melihat persekitaran gunung ganang Sapa.

Awan jahat di sekitar pergunungan Sapa.

Pintu gerbang masuk ke Ham Rong Mountain.

Jalan menuju Ham Rong Mountain.

Ham Rong Tourist Mountain. Kami tak naik pun.

Motorsikal khususnya skuter menjadi pengangkutan utama di Sapa.

Kedai kain baju.


Setelah puas meronda dan hampir waktu Maghrib, baru kami kembali semula ke Ngoc Anh Guesthouse. Pada sebelah malam terakhir di Sapa ini, kami keluar berjalan-jalan di sekitar gereja melihat aktiviti malam masyarakat setempat. Kaum wanita puak H'mong ada lagi yang masih berlegar-legar di sekitar kawasan gereja. Pukul berapa depa ni nak balik. Ada anak-anak kecik lagi. Malam di Sapa memang cukup sejuk. Terpikir jugak macam mana keadaan mereka berjalan pulang ke kampung masing-masing dalam keadaan gelap-gelita dan sejuk sebegini.

Gereja Sapa agak meriah di waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni. Di kawasan sekitar gereja ada peniaga dari puak H'mong yang masih menjual barangan kraftangan mereka sebagai souvenior kepada pelancong luar. Ada satu ketika sedang melepak, bekalan elektrik terputus. Hampir satu pekan Sapa kegelapan. Bagi mereka yang tinggal di sini ia merupakan perkara biasa. Bekalan elektrik selalu dicatu dan terputus di sini. Yang gua perasan bila jam 12.00 malam lampu-lampu jalan pasti akan ditutup.


Persekitaran gereja Sapa yang agak meriah pada malam hari.

Puak H'mong yang masih berniaga hingga malam hari.

Salah sebuah hotel yang terdapat di Sapa.

Keadaan malam yang agak lengang di Sapa. Mungkin dah lewat malam.

Kedinginan malam di Sapa.


Malam terakhir di pekan Sapa, utara Vietnam.


Balik semula ke guesthouse, masing-masing pekena Maggi dan Milo panas sebelum tidoq. Nikmat sungguh dapat makanan panas dalam kesejukan macam ni. Ini merupakan malam terakhir kami di Sapa. Masing-masing tak mudah tidur awal. Maddin sibuk melayan rancangan Vietnam di televisyen manakala gua baru sibuk dok cari info berkaitan perjalanan yang akan kami tempuhi esok untuk menuju ke kota Dien Bien Phu di  sempadan Vietnam - Laos sebelum menuju ke Luang Phrabang seterusnya.



// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


6 ulasan:

  1. Seriously, cantik gile view sawah padi and bukit2 tue.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena waktu memang lawa sawah kat Sapa ni. Kalau datang musim sejuk dah takda. Haha

      Padam
  2. View super cantik..satgi kena baca lar indochina trip nie dari part 1 hehe

    Salam kenal Wan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Memang lawa view Sapa ni. Salam kenal An ! :)

      Padam
  3. Boleh tau brapa jumlah hari u travel Dan rm habis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk trip Indochina ni kami travel 21 hari dengan bajet kurang RM 1000 :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...